Hampa? Ye.. itulah yg aku rasakan bila gagal mendapatkan novel ‘Bila Tuhan Berbicara’ karya Faisal Tehrani (FT). Ye, aku sekarang dah memburu buku2 FT. Bermula dgn buku Tuhan Manusia, yg aku berkenan utk membacanya kerana isu murtad yg dikupaskan, membuatkan aku tercari-cari novel FT yg seterusnya. Blog FT pun dah jadi tempat lepak harian aku. Seronok dan leka membaca blognya. Org yg menulis dgn ilmu, tentu berbeza sekali penyampaiannya. Berbanding dgn blog yg menyiarkan pasal gossip artis dan menyampaikan info yg hanya dipaste dr email yg didapatinya dan merasakan blognya dah cukup glamer kemudian besar kepala kerana ada blog yg popular…huh.. apa yg hendak aku katakana… jauhlah lebih tinggi kualitinya blog FT dr blog sebegini.
Pergi ke Sunway Carnival, tiada, pergi pula cari di kedai Buku Harfa, tiada juga. Semalam mengikut Yong ke Gurney Plaza, 3 buah kedai buku aku jelajah, tiada juga. Haih… masuk MPH tiada, kebanyakkannya buku Inggeris, hanya sebahagian kecik di peruntukkan utk buku2 berbhs melayu. Masuk Popular, pun tiada juga. Bahagian utk buku melayu pun kecil sahaja. Yg ada bahagian besar pada kedua2 kedai ini, buku2 berbahasa cina. Hai.. Masuk ke kedai buku Bogshop, lg hampeh. Langsung tiada buku2 berbahasa melayu kecuali buku pelajaran. Aih.. ini meniaga di Malaysia ka di mana ini?
Sudahla hampa buku yg dicari tiada, buku berbahasa melayu pula mcm diabaikan. Padahal penulis2 melayu pun ramai yg hebat2 juga. Ini yg menambahkan lagi rasa hampa..Pada masa2 beginilah yg terasa macam nak bukak kedai buku sendiri. Dah kenal pengedar, pemborong… pasti tak susah nak mendapatkan buku yg di sukai…. Erm.. menarik gak tu idea membuka kedai buku.. komik2 yg aku suka pun bleh di jual skali.. tidaklah aku ketinggalan jilid komik lagi. Boleh jadikan kedai buku yg mudah utk penggemar2 novel2 melayu, buku2 ilmiah berbahasa melayu utk mendapatkannya.
Pengalaman menjadi pustakawan sekolah dulu boleh di guna pakai. Aku pula mmg bertugas utk biro perekodan dan baik pulih buku. Apa nama yg betulnye ye..sudah lupa. Pengalaman berniaga, dah ada. Dari kecik aku, malah adik beradik aku sume dah belajar berniaga. Apa tidaknya, membantu Umi menjual kerepek2 & muruku buatan Umi. Membuat promosi supaya org terpikat utk membelinya.. hehehe.. kenangan masa kecik. Membantu Umi dan Abah berniaga di gerai masa pesta konvokesyen. Malah masa aku tingkatan 2-3 dulu membantu umi berniaga kecil2an di rumah sambil menghabiskan keropok2 yg dijual.. hahahaha.. Erm.. ada lagi, masa aku tunggu keputusan SPM dulu pun aku berniaga juga. Berniaga cara budak2 la. Menjual jambu di depan rumah. Setiap hari selasa ke pecan dptkan bekalan jambu, kupas dan potong elok2, kemudian buka gerai di dpn rumah pada time budak2 balik sekolah… hahaha.. jadilah. Ada jugak untung. Bukan itu saja, aku pun berniaga kad nama. Pada masa tu famous di kalangan budak2 utk ada kad nama sendiri, macam bisnesman lak. Aku pun guna computer, pilih gambar lawa2, decorate dan jual pada orang. Kira amik tempahan la… hahahahaha.
Ialah, itu meniaga kecil-kecilan sahaja, manakan nak sama dgn org yg berniaga beriban-riban harga. Ckp pasal meniaga, teringat org mengeluh pasal pelanggan yg asik nakkan diskaun aja. Bila dah meniaga begitulah, kenalah hadapi kerenah pelanggan. Adatlah kalau pelaggan hendakkan diskaun, malah rasanya si peniaga itu sendiri kalau dia yg menjadi pelanggan pasti mahukan barang dgn harga yg murah juga. Bukannya org melayu sahaja. Masa aku bekerja di kedai computer dulu. Tingat lagi ckp pakcik Din, “harga barang kite jual mmg dah murah (mmg pun.. saya dah pernah selidik dan bandingkan dgn kedai2 lain, almaklumlah, dr seorang pelanggan kemudiannya menjadi pekerja..hahaha), tp kalau pakcik takde kat kedai, org minta murah, brang ini bolegh dikurang sedikit harganya (sambil pakcik Din tunjukkan jenis2 brg yg boleh kurang sehingga RM5, ada pula brg yg boleh kurangkan sehingga RM2). Kalau kurang lagi tak dayalah. Tp jgn terus bg harga murah kat pelanggan, Tunggu diorang minta dulu. Sebut je dulu harga letak dan bgtahu harga ni dah cukup murah. Bila diorang Tanya tak boleh kurang sedikit, barulah kurangkan harga.” Betul juga, pelanggan ni kalo boleh mmg nak murah, bile beri harga diskaun terus, nanti diorang minta kurang lagi. Bila tak beri mereka tak puas hati. Jadi bg harga asal, tanpa diskaun..bile diminta baru kurangkan lagi. Jadi mereka akan rasa oklah. Tp tak nafikan juga, teknik mcm ni pun akan dan pasti ada org yg tanyakan harga yg lebih murah lagi.
Pengalaman kerja aku mengjar yg tak kira bangsa apa pun, kaum apa pun, bila dah bergelar pelanggan, pasti mahukan harga yg murah. Aku pun bile jadi pelanggan pastikan mahu yg murah. Maklumlah, gajiku kecil sahaja. Unless lah yg bergelar pelanggan tu mmg dah byk duitnya. Malah org luar Negara pun begitu juga. Aussie? Singaporean? New Zealand? Sama saja. Ini dgn org2 yg aku pernah berurusan le. Yg lain wallahuaklam. Bukanlah pula aku hendak men’judge’kan sesuatu bangsa pula. Aku hanya bercakap dr pengalaman aku. Kang ada pulak yg kata (..hahahaha) “Baru bercakap telefon dah sibuk nak judge sesuatu bangsa… org kerja makan gaji mana tahu appreciate business org”.. hahaha… terpulanglah kalau nak rasa saya menghakimi org. At least pada saya org yg menghakimi bangsa lain, walau bukan perbuatan yg elok (mungkin) lebih bagus dr org yg asik2 nak cari kelemahan bangsa sendiri seolah die lupe itulah asal keturunannya. Malu dgn perangai buruk bangsanya walhal dia sendiri berperangai buruk yg mana dielah antara penyumbang bangsanya kelihatan buruk. Erm.. mungkin aku juga dah salah menghakimi org disini, maaflah ye.. hanya pandangan aku sahaja… Hai.. entahlah… aku org kecil, hanya makan gaji.. operator telefon sahaja.
Eh.. dr cerita hampa tak dpt beli buku, dah melalut jauh rupenye aku ini. Hehehehe… oklah.. cukuplah sampai sini dulu. Kalau ada yg terasa dgn entry aku kali ini, nak buat mcm mana. Aku hanya merapu sesedap hati aku saja.

0 komen:
Post a Comment