Monday, July 07, 2008

Cute eh??

Tadi dpt MMS ni... free from Maxis.. rasa mcm comey je. So send to few special friend. Kalau dpt MMS siap ade lagu.. menambahkan lagi kekiutannya.. tp kat blog ni aku leh upload gambar die je.

Photobucket

cute rite??


Dan ini balasan yg aku dpt..

Photobucket
Terima Kasih, adikku sayang. Muaahh...

ekekekeke...thanks sis...

ada satu akak (sengaja dirahsiakan nama.. ahak..ahak..) tu lak... yg baru berumur 26 thn tu.. :p mcm terharu je.. ekekeke.. sweet rite? coz I am sweet.. ekekekeke :p.

Pada yg tak dapat... korang bukan tak spesel.. instead every frenz of mine is special... tp.. kedit tak cukup... huhuhuhuhu

Sunday, July 06, 2008

2nd Anniversary????

Pejam celik, pejam celik.... yg pejam rasa malas nak celik2 pun ada.. hari ni cukuplah 2 tahun aku kerja di Dell as a contract/temporary staff. Hmm.. dah dua tahun. Tak terasa special pun sebenarnya hari ni. Cuma alang2 dah tertengok kalendar.

Dah 2 tahun ni jugakla aku dgr janji nak jadikan aku permanent staf.. dan hasilnya? Malas nak cakap. Nak tunggu je la, tunggu dan lihat. Ada yg suruh aku bangkitkan perkara ni pada bos. Ermm.. dah malas.

Hari ni aku keje, OT, sebagai menyambut 2nd anniversary di Dell.. hahahaha. Paskad masih takleh digunakan. Padahal dah renew. Geram betul. Dan di opis aku kebosanan. Abih sume mende dah aku baca, sume game online aku main. Tp masih bosan yg teramatnya. Alahai.. nasib badan.

NI CERITA SEMALAM.

Semalam petang aku pegi melepak di rumah Yong. Kebetulan Abah dan Umi tidur sana sbb abah mengajar kat Penang. Nak tidur kat umah aku.. almaklumlah umah bujang. Apa yg ada.. ekekeke.

Untuk menunaikan hajat NYAH dan ABG TAPA, aku snap le gambar kete baru umi (kete sekenhan je.. jadila dr takde kete) supaya tak kempunan diorang. Kang dok mengidam tak sudah la...



Ermmm.. nak citer ape lagi ek.. tu jela.. just nak bgtahu ari ni cukup 2 thn aku kerja kat dell.. ngn nak menayang gambo kete umi utk Nyah ngn Abg Tapa. Gamba antar MMS kot tak puas belek.

UPDATE, 7/7/2007.

Oh ye.. jari aku yg terkehel, aku mintak abah urutkan. Baru abah pegang sket (sket pd abah, tp huhuhu.. sakit..) aku dah eheh.. eheh.. huhuhu. Abah picit2, abah kata urat dah bengkak masuk angin. Mmg le, aku bantai urut sendiri, pastu rap abah tarik.. huhuhu.. masa aku kecik2 dulu ni mau menjerit jugak. Tp rasa lega gak kena urut, lepas tu baru leh bengkok jari. Kalau tak rasa keras je nak bengkokkan, tp aku bengkokkan jugak... kalau tak camne nak wat kerja. Hari ni masih lg rasa sakit.. tp alhamdulillah dah ok sket.

Jom Buat Cerita


Actually aku kebosanan sebenarnya kat opis ni... so try cari satu aktiviti.. dan akhirnya... aku rasa nak ajak pembaca blog sama2 beraktiviti di blog ini..

Macam mana tu? Kat bawah ni ada satu gambar... jom buat cerita berdasarkan gambar ni.. sape citer paling best.. kalau dia budak2 JL aku sedekah JL$500 kat dia.. kalau bukan budak2 JL.. hehehe.. just for fun la. Sila lampirkan cerita anda di ruangan komen.



Kucing : oh.. kau kentutkan aku ye... meh sini aku gigit montot ko..
Baby : makkkk.. tolonggggggggggg.....


Tak semestinya buat dialog... korang nak wat novel pun boleh.. ahak.. ahak

Thursday, July 03, 2008

Beginilah nasib.... diriku...

Pagi ni alhamdulillah, dpt bgn agak awal ngn kuar awal. So budget takdele kelam kabut nak panjat tangga nak login on time. Smalam dah la terlambat sbb sangkut kat tol.

Tp yg geramnya, pagi2 dah ada org perangat ati ni. Masa kat tgh jambatan td, ada satu kereta tak dan2 dah nak potong. Dia laju je dr belakang sekelip mata dah dok bakang aku. Punyalah gaplah, tak sudah2 dok angkat lampu kat aku dr jauh nak suruh aku ke tepi bg laluan kat dia. Masalahnya, sebelah tu ade kete, aku tak lepas lg nak potong kete tu nak msk ke tepi pun. Lepas tu, kat tgh jambatan tu double line ma. Walaupun pagi2 ni biasa aku tak peduli double line tu. Tp masalah utamanya sebelah tu ada kete aku takle nak masuk tepi. Tp si bangang belakang ni, punya la tak sabaq dah, bukan takat angkat lampu kat aku, siap hon2 lagi. Bertalu2 dia hon. Bangsat sungguh. Aku buat bodoh je. Dah agak boleh lepas kete sebelah baru aku bg signal msk ketepi. Si bangang ni tak sudah lagi, tak puas hati, aku baru dok gerak ke tepi.. dia dah mencelah nak potong.. pastu siap hon panjang2 kat aku. Haram sungguh aih, aku panas ati, aku hon panjang balik la kat dia. Lampu pun siap angkat balik. Takkan semata2 nak bagi laluan kat engkau yg entah penyangak mana tah, nak suruh aku berlanggar ngn kete sebelah.. kim salam. Pastu laju je dia pecut ke depan.. mcm nak terjun laut je rupa pun. Mmg jenis tak guna punya org. Dlm hati aku dah menyumpah, eksiden le kau. Tu aku sorang menyumpah... masuk 40 org.. mmg eksiden sungguh le kau. Dan biar eksiden ngn org2 yg sama jenis ngn ko. GERAM TUL AKU!!!

Continue driving, elok sampai kat depan kilang, hujan turun lebat-lebatnya, dgn angin punya kuat. Aduh.. jalan dah jam pulak dpn kilang ni. Padahal opis aku depan tu je. Masuk2 je dlm kwsn opis. Lagi menggila lebatnya hujan. Aku park kete, ingat nak tunggu jap sampai hujan reda sket, tp bila tgk jam dah 6.57, huh.. takle jadi. Aku kena log in tepat kul 7.00am. Kalau lambat aku login, lambat le aku balik.. lambat balik sangkut jam lak kat jambatan nanti. .Aku kena redah gak hujan ni. Amik payung, kuar kete, lari sampai depan pintu terdekat. Berpayung pun basah. Nak2 lak payung tu bagai nak terbang ditiup angin. Baju aku basah sebelah, jeans aku lak belah bwh lencun basah. Alahai.. kesejukkan le aku dlm opis ni. Sampai depan pintu tu lak.. tak boleh masuk lak.. pak guard tak buka lg pintu tu. hampeh tul. Jam dah 6.59am. Aghh.. tensen tul. Bila naik atas.. tgk jam 7.00am. Ingat sempat login. Elok aku login jam tukar ke 7.01am. Arghhh... hampes tul.

Dah masuk dlm opis ape lagi... kesejukkan le. Aku bukak kasut ngn stokin aku sbb dah basah. Baju pun basah... aku pegi bilik air. Aku tukar pakai sweater je. Mujur gak aku pakai baju getah long sleeve tu pastu sarung t-shirt short sleeves. So T-shirt je la yg basah. Aku bukak t-shirt, tinggal baju getah tu je.. pastu sarung sweater. Kalau tak jenuh sejuk weh.. suar je la takle nak tukar. So skang ni.. kaki aku dah menggigil kesejukan..

Lagi nak tambah pedih pagi ni, masa aku kelam kabut kuar dr keta pagi ni, punya kelam kabut tutup pintu, tah macam mana ibu jari aku terkehel lak. Sat je dah membengkak dan merah. Dgn sejuk ni, sakitnya makin2 la terasa. Nak menulis ngn menaip pun sakit... adui.. dah urut2 gak sket.. hope nanti baikla..

alahai... nasib.. nasib... tp takpe.. pagi yg gelap nanti cerah gak.. huhuhu..



UPDATED, 11am..

Hampeh tul.. paskad aku takle guna lagi... apa dia ni.. nak renew paskad pun amik masa seminggu. Padahal.. update dlm sistem je.. kalau dah ***** tu.. wat keje mmg lembab.. dah le aku nak masuk kafe susah.. ni pun satu gila.. ada ka nak pi kafe pun kena tet paskad dulu.. baru leh masuk... bukan ada dokumen sulit dlm kafe tu...

EKSEN... EKEKEKEKE

abg aku mengeksen ngn aku... berita lanjut baca kat blog dia.. Lebai Janggut.. apapun tumpang bangga.. TAHNIAH... ekekeke

Wednesday, July 02, 2008

Are you still interested???

Ingat tak dulu aku citer aku pergi interview? Dan aku pening pala pasal ni?

Well, pg tadi aku dpt call dr Branch Manager tempat tu. Dia tanya aku masih berminat atau tak nak kerja kat situ. I guess, diorang masih tak dpt cukup org utk bekerja dgn diorang, tu sebab diorang call aku. Or kalau rasa nak prasan, maybe because i'm the best person to fit in the position.. muahahahaha.. pasan.

Tetiba rasa mcm, bangga je. Yela, mana pernah lg org call aku semata2 sbb nak tahu aku setuju kerja dgn diorang ke tak. Dan aku pun tak menyangka manager sendiri yg akan call aku. Aku ingat bila aku dah diamkan diri diorang akan anggap aku tak berminat mcm company2 yg lain. Apatah lg interview tu pun dah agak lama gak. Lagipun dia sendiri bgtahu aku masa tu yg diorang cuma perlukan 2 org je lagi.

So dgn sopan aku cakap, "I'm sorry, I have to decline your offer. Actually I do call you after that but could not reach you".. Aku dah citerkan sbb apa aku tolak dlm entry sebelum ni.. "oh.. is it? Is it you get another offer? Ok than.. thank you".

Gaji kecik salah satu penyebab la.. (tp ada la benda lain lg yg aku pikirkan). Tipula aku kalau aku ckp aku tak kejar gaji besar. Org gila pun tahu nak duit.. inikan pulak aku yg lebih cerdik dr org gila terutama dlm bab nak perabihkan duit. Zee pun dah panggil aku dan bgtahu yg diorang akan sambung kontrak aku. Aset aku sbb aku blh handle email dgn call sekali. Zee jugak ckp dia akn cuba jdkan aku permanent staf.

Erm.. cuba? 6hb Julai ni genap 2 thn aku kerja dgn Dell, aku dah lali dgr ayat ni. Tp kalau betul baguslah. Mana tahu rezeki aku. Walau aku tensen kerja dgn Dell ni, tp dr segi gaji. Agak loded gaklah. Tempat lain mmg takkan offer mcm yg Dell offer.

Aku harap aku buat keputusan yg betul. Amin...

Tuesday, July 01, 2008

Berikanlah Arti Pada Hidupku...


model iklan sofa... quite lama gak dah la dpt gambar ni, nyah mms.. sbb dia nak menayang sofa baru dia... saja baru ni nak tayang kat blog... model iklan sofa yg ensem ini namanya azam.. umur 7 tahun... ada yg nak wat calon menantu?? budak ni baguih tau.. best in the world.... tp kedekut sket ja..



Email dr Abg Tapa..

Sent: Friday, June 27, 2008 12:17 PM
heish.. tak tau le.. anak pompuan aku sorang ni... ngikut macam abang-abang dia jugak.. Memanjat...

ala... ok le tu, pecah bibir sket je.. budak baru nak buas..kan Qamariah kan kan?? atih dia dulu lg dasat dr power rangers.. sampai terpusing gigi sbb panjat TV.. muahahahaha



Adegan ini berlaku pada minggu yg sudah sudah... masa nak pakaikan Amri pampers lepas basuh uk uk..

Atih : Aie... baring... meh nak buh pampers
Amri : aaa?? kambing??
Atih : apa pulak kambing.. atih cakap baring la.. kambing pulak dia?
Aliah : hahahahahah.. itula.. atih suka sgt ckp kambing..
Atih : sibukkk

Sunday, June 29, 2008

Terkelendat...

Aduila, kaki aku sakit.. huhuhu.. Belek2 tgn.. patut a pedih, luka rupanye..huhuhu. Ni apa citer sampai jadi mcm ni ha? Ni sume gara2 kucing sapa tu tah. Masuk mengacau dlm rumah aku... dan membuat onar di dalam umah aku. Tak suka tau, si Ciki ngn si Stripe dulu bela baik je.. huhuhu..

Citernya mcm ni... aku duk susun baju kat atas. Sambil dok baca One Piece online (tak abis2 ngn one piece.. kekekeke).. Pastu tiba2 je aku dgr bunyi branggggg kat bawah. Bunyi lesung batu jatuh atas lantai dan bergolek-golek. Ah sudah, ni mesti kerja si belang ni la...huhu.. takde lain dah. Aku tindan tudung saji tu ngn batu lesung pun dia leh jatuhkan batu lesung tu pulak. Aku bkn de lemari lauk nak simpan lauk. Nak buh peti ais kang aku nak mkn mlm sejuk gedi lak...huhu. Aku simpan dlm oven pun pandailak dia bukak tutup oven tu..huhuhu. Ape lagi, kelam kabut le aku turun bawah. Dlm otak dah dok bayang, abih le pinggan aku pecah, abih la jubin retak lesung batu jatuh.. huhuhu. Membara je rasa.

Dari atas tangga aku dah nampak si belang tu berlari mencari jalan keluar. Aku pun ape lagi, aku terjun terus je ke bawah tu, aku terus kejar dia. Aku ligan, aku hambat, aku kejor (kejor yob kejor.. kejor kejor lagi.. eh.. ni lagu bola... huhuhu), dr bawah naik ke atas, dari atas turun balik ke bawah, aku kejor dia.... tak peduli dah. Sambil tu, kaki aku hayun ke dia, kedebak kena tangga, aduila.. tak duli, sambung kejar. Sampai le dia lari ke tingkap nak kuar dr umah tu. Aku hayun penumbuk kat dia, tp kena jeriji tingkap lak, adui. Aku tangkap kaki dia, dia gigit tgn aku, aku tampaq pala dia.. aku pukul montot dia. Dia terjun dr tingkap lari balik naik atas. Aku kejar balik naik atas, jgn main2 bila aku dah naik syeh.. walau aku pakai kain batik je.. ligan tetap ligan (mujur tak melondeh.. ekekeke).

Sampai atas, dia terjun lak kebawah dr palang tangga, aku sinsing kain batik aku, laju je aku berlari ke bawah sambil tgn tu capai kain lap kaki libas kat dia. huhu.. Penat kome baca? Teman yg mengejornye ni lagila penat. Sampai la dia lari balik ke tingkap, aku tangkap sebelah tgn dia, tergantung dia kat grill tingkap tu, aku penat dah. Berombak dada aku bernapas, berenti dulu aku pun sambil tgn tak lepas pegang dia. Tarik napas dulu. Ropenye dia pun penat sama, berdengus2 je ngn dada tu berombak tingi rendah, tinggi rendah. Sama2 la kami berenti tarik napas. Dia pandang aku, aku pandang dia.. mulut dok tercungap amik napas hap hap.. huh. Rasa mcm lawak le pulak. Mcm citer katun tang part bila yg kena kejor ngn yg mengejor berenti rehat sama2 sbb penat pastu sambung kejor mengejor balik.

Rasa nak balun je dia mula, tp pastu tak sampai ati lak. Aku tepuk pale dia je, padan muka, suka betul curi lauk aku. Lepas tu aku lepas je la dia. Aku pegi dapur, mujur le pinggan tak jatuh berderai. Lesung batu mmg dah bergolek atas lantai. Mujur juga jubin tak pecah ke retak ke.. to berlekuk sket..huhuhu.. (syhhh jgn bgtahu abah..huhuhu). Aku angkat lesung batu simpan. Aku masukkan lauk dlm oven, aku pusing oven tu bg menghadap dinding. Harap2 dia tak pandai le pulak nak pusing oven tu, bukak curik lauk. huhuhu.

Takleh jadi, kena cari papan gak tutup tingkap tu. huhu.. adei. mencungap aku naik atas balik. Lobam kaki ngn tgn aku dlm usaha nak menyepak ngn menumbuk dia. Bila last2 dpt tangkap pun, tak sampai hati lak nak balun... huhu..

Adoi.. sapa nak tlg buh ubat ni..huhuhu

Thursday, June 26, 2008

Sejuk.. trrrrrr grrrr


Kebelakangan ni aku mmg langsung tak tahan sejuk... tak tahu nape.. tp kalo tidur still pasang kipas sampai berdengung.. pastu tarik slimut sampai paler... hahaha.. Sejak minggu lepas kat opis sejuk sgt. Tak tahu le diorang set aircond punya suhu brape.. tp dah rasa mcm duk dlm freeze. Dan hari ni mmg sejuk gila, nak2 pulak aku tak brape sihat sgt lagi.

Aku pegi pantry, pastu balik ke tempat duduk aku..

Aku : ah.. baru selesa...
Opismate : tu buh botol ayaq hangat dlm sweater la tu
Aku : ahak ahak... heater.. ngeh ngeh..



Jadi, pada sapa2 yg kesejukkan di opis, isila air panas dlm botol, dan masukkan kedalam sweater yg anda sedang pakai. Jgn dlm baju lak, kang melecur padan muka..

Wednesday, June 25, 2008

Bangang

Bangang tul.. nak je aku sumpah bg jadi kambing...


Hi ***,

Kindly please approve for me to be released from doing the 1 hour OT as I am not feeling very well.
Further more the aircond is very cold and already make me shivering.

Dia punya reply..

Hi SY
Kindly assist with turning off / lowering down the aircond's temp.

Hus,
Pls advice cube #

Macam sial.. aku mintak permision tak mo wat OT. Faham tak aku DEMAM.... bodoh sangat. Smalam aku mc pun. Kang aku cabut balik je amik MC terus kang. Orang MC bising. Red alert kepala laki mak tiri bapak mentua dia sume ada.

Aku bengang.. satu lagi email bagi ..

How about the OT?
I really not feeling well.
So hoping to go back early and rest rather than take mc.

Jangan aku buat kurang ajar, aku cabut balik mcm tu je kang. Aku tahu le OT di bayar. Tp org dah tak sihat nak paksa2 lak. Kambing punya U*(*(^#*&$%#&$%&^.
Org tak sihat lg nak bg temperature org naik.. aku mari kerja ni dah cukup bagus dah.

Sunday, June 22, 2008

Minyak Brape?

Ini kisah Semalam

SABTU, 21 JUNE 2008..

Pg tu aku beritahu aliah, aku nak pegi kedai beli makanan kura2. Aliah nak ikut. Pastu dia tuntut janji masa kitorang balik dr Johor dulu.

Tp lepas balik dr tgk kete baru umi. Aku rasa malas nak kuar dua tiga kali. Aku ingat balik ke rumah aku nanti je singgah beli makanan kura2. Duit minyak pun jimat. Frustla dak Aliah bila aku kata tak jadi kuar. Dia sampai tak ikut umi dia pegi kenduri punya nak ikut aku. Alasan aku pada dia, minyak mahal.

Petang tu, tgh aku dok baca onepiece online, lepas dia abih chatting ngn auntie liza dia yg mengaku baru berumur 26 tahun.. huhuhu..

Aliah : atih...
Atih : ye?? nape??
Aliah : minyak harga berapa?
Atih : minyak ape? minyak angin? minyak urut? minyak masak?
Aliah : minyak kete le.. kan dah naik harga.. brape?
Atih : RM2.70 seliter (mata dok tgk ke onepiece gak)
Aliah : (kira duit dlm tgn) nah... aliah byr minyak kete atih.. (ada Rm1.50 je pun..huhuhu)
Atih : (terkedu jap... mcm citer kat blog kak liza lak.. huhuhu.. sian pulak budak ni... aku tutup laptop..) Jom kite kuar.. atih semayang dulu..
Aliah : yeeee...

amboi suka, so rancangan aku nak balik petang tu.. tunda le jadi ke malam... alang2.. bek makan dulu kat umah Yong.. jimat gak duit makan malam.. hahaha

Malam tu sebelum balik...

Atih : Aliah hutang atih RM10 tau duit minyak.. nanti dah keje bayar balik..hahaha
Aliah : alahhhhh... td kata tak payah...
Atih : hahahahaha (sambil cium pipi dia).


Dulu aku pernah baca... ingat2 lupa dah pun...

Nabi SAW pernah bersabda :

1 Dinar yg kamu sedekahkan utk fakir miskin
1 Dinar yg kamu belanjakan untuk jihad di jalan Allah
1 Dinar yg kamu sedekahkan pada anak2 yatim
dan 1 Dinar yg kamu belanjakan utk keluarga
maka lebih mulialah 1 Dinar yg kamu belanjakan utk keluarga...

** aku dah ingat2 lupa sket pasal ni.. sapa2 yg tahu leh perbetulkan..


apalah sgt duit yg aku habiskan utk myk.. berbanding ngn senyuman dia petang tu...

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons