Showing posts with label Raya Special. Show all posts
Showing posts with label Raya Special. Show all posts

Friday, December 05, 2008

Award & Duit Raya

Alhamdulillah.. nak menjelang raya ni, dapat lagi award blog aku ni. Kali ni pun, yg bermurah hati beri award ngn duit raya kat aku ni ialah Pokcik dotblogspotdotkom. Mekasih banyak2 la pakcik.

Mula2 sekali, pakcik bg award.. katanya asik org je dok bg award kat dia, jd kali ni dia buat award sendiri, canggih punya award ni, award yg sungguh istimewa seikhlas HATI dr pakcik.. jom tgk awardnya.

Tu dia aih.. mmg hati sungguh di baginya. Alhamdulillah.. rezeki raya, oklah tu.. leh gak wat rendang hati kan.. jamu tetamu makan.. kuang kuang kuang. Macam ngeri pun ada juga award pakcik ni, sengih2 lagi pakcik lepas hati di dah dikuarkan.. hidup lagi ke pakcik ni lepas toreh kuar hati dia tu?? jgn jadi antu hati dah... ngaaaa...

Bila aku masuk blog pakcik nak amik hati pakcik tu.. nampak lak pakcik bg duit raya ni lak.. sempena dgn Aidiladha yg mulia ini, pergh.. RM1000 tu.. byk tuu.. boleh la.. lepas la duit nak belanja raya ni.. Dia main bagi je kat sume rakan2 blogger dia ngn sapa2 je yg singgah kat blog dia. Ha.. ape laie.. kalau korang pun nak, pegile blog dia... ngeh ngeh ngeh.

MEKASIH BANYAK2 LA PAKCIK EK.. balasan utk pakcik lak.. amikle kad raya haji yg kaler hijau kat atas tu. IKLHAS UTK PAKCIK.

Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri

Pada hari ini, 26 Ramadhan 1949H, bersamaan 26 September 2008, genap 26 hari umat Islam sekalian di Malaysia berpuasa. Tinggal lagi 4 hari saja nak menyambut Aidilfitri. Hari ni juga hari last aku bekerja, esok aku akan pulang ke kampung. Ho ho ho balik kampung... cuti seminggu tu beb.. yeahhhaaaaa.... dlm seminggu ni tak perlu hadap benda2 yg aku tak suka... yes.. yes.. yes.. hahaha.


Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan2 aku tak kiralah yg berkenalan di alam nyata mahupun sekadar di alam maya, sanak saudara yg jauh, dan juga pengunjung2 setia blog aku.. cewah.. mcm ade org je dok baca blog dia.. hahaha. Kalau ada salah dan silap aku, terkasar bahasa, samada di alam nyata atau di alam maya, mana2 coretan di blog aku ini yg korang tak suka.. harap maafkanlah. Untuk korang.. sudilah terima kad raya aku ini..

klik utk gambar besar


Hehe.. this is fully design sendiri kad raya dr aku... actually ada 2 lagi kad raya aku design thn ni.. tp aku guna typography Salam Aidilfitri dr AwangPurba utk menghiasi kad raya ni. See below..


klik utk gambar besar

Pastu saja nak share kat sini, banner raya utk JL yg aku buat. Saja je buh.. tak sangka lak Blo nak pakai banner aku tu. Rasa kembang gak lubang hidung bila banner tu terpapar kat JL.. mujur seluar tak pecah sbb montot mengembang... hahahahaha.

klik utk gambar besar


Terima kasih juga di atas pemberian e-kad oleh akak wild ku sayang ini dan juga akak ipar Ena. Semoga akak Wild slamat sampai ke destinasi.
dari Wildcempaka


dari Ena

Ari ni dan kelmarin dpt kad raya lagi. Thanks to akak cleo, jejerz, kiara dan juga devi n priya utk kad raya tu.
:okay:

Thursday, September 25, 2008

Kad Raya Lagi..

Kali ni dpt e-kad lagi. Datangnya dari adik comel Lemonadenoi, dotblogspotdotkom (aku pun tak tahu nak gelar ape kali ni.. sebelum ni ulquiraa.. hahaha) dan adik manja Amy_fazley. Terima kasih banyak2. Selamat Hari Raya buat kalian juga. Ampunkan segala salah dan silap yg ada.

Noi ngn amy dah dapat duit raya ni .. so utk pakcik Ulquirra.. amik balasan kat SINI ye.


dari Lemonadenoi.


dari Ulquirra @ dotblogspotdotkom

dari Amy_Fazley


Mekasih untuk kad2 yg cantik ini.
:puteh_2:

Tuesday, September 23, 2008

Kad Raya

Ini musim org bagi kad raya, tak kiralah, kad raya asli, ecard or sms. Tak kurang juga kad raya diedar melalui blog.

Terima kasih aku ucapkan pada rakan-rakan yg ku kenal hanya melalui siber, namun kemesraan antara kita tetap terjalin di persada maya ini. Terima kasih di atas pemberian kad raya kalian. Semoga ukhuwah antara kita berpanjangan.


Photobucket
dari Shahliza94

dari Kamezaim


dari Along Arman


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
buat kalian juga


Untuk Kamezaim dan Along Arman, sila ambil balasan untuk kalian di SINI.. hehehehe. Kad raya tunggu jumaat balas.. senang balas semua skali.


Terima kasih juga pada rakan yg sudi beri kad raya tradisi kepada aku >> Akak Inaz, Kak Dasyu, Edanie, Akak ipar Ena, Zee dan juga Deepa (yg diterima setakat ini).

p/s: tak de gambar, malas nak snap.. tunggu akan ada satu entry khas kad raya.. hehehe


:puteh_12:

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons