Wednesday, April 02, 2008

Babai Jomlayan..



I guess that it... a goodbye to Jomlayan forum. Semalam aku masih lagi boleh masuk dan berpoya-poya disitu, tapi hari ini? Ya, segalanya berubah hari ini. Kenapa? sebab opis aku dah block website tu. Block under kategori "Malicious Website" pulak tu. Hampes sungguh.

"The site you requested is blocked under the following categories: Malicious Sites"

Bila aku taip di dictionary, malicious bermaksud berbisa / berniat jahat, dengki / kecil hati, menaruh dengki, dendam? Ek???? Obviously jomlayan bukanlah satu website yg baik pada opis aku... hahahahaha... Nampaknya sambil menunggu panggilan terpaksa le aku kebosanan di opis. hmmm.. nak ke forum lain pun, malas pula hendak membina jalinan baru. Nanti dah best2 di situ, situ pula yg kena block.

Tapi mmg dua tiga hari ini aku sudah perasan seperti yg website tu akan di block. Mungkin juga gara2 iklan tutt itu. Hahaha.. sbb semenjak ada iklan tu setiap kali aku ke JL pasti system akan minta password... hahaha.. Takpelah.. nak buat macam mana. Kita bekerja dgn orang. Ikut sajalah walau sepanjang berforum aku tak abaikan tugas aku. Namun aku tetap tak puas hati sbb opis ini block hampir setiap website yg berguna sehinggakan nak check Yahoo mail dan Hotmail juga tidak boleh. Jangan blogger pulak yg di block sudah, kerana ini akan menamatkan riwayat blog aku yg baru berusia setahun jagung ini...huhuhuhu.. Pada masa2 beginilah aku rasa nak pasang Streamyx di rumah. Tapi bila memikirkan yg aku selalu kekeringan duit di hujung bulan, maka hasrat itu terbantut dgn sendirinya. Haha.

So, kepada admin Jomlayan, harap maaf, rasanya tidak dpt aku teruskan berforum di situ, unless kalau ada aku pegi cc utk masuk ke situ, itupun jarang2 skali lah. Dan untuk Anugerah Forum Jomlayan 2007 pula, rasanya eloklah dicari org lain utk anjurkan. Aku tak mampu, tak sanggup aku nak ke cc hari2 semata2 untuk itu. Walau aku dah pun plan pelbagai idea untuk AFJL 2007. Namun terbantutlah sekarang segalanya... kekekeke.... Pasal moderator pulak, erm.. biarlah dulu sehingga admin dpt cari org baru utk jaga bod2 itu, baru aku akan undur diri. Sehingga itu, aku akn masuk skali skala just utk pemantauan.

Oh... dan sekarang aku terfikir, macam mana pula aku nak anjurkan JL Blogger Mania musim ketiga sedangkan aku dah tidak boleh masuk ke JL dr opis? Aku berforum semuanya dr opis. kekeke... adakah ini juga akan berhenti di sini? Jurnal JLBM pun aku tak sempat siapkan lagi... hahaha...

Tak puas hati betul aku. Bukan semata2 kerana JL kena block, tp ym (kekeke) dan byk website lagi kena block. Cis..Memang pedengki sungguh mereka ini. Huhu.. nak main game juga sudah tidak boleh... ada atau tidak bos suruh baca website opis mengenai barang2 yg dijual oleh opisku... daaaa.. for what? I am not sales person.. huhu.

And to all friends at JL, babai.. jumpa lagi kalau dapat.... kekekekekeke.... akhirnya aku bukan lagi hantu forum.... hehehehehe. Dan aku pasti JL takkan merasa kehilangan aku... kekeke...

Memandangkan aku bukanlah jenis org yg boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara (even benda tu sesuatu yg aku suka) dlm tempoh masa yg lama, terpaksalah aku cari perkara lain utk dilakukan dan utk melepaskan tension aku terhadap customer mahupun management. .. I need distraction.. hahaha... huk aloh..

1 komen:

Anonymous said...

tempe.. jgn tinggalkan terus JL tu.. rhea kat sekola, lagi byk web site yang kena blok dgn kementerian pelajaran.. web-web pendidikan je yang boleh diview.. rhea pun selalu ol kat umah je.. ok tempe? wish u luck..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons