Monday, October 01, 2007

Al-Fatihah buat Rashidi

Terkejut rasa bila dapat berita mengenai seorang sahabat semasa sekolah menengah dulu telah meninggal dunia pada jumaat lepas akibat kemalangan. Walau kali terakhir berjumpa arwah ialah pada masa mengambil keputusan SPM dulu.. erm.. hampir 10 thn yg sudah.. tp sebagai seorang sahabat.. masih terasa sedih mendengar berita tersebut.. apatah lagi arwah yg aku kenal memang seorang yg baik...

bila terdengar berita mengenai kematian arwah... di kepala otak aku.. dah terbayang.. alahai.. apalah nasib isteri dan anak2 arwah... tak meriahlah aidilfitri mereka pada tahun ini... kesian sudah mula terasa buat mereka.. hmm.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

Al-Fatihah buat Shidi... semoga tenang dan sejahtera rohnya disana..
Buat keluarga arwah... takziah aku ucapkan.. semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan..





Berita Kematian arwah yg aku ambil dr Berita Harian.

Guru maut digilis lori

TAIPING: Hasrat seorang guru membawa isteri dan anaknya membeli baju raya di bandar ini tidak kesampaian apabila maut digilis lori di Jalan Ulu Sepetang Redang Panjang, dekat Ulu Sepetang, tengah hari semalam.


Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, Mohd Rashidi Shaari, 26, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Repuh Batu Kurau, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata ketika kejadian mangsa menunggang motosikal berseorangan dari arah Batu Kurau ke Taiping dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Wira, Kamunting.


Katanya, motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar bahagian belakang sebuah kereta dari arah sama, menyebabkan mangsa terjatuh ke kanan jalan dan digilis sebuah lori dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelaknya.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons