Wednesday, March 03, 2010

Alahai buah hati aku...

Sedihnya hati aku bila laptop kesayangan aku tu, memang laptop tu je yg aku ada pun.. uhuk uhuk.. yang aku usung ke sana sini tu, rosak, tak dapat digunakan. Sangka aku cuma OS je yang crash. Kalau OS crash senang je, install je OS baru, tapi aku diberitahu yang motherboard lah yang sebenarnya menjadi problem. Aduh, mana aku nak cekau duit ganti motherboard. Harga kurang sikit je dari beli baru. Nak beli baru lagilah aku tak ada duit. Mujur juga hard disk ok dan data di dalam semuanya ok. Kalau tak nangis juga aku, macam-macam ada dlm tu.

Jadi, terencatlah sikit aktiviti aku berblog. Nak buat macam mana, dah nasib. Sabar ajelah. Terpaksalah kumpul duit pelan2 buat repair laptop. Dalam masa yang sama, spek aku pun sebenarnya dah sampai tarikh luput. Dah berbulan dulu patut tukar baru, tak tertukar-tukar lagi. Alahai, ni baru sikit ujian Allah, dah semput... uhuk uhuk uhuk. Belum Allah beri ujian lagi teruk.

Tadah tangan cepat...

"Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dan keredhaan atas apa yang berlaku... amin."

p/s : nak kumpul duit, tapi gaji pun tak dapek lagi yo.. uhuk uhuk uhuk...

2 komen:

mohad said...

cantik blog...

Husz said...

terima kasih.. :)

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons