Wednesday, July 02, 2008

Are you still interested???

Ingat tak dulu aku citer aku pergi interview? Dan aku pening pala pasal ni?

Well, pg tadi aku dpt call dr Branch Manager tempat tu. Dia tanya aku masih berminat atau tak nak kerja kat situ. I guess, diorang masih tak dpt cukup org utk bekerja dgn diorang, tu sebab diorang call aku. Or kalau rasa nak prasan, maybe because i'm the best person to fit in the position.. muahahahaha.. pasan.

Tetiba rasa mcm, bangga je. Yela, mana pernah lg org call aku semata2 sbb nak tahu aku setuju kerja dgn diorang ke tak. Dan aku pun tak menyangka manager sendiri yg akan call aku. Aku ingat bila aku dah diamkan diri diorang akan anggap aku tak berminat mcm company2 yg lain. Apatah lg interview tu pun dah agak lama gak. Lagipun dia sendiri bgtahu aku masa tu yg diorang cuma perlukan 2 org je lagi.

So dgn sopan aku cakap, "I'm sorry, I have to decline your offer. Actually I do call you after that but could not reach you".. Aku dah citerkan sbb apa aku tolak dlm entry sebelum ni.. "oh.. is it? Is it you get another offer? Ok than.. thank you".

Gaji kecik salah satu penyebab la.. (tp ada la benda lain lg yg aku pikirkan). Tipula aku kalau aku ckp aku tak kejar gaji besar. Org gila pun tahu nak duit.. inikan pulak aku yg lebih cerdik dr org gila terutama dlm bab nak perabihkan duit. Zee pun dah panggil aku dan bgtahu yg diorang akan sambung kontrak aku. Aset aku sbb aku blh handle email dgn call sekali. Zee jugak ckp dia akn cuba jdkan aku permanent staf.

Erm.. cuba? 6hb Julai ni genap 2 thn aku kerja dgn Dell, aku dah lali dgr ayat ni. Tp kalau betul baguslah. Mana tahu rezeki aku. Walau aku tensen kerja dgn Dell ni, tp dr segi gaji. Agak loded gaklah. Tempat lain mmg takkan offer mcm yg Dell offer.

Aku harap aku buat keputusan yg betul. Amin...

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons