Hobi?.. Semua orang ada hobi, tak kurang jugak ngn aku. Malah aku ada banyak hobi. Cuma yg menghalang aku dr melaksanakan hobi aku, DUIT. Ekekeke…
Ekoran sakit hati aku semalam, lepas je dr kerja aku terus pergi K4. Pusing punya pusing K4 tu (pening gak ngn org ramai ngn dia dah ubah merata tempat barang2 dia), jumpa lah aku spray utk halau serangga perosak dgn cegah fungal utk pokok bunga. Aku tgk kat botol tu, tulis sesuai utk orkid, aku pun terus sambar sebotol – RM11.90. Lepas tu nampak pulak baja utk orkid, ambil pulak baja – RM2.50. Elok nak beredar dr kawasan tu, Nampak pulak satu pokok orkid, cantik. Harga pun murah jugak la.Berkenan pulak rasa. Mesti korang dah bleh agak yg aku sure beli punya orkid tu kan. Memang pun, sepasu RM11.90. Jadi semua dah RM26.30. Campur sekali ngn beli barang2 utk aku makan dah RM60.00 semua.
Balik je dr K4, angkut2 je barang, aku terus spray pokok2 orkid aku ngn pokok orkid Nyah skali ikut arahan mcm kat botol tu. Even Yong ada ckp yg nanti die nak bg ubat fungus, tp takpelah, aku tak mahu pokok2 tu jadi makin teruk. Lagipun asik harap bantuan Yong je, tak best gak kan.
Pokok orkid tu aku tertarik sbb bunga die berpintal2, macam orkid Yong. Tapi kaler die lain… cube tgk ni. Menarik kan…
Ni orkid yg aku beli…
Ni pulak orkid Yong, serupa tp tak sama.
Selain dr warna tak sama, ada beza sket dr segi pintalan kelopak bunga die. Entah la..aku tak expert pasal orkid ni. Aku tahu lawa atau tidak je. Hehe.
So, aku rsa cukuplah dulu kegilaan membeli orkid. Mungkin stop hingga 2-3 bulan. Aku nak maintain jaga ape yg ade je dulu. Lagipun hobi2 aku yg lain pun memerlukan duit jugak. Macam koleksi komik, setem. Nanti aku nak masukkan duit lagi utk akaun filateli aku. Kalau tidak, takut tak dapat pulak setem keluaran baru.
Cakap pasal komik pulak, ini pun buat aku sakit hati gak. Aku mmg suke sgt baca komik, hmm, adult child eh? Tp aku rasa kalau budak2 pun belum tentu diorang enjoy dan nikmati apa yg diorang baca. Huhu.. alasan. Apa yg buat aku sakit hati ialah, aku mmg jadikan komik2 ni koleksi aku, sume yg ada dlm koleksi aku ialah komik jepun, yg buku jilid satu2 tu. Suka betul aku kumpul.
Cuma sejak aku kerja DELL, susah betul utk aku usahakan hobi aku yg satu ni. Selain dr semua komik yg aku suka tak dijual di sebuah kedai yg sama, aku juga kena keluar semata2 utk nak cari komik ni dan tempat utk mencarinye agak sibuk dan sesak utk pergi. Tak macam masa aku belajar kat UTM dulu, ada kedai Abg Jamil yg terletak depan fakulti aku je. Masa aku kerja dekat TM dulu pun, just balik dr kerja aku terus singgah dekat kedai buku tu. Hai, lepas tu pulak dgn komik ni kekadang tak kuar pada bulan tu, tau2 dah terlepas jilid je, mcm Inuyasi (Inuyasha), Satan 666, Kekkaishi. Kedai yg mula jual die pun boleh takde komik tu bulan tu. Geram tul. Skang ni aku Cuma boleh harap yg aku boleh habiskan kumpul koleksi Kekkaishi gn Detektif Conan. Hai.. inipun rasenye dah 2 bulan tak pegi tgk komik2 ni. Nak pegi Queensbay Mall pun, malas bersesak. Tgklah cuti ni balik kg gi kedai buku kat kamunting tu. Harap2 aku masih tak terlepas kekkaishi 12. Huhu…
Oh.. kura2 aku pun tak berpindah rumah lagi. Ingat nak gune akuarium Nyah. Tp aku tak tahu nak simpan mana lak brg2 dlm tu. Nyah nak gune ke tidak barang2 tu. Lepas tu terpikir lak, tak ke susah nanti aku nak angkat akuarium kaca tu tukar air. Kena letak dekat luar pulak tu. Haih, nampaknya Kura ngn Kuri terpaksa le bersempit dulu ek.. tunggu kelulusan budget bulan depan ye.
Nak beli ikan emas pun, rasanya tangguh dulu 5,6,7atau setahun dulu. Kekeke.. almaklumlah.. org tak berduit tp nak ade hobi. Hehe. Nak bela kucing wat kawan pun.. nanti2 lah dulu.. lgpun si belang tu ade.. die dok mengiau pun tak sunyi gak.. walau die tak mo mai manja dekat2..
Jadi aku berazam nak kerja pada cuti raya cina ni, ngn ahad minggu ni. Tp tulah, tetiba Winz ckp nak dtg. Kang kalo aku kerja, sian lak dia datang. Tp kalo aku tak jadi kerja.. tetiba die tak dtg, kan ke rugi tu.. double pay tu hari Ahad. Huhu….