Sunday, August 24, 2008

Revolving Restaurant, Bayview Hotel

INI CITER JUMAAT YG LEPAS, 22 OGOS 2008.

Sudah aku katakan, 2-3 ari ni rezeki aku murah. Malam tu AU ONE CMG skali lagi buat dinner. Kalau dinner yg lepas di Chillis, kali ni di restoran berputar (pening aku) a.k.a Revolving Restaurant, Bayview Hotel. Makan buffet lak kali ni. Maka melantaklah sebanyak mana pun yg korang larat melantak. Satu kepala dlm RM80 rasanya. Kalau tak makan free, dibayar oleh opis, jgn harap aku nak pegi.. ekekeke.


Mulanya aku malas nak pergi, mengenangkan aku tak tahu jalan pergi situ, pastu nak drive balik malam2. Tapi Fina ngn Mizan dok mengajak, lagipun pikir2 balik, bila lagi nak merasa makan kat hotel.. muahaha. Makan free lak tu. So make up my mind.. zoom... hungry ghost coming.

Lepas abis kerja kul 3, aku ikut Mizan balik umah dia. Lepak sana, instead of nak mari Penang pulak balik kul 7 lebih. Sambil melepak aku dijamu pulak dgn cempedak goreng, karipap goreng dan pisang goreng. Ada air teh lagik. Wah.. ini sudah bagus, len kali leh pegi lagi.. muahahaha. Cukup time bersiap2 and zoom ke Bayview. Mizan pandu arah, aku drive.

Sampai kat lobi, Fina, Neeta ngn Saniz dah siap menunggu. Kitorang naik atas, dah ada Sheila, Iris, Vashini ngn Laurence kat atas tu. Kitorang duduk kat meja, pastu Tim ngn Peter dtg join meja tu. Geng2 Deepa and company sampai kemudian lagi bila kami dah start pilih makan.

Masuk2 je restoran tu aku rasa mcm pening... rupe2nye restoran tu leh putar-putar. Maka dr atas tu leh nampak pemandang sekitar Penang. Menarik gak tu. Makanlah anda sambil berputar. Dah sampai ape lagi.. carik makan la. Macam2 ada. Kelabu mata dan bernafsu besar gak aku nak memilih makan. Dah dapat makan, dah hilang pening dah.. tak duli dah restoran tu berputar ke tidak ke. Muahahaha.. cuba jgn tak cuba.. aku pun tak ingat dah ape aku makan.. tp tak byk aku mkn.. sbb mcm tak kena selera. Pastu time aku bgn nak amik salmon.. dah abis le pulak.. isk isk.

Sedap ke makanan dia? Secara jujurnya.. walau aku bknlah jenis slalu gi dinner kat hotel.. bese2 je. Tak sedap tara mana pun. So kalau aku sendiri nakn kuar duit byr makan kat situ.. tak berbaloi. Baik aku gi restoran tomyam makan. Lagi puas ati. Nasi goreng dia seroi, baik sedap lagi nasi goreng aku masak. Daging bakar dia, erm.. juicy ngn berperisa lagi daging yg aku ngn adik badik dok bakar tiap kali raya aji. Blackpepper sauce dia pun tak terasa sgt, sedap lagi blackpepper sauce Nyah buat. Tandoori sausage dia pun tak terasa ketandooriannya. Bread pudding pun so so je. Yg menarik cuma eskrem dia... of coursela.. Baskin Robbin aiskrim.. ekekeke.


antara yg aku sempat snap.. kebanyakkannya dah masuk perut baru tingat nak snap.. ekekeke.

Lepas makan ialah sesi bergambar, dgn flash lip lap lip lap, dgn kamera yg melambak. Terasa mcm artis pulak glamer.. hahaha. Untuk Uncle yg tlg kitorang amik gambar malam. Don't mind about him uncle. He love to joking. He just kidding la uncle ... ekekek. Hampeh Saniz memainkan wat joke kat Uncle tu.


Lepas tu apa lagi.. tak reti2 nak balik??? Dah balik tidur le.. perut dah kenyang.. ekekeke :sleep:

3 komen:

Raja Sementara said...

tempe...
dlm gambar yg tiga keping tu...
yg pakai tudung tu tempe erk?
sihat walafiat

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
husz_nie said...

alhamdulillah...
happy... rezeki halal..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons