Bila tanya dengan pakcik google 'Apa itu MARAH?' maka akan dapat banyak jawapan yang mana antaranya, pasti korang akan dapat jawapan bahawa marah itu adalah gangguan emosila, marah itu berpunca dari ego la, marah itu penyakit jiwa la dan bermacam-macam lagi yang merujuk kepada ganguan emosi.
Kemudiannya pada satu hari korang berhadapan dengan sahabat yg tengah dilanda amarah, maka dengan secara berhemahnya dan penuh bersopan santun korang pun menggunakan semua ilmu yang korang warisi dari Pakcik google, dan juga yang korang dengar dari ceramah-ceramah agama dengan tujuan yang cukup baik untuk menyabarkan sahabat yang tengah marah tadi, maka berkatalah korang;
Agak-agak korang, apa balasan yang korang akan dapat dari orang yang tengah diamuk kemarahan tu? Mungkin apa yang korang harapkan adalah seperti di bawah ni?
Erm, mungkin, kalau orang sedang marah itu mampu mengembalikan kerasionalannya dengan cepat. Tapi rasanya senario yang selalu terjadi, kalau korang tak kena penumbuk dengan si pemarah, kena semburan berapi tu kira dah cukup baiklah tu. Tak sempat pun nak habiskan khutbah ikhlas korang tu. Nak nak pulak lagi kalau koranglah yang mengakibatkan tercetusnya api kemarahan tersebut.
Memang tak salah apa yang korang cakap, memang tak salah niat korang. Cumanya, orang yang tengah marah ni adalah orang yang tengah berperang. Berperang dengan nafsu dia sendiri, berperang dengan akal rasionalnya sendiri. Apatah lagi kalau dia dalam keadaan nak marah ke tak ke, tapi dah dianggap sudah marah oleh orang yang mengakibatkan dia marah, maka api amarah tu sebenarnya automatik akan lebih marak.
Ada ke orang tu dah memang tengah marah leh gi bagi nasihat macma tu. Apa yang terlintas kat kepala orang tu nanti bukan nasihat, tapi;
Kemudiannya pada satu hari korang berhadapan dengan sahabat yg tengah dilanda amarah, maka dengan secara berhemahnya dan penuh bersopan santun korang pun menggunakan semua ilmu yang korang warisi dari Pakcik google, dan juga yang korang dengar dari ceramah-ceramah agama dengan tujuan yang cukup baik untuk menyabarkan sahabat yang tengah marah tadi, maka berkatalah korang;
"Salam sahabat, marah itu adalah berpunca dari ego yakni sombong kerana merasakan tinggi kedudukannya. Marah itu juga berpunca dari kegilaan, emosi yang tidak stabil akibat dari kehidupan seharian yang dirasakan tidak menarik. Cuba sahabat bawa bertenang, buangkan rasa ketuanan yang bersarang dalam diri tu. Ingatlah sahabat, sesungguhnya marah itu ada sifat syaitan. Islam tidak menggalakkan umatnya untuk marah. Cuba sahabat bayangkan diri sahabat yang tengah marah, serupa sahaja dengan haiwan yang tidak berakal. Bersabarlah wahai sahabat..." dan bla bla lagi..
Agak-agak korang, apa balasan yang korang akan dapat dari orang yang tengah diamuk kemarahan tu? Mungkin apa yang korang harapkan adalah seperti di bawah ni?
"Wahai sahabat, terima kasihlah kerana telah menyedarkan saya tentang nafsu amarah saya.. betapa saya telah hanyut dibuai nafsu amarah, syukur kamu telah diutuskan untuk meredakan kemarahan saya.."
Erm, mungkin, kalau orang sedang marah itu mampu mengembalikan kerasionalannya dengan cepat. Tapi rasanya senario yang selalu terjadi, kalau korang tak kena penumbuk dengan si pemarah, kena semburan berapi tu kira dah cukup baiklah tu. Tak sempat pun nak habiskan khutbah ikhlas korang tu. Nak nak pulak lagi kalau koranglah yang mengakibatkan tercetusnya api kemarahan tersebut.
Memang tak salah apa yang korang cakap, memang tak salah niat korang. Cumanya, orang yang tengah marah ni adalah orang yang tengah berperang. Berperang dengan nafsu dia sendiri, berperang dengan akal rasionalnya sendiri. Apatah lagi kalau dia dalam keadaan nak marah ke tak ke, tapi dah dianggap sudah marah oleh orang yang mengakibatkan dia marah, maka api amarah tu sebenarnya automatik akan lebih marak.
Ada ke orang tu dah memang tengah marah leh gi bagi nasihat macma tu. Apa yang terlintas kat kepala orang tu nanti bukan nasihat, tapi;
"ko kata aku setan? marah macam binatang? Gila?? ini sudah lebih beb.. nah amik ko sebijik..."
Kenapa? Sebab marah tu gangguan emosi, orang yang tengah cuba berperang dengan emosinya, cuba sedaya upaya mengawal emosinya tapi dah dihujankan dengan sesuatu yang mungkin padanya dianggap sebagai pertuduhan.
"Aik, aku belum marah dah kata aku marah? ni melampau, dah le dia yang kacau aku dulu."
Aku tak tahu pada orang lain, tapi kalau pada aku macam tu lah. Ada masa yang aku akan rasa macam nak marah, tapi aku cuba tahankan dan cuba sabarkan diri sendiri, so aku akan cuba bagi hint, stop atau nanti gunung berapi aku meletus, tapi ada pulak yang jenis tak paham bahasa, boleh cakap, "tu nak marah le tu.. ha marah le tu.. aku kenal sangat dah le dengan ko", copppp.... itu sebenarnya ayat yang boleh trigger aku punya marah. Seumpama memetik picu pistol supaya meletup.
Sebab pada aku itu dah seumpama satu tuduhan, walaupun memang dalam kepala otak aku ada terpikir nak marah tapi aku sedang cuba melawannya. Jadi sebaiknya jgn dilemparkan kata-kata yang umpama menyimbah petrol ke api. Ini pada akula, pada orang lain aku tak tahu pula macam mana.
Tak dinafikan, aku memang seorang yang pemarah, kadang-kadang kecik punya pasal aku dah melenting. Lepas tu bila dah marah sesedap rasa, aku rasa tak sedap hati. Rasa menyesal lak marah-marah dengan orang yang kena marah tu walaupun pada sesetengah kes memang orang tu yang saja cari pasal bagi aku marah dan marah aku tu bersebab. Macam kata-kata yang ada seorang kakak ni beri dekat aku, "Permulaan marah itu adalah kegilaan. Pengakhiran marah itu adalah penyesalan." Dan ianya memang benar. Tapi jangalah korang pergi cakap macam ni dekat orang yang tengah marah. Mau lebam bijik bata korang kena tumbukan padu maut si pemarah tu kang. Orang tu dah tengah marah korang kata dia gia lak. Dapat le hadiah sebiji. Tunggulah bila dia dah agak sejuk sikit kalau ye pun.
Lagi satu, bila selalunya kita tengok orang marah2, kebanyakkan orang termasuk orang yang membuatkan sipemarah tu tadi marah, akan meletakkan kesalahan pada si pemarah. Jangan macam tu bai. Orang gila sekalipun bila dia marah mesti ada sebab. Takdenya orang nak marah tak bersebab. Cuma samada sebab dia tu masuk ke akal orang lain atau tidak je. Jadi jangan hanya menunding jari pada si pemarah tapi kalau boleh nasihatkan sekali orang yang menaikkan kemarahan tu. Insyallah, orang yang tengah marah pun akan cuba kawal kemarahan dia tu bila dirasakan ada yang cuba memahami dia. Contoh kalau marah dia kat level 6, dia turun le sikit ke level 4 dan pelan-pelan hilang le tu.
"Apa le kau ni mat/minah. Dah buat orang marah ko pun nak melenting sama, mana boleh macam tu bai. Ko pun kena muhasabah diri ko sikit."
Yang paling keji ialah orang yang sengaja suka nak menaikkan kemarahan orang lain. Dan kalau disiasat balik pun memang terbukti si polan ni (yg kena marah tu la) yang bersalah. Lepas tu bila dah kena marah dia yang buat muka kasihan minta simpati orang, dan bercakap ayat-ayat syahdu tahap longkang yang menunjukkan betapa kasihannya dia kena marah. Tak patut sungguh si pemarah ni marah2 pada dia. Ada ke patut?
Dalam pepatah melayu pun dah sebut "Sarang tebuan jangan dijolok." Kalau dah jolok, sendiri tanggung akibat la. Buat pe nak buat kecoh kot lain lak. Kalau dah tahu si anu tu pemarah, jangan le buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan dia. Cuba elakkan. Kalau dia dah kata sudah, jangan atau dah beri hint dia tak suka. So stop it. Kerana marah itu adalah apabila seseorang itu sudah hilang kesabarannya manakala bagi orang yang pemarah, kesabaranya adalah seumpama senipis kulit bawang. Dari saja seronok nak menaikkan kemarahan si pemarah hatta dengan tujuan supaya si pemarah boleh berlawan dengan nafsu marahnya umpama alah bisa tegal biasa adalah lebih baik jgn buat si pemarah tu marah supaya dia terlupa akan macam mana rasanya marah.
Ada ke orang macam ni dalam dunia ni? Saja suka usik orang, cakap bukan-bukan kat orang supaya orang marah? Lepas tu cuba buatkan seolah dia tak bersalah?
JAWAPANNYA.. ADA. Aku dah selalu berhadapan dengan orang macam ni. Yang peliknya, orang yang macam ni, dah kena marah seteruk-teruk sumpah seranah pun, dia akan buat gak lagi perangai macam tu. Mungkin sebab dia sendiri dah terbuai oleh hasutan syaitan untuk mengeruhkan silaturahim sesama anak adam. Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk kepadanya.
BERBALIK KEPADA TOPIK... MARAH..
Diambil dari blog Insan Cemerlang (dalam buku-buku agama pun ada nyatakan) :-
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu
1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu
-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
Lima lagi puncanya ialah
-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.
Memang marah itu bukan sifat yang elok. Jadi pada sesiapa yang merasakan dirinya itu adalah pemarah, berusahalah untuk mengurangkan darjah kemarahan korang kalau pun tak boleh buat terus. Marah sebenarnya menimbulkan lebih banyak kesan buruk dari kesan elok. Kecualilah kalau marah bertempat. Macam yang dipetik juga dari blog Insan Cemerlang.
Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.
Dalam hadis juga ada mengatakan..
“Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Berpesanlah kepadaku”. Nabi bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulangi lagi, lalu Baginda menjawab: “Jangan marah!”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
Apabila marah kita biasanya disarankan untuk bersabar. Sesiapa juga yang melihat seseorang itu sedang marah akan menyarankan si pemarah untuk bersabar. Ada yang akan menerima saranan itu tapi ada juga yang akan bertambah melenting. Jiwa yang sedang hebat dilanda kemarahan sebab itu baru dia dapat menonjolkan kemarahan dia bukan senang untuk reda dan bersabar dengan kadar yang segera. Macam manakah caranya untuk dia bersabar. Menuturkan perkataan sabar adalah lebih mudah dari bertindak untuk bersabar. Sebab itu yang dapat bersabar itu antara orang yang kuat. Sabar itu lawan bagi marah. Bila sudah marah mana mungkin dapat bersabar.
Apakah pula menyarankan supaya si pemarah itu bersabar adalah salah?
TIDAK. Apakah lagi sebaik-baik perkataan yang boleh diucapkan kepada org yang tgh marah melainkan menyuruh si pemarah itu bersabar. Kerana sabar itu separuh dari IMAN. Dengan menyuruh si pemarah bersabar kita telah mengingatkan si pemarah untuk kembali kepada keadaan rasionalnya. Hanya apabila akal sudah rasional barulah kata-kata nasihat yang lain dapat diberikan supaya dapat diterima akal. Hanya orang yang berani yang sanggup memberikan perkataan sabar kepada orang yang sedang marah kerana dia sudah bersedia untuk menerima apa jua reaksi si pemarah apabila menyuruh si pemarah bersabar.
Bagi si pemarah pula, apabila ada yang sudi menyuruh anda bersabar ketika sedang marah, jangan lah melenting, tp bersyukur kerana Allah SWT dah dorongkan seseorang untuk mengingatkan kita dari terus hanyu dan leka dibuai nafsu. Selawatlah banyak2 apabila terasa marah kerana Insyallah selawat mampu menyejukkan hati.
Bagi yang seangkatan dengan aku iaitu seorang yang mudah dan senang marah, mungkin korang boleh praktikkan seperti yang di ajar oleh saudara Fuad Latip dalam penulisan di blognya iaitu Pengurusan Marah. Mana tahu korang boleh kurangkan volume kemarahan korang tu. Insyallah aku sendiri akan cuba praktikkan. Sebabnya tiada seorang pun yang suka pada org yang kuat marah-marah. Aku sendiri pun tak suka. Sebab tu aku sekarang cuba amalkan apa yang Abah suruh bagi kurangkan sedikit kemarahan aku iaitu amalkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sekurang-kurangnya 1000 sekali. Pastu abah suruh baca surah alam nasyrah 3 kali masa mandi dan usap air mandi kat dada.. Kadang-kadang aku terlepas buat juga.
Yang pasti kekuatan aku masih kurang dalam menangani nafsu marah aku sendiri. Semoga Allah SWT memberikan aku lebih kekuatan untuk berperang dengan diri sendiri.
Satu contoh marah dan sabar dari Saidina Ali KW yang menjadi pujian... Cerita ni diceritakan oleh abah pada aku dulu masa aku sekolah dulu...
Pernah Saidina Ali yang sedang berperang dah bersedia nak memenggal kepala musuhnya. Tiba-tiba musuh tu meludah ke muka Saidina Ali. Terus Saidina Ali tak jadi hendak memenggal kepala musuh dia sebaliknya Saidina Ali menurunkan pedangnya. Sebab berasa pelik, musuh tu pun bertanya pada Saidina Ali kenapa tiba-tiba je berhenti.
Jawab Saidina Ali, "Aku takut aku akan membunuhmu bukan kerana Allah SWT sebaliknya kerana marahkan kamu meludah mukaku."
Begitu hebatnya Saidina Ali menggunakan kerasionalan dia ketika marah. Semoga aku beroleh kekuatan yang serupa.
Kemarahan janganlah dibalas dengan kemarahan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Api lawannya air. Gunakanlah apa saja untuk memadamkan api itu tapi jangan ditambah bahan mudah bakar ke dalam api itu.
Aku sendiri pun kadang2 atau mungkin selalu melawan kemarahan dengan kemarahan. Salah besar tu. Mungkin aku patut contohi kakak aku, bila rasa seseorang tu dah marah biarkan dulu dia lepas geram dulu dan biarkan dia cool. Nanti bila dia dah bertenang Insyallah keadan akan jadi elok. Jangan dilayan kemarahan seseorang kerana itu akan membuatkan dia bertambah marah dan jangan jadi BATU API. Bila tak dilayan insyallah marah tu hilang sendiri. Unless orang tu dah masuk dlm kategori marah yang langsung tak reasonable. Lagi tak layan lagi dasat lak marah dia. Mungkin patut dilempang laju-laju je orang tu.
Jadi sama-samalah kita menjauhi sifat marah, dan menjauhkan dari membuat orang lain marah. Kalau rasa ada timbul riak-riak nak marah tu, cepat2 selawat sebelum marah tu merebak. Kalau rasa tengah bercakap dengan orang dah nampak orang tu ada tanda2 nak marah, cepat-cepat diamkan diri sebelum orang tu marah-marah.
MOTIF ENTRY PANJANG LEBAR NI?
Tiada niat nak nasihatkan sesiapa pun kerana sedar kelemahan aku sendiri yang pemarah. Tapi tak salah memperingatkan? Betul tak? Bak kata yang pernah aku dengar, "Satu jari kita menuding ke arah orang, empat jari yang lain dituding ke arah sendiri."
Jadi kalau korang rasa aku cuba nasihatkan korang, sebenarnya bahagian yang paling besar disini ialah aku cuba muhasabah diri aku sendiri. Aku guna pakai ayat di atas untuk sesuatu yang positif.
Juga entry ni terhasil sbb pagi-pagi tadi aku dah berasa nak marah. BERASA NAK MARAH ye.. baru terasa, belum marah. Jadi aku cuba salurkan tenaga kemarahan tu ke arah lain supaya marah aku lenyap. Marah itukan terhasil dari satu tenaga. Bila dah tak ada tenaga, hilangla marah tu. Jadi baik disalurkan tenaga tu ke arah lain yang tidak memberi mudarat. Alhamdulillah, marah aku dah hilang.