Showing posts with label JLOB. Show all posts
Showing posts with label JLOB. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Projek Amal Jomlayan - Mari Menderma Beg Sekolah

INI ADALAH TOPIK MELEKAT :P
** Topik terbaru akan berada di bawah topik ini **





Assalamualaikum...

Apabila matinya seseorang anak Adam, maka terputuslah semua hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, iaitu :

1. Amal ibadatnya
2. Sedekah jariahnya
3. Doa anak-anak yang soleh/solehah.


Melihat kepada anak-anak yatim, terasa sayu di hati. Apatah lagi jika mereka ini dari golongan yang susah. Kecil-kecil lagi sudah terpaksa hidup berdikari. Mengharap belas ihsan daripada yang sudi. Seperti anak-anak lain, mereka juga ingin kehidupan yang normal, ingin bermain dengan gembira, ingin menyayangi dan disayangi dan mereka juga bercita-cita tinggi ingi ke sekolah untuk menimba ilmu.

Sehubungan itu, kami di forum Jomlayan.com telah melancarkan tabung kutipan derma bagi menyumbangkan beg sekolah kepada anak-anak yatim dan miskin dari rumah tunas harapan daerah Kuala Selangor. Harapan kami ialah supaya anak-anak ini dapat menyambut tahun baru persekolahan bagi sesi 2010 dengan beg baru sumbangan kita semua. Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan peralatan sekolah dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Tabung kutipan ini dilancarkan bermula dari 1 November 2009 sehingga 30 November 2009. Anggaran kos bagi sebuah beg ialah RM30, anda bebas untuk menderma sebarang jumlah mengikut kemampuan anda.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada :

Nama : Nazaruddin Sharif
Akaun No. : 162115923164 - Maybank

Sila emailkan notifikasi sumbangan anda ke alamat email dibawah untuk membantu kami menyimpan rekod derma anda.

jomlayanderma@gmail.com


Terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas anda.

:sorry:


Untuk maklumatg lanjut mengenai program derma ini, sila layari Jomlayan.com.

Friday, May 22, 2009

GURU : ikhlas atau cari makan??



Makcik Kepoh : Kenapa tak amik KPLI je?? Jadi cikgu??
Aku : tak reti nak mengajar orang
Makcik Kepoh : eh.. tu sbb diorang bg kursus.. nanti diorang ajar le cara mengajar
Aku : tak mo lah.. tak minat mengajar
Makcik kepoh : Mula2 tak minat, lama2 nanti suka le.. lgpun lumayan gaji cikgu.. tak gaduh kena buang dah
Aku : (eh.. byk ckp lak makcik ni.. seligi kang.. sukati aku le.. ingat jadi cikgu ni senang??)


Sejak aku menganggur ni, mmg itulah yg sering aku dengar, kenapa tak jadi cikgu je.. kenapa tak jadi cikgu je?? Abah aku mmg sukale kalau aku jadi cikgu, sbb dia dulu pun cikgu. Sekarang pun dia masih mengajar, tp ajar agama. Bukan sebab gaji cikgu besar. Sebab kata abah, cikgu ialah satu kerja yg mulia, sebagai seorang pendidik.

Pada aku pula, sebab kerja cikgu tu mendidik le aku tak mahu. Sebab?? Macam dialog aku dgn makcik kepoh tu, aku tak minat dan tak reti mengajar. Kadang2 aku bercerita pun, lain yg aku nak sampaikan, lain yg orang paham. Jadi mcm mana aku nak mengajar? Bila jadi cikgu, itu dah jadi tugas cikgu untuk pastikan anak2 murid dia paham setiap apa yg di ajar. Ni kalau anak murid tak paham, namanya cikgu mengajar syok sendiri. Kesian le kat anak murid, penat2 pergi sekolah, nak belajar.. tp satu hape pun tak paham. Jadi, biarla orang yg lebih berbakat, berkesungguhan dan berminat mengajar yg jadi cikgu.

Ok, memang ada kursus guru, yg akan mengajar bakal pendidik mcm mana nak mendidik, tapi.. ini pendapat akula, mengajar adalah satu bakat semulajadi, yg perlu diikuti dgn kesungguhan. Bukan semua orang ada bakat ni yg boleh beri tunjuk ajar pada orang dan buatkan orang paham apa yg dia ajar. Kalau dapat anak murid jenis senang tangkap satu hal juga, kena yg jenis lambat tangkap?? Pergh.. jenuh. Sepanjang aku sendiri bergelar pelajar, aku dah jumpa dgn bermacam-macam jenis guru. Ada yg lancar je pengajaran dia, ada yg cuba sekreatif mungkin untuk mengajar dan ada juga yg susah aku nak paham apa yg dia ajar. Entahlah, aku bukan cikgu, tp aku tahu bukan senang nak jadi cikgu.

Apa yg aku perhatikan, senario macam dialog aku diatas tu banyak berlaku sekarang ni. Disebabkan takde kerja lain, susah nak dpt kerja, jadi cikgu. Isi borang KPLI, jadi cikgu. Janji gaji masyukkkkkkk. Oklah, sapa yg nak buat kerja freekan?? Takde gaji nak makan apa pula nanti. Zaman sekarang zaman duit. Tapi yg dikesalkan, bila dah jadi cikgu, masih takde minat takde kesungguhan nak mengajar, yg jadi mangsa anak murid. Dah tu, cikgu mengajar syok sendiri, asal aku dah ajar sudahla, anak murid lak terpinga-pinga tak paham. Aku sendiri dah pernah berjumpa dgn cikgu yg mcm gini.

Tapi aku tak kata semua cikgu macam ni. Alhamdulillah, ada yg sbb mula takde kerja, bila dia dah mula mengajar timbul minat tu, timbul sayang pada pekerjaan, dia pun ikhlas terhadap pekerjaan dia. Berusaha sungguh untuk pastikan anak murid dia berjaya dgn cemerlang.

Abah aku kata, ikhlas terhadap pekerjaan ni, maksudnya, dia tahu macam mana nak buat sesuatu kerja tu, dan dia bersungguh melakukan pekerjaan itu. Itu namanya ikhlas terhadap pekerjaan. Buat kerja hendaklah ikhlas. Oleh itu, kalau jadi cikgu semata-mata nak duit, tiada ikhlas, selalunya sesuatu pekerjaan tu takkan berhasil dgn baik. Aku tak harap senario mcm ni berlaku. Pada aku, kalau hendak jadi cikgu, biarlah sebab betul2 ikhlas, nak membimbing anak bangsa. Kalau sekadar nak cari makan pun, jgnlah diabaikan tugas seorang guru, iaitu mendidik, mengajar dan memahamkan anak murid.

Walau apa pun, kerja menjadi cikgu, bukanlah satu kerja yg mudah. Hendak2 pula dizaman sekarang. Banyak cabaran dan perlu banyak kesabaran. Kalau dulu, sejahat-jahat anak murid pun masih tak tergamak belasah cikgu, bakar kereta cikgu, bakar sekolah, paling tinggi, gumpal2 kertas.. ha.. ni kepala cikgu kau, ni kepala cikgu aku.. ha pijak..pijak. Sekarang jgn buat main, “Cikgu, wa tunggu lu kat kepala simpang.. wa bawak geng blasah lu.. lu tunggu la”. Sebut pasal cikgu pukul anak murid, kecoh abis kat tv2 ngn suratkhabar, sampai pergi court le cikgu tu. Bila kena anak murid belasah cikgu?? Stakat laporan kecik kat paper je, tu pun kalau ada. Tak adil.. tak adil.

Seorang guru perlulah ikhlas terhadap pekerjaannya, bukan setakat guru tp apa pun pekerjaan yg kita lakukan perlulah kita ikhlas terhadapnya. Seorang anak murid pula, hormatlah kepada guru anda, kerana gurulah yg mendidik kita menjadi insan yg lebih baik. Ikut sukalah anda nak anggap guru tu umpama lilin ke, umpama matahari ke, umpama ultraman ke, spiderman ke, power rangers ke.. yg penting hormatilah guru, sebagaimana dlm Islam sendiri pun menyuruh kita menghormati dan patuh kepada guru kita. Jangan dok wat kurang ajar a... kang ilmu tak berkat padan muka korang.

Sebut pasal guru, tahukah korang, guru pertama setiap insan adalah Ibu kita sendiri? Yang mendidik dan mengajar kita sejak kita di dalam rahim lagi?

Buat para guru diluar sana, kalau ada ayat aku yg buat korang kecik hati, harap maafkan aku, mcm aku kata, aku tak pandai bermain kata2. Kadang lain yg aku nak sampaikan, tp lain pula yg aku ceritakan.

Wallahuaklambisawab...

Monday, April 20, 2009

Aprilfool

Gambar pancung kepala ehsan graphic guru, Diablo.

1 April datang setiap tahun sama ada kita suka atau tidak. Setiap kali tibanya 1 April pasti ada puak2 yg akan merayakan sambutan Aprilfool seperti mana pasangan-pasangan kekasih asyik merayakan Valentine Day pada 14 Februari.

Sebagaimana Valentine Day, Aprilfool juga merupakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam Malaysia dan seterusnya menjadi ikutan rakyat setempat. Aprilfool dikatakan hari untuk mengenakan orang. Pada hari ini, mereka yang menyambut Aprilfool akan melakukan pelbagai cara untuk mengenakan orang lain sama ada rakan mereka, ahli keluarga mahupun musuh. Jadi pada hari ini pasti ada orang yg mengenakan orang lain dan juga yang terkena.

Pada hari inilah kita boleh lihat ada orang yg belakangnya tertampal dgn kertas bertulis, “Saya Bodoh, sila tendang saya” atau “Dara gersang mencari teman”, dan bermacam-macam lagi ayat yg boleh membuatkan yg terkena berasa malu. Pada hari ini juga kita boleh lihat orang tidur di padang bola kerana dikenakan rakan-rakan seasrama semata-mata kerana Aprilfool. Pasti anda semua juga pernah melihat pelbagai gelagat orang merayakan Aprilfool.

Yang mengenakan, pasti tertawa senang kerana telah berjaya mempermainkan orang lain. Manakala yang terkena pula boleh memberikan pelbagai reaksi, sama ada suka, marah, geram dan macam-macam lagi kerana telah dipermainkan. Jadi adakah budaya Aprilfool ini suatu budaya yang bagus atau tidak wajar sama sekali? Dan benarkah org yg mengenakan itu berjaya atau dialah sebenarnya yg telah terkena? Sekiranya Aprilfool dikatakan hari untuk bergurau senda, bukankah hari2 kita boleh bergurau senda bersama teman dan keluarga?

Sekiranya anda mencari mengenai sejarah Aprilfool, ia dikaitkan dengan perbuatan pembunuhan secara beramai2 ke atas umat Islam di Sepanyol (betulkan saya sekiranya saya salah). Yang mana umat Islam di sana telah di tipu supaya mereka keluar dr kediaman masing2 dan kemudian dibunuh oleh tentera kafir. Jadi, bagi org Islam yg menyambut aprilfool, anda sebenarnya meraikan hari kematian saudara seagama anda. Sejauh mana kebenaran sejarah ini, wallahuaklam.

Mereka yang terkena Aprilfool secara gurauan ringan, mungkin maih mampu tersenyum dan bergelak ketawa bersama si pengena, bagaimana pula dgn mereka yg terkena gurauan Aprilfool secara kasar yang memalukan? Yang terkena pasti berasa marah, geram, malu sekaligus timbul perasaan ingin membalas dendam yang akhirnya mencetuskan pergaduhan.

Bagi aku pula, perbuatan kena mengenakan orang lain bukanlah satu perbuatan yg baik. Malah di dalam Islam sendiri kita disuruh supaya berbaik-baik antara satu sama lain. Maka tidak perlulah kita terikut-ikut dgn gurauan Aprilfool ini, sekiranya hendak bergurau, berguraulah tanpa menyakitkan hati yang lain. Tidak perlulah kita menjadi bodoh atau memperbodohkan yang lain semata-mata kerana ingin merayakan Aprilfool.

Saturday, January 17, 2009

Tugasan Jan JLOB : Palestin, Bumi Islam yang dipijak

Photobucket

Aku bukan pengggemar siaran berita TV, jemu menonton ragam politik yg sama setiap hari, kalau di tonton pun hanya berita2 yg menarik sahaja. Namun kebelakangan ini, hati aku cukup tersayat melihat berita peperangan di Palestin.

Kisah peperangan antara Palestin dan Tentera Zionis Israel Laknatullah bukanlah sesuatu kisah yang baru. Kisah peperangan kali ini boleh di umpamakan seperti filem lama yang dimainkan semula atau diberi nafas baru. Serangan Israel ke atas Palestin makin menggila yang mana turut mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa, dan bukanlah tentera pejuang Hamas yang dikatakan menggangu Israel. Siapa yang mengganggu siapa sebenarnya? Kenapa kanak-kanak2 yang menjadi mangsa? Seolah-olah yahudi terkutuk ini ingin menghapuskan terus masa depan Palestin dengan menghapuskan anak-anak Palestin. Dimanakah kesudahan semua ini? Apakah gencatan senjata mampu menghentikan peperangan ini, sedangkan gencatan senjata itu sudah banyak kali dicabuli oleh Rejim Zionis Laknatullah ini.

tidak terharukah anda melihat gambar2 ini??

Apa yang menimpa Palestin sedikit sebanyak meraih simpati dari pelbagai pihak. Macam-macam cara dilakukan supaya nasib rakyat Palestin terbela. Antaranya ialah :


MENDERMA

Sesungguhnya, saudara seagama kita di Palestin amat memerlukan bantuan dari kita. Diharapkan dgn derma yg dikumpul ini, saudara2 kita di sana dapat menggunakannya untuk tujuan perubatan dan membangunkan semula negara mereka.

Berikut adalah saluran-saluran dimana anda semua dpt menyumbangkan derma anda :

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053


Aman Palestin Berhad
(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787



SYABAS kepada Kerajaan Perak yang melancarkan tabung 1 juta untuk Palestin.



MEMBOIKOT

Kempen memboikotlah yang paling hebat diperkatakan. Di sana sini kita boleh dengar pasal memboikot. BOIKOT ISRAEL, BOIKOT PRODUK ISRAEL, BOIKOT SEKUTU ISRAEL... BOIKOT BOIKOT DAN BOIKOT.

Kenapa Perlu Boikot??

Aku bukan seorang pakar ekonomi nak terang secara detail dan secara terperinci, kenapa kita perlu boikot, apa faedah boikot memboikot ni. Jadi biarlah aku terang dgn cara yg mudah, dgn cara yg aku paham, mana tahu kalau ada yg sekepala ngn aku diorang pun boleh paham dgn penerangan aku.

Ini adalah cara protes kita terhadap Zionis Israel. Ini adalah 'perang ekonomi' kita dgn Zionis Israel. Dengan memboikot, kita mengurangkan jumlah wang yg akan disalurkan ke tabung dana Zionis Israel yg mana dana itu digunakan untuk 'membelasah' saudara2 seagama kita di Palestin. Anggaplah ini 'perang' bagi kita yg rasa tak mampu hendak mengangkat senjata berlawan dgn rejim Zionis Israel disana.

Baca maklumat lebih lanjut mengenai BOIKOT di sini : Inmind Boycot FAQ

Mungkin ada yang kata, berkesankah boikot?? Boleh jalan ke boikot2 ni?? Ni sume bermusim je ni.. hangat2 taik ayam.

Sebenarnya, sistem boikot mudah, boleh berjaya jika dilakukan dengan tekad dan bersungguh-sungguh, bukan sekadar berkata-kata sahaja. Dan jangan jadikan boikot ini bermusim, kerana saudara2 seagama kita di'belasah' sewenang-wenangnya oleh Zionis ini tanpa mengira musim. Jadikan boikot ini berterusan.

Siapa kata BOIKOT tidak memberi kesan? Sebagai contoh, sebuah restoran ini tidak mengamalkan kebersihan dalam menguruskan restorannya. Seorang pelanggan mengetahui hal ini dan dia mula menjauhi atau dlm erti kata lain memboikot restoran ini. Jadi restoran yg biasanya terima 20 pelanggan (contoh) pada malam itu tlh kehilangan seorang pelanggan. Sekiranya seorang pelanggan dia untung RM1 (contoh), maka keuntungan RM20 telah berkurang menjadi RM19. Pelanggan yg memboikot ini pula pasti sebarkan berita kekotoran restoran itu pada pelanggan lain. Katakan pada malam kedua, seorang lagi pelanggan memboikot restoran itu, jadi keuntungan malam kedua telah berkurang menjadi RM18, dan sekiranya makin ramai pelanggan yang memboikot restoran itu maka akan makin berkuranganlah keuntungan kedai itu.

Begitu juga yg kita harapkan bila memboikot produk Yahudi. Semoga keuntungan/dana yang diterima oleh pihak Zionis Israel itu berkurangan, kalau boleh biar sehingga lumpuh ekonomi mereka.

Lihat saja kenyataan ini, utk melihat sama ada kempen BOIKOT ini memberi kesan atau tidak. Sedikit sebanyak, mereka ini sebenarnya sudah waswas dgn kesan boikot ini.

Coca-Cola says Malaysia boycott will hurt economy

KUALA LUMPUR (AFP) – Coca-Cola spoke out Friday against a boycott of its drinks and other US goods called by Malaysian Muslim groups over the Gaza offensive, saying it would only hurt the local economy and citizens.
"As everybody else, we are deeply touched by the human side of the situation in the Middle East," Kadri Taib, Coca-Cola Malaysia public affairs and communications director, said in a statement.


"Given the local nature of our business, we believe that calls for boycotts of our products are not the appropriate way to further any causes, as they primarily hurt the local economy, local businesses and local citizens."
It said the beverage company employs some 1,700 Malaysians, 60 percent of whom are Malay Muslims, who dominate the multicultural nation's population.

berita lanjut sila lihat sini : Coca-Cola say


JADI!!! Ayuh, mari kita sama2 memboikot, rezeki itu di tangan Allah, hanya DIA yang memberikan rezeki kepada kita, sekiranya ada saudara2 seagama di sini yg hilang kerja kerana boikot ini, sama2 kita doakan supaya mereka mendapat rezeki lain yg lebih afdal.

Pandang kiri, pandang kanan, tengok produk2 dlm rumah pula, rupa2nya banyak produk Israel dah masuk rumah. Pada masa2 beginilah kita sedar ekonomi kita rupanya dah lama dipegang oleh Zionis. Jadi amik kesempatan memboikot produk Israel ini, dan beli alternatif produk yg dikeluarkan oleh orang2 Muslim, supaya ekonomi umat Islam pula menjadi kuat. Cari alternatif kepada produk2 yg ada. Kecuali kalau dah tiada sangat, dan kita perlu menggunakannya, maka gunakanlah dgn sebaiknya. Seperti contoh, kita perlukan komputer untuk membuat kerja, malah aku sendiri menggunakan NB yg berprocessor AMD (which in fact is also involved in the Jewish) utk menulis blog ini, dan tiada alternatif pengeluar Muslim yg mengeluarkan processor, maka teruskan menggunakannya, selagi kita menggunakannya dengan baik dan tidak ke arah benda2 yang lagha. Janganlah semata-mata kerana nak memboikot kita campak pulak notebook kita itu dan menulis dgn tangan.

BOIKOT dgn bijak. Boikot produk2 yg ada alternatif lain untuk kita gunakan seperti :

Coca Cola - kita ada produk Radix, Murni Cola
Mcdonald - kita ada Ramly Burger
Colgate - kita ada Safi, Mukmin
Kotex - kita ada Sofy, Laurier, Sanita malah pek herba tempatan pun dah ada

Dan pelbagai alternatif lain lagi yg kita perlu teroka. Bagi yg memang sudah tiada resource lain, maka kita gunakanlah dgn sebaiknya utk tujuan kebaikan. Dan jangan pula dibuang mana2 barang yg sudah kita beli semata-mata kerana hendak memboikot. Itu membazir namanya. Islam tidak suruh kita membazir. Kita gunakan dan pakai barangan itu sehingga habis dulu, kemudian next time membeli kita beringatlah dan cari produk yg lain.

Tidak mampu hendak memboikot semua produk di atas, boikot sahaja mana yg kita termampu. Asalkan usaha ada ke arah itu. Kalau tidak pun, ikut sahaja saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memboikot 3 produk utama Israel iaitu - Coca Cola, Starbuck dan Colgate. Lihat laman web PPIM utk maklumat lanjut. Semoga usaha yang sedikit ini membawa kesan yg baik kepada saudara kita di Palestin sana.

Tapi, janganlah pula diperlekehkan dan diperbodohkan usaha boikot ini. Hendak di angkat senapang sudah pasti kita gentar untuk berperang, aku sendiri tidak berani, jadi takkan usaha yang sekecil ini tidak mampu kita lakukan. Janganlah pula orang2 yang memboikot ini dikatakan 'bodoh' dan rendah mentaliti, kerana boikot sebenarnya mampu memberikan impak. Kalau tak mahu boikot, duduk diam2, jangan cakap apa-apa. Nanti bila semua saudara se Islam sudah tiada, mintaklah Yahudi mengapankan dan mengebumikan jenazah anda.

Sebenarnya, semasa awal penubuhan Madinah dulu, Rasulullah S.A.W sendiri melancarkan boikot terhadap Yahudi kerana penipuan mereka terhadap umat Islam di Madinah. Sebagai contoh, Telaga Ruummah (Bir Ruummah) kepunyaan Yahudi dan pasar2 Yahudi telah di boikot oleh umat Islam di Madinah. Pada masa pembukaan Madinah, terdapat perjanjian di antara umat Islan dan Yahudi yang mana orang Islam dan Yahudi tidak boleh berniaga pada hari yang sama. Sekiranya pada hari ini orang Islam meniaga, maka keesokannya orang Yahudi pulalah yang akan berniaga. Jadi apa yang Rasulullah lakukan, Rasulullah ialah menyuruh umat Islam membeli barang keperluan pada hari umat Islam berniaga dan keperluan itu biarlah mencukupi untuk 2 hari. Kaedah boikot Rasulullah ini berlanjutan selama 5 tahun barulah berjaya untuk menumbangkan empayar perniagaan Kapitalis & Riba yang diamalkan oleh puak Yahudi ini. Seluruh umat Islam pada zaman itu bersatu untuk memboikot perniagaan Yahudi

Jadi, cara yg Rasulullah S.A.W sendiri buktikan telah berjaya. Kenapa tidak kita melakukannya dan kenapa harus kita ragu2 untuk melakukannnya? Marilah kita sama2 bersatu hati utk memboikot barangan Yahudi. Dan aku juga berharap, agar kerajaan Malaysia sendiri sanggup melancarkan kempen boikot produk Yahudi.

Tak makan McD tak rugi, tak minum Coca Cola tak rugi, tak lepak2 sambil minum Mocha, Caffe Latte di Starbuck juga tiada rugi. Sekiranya susah sangat untuk menahan nafsu, anggaplah, setiap kali kita minum di Starbuck, setiap kali kita minum coke, seumpama kita meminum darah saudara seagama kita di Palestin. Setiap kali kita makan McD, seumpama kita memakan daging saudara seIslam kita di Palestin. Mungkin dgn cara ini dapat membuatkan kita lebih kuat menahan dan melawan nafsu dan keinginan kita terhadap produk2 ini.

Cukuplah cerita pasal boikot. Sana sini orang bercerita pasal boikot. Maka harap2 biarlah masuk sikit ke akal kita.

Kalau tanya aku, apa cara yg lebih baik menangani masalah Palestin ini, aku pasti jawab, setiap negara Islam harus bersatu untuk berperang bersama2 Palestin. Sekiranya setiap negara Islam yg ada sekarang ini, tidak kiralah Arab ke, Melayu ke, Indon ke, sudi menghantar askar untuk berperang, Insyallah, tentera Zionis Yahudi ini dapat dikalahkan.

Apa yang terjadi pada Palestin bukanlah sekadar hanya untuk kita bersimpati dengan nasib mereka, namun Palestin sebenarnya memanggil kita kembali kepada Islam. Memanggil kita untuk bersatu di bawah panji Islam. Sekarang ini umat Islam tertindas bukan hanya di Palestin, tp di Lubnan, Iraq, Kashmir dan juga di Pattani. Di mana lagikah yg umat Islam tidak dibedil?

Rasullulah S.A.W telah bersabda :

“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapar menggerumuni hidangan”

Bertanya para sahabat “ Apakah ketika itu bilangan kami (umat Islam) sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”

Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

“ Cinta dunia dan takut mati”

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah.

Wallahuaklam bisawab...

Emosi pula aku menulis mengenai Palestin ini. Biasanya aku tidak menulis sepanjang ini, dan tiadalah pula aku menulis mengenai hal2 yg seseirus ini. Tapi kali ini hati aku cukup sayu melihat nasib saudara seagama ku.

"Ya Allah, hancurkanlah tentera Zionis Yahudi, sebagaimana engkau menghancurkan tentera bergajah Abrahah"



Sumber Rujukan :
  1. Tinta Ilmu
  2. Kempen Anti Keganasan - Jomlayan.com
  3. Bincang Isu Palestin - Bincang.net

Website2 yang boleh anda rujuk berhubung isu Palestin :

Tuesday, October 21, 2008

A Smile For You

Photobucket

Well, ini adalah hadiah aku utk semua ahli JLOB, sempena pelancaran Jomlayan Official Blogger. A community of blogger in Forum Jomlayan. Puas rasa dah dpt lancarkan, walau ada sedikit masalah teknikal.

Kenapa aku bg senyuman ni?? Sebab aku berharap hari semua org akan jadi ceria dgn senyuman. Dan sekarang... aku nak hadiahkan kepada semua rakan blogger aku yg namanya tertera kat sidebar tu... dan juga kepada semua pengunjung blog aku. Semoga hari korang pun sentiasa ceria...


Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons