Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Wednesday, January 30, 2008

Mee Bandung



*** Entry kali ini tiada kena mengena dgn resipi mee bandung... hahaha.... aku tgh bosan ja... ***

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung. Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru.

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe .. bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Moral of the Story : Jgn makan mee bandung tak bayar

Friday, July 27, 2007

Last Warning

gelong mouse aku dikerjakan kau...amik nih... amaran pertama dan terakhir..

Friday, January 19, 2007

Tahun Merawat Malaysia

Thursday, January 18, 2007

Tak faham papan tanda?

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Tuesday, December 05, 2006

Di sebalik kejadian tren terbabas di sentul

















Wednesday, November 22, 2006

bAdAK & mOnyET

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 ekor haiwan itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Saturday, November 04, 2006

Bos Pun Bengong

Pada suatu petang di sebuah pejabat swasta, kira dah abis waktu pejabatlah. Dinna (nama sebenar Siti Rogayah), yang merupakan seorang eksekutif di syarikat tersebut sedang bersiap2 untuk pulang ke rumah. Tengah nak keluar dari pejabat dia, dia ternampak CEO dia (Bos besar kat syarikat Dinna) sedang tertonggeng-tonggeng / terbelek-belek kat depan mesin shredder (Apalah pulak nama mesin ni dalam bahasa malaysia) sambil memegang satu dokumen. Dalam tengah dok terbelek-belek tu, di CEO ternampakkan Dinna ni tadi lalu memanggil Dinna. Dinna yang seorang eksekutif yang berdidikasi dan taat pada bosnya pun pergilah menghampiri CEO ni.

Dinna: “Ada apa bos, boleh saya bantu?”

CEO: “Ya Dinna, boleh tolong sikit. Setiausaha saya dah balik dah, saya tak tahu pulak nak hidupkkan mesin ni sebab saya ada satu dokumen penting yang sangat sulit bagi syarikat kita yang tak boleh dilihat oleh sesiapa pun.”

Dinna pun pergilah memeriksa kat belakang shredder tu dan terlihatlah wire shredder ke suis yang kat dinding masih tak ‘ON’. Bila suis itu di’buka’, berbunyilah sikit kat mesin shredder tu, menandakan mesin tu dah ‘ON’.

Dinna: “Dah idup dah, mana dokumen tu?” tanya Dinna.

CEO: “Ni dia”.

Dinna pun mengambil dokumen tersebut dan memasukkannya ke dalam mesin shredder tu.

Melihatkan mesin itu berfungsi, senyumlah si CEO tu dan berkata, “Kalau kamu takde tadi Dinna, tak tahulah saya macamana nak buat. Dokumen ni penting sangat dan perlu dihantar ke client esok juga... BOLEH BUATKAN 2 SALINAN?”

Peluh jantan pun keluar dari dahi Dinna. He..he..he...

Monday, October 30, 2006

Menantu Pak Kassim

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang.. pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sbb sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim..."

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??"

Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

Wednesday, October 18, 2006

Tertinggal Sesuatu

Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok.

Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.

Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.

Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menghisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia akan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.

Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.

Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 30 jenama rokok berlainan jenis yang terdapat diserata dunia, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya. Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising
tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.

Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir. Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.

Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain, terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut, wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi
sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah
sambil menjerit.

"Pinjamkan aku lighterrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook. Bodooooooooooh!!!!!!"


ahak..ahak..ahak...

Saturday, October 14, 2006

Serbuan Di Hotel

Khamis - JAWI telah melancarkan serbuan di sebuah hotel 3 bintang setelah menerima aduan daripada pengadu misteri. Seorang gadis didapati tidak sempat memakai baju apabila serbuan dibuat

















Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons