Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Melawat tempat-tempat bersejarah di Perak.

Baru-baru ni aku dan family aku berkesempatan melawat ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah dekat Perak. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat menelusuri khazanah bersejarah bumi Perak.

Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang, Muzium Taiping, Pusat Pembiakan Penyu di Segari, Teluk Batik, Lumut, Muzium Sejarah Pasir Salak dan Kapal Korek Bijih di Tanjung Tualang. Agak kecewa juga bila tak sempat ke Menara Condong Teluk Intan dengan Kellies Castle sebab kesuntukan masa.
Kat bawah ni serba sikit penerangan untuk dua tiga tempat je yang mana aku sempat snap gambar.


Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.



Dekat sebelah mana kedudukan kota ni sebenarnya aku tak berapa pasti, ekeke, almaklumlah.. orang buta arah. Yang pasti kota ni di daerah Larut Matang & Selama.

Alhamdulillah, kota ni masih dijaga dengan baik sehingga hari ini. Tahniah dan syabas kepada pihak yang bertanggungjawab memelihara kota ni dengan baik. Khazanah Negara memang wajar dipelihara..

Kota ni pada asalnya merupakan kediaman Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, kemudiannya pada zaman pemerintahan British, tempat ni juga dah dijadikan mahkamah unuk perbicaraan ke atas Dato Maharaja Lela dan yang lelain-lelainnya di atas tuduhan membunuh Residen Perak pertama J.W.W Birch. Termasuklah Ngah Ibrahim sendiri bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang ke kepulauan Seychelles. Juga telah dijadikan penjara untuk menahan orang-orang yang menentang pemerintahan British pada masa itu.

Masa zaman pendudukan jepun pulak, kota ni telah dijadikan markas Jepun. Potong Kapara…. Malah, kesan kapal terbang jepun terhempas dekat kota ni pun leh nampak lagi. Inilah sedikit sebanyak sejarah kota ni yg aku ingat hasil dari pembacaan aku semasa melawat kota ni.

Tak rugi luangkan masa bawa family melawat kota ni. Dalam bangunan utama kota ni korang dapat baca sejarah pasal Perang Larut yang berlaku antara puak Ghee Hin dan Haisan, sejarah pasal Orang Kaya Ngah Ibrahim ni sendiri dan keturunannya, pasal Dato Sagor, Dato Maharajalela, Si Pandak Endut (pembunuh Birch), Sultan Abdullah dan beberapa pembesar lain yg terlibat dalam pembunuhan Birch. Juga di pamerkan peralatan-peralatan melombong, perkakas-perkasas orang British dan askar Jepun. Di tingkat atas bangunan ni pula diorang letak replika.. erm.. or maybe arrangement untuk suasana masa perbicaraan ke atas kes pembunuhan Birch.

Di sebelah bangunan ni pulak, letaknya kubur Orang Kaya Ngah Ibrahim yang mana jenazah Allahyarham telah dipindahkan dari Singapura (allahyarham dimakamkan di Singapura setelah mangkat kerana di buang negeri oleh British) pd tahun 2006 kalau tak salah dan dimakamkan semula di Matang. Al-fatihah buat Allahyarham Orang Kaya Ngah Ibrahim.



Sapa kata orang melayu tak hebat, tengok je pada pertukangan kota Ngah Ibrahim ni, batu granit dipahat dijadikan alas tiang rumah.. hebat..



Muzium Sejarah Pasir Salak.


Pasir Salak, tempat berlakunya peristiwa pembunuhan J.W.W Birch. Ok, dekat sini ada dua bangunan muzium, Terowong Sejarah Pasir Salak dengan Muzium Menteri-Menteri Besar Perak. Terowong Sejarah Pasir Salak menceritakan sejarah-sejarah negeri perak dan juga serba sedikit peristiwa bersejarah di Malaysia. Muzium Menteri Besar pulak menempatkan koleksi2 peribadi dan menceritakan salasilah Menteri-Menteri Besar Perak dari yang pertama sehinggalah yang terkini.

Kawasan ni juga cantik pemandangannya. Cuma sayang, terdapat beberapa rumah lama yang ada dalam kawasan muzium ni bagaikan dah tak dijaga dengan baik. Dibiarkan bersawang dan reput. Harapnya, pihak kerajaan negeri Perak boleh bantu memelihara kawasan ni sebab ni peninggalan sejarah kepada generasi akan datang. Nak masuk ada bayaran, kalau tak silap aku RM5 seorang bg dewasa.

Dalam ni ada miniature peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum merdeka dan bergelar Malaysia. Juga ada galeri keris yang menceritakan tentang sejarah keris, pertukangan keris dan jenis-jenis keris.







Kapal Korek Bijih Timah

Besarnya kapal korek ni menyamai bangunan 4-5 tingkat…


Satu lagi antara tempat menarik yang sempat kitorang pergi, ialah ke Tanjung Tualang, melihat kapal korek bijih timah. Selalu tengok kapal korek ni dalam gambar aje, bila tengok dari dekat, barulah tahu berapa besarnya kapal ni.

Kapal yang dalam gambar kat atas tu dipanggil D5, ada yang lagi besar dipanggil D7. Last kapal ni beroperasi pada tahun 1992. Syabas le kepada syarikat bijih timah ni kerana mengekalkan dan memulihara kapal ni dilokasi asalnya sebagai bahan sejarah kepada orang. Oh ye, ada entrance fee tp aku tak ingat berapa kena. Cuma bahagian bawah kapal sahaja yang dibenarkan masuk. Bahagian atas tak boleh naik dikhuatiri membahayakan keselamatan. Almaklumlah, kapal lama.

Selepas korang habis melawat, mebelek-belek kapal ni, korang boleh ke bangunan kecil yg dibina berdekatan untuk melihat video penerangan macam mana kapal ni beroperasi. Juga dalam bangunan tu ada dipamerkan peralatan melombong, peralatan dlm kapal, jenis2 bijih, gambar2 perlombongan bijih, jongkong bijih yang seberat 40kg, peta perlombongan dan macam2 lagi yang berkaitan perlombongan bijih.


Ejaan jawi dulu??? Salah eja??? Alamak.. dilarang masuk dah jadi ‘DILARANG MASAK’… ekekeke


Teknologi dulu, tak pakai pateri semua pakai apa tu.. bolt??

Saturday, May 31, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [5 - the end]

26 May 2008, Isnin...

Perjalanan Pulang.....

Dah tibalah masa utk berpisah. Masing2 bgn di awal pagi, sarapan bersama. Lepas tu bersiap2 utk balik. Abg Tapa balik ke Shah Alam, Yong ke Lunas, Abah & Umi ke Semanggol dan aku ke Seberang Jaya.. tp aku tumpang kete Yong.. nanti Yong dropkan le kat umah..hehehe.

Acara bersalaman-salaman dan berpelukkan pun bermulalah. Nak gelak pun ada.. sayu pun ada bila tgk Nyah salam Umi lepas tu dua2 meleleh air mata.. kekeke.. Tp yela, lepas ni entah bila le boleh jumpa. Tunggu raya, raya bulan baper ek?

Dah salam2, pakat amik gambar ramai2 satu famili depan umah Nyah. Tp guna kamera Chor. So tak dapat la aku nak tepek kat sini. Tunggu Chor bg gambar dulu le.

3 buah kereta kami bergerak keluar dr selatan tanahair. Masa nak kuar ke highway, jalan jam. Keta Chor ngn Abg Tapa selamat masuk highway, tp keta Abah yg dipandu Zainal terlepas simpang masuk highway. Walau ada next jln ke highway dkt Skudai, tp sbb dah lama tak dtg Johor dgn jalan dah berubah, takut sesat lebih jauh lak lagi, Abah suruh Zainal patah balik. Masa patah balik sangkut jam le pulak lagi.

So, kitorang pakat janji jumpa dekat restoran jejantas Ayer Keroh. Yg sampai dulu di situ kete Chor, pastu Abg Tapa. Sejam lebih lepas tu baru Abah sampai. Lepas Abah sampai baru kitorang bukak bekalan yg Nyah bekalkan (nasi berlaukkan telur bungkus ngn kupang yg tak abis makan smalam.. kekeke). Yong pulak beli ayam KFC tambah. Bila perut dah lapar, makan apa pun sedap. Nak2 pula bila makan beramai2. Mcm berkelah pulak kami bentang tikar kat tepi pondok rehat kat kawasan rehat Ayer Keroh tu..hahaha.

Selepas semayang Zohor (dijamakkan dgn Asar) barulah kitorang bergerak balik. Kat sini bersalaman dgn Abg Tapa dan Kak Ani pula. Sebab kitorang berpisah ngn Abg tapa satu famili kat sini. Abg Tapa akan menuju ke Shah Alam, kami 2 buah kereta lagi pulak menuju je utara tanahair.

Dah beberapa jam berjalan, kitorang singgah di hentian Tapah. Kedai yg dituju ialah Dunkin Donuts...hahaha.. Zainal dah mengidam nak makan Turkey Toast sandwich dr masa perjalanan pergi Johor lagi dah. Selesai makan, teruskan perjalanan le.

Kitorang sampai di Semanggol (rumah Abah) lbh kurang pukul 8pm. Singgah mandi, makan dan semayang dulu. Actually Yong nak teruskan perjalan ke utara tanpa singgah Semanggol, tp aku tinggal kunci ngn laptop kat kg.. so terpaksa gak la singgah.. hehe.. soriii... Lepas makan baru aku ngn Yong sefamili bergerak ke utara.

Sampai kat umah aku kul 10pm lebih. Lepas drop aku, Yong teruskan perjalanan ke Lunas. Pukul 11pm lebih rasanya baru diorang sampai umah.

Tamatlah kisah jalan2 jumpa adik badik. Seronoknya rasa dpt berjumpa adik beradik, satu famili meriah2 mcm gini. Pada yg dah pergi pulak, sentiasa segar ingatan di hati. Walau penat, tp apalah sgt dgn kegembiraan kami satu famili. Byk lagi kisah dlm perjalan ini, tp tak semua dpt dimuatkan dlm ni. Cume ringkasan sahaja.

Oh ye.. hajat nak jumpa Mimi, kwn aku di UTM, tak kesampaian, dah ramai2.. aku kena ikut majoriti nak ke mana. Lgpun bkn aku yg drive. Nak pinjam kete Nyah pun.. kekeke.. aku buta jalan.. hahahaha

Glosari..

hahaha.. incase korang keliru..

Yong : kakak sulung aku
Chor : hubby Yong
Nyah : kakak nombor dua aku
Abg Farid : hubby Nyah
Abg Tapa : abang aku (no.3)
Kak Ani : wife abg aku
Abg Asan : arwah abg aku (no.4)
Zainal : adik bongsu aku
Aliah, Haikal, Amri : anak2 yong
Azam, Saiful : anak2 nyah
Munshi, Bilal, Qamariah : anak2 abg tapa

Selingan...

Gambar ni di snap masa dlm perjalanan ke Johor... kat hentian mana tah. Haikal mengamuk, mamai bgn tido agaknya. Umi dia takde bwk kak yong ngn adik dia gi toilet. Dah pujuk2 tak mahu, aku snap le gambar dia. Skali lg mengamuk da.. haha.. nasib la.. ko dpt Atih kuat mengusik.

Pedang samurai yg aku beli di Ayer Keroh.. pedang kayu je.. hehehehehe

dari kiri : Aliah, Haikal, Amri

dari kiri : Azam, Saiful

dari kiri : Munshi, Bilal, Qamariah

nak tgk lebih jelas.. klik pada gambar.

Si Polan : eh.. anak org tu comel la..
Aku : anak2 sedara aku comel lagi
Si Polan : eh.. anak org tu keletahnya (aktif)...
Aku : anak sedara aku keletah lagi..
Si Polan : anak orang tu bijak nya...
Aku : anak sedara aku bijak lagi
Si polan : (hangin) asik2 anak sedara dia je..
Aku : dah tu.. anak sedara aku.. yg ko sebut tu tah anak sapa aku tak tahu..

muahahahahahaha

Jalan2 Jumpa Adik Badik [4]


Masih Lagi 25 May 2008, Ahad...

Sambutan BESDAY Saiful Anuar...

Sampai ke rumah tgk Pak Ndak dah de katg rumah Nyah. Kali ni dia bawak anak2 lelaki dia pulak. Humang aih.. tinggi lampai sume. Memandangkan Pak Ndak pun dah de kat sini. Nyah cadang nak wat majlis sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-6 si Saiful petang tu jugak. Actually, besdaynya esok, 26 May, tp sbb dah ada berkumpul ramai satu keluarga masa tu, so sambutan diawalkan sehari... hehehe.


HAPPY BESDAY SAIFUL
semoga menjadi anak yg soleh, dipanjangkan umur utk beramal, di murahkan rezeki, dikayakan dgn ilmu, baik budi pekertinya, dirahmati dan diberkati Allah selalu... muahsss kat dia.


tokwan ngn Aliah tumpang potong kek.. diorang nye besday coming soon.. 5 Jun.. ye. tokwan ngn cucu sulung sambut besday serentak...

Lepas acara potong kek, apelagi.. potong masuk pinggan le. Tp nampak gaya kali ni budak2 tak serbu kek... diorang serbu aiskrim.. kekek.. jenuhlah Mak depa (Nyah) melayan anak2 nak aiskrim.. tu tak termasuk yg bapak2 dan mak2 pun nak aiskrim jugak..hahaha.

Ke Bukit Layang-Layang..


Dah selesai parti, kena mengemas le. Pastu gi semayang asar.. dan bersiap2 ke Bukit Layang-Layang. Saja je nak beriadah dan berpeluh. Kali ni Zainal tak ikut, dia bawak umi gi Larkin, umah mak Mak Ndak. Abah pun tak ikut. Tak larat katanya. Nak duk rumah je.


Aku : Nyah, ni Bukit Layang2 ke bukit bangla/nepal? (kbtln ramai pula bangla dan nepal kat situ.. hahahah)
Nyah : ohh.. bukit layang2 ni kan ke bukit international...

hahahahaha

Masa sampai angin tak berapa kuat.. tp dan la Abg Tapa terbangkan layang2 sekejap. Habih sume anak2 pakat nak main layang2.. dr Aliah, Azam, Saiful, Munshi, Haikal, Bilal sampai le ke Amri nak main layang2. Tapi berlari menarik layang2 je yg lebih. Layang2 nya tak terbang jugak..haha.. Qamariah yg dlm dukungan Kak Ani pun melonjak2 je nak ikut berlari.

Gambar 1 : aksi Abg Tapa menaikkan layang2, di sebelahnya Saiful dan Haikal berkerjasama cuba menaikkan layang-layang.
Gambar 2 : Haikal menaikkan (hahahaha..) layang-layang
Gambar 3 : Azam dan Aliah masih mencuba naikkan layang2.. mujur tak langgar cameraman (Chor) tu
Gambar 4 : Amri pun nak main layang2...

Tgh dok main, skali angin berhenti bertiup.. jawapnya pakat tarik layang2 je la masing2... last2 bawak budak2 gi main kat tempat permainan tu.. apelagi.. seronok le anak2.

Gambar 1 : Saiful.. tersengih2 nak amik gambar
Gambar 2 : Amri tunggu giliran main gelongsor
Gambar 3 : Aliah tunjuk skill bergayut..
Gambar 4 : Si kecik Qamariah ni pun nak panjat jugak
Tak sempat amik gambar Bilal bergayut.. baru nak petik camera dia dah terjun..

Dah penat dan berpeluh2, Maghrib pun dah nak masuk.. balik la.. apa lagi.

Pot Luck di Snibung..


Malamnya.. pergi 'Pot Luck' dekat Snibung lak. Actually aku ajak gi makan tomyam, Nyah cadangkan gi Snibung.. (ade kenangan gak kat snibung ni..hehe). Nyah kata situ famous Nasi Lemak Berlauk, pastu leh makan mengadap laut.... So.. bergerak 3 buah kereta pulak kali ni... satu keluarga turun pegi makan.. hehehe.


Sampai sana, tak dpt duduk kat tempat menghadap laut pun.. dah penuh. Kali ni kena gabung 5 buah meja.. haha.. keluarga aku boleh thn besar gak. Boleh katakan acara makan besar la kali ni. Order mcm2, sate, tomyam, kupang, telur bungkus, nasi lemak, nasi paprik. Masing2 adik badik pakat sumbang duit.

Zainal : nah Yong (sambil hulur seringgit.. nak gurau le tu)
Yong : bak mai (dgn selamba je trus amik singgit tu)
Zainal : (dlm hati.. menyesal aku hulur... tidak ade gak singgit)

hahahahahaha.. takpe.. dah keje esok open table ye Zainal ye..

Perut sudah kenyang.. balik la apa lagi. Plan nak balik mlm tu, ditunda ke esok pagi dek keseronokan dpt berkumpul ramai2 yg bukan selalu ada.

Friday, May 30, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [3]


25 May 2008..

Jalan2 ke Danga Bay dan Angsana.....

Pagi tu dlm pukul 10am, kitorang bergerak 2 buah kete menuju ke bandar JB. Nyah ngn Abg Farid tak ikut sbb Umi ngn Abah tak pegi. Si Saiful ngn Azam je ngikut. Destinasi pertama kami menuju ke Danga Bay, berpandukan GPS Chor.


Sampai kat Danga Bay, panasnya. Kawasan lengang dan sunyi. Cuma ada sikit org je dok bersiar2 kat situ. Kedai2 pun byk tak bukak lagi. Ingat lagi... dulu sini laut.... dr jalan dah boleh nampak laut..skang dah ditambak2 jadi Danga Bay. MMg dah berubah dr masa aku tinggalkan Johor ni dulu.

Salah timing mari ni... kalau malam meriah le kot.. siang2 panas mcm ni takde pape le. Tp kalau dah meriah tu sure sesak. Lepas pusing2 tgk kawasan, snap sekeping dua gambar. Kitorang belah la. Cari tempat yg tak panas.

jgn cari rupa aku.. tiada di dalam gambar... kekekeke

Tujuan seterusnya, ke Angsana, nak merayap ke lain malas.. main belasah je mana dekat.. kekekeke. Ni pun tempat nostalgia aku gak ni... Masa belajar dulu, bosan2 lepak sini la... kekekekeke.. Angsana pun dah berubah. Aku tgk makin byk gerai. Tak macam masa dulu2, byk kedai.. nampak elegan sket.. skang dah byk gerai.

Naik ke tingkat atas sekali... budak2 nampak arcade, apa lagi. Nak main le jawabnya. Bg le depa main kete goyang tu sat. huhuhu... aku di rompak.... lepas tu sempat main tembak2 lak.. lg skali kena rompak.. bukan anak2 je.... adik aku pun sama... huhuhu.. dah puas main.. baru turun bawah carik makan.

baru pasan Bilal takde dlm gambar.

Masa makan ni pun lawak gak. Aku cadangkan makan mi rebus Hj. Wahid. Kan pemes mee rebus ni kat JB ni. Adik badik aku stuju, ke gerai tu la tujuan kami. Aku ngn Yong sampai tempat makan dulu ngn anak2. Cari port lepak, aku ngn Yong gabungkan meja sebab kitorang ramai. Tgh dok cantum meja ni la, org jual air mari nak amik order.

Brader jual air : nak minum air apa??
Munshi : saya nak air merah
Aliah : kak yong pun nak air merah gak
Saiful : nak air hijau
Azam : nak air merah gak
Haikal : haikal nak air hijau
Munshi : ok.. air merah 3.. air hijau 2...
Bilal : saya nak air biru.... (muahahahaha)
Brader jual air : (terdiam dgn muka yg blur)....

hahahahahahahaha...

Menu utama ari tu, yg dewasa pakat makan mee rebus, kecuali Zainal makan nasi ayam, yg anak2 pakat makan nasi ayam. Tak lupa juga pesan otak2. Masa mula2 duduk kat meja tu, pakcik dr gerai mee rebus tu dah hantar otak2 20 ketui. Siap tanya lg cukup ke 20 ni? Aku ngn Yong kata cukup dulu. Skali dah makan, huh.. sedap. Aku mmg dah tahu situ otak2 sedap.. tp takut yg lain tak kena selera lak. Tp sume pakat suka. Yela, slalu makan org jual yg beku tu. Ni yg fresh org baru buat dan bakar kat situ. 50sen satu pun berbaloi. Ari tu singgah kat Pagoh, otak2 situ pun tak sesedap ni.

20 ketui otak2 abis dlm sekelip mata. Kecoh le masing2.. baru rasa sket dah abeh? Order lagi 20 ketui. Habis gak lagi.. order lagi 20 ketui. Yong sampai sorok bawah pinggan la.. kekeke. Tukang perabis otak2 nombor satu, tu.. org Johor tu... si Azamuddin... hahaha... Lepas tu siap order bawak balik.. 50 ketui lak utk org2 yg ditinggalkan kat rumah (termasuk la utk yg dah makan kat Angsana.. kekekeke). Percaya tak? Kitorang abiskan RM60 utk otak2 semata-mata. ngeh ngeh ngeh.. punya balun mkn otak2 ni.

Abg Tapa : ni org Johor ni.. dia je dok makan ni.
Zainal : tah org Johor ni.. bg can la yg bukan org Johor ni nak makan
Azamuddin : hehehehehe...

Tapi boleh puji la si Azamuddin ni ari tu. Dia la selaku abang paling tua walau bukan paling besar.. paling besar Munshi (saiz badan.. kekeke) dah bantu jaga adik2 dr merayau tak tentu hala atau ikut tah sapa2.. heheh.. Baikla Azamuddin ni. Yg aku ngn Yong lak.. sentiasa je dok mengira.. cukup tak 8 orang... hahaha.

yg mulut comot lepas mkn mee rebus tu Haikal.. yg sebelah tu le org Johor yg plg byk sapu otak2... Azamuddin.



pembungkus otak2 je yg tinggal bersepah...

Lepas habis soru sapedum... apa lagi.. balik la.

Thursday, May 29, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [2]


24 May 2008..

Apa aktiviti hari ini?.

Hari ni bgn tido... sume bgn lambat... hahahaha.. penat. Lepas bgn tido pakat relak2 dulu. Sambil memikir kemanakah arah tujuan yg patut di tuju. Dalam pada tu aku sempat snap gambar rumah nyah.

cantik tak??

Bila jam dah menginjak ke pukul 10am, aku dah menggelisah. Apa citer.. takkan dah dtg jauh2 nak duduk umah je... huhuhu. Abah ngn Umi mmg kalau boleh nak rehat kat umah je... yelah.. org tua2 penagt jln jauh ni. Yong pun tgh mengandung. Penat lg le tu...huhu.. aku ngn Zainal je le menggeletak nak kuar merayau. Tapi tak tahu jalan...huhuhu. Aku? Dulu aku kuar merayau dkt JB ni ade driver... kekekeke.

Last2 Chor, Yong ngn Zainal kuar merayau mana tah dekat2, bawak anak2. Pastu Abah konon nak bawa Umi pusing2 sekitar situ. Aku pun ikut la... bawak keta Nyah.. baru pusing tak dan 10 minit.. patah balik. Sebabnya.. minyak tinggal sket... pastu hon nyah tu tak tahu nape... asal terentak sket die dok bunyi.. bygkan.. bila lalu line kuning tu.. dia dok terbunyi prennn prennnn pronnnn... huhuhu.

Lepas Zohor, kitorang kuar pegi Gelang Patah, umah parents Abg Farid. Hidangan istimewa, puding khas si Hawa buat.... thanks Awe... sedappppppp. Abah rancak le bersembang.. jumpa tok bisan. Tgh bersembang, Abg Tapa lak call, dia ckp dia on the way nak dtg Johor... kekekek.. tak puas ati le tu adik badik lain pakat berkumpul ramai. Tu yg sanggup mari Johor lps abis Hari Keluarga. kekekekeke

kamera aku penuh ngn gambar budak2 ni je. tgkle.. mcm2 aksi ade..


Singgah di UTM...


Lepas beransur dr gelang Patah, kitorang singgah UTM. Aku le yg beria-2ia ajak singgah UTM. Tp tak dpt singgah lama. Cadang hati nak pusing2 ronda2 dlm tu.. tp tak cukup masa tkt nanti Abg Tapa sampai tertunggu lak. So kat depan pintu guard tu pun jadila. Itupun skang dah ada 2 pintu guard.. kekekeke..

erm.. UTM ada byk kenangan aku kat sini. Dr masa aku sekolah rendah, as anak staf yg duduk dlm UTM.. kemudian aku masuk kembali ke UTM as student UTM pulak. Hai, tempat jatuh lagikan di kenang... dan disini tak terkira byk kalinya aku jatuh...hahahaha

si zainal kononnya nak bergambar sorang.. nak bg kat awek.. hahaha.. skali 'bini tumpang' ngn anak2 lak ikut masuk skali dlm gambar.. muahahaha... hancur...

Lepas dpt panggilan dr Abg Tapa yg dia dah sampai tol skudai.. kitorang terus bergerak pi jemput dia. Tunggu... satu hari nanti aku akan sampai situ lg utk lepaskan rindu dendamku..hahahah..


Malam tu....

Malam takde aktiviti ape sgt.. dah berkumpul abis semua ahli keluarga kitorang.. lagi riuhlah bersembang. Malam tu siap buat tahlil lagi.. sempena masuk rumah baru. Nyah masuk ari tu takde buat tahlil lagi.

Nyah : Abah tlg tgk sama, 'pagar' rumah ni ok tak?
Zainal : Pagar? Zainal tgk ok je.. cuba Chor lak tgk....
Nyah : cehhh

Habis tahlil, Parents Abg Farid lak dtg rumah. Pastu Pak Ndak pun mari dgn Mak Ndak, anak2 pompuan dia. Lagi bertambah riuhlah rumah. So teruskan kepada acara makan malam le.. kekekeke... Si Aliah lak, nangis2 sampai merah2 mata sbb nak tgk Akademi Fantasia... si Amudin lak (termasuk atih dia.. hahaha) dok usik tak bagi tgk. Sampaila Opah kena campur tgn..hahahaha

Abis mkn mlm.. dah kemas2 sume.. org lain dok sibuk sembang lagi... aku lak lari naik atas tgk citer Forbidden Kingdom... kekeke.. anak2 pun pakat ikut aku. Si Saiful mula le nyendeng mari baring atas aku.

Saiful : dah lama adik tak baring atas atih..

kekekekeke..

lepas tu.... lagi mau citer ka??

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

ermmm... tp dlm ramai2 tu masih ada sorang lagi yg takde... dah 16 thn.. erm.. sori.. mlm ni mlm jumaat.. lepas baca yasin sure tingat...

Al-Fatihah buat arwah Abg Asan.


Wednesday, May 28, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [1]

Dari hari Jumaat, 23 May, yg lepas aku dah mula bercuti sehinggalah ke hari Isnin, 26 May lepas. Campur Sabtu Ahad sume jadi 4 hari. Pergh... best tu. Pegi mana tu? Ya.. pegi jalan2 jumpa adik badik. Meh nak citer pasal aku punya cuti2 Malaysia...kekekeke.

Khamis, 22 May 2008..

Perjalanan ke Shah Alam.

Habis je kerja pukul 4pm (tukar shift dgn fina) aku trus cabut balik. Takde tunggu2 dah, sampai terlupa nak logout..hahahaha.. mujur Tim pasan. So makcik Mizan le yg kena tlg logout utk aku.. kekekeke.. mekasih.

Sampai umah aku baru nak kemaskan baju. Aku pun tak tahu apa aku angkut byk sgt sampai penuh beg... padehal bkn pakai sume baju pun. Pastu tinggalkan friskies utk uteh. Padan muka Uteh kena tinggal. Tp Kura dgn Kuri aku usung balik ke Semanggol. Kalo tinggal sian tak mkn, kat kg leh mintak tlg kak Ani (jiran) tlg jaga.

Lepas magrhib Yong dtg amik aku, trus bertolak blk semanggol. Dr semanggol, kitorang bertolak 2 buah kete (er... means bergerak la.. bknnya pakat dok tolak kete..huhuhu), mers ngn innova, kami bergerak lbh kurang dlm pukul 8pm lebih ke 9pm mcm tu la. Drivernya Zainal (adik aku) ngn Chor (abg ipar aku).

Dah lama berjalan, aku rasa aku terlelap dlm pukul 12am lebih aku dah terlelap. Aku mmg pantang, pantang kalau tak terlelap dlm kete bila berjalan jauh. Sampai kat umah Abg Tapa (abg aku) di Shah Alam lebih kurang pukul 2am menghampiri 3am... pukul 3 pagi... ekekekeke. Punggah2 barang naik ke rumah abg, sembang dulu.. (sempat sembang tu.. padahal mata masing2 dah kuyu layu je), barulah tido.

ZZZZZZZZZZZZZZZZZ


Jumaat, 23 May 2008..

Melawat Rumah Abg Tapa.

Pagi tu, lepas sarapan pagi, kitorang pergi tgk rumah abg tapa lak. Aik.. dah tido kat umah dia pegi umah mana lak?.. kekeke.. tu rumah utk kakitangan kerajaan selangor. Yg pegi lawat ni rumah yg abg tapa beli sendiri. Dr Shah Alam ke rumah abg tapa jauh jugak.... nun di Puncak Alam sana letaknya.

Haa... si munshi ponteng sekolah ari ni.. tak mau pegi skolah bila tgk tok wan, opah, ibu, ayah chor, atih, pakcu, kak yong, haikal ngn amri ade kat umah.. kekekeke.

Ana (maid Yong aku) : "eh... kak som.. munshi tak pegi sekolah ke?"

Bik Som (maid abg aku) : "entah...(tanya kat munshi lak) eh.. munshi tak mahu ke sekolah?"


sekolah ape?.. dah pukul 8am baru nak tanya... hapeda.. lemas perut aku tgk maid abg tapa ni...

Balik pada topik asal...

Alhamdulillah... abang tapa pun dah ada rumah sendiri. Seronok tgk. Maybe hujung thn ni baru pindah sana. Reka bentuk ngn design rumah tu lawa jugak. Ada 4 bilik. Eh.. ke 3 bilik? Pastu kalau nak tambah bilik lagipun tgk ada ruang lagi. Rumah tu pun end lot. Takde gambar. Tak sempat snap sbb bateri abis. Ada la abg tapa amik gambar ramai2 guna kamera dia.. nanti bila abg tapa dah email aku update kat sini.

antara gambar yg aku snap kat umah abg tapa

si munshi dan si bilal.. cuba teka brape umur budak berdua ni.. sapa betul aku sila amik jam besar kuala lumpur sbg hadiah...kekekeke

Eksiden di sepanjang perjalanan ke Johor.

Lepas semayang jumaat, kitorang pun bertolak ke umah Nyah... next destination, Bandar Seri Alam, Johor. Abg Tapa tak ikut sbb esoknya Kak Ani ada opis punya Hari Keluarga.

Dalam perjalan ke Johor ni, kitorang tersangkut dlm jem. Apa tidak jemnya, sepanjang2 perjalan ada eksiden. As usual (betui ke aku eja ni?).. aku mmg sah terlelap dlm kete, tp sempat terjaga di part eksiden.. kekekeke. Mula2 je ade 4 ke 5 biji kete berderet eksiedn.. huh.. hari hujan.. nak brek tak sempat le tu. Lepas tu ke depan sedikit ada 2 biji bas berlanggar. Ke depan lg sikit pulak, 3 biji kete pulak, Waja (kalau tak silap, Myvi dan Wira. Yg Myvi tu sampai terbalik dan kemek, waja remuk belakang, wira hancur bonet depan. fuh..

Lane sebelah sana pun ade eksiden jugak. Ade kete sodok kete depan, ade kete terbabas ke divider jalan, ada jugak yg langgar pokok tepi jalan sampai patah pokok tu timpa pulak kete dia abis remuk. Adei... maka dgn ini, berhati-hatilah di jalan raya. Ingat.. jalan raya bukan tempat berlumba. ekekekeke...

Singgah rehat kat perhentian Pagoh, isi perut sket, rehat sekejap. Kat kedai cenderama tu aku ternampak setem2 lama lak. Ape lagi, beli le. Aku beli setem ngn fridge magnet.

ni le setemnya.. gambar fridge magnet takde.. malas turun bwh amik gambar...

Dgn jam ape sumenye, dlm kul 8pm baru kitorang sampai umah Nyah. Sepanjang perjalanan, bila hari dah makin gelap, masin2 mula le cemuh, bila la nak sampai umah Nyah ni. Terasa jauh sgt perjalanan. Padehal dulu masa belajar aku duk ulang alik naik bas dr Johor ke Perak, Perak ke Johor takde rase pape pun...huhuhu.

Aku : " si azam ngn si saiful mesti dok tertanya-tanya, bila la opah ngn tokwan nak sampai ni.."

Yong : "bukan depa yg tertanya, kita ni yg dah tak sabar tertanya-tanya nak sampai bila"

Aku : "hahahahaha"

Dialog Aliah ngn opah dia...

Aliah : "bila kita nak sampai umak Mak (Nyah) ni? dr malam sampai ke siang.. skang dah malam balik.. tak sampai2 pun lagi"

wahahahahaha...

Sampai kat umah nyah, aku masuk2 je dlm umah, si saiful anuar terus lari peluk aku... atihhhhhh... kekekeke.. rindula tu. Masa kitorang duk skali, mmg saiful manja ngn aku.

Nyah : "mmg dia dah dok tanya dah, [saiful tanya mcm ni >> nanti opah ngn tokwan nak dtg sini ke ngn ibu (Yong) ngn abah (chor)? Atih dtg tak? ]"

hehehe

Lepas punggah2 barang masuk umah, masing2 pakat melawat kawasan.. kekeke. Cantik umah nyah. Seronok aku tengok. Alhamdulillah... aku tumpang gembira. Dah puas melawat kawasan, kitorang makan malam, sembang2, siap tempat tido.. pastu tido...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, June 07, 2007

Famili Trip 2007 - PD (first day)

Yeargh… kalau tahun 2005 ari tu kite pegi Kelantan…. Kali ni kite pegi Negeri Sembilan… ke Port Dickson….

Well… yg sebenarnya tujuan utama tu sbb ada kendrui kat umah pak jang kat PD… so sambil meneyelam sambil minum air.. terus jadi pecutian keluarga le….

Sabtu – 26 May 2007

Pagi2 dlm kul 9 lebih.. kami bertolak dr Semanggol, duah buah kereta… innova dan wira… menuju ke PD.. aku, zainal, nyah dan anak2 naik wira dgn zainal sebagai drebar… dlm perjalanan… Abg Tapa satu famili lak bertolak dr Shah Alam naik mercedes abah yg ditukar dgn wira ari tu masa abg balik dulu sbb cermin wira pecah…

kami singgah rehat di perhentian Tapah…. Makan kat dunkin donut…. Kekeke… sambil2 nyanyikan lagu jappy besday kat besday boy.. si saiful anuar…

Erm… dlm perjalanan pegi ni pun.. mcm2 citer gak.. elok kuar je dr Tapah.. tiba2 je zainal perasan yg cermin wira tu ade retak sikit kat belah hujung… ah sudah… dah le baru tukar je cermin tu… sementelah takde pulak batu yg terpelanting kat cermin tu.. dah le takde warranty… adei…

Takpelah.. teruskan jugak perjalanan dgn menampal selotep dekat tempat retak tu… lepas tu sampai kat mane tah.. perhentian mane ek.. lupe lak… berjumpa ngn abg tapa kat situ… dr situ kitorang teruskan perjalan ke PD… sampai je kat negeri sembilan.. simpang atr ke PD dan seremban.. kami berpecah..mulenye kete Chor ngn Abg tapa je yg terus menuju ke PD.. sementara kitorang melencong ke seremban.. utk amik abg farid… tp disebabkan abg farid bagitahu nyah yg die baru sampai pagoh.. so mengenangkan terpaksa tunggu 2 jam lagi.. kitorang teruskan perjalanan ke PD…

Dlm dok mencari PD Perdana Resort…. Ternampak abg tapa berhenti kat tepi jalan…. Bila aku nam[ak lambaian abg tapa ngn kak ani… aku suh zainal stop.. pehal lak tu.. ade masalah ke.. mmg la… rupenye brek mers tu dah lingkup sebelah kiri…. Adei…

Bila dah sampi PD Perdana dlm lebih kurang pukul 5..… kami sewa 2 apartment (3 bilik) je…lepas punggah barang2..nyah dan zainal kuar balik ke seremban ambik abg farid… abg tapa lak pegi cari kedai repair brek mers..









sempat lagik bergambar di perhentian Tapah.. eh. perhentian tapah ke ni?

Malam tu.. lepas abg tapa dah balik dr repair mers.. tu pun just repair sementara … sbb hari dah ptg.. org pun dah nak tutup kedai… kitorang gi kuar ramai2… gi soru sapedum… pegi makanla….. Yong belanja… hehe.. sempena kenaikan gaji dia…


ni awat?.. nak jadi hidangan ke?


opah dan cucu-cucunya...


amri lena tak sedar ape...


tokwan, umi dan pakcu bersembang.. amudin sebuk je...


ape la yg abg tapa kelentong chor tu.. sampai begitu skali..


along munshi dan kak yong...


aik.. belum makan lagi dah lentuk umi ngn anak ni?


ermm.. ni sape lak ni pegang qamariah ni?


Balik dr makan.. ape lagi… dah malam.. tido je la… hehehe….

Famili Trip 2007 - PD (second day)

Ahad – 27 May 2007

Pagi2.. mcm biasa layan kerenah budak2 gi mandi kolam… adei.. tgk koilam bukan kate budak2.. aku pun membuak2 je nak terjun kolam.. tp memandangkan ade ramai org kat kolam tu.. segan le pulak… so aku just masuk kolam budak2… pegang si amri ngn tgk anak2 main air… seronok tak kire le budak2 tu… bapak2 budak lak.. dok jadi dugung kat kolam mandi dewasa.. kekeke..

Lepas selesai bermandi manda di kolam renang… terus bersiap2 gi kenduri… Nyah macam biasala… sibuk nak mekapkan aku.. turtkan jela.. malas nak bising… bukannya aku yg nak kawen pun….

Kat rumah kenduri.. tgk2… adik badik kitorang ngn famili besar je.. (adik badik abah n famili) dah penuh dlm rumah.. hehehe…

Dah sampai kenduri ape lagi?.. makan le.. ye idak… pastu sembang2 le adik bradik.. dah sekali sekala berkumpul.. sesi bergambar le sume ade…


ni le pelaminnye... erm.. muat ke pengantin nak duduk?


ni le pengantin.... my cousin..... erm.. nasib baik muat


ni meja makan beradap....


tp kau sebenarnya kebih beri perhatian pade ape yg terhidang kat atas meja tu..huhuhu







budak2 ni le yg paling sibuk nak bergambar...

Lepas makan kenduri… dlm kul 3 kitorang balik ke condo… rehat2 kejap… lepas tu baru gi pantai.. PD.. yeargh…

Best.. cantik pantai PD… pasir pun bersih je.. dah tu halus lak tu.. mcm tepung je… mmg tak rase pape …. Nampak laut.. takleh dah.. lagi membuak2 aku nak terjun mandi… tak duli ah… terjun je… tp tak menyelam sampai kepala le… anak2 pun.. dr mula2 takut nak pi jauh.. takat main tepi pantai je… makin lama dah makin bani ke tgh sket.. tp kitorang kawal le.. tak bagi pegi jauh sgt…

Lepas mandi.. main pasir lak…. Kekek.. buat istana pasir la.. korek lubang tanam budak2 le.. hahah.. mula2 nak tanam aliah… sekerat paras pinggang le.. penat korek.. baru nak kambus sket.. skali die meronta bgn.. abih je… korek lain lak.. tanam saiful anuar… saiful best.. rileks je die.. siap bergambar lagi… haikal pun selamba je mase abg farid tanam die…. Pastu.. pakcu zainal lak yg tingin nak ditanam… tp sebab dah lambat.. zainal tu pun besar sgt… so korek sket je.. die bersila .. baru kambus lubang.. kekeke…


yeargh.... jom main air..


ha.. main pasir...


amri dan pakcu


amboi anak dara ni kalo bab bergambar... bukan main lagi...

actually ade byk gamba lagi.. tp kebanyakkan kat kamera lain2... hehehe.. nanti kamera lain2... yg kat sini sume dr kamera aku...

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons