Showing posts with label Perspektif Islam. Show all posts
Showing posts with label Perspektif Islam. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Saham Akhirat : S.R.I Nurul Hidayah

Salam;

Investment opportunity, InsyaAllah.

Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah ini terletak di Kulim, Kedah; masih belum mendapat bantuan kerajaan kerana salah satu syaratnya; i.e mempunyai bangunan sendiri; masih belum terlaksana sepenuhnya.Buat masa ini, pelajar2 tahun 1-4 masih belajar di Rumah Kedai yg disewa.

Saya memohon kerjasama Tn/Pn untuk memanjangkan iklan Dana Wakaf Bangunan SRINPEK ini kepada mana-mana syarikat, individu atau para dermawan yang Tn/Pn kenali.
Pihak Sekolah menjangkakan untuk mengumpul minimum RM 50,000 bagi memulakan projek membina bangunan setingkat (4 bilik darjah) selewat-lewatnya akhir Jun 2010.
Kos keseluruhan bangunan setingkat ini sekitar RM 150,000.00.

Jadi, menjelang tahun 2011, Insya-Allah setidak-tidaknya kita boleh memindahkan semua pelajar tahap 2 (kelas tahun 4 hingga tahun 6) ke SRINPEK, Sungai Ular.

Manakala bangunan sekolah 3 tingkat ini akan diteruskan pembinaannya untuk jangka panjang.

Perhatian dan kerjasama Tn/Pn amat dihargai.

SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH
PENGHULU ELANG KULIM ((SRINPEK))

Lot 167-170, Lorong Putra E, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Tel/Fax: 04-4906580
Laman web: http://www.srinpek.edu.my
h/p: 013-4287697 (Pengerusi) / 017-4394998 (Bendahari) / 013-5072139 (Guru Besar)
Email: gurubesar@srinpek.edu.my

Jika perlu, untuk memudahkan sebarang urusan menderma, tuan/puan boleh juga menghubungi saya directly; InsyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin; especially dalam urusan bank-in; resit pembayaran dan sebagainya.

Perihatin anda amat dihargai; hanya Allah yg dapat membalas jasa baik anda semua.

Thanks & Regards,
Nora Rahman,
norarahman2@gmail.com
012-4081371

SUMBER : dari email.

Monday, January 25, 2010

Hukum Sertai FACEBOOK

Dipetik dari Metro Online, disiarkan disini untuk renungan bersama. Sekiranya ada yang berbeza pendapat, maka sama-lah kita berbincang mengenainya. Dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat anda disini.



SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Saturday, January 17, 2009

Tugasan Jan JLOB : Palestin, Bumi Islam yang dipijak

Photobucket

Aku bukan pengggemar siaran berita TV, jemu menonton ragam politik yg sama setiap hari, kalau di tonton pun hanya berita2 yg menarik sahaja. Namun kebelakangan ini, hati aku cukup tersayat melihat berita peperangan di Palestin.

Kisah peperangan antara Palestin dan Tentera Zionis Israel Laknatullah bukanlah sesuatu kisah yang baru. Kisah peperangan kali ini boleh di umpamakan seperti filem lama yang dimainkan semula atau diberi nafas baru. Serangan Israel ke atas Palestin makin menggila yang mana turut mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa, dan bukanlah tentera pejuang Hamas yang dikatakan menggangu Israel. Siapa yang mengganggu siapa sebenarnya? Kenapa kanak-kanak2 yang menjadi mangsa? Seolah-olah yahudi terkutuk ini ingin menghapuskan terus masa depan Palestin dengan menghapuskan anak-anak Palestin. Dimanakah kesudahan semua ini? Apakah gencatan senjata mampu menghentikan peperangan ini, sedangkan gencatan senjata itu sudah banyak kali dicabuli oleh Rejim Zionis Laknatullah ini.

tidak terharukah anda melihat gambar2 ini??

Apa yang menimpa Palestin sedikit sebanyak meraih simpati dari pelbagai pihak. Macam-macam cara dilakukan supaya nasib rakyat Palestin terbela. Antaranya ialah :


MENDERMA

Sesungguhnya, saudara seagama kita di Palestin amat memerlukan bantuan dari kita. Diharapkan dgn derma yg dikumpul ini, saudara2 kita di sana dapat menggunakannya untuk tujuan perubatan dan membangunkan semula negara mereka.

Berikut adalah saluran-saluran dimana anda semua dpt menyumbangkan derma anda :

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053


Aman Palestin Berhad
(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787



SYABAS kepada Kerajaan Perak yang melancarkan tabung 1 juta untuk Palestin.



MEMBOIKOT

Kempen memboikotlah yang paling hebat diperkatakan. Di sana sini kita boleh dengar pasal memboikot. BOIKOT ISRAEL, BOIKOT PRODUK ISRAEL, BOIKOT SEKUTU ISRAEL... BOIKOT BOIKOT DAN BOIKOT.

Kenapa Perlu Boikot??

Aku bukan seorang pakar ekonomi nak terang secara detail dan secara terperinci, kenapa kita perlu boikot, apa faedah boikot memboikot ni. Jadi biarlah aku terang dgn cara yg mudah, dgn cara yg aku paham, mana tahu kalau ada yg sekepala ngn aku diorang pun boleh paham dgn penerangan aku.

Ini adalah cara protes kita terhadap Zionis Israel. Ini adalah 'perang ekonomi' kita dgn Zionis Israel. Dengan memboikot, kita mengurangkan jumlah wang yg akan disalurkan ke tabung dana Zionis Israel yg mana dana itu digunakan untuk 'membelasah' saudara2 seagama kita di Palestin. Anggaplah ini 'perang' bagi kita yg rasa tak mampu hendak mengangkat senjata berlawan dgn rejim Zionis Israel disana.

Baca maklumat lebih lanjut mengenai BOIKOT di sini : Inmind Boycot FAQ

Mungkin ada yang kata, berkesankah boikot?? Boleh jalan ke boikot2 ni?? Ni sume bermusim je ni.. hangat2 taik ayam.

Sebenarnya, sistem boikot mudah, boleh berjaya jika dilakukan dengan tekad dan bersungguh-sungguh, bukan sekadar berkata-kata sahaja. Dan jangan jadikan boikot ini bermusim, kerana saudara2 seagama kita di'belasah' sewenang-wenangnya oleh Zionis ini tanpa mengira musim. Jadikan boikot ini berterusan.

Siapa kata BOIKOT tidak memberi kesan? Sebagai contoh, sebuah restoran ini tidak mengamalkan kebersihan dalam menguruskan restorannya. Seorang pelanggan mengetahui hal ini dan dia mula menjauhi atau dlm erti kata lain memboikot restoran ini. Jadi restoran yg biasanya terima 20 pelanggan (contoh) pada malam itu tlh kehilangan seorang pelanggan. Sekiranya seorang pelanggan dia untung RM1 (contoh), maka keuntungan RM20 telah berkurang menjadi RM19. Pelanggan yg memboikot ini pula pasti sebarkan berita kekotoran restoran itu pada pelanggan lain. Katakan pada malam kedua, seorang lagi pelanggan memboikot restoran itu, jadi keuntungan malam kedua telah berkurang menjadi RM18, dan sekiranya makin ramai pelanggan yang memboikot restoran itu maka akan makin berkuranganlah keuntungan kedai itu.

Begitu juga yg kita harapkan bila memboikot produk Yahudi. Semoga keuntungan/dana yang diterima oleh pihak Zionis Israel itu berkurangan, kalau boleh biar sehingga lumpuh ekonomi mereka.

Lihat saja kenyataan ini, utk melihat sama ada kempen BOIKOT ini memberi kesan atau tidak. Sedikit sebanyak, mereka ini sebenarnya sudah waswas dgn kesan boikot ini.

Coca-Cola says Malaysia boycott will hurt economy

KUALA LUMPUR (AFP) – Coca-Cola spoke out Friday against a boycott of its drinks and other US goods called by Malaysian Muslim groups over the Gaza offensive, saying it would only hurt the local economy and citizens.
"As everybody else, we are deeply touched by the human side of the situation in the Middle East," Kadri Taib, Coca-Cola Malaysia public affairs and communications director, said in a statement.


"Given the local nature of our business, we believe that calls for boycotts of our products are not the appropriate way to further any causes, as they primarily hurt the local economy, local businesses and local citizens."
It said the beverage company employs some 1,700 Malaysians, 60 percent of whom are Malay Muslims, who dominate the multicultural nation's population.

berita lanjut sila lihat sini : Coca-Cola say


JADI!!! Ayuh, mari kita sama2 memboikot, rezeki itu di tangan Allah, hanya DIA yang memberikan rezeki kepada kita, sekiranya ada saudara2 seagama di sini yg hilang kerja kerana boikot ini, sama2 kita doakan supaya mereka mendapat rezeki lain yg lebih afdal.

Pandang kiri, pandang kanan, tengok produk2 dlm rumah pula, rupa2nya banyak produk Israel dah masuk rumah. Pada masa2 beginilah kita sedar ekonomi kita rupanya dah lama dipegang oleh Zionis. Jadi amik kesempatan memboikot produk Israel ini, dan beli alternatif produk yg dikeluarkan oleh orang2 Muslim, supaya ekonomi umat Islam pula menjadi kuat. Cari alternatif kepada produk2 yg ada. Kecuali kalau dah tiada sangat, dan kita perlu menggunakannya, maka gunakanlah dgn sebaiknya. Seperti contoh, kita perlukan komputer untuk membuat kerja, malah aku sendiri menggunakan NB yg berprocessor AMD (which in fact is also involved in the Jewish) utk menulis blog ini, dan tiada alternatif pengeluar Muslim yg mengeluarkan processor, maka teruskan menggunakannya, selagi kita menggunakannya dengan baik dan tidak ke arah benda2 yang lagha. Janganlah semata-mata kerana nak memboikot kita campak pulak notebook kita itu dan menulis dgn tangan.

BOIKOT dgn bijak. Boikot produk2 yg ada alternatif lain untuk kita gunakan seperti :

Coca Cola - kita ada produk Radix, Murni Cola
Mcdonald - kita ada Ramly Burger
Colgate - kita ada Safi, Mukmin
Kotex - kita ada Sofy, Laurier, Sanita malah pek herba tempatan pun dah ada

Dan pelbagai alternatif lain lagi yg kita perlu teroka. Bagi yg memang sudah tiada resource lain, maka kita gunakanlah dgn sebaiknya utk tujuan kebaikan. Dan jangan pula dibuang mana2 barang yg sudah kita beli semata-mata kerana hendak memboikot. Itu membazir namanya. Islam tidak suruh kita membazir. Kita gunakan dan pakai barangan itu sehingga habis dulu, kemudian next time membeli kita beringatlah dan cari produk yg lain.

Tidak mampu hendak memboikot semua produk di atas, boikot sahaja mana yg kita termampu. Asalkan usaha ada ke arah itu. Kalau tidak pun, ikut sahaja saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memboikot 3 produk utama Israel iaitu - Coca Cola, Starbuck dan Colgate. Lihat laman web PPIM utk maklumat lanjut. Semoga usaha yang sedikit ini membawa kesan yg baik kepada saudara kita di Palestin sana.

Tapi, janganlah pula diperlekehkan dan diperbodohkan usaha boikot ini. Hendak di angkat senapang sudah pasti kita gentar untuk berperang, aku sendiri tidak berani, jadi takkan usaha yang sekecil ini tidak mampu kita lakukan. Janganlah pula orang2 yang memboikot ini dikatakan 'bodoh' dan rendah mentaliti, kerana boikot sebenarnya mampu memberikan impak. Kalau tak mahu boikot, duduk diam2, jangan cakap apa-apa. Nanti bila semua saudara se Islam sudah tiada, mintaklah Yahudi mengapankan dan mengebumikan jenazah anda.

Sebenarnya, semasa awal penubuhan Madinah dulu, Rasulullah S.A.W sendiri melancarkan boikot terhadap Yahudi kerana penipuan mereka terhadap umat Islam di Madinah. Sebagai contoh, Telaga Ruummah (Bir Ruummah) kepunyaan Yahudi dan pasar2 Yahudi telah di boikot oleh umat Islam di Madinah. Pada masa pembukaan Madinah, terdapat perjanjian di antara umat Islan dan Yahudi yang mana orang Islam dan Yahudi tidak boleh berniaga pada hari yang sama. Sekiranya pada hari ini orang Islam meniaga, maka keesokannya orang Yahudi pulalah yang akan berniaga. Jadi apa yang Rasulullah lakukan, Rasulullah ialah menyuruh umat Islam membeli barang keperluan pada hari umat Islam berniaga dan keperluan itu biarlah mencukupi untuk 2 hari. Kaedah boikot Rasulullah ini berlanjutan selama 5 tahun barulah berjaya untuk menumbangkan empayar perniagaan Kapitalis & Riba yang diamalkan oleh puak Yahudi ini. Seluruh umat Islam pada zaman itu bersatu untuk memboikot perniagaan Yahudi

Jadi, cara yg Rasulullah S.A.W sendiri buktikan telah berjaya. Kenapa tidak kita melakukannya dan kenapa harus kita ragu2 untuk melakukannnya? Marilah kita sama2 bersatu hati utk memboikot barangan Yahudi. Dan aku juga berharap, agar kerajaan Malaysia sendiri sanggup melancarkan kempen boikot produk Yahudi.

Tak makan McD tak rugi, tak minum Coca Cola tak rugi, tak lepak2 sambil minum Mocha, Caffe Latte di Starbuck juga tiada rugi. Sekiranya susah sangat untuk menahan nafsu, anggaplah, setiap kali kita minum di Starbuck, setiap kali kita minum coke, seumpama kita meminum darah saudara seagama kita di Palestin. Setiap kali kita makan McD, seumpama kita memakan daging saudara seIslam kita di Palestin. Mungkin dgn cara ini dapat membuatkan kita lebih kuat menahan dan melawan nafsu dan keinginan kita terhadap produk2 ini.

Cukuplah cerita pasal boikot. Sana sini orang bercerita pasal boikot. Maka harap2 biarlah masuk sikit ke akal kita.

Kalau tanya aku, apa cara yg lebih baik menangani masalah Palestin ini, aku pasti jawab, setiap negara Islam harus bersatu untuk berperang bersama2 Palestin. Sekiranya setiap negara Islam yg ada sekarang ini, tidak kiralah Arab ke, Melayu ke, Indon ke, sudi menghantar askar untuk berperang, Insyallah, tentera Zionis Yahudi ini dapat dikalahkan.

Apa yang terjadi pada Palestin bukanlah sekadar hanya untuk kita bersimpati dengan nasib mereka, namun Palestin sebenarnya memanggil kita kembali kepada Islam. Memanggil kita untuk bersatu di bawah panji Islam. Sekarang ini umat Islam tertindas bukan hanya di Palestin, tp di Lubnan, Iraq, Kashmir dan juga di Pattani. Di mana lagikah yg umat Islam tidak dibedil?

Rasullulah S.A.W telah bersabda :

“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapar menggerumuni hidangan”

Bertanya para sahabat “ Apakah ketika itu bilangan kami (umat Islam) sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”

Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

“ Cinta dunia dan takut mati”

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah.

Wallahuaklam bisawab...

Emosi pula aku menulis mengenai Palestin ini. Biasanya aku tidak menulis sepanjang ini, dan tiadalah pula aku menulis mengenai hal2 yg seseirus ini. Tapi kali ini hati aku cukup sayu melihat nasib saudara seagama ku.

"Ya Allah, hancurkanlah tentera Zionis Yahudi, sebagaimana engkau menghancurkan tentera bergajah Abrahah"



Sumber Rujukan :
  1. Tinta Ilmu
  2. Kempen Anti Keganasan - Jomlayan.com
  3. Bincang Isu Palestin - Bincang.net

Website2 yang boleh anda rujuk berhubung isu Palestin :

Wednesday, January 07, 2009

Ya Allah, Hanya Pada-MU Aku memohon..


Ya Allah,

Saudara seagamaku telah di pijak-pijak, maruah mereka telah di injak-injak, oleh tentera kafir yang ingin memusnahkan Umat-MU Ya Allah. Di seluruh dunia, saudara se-agama ku terus di tindas. Di Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Somalia, Bosnia, Lebanon, Pattani, Acheh dan di merata lagi.

Yang terkini, yg paling hebat, ialah di Palestine, mereka terus-terusan di bedil oleh Rejim Israel laknatullah. Hanya pada-Mu Ya Allah, aku memohon, aku meminta, kerana aku lemah Ya Allah... yang aku mampu hanyalah berdoa. Engkau bebaskan lah
saudara2 seagama aku itu, dari kekejaman, dari kezaliman, dan dari terus-terusan ditindas org kafir.

Engkau musnahkanlah tentera-tentera kafir, sebagaimana ko musnahkan tentera bergajah Abrahah. Engkau turunkanlah bala ke atas mereka, supaya kekuatan mereka lumpuh. Lindungilah bumi-bumi Islam seperti mana Engkau melindungi Masjidil Haram dr serangan Abrahah.

Ya Allah, hilangkanlah kegentaran di dalam hati umat Islam, supaya kesemua umat Islam dpt bangun berjuang menentang musuh-MU Ya Allah. Berikanlah semangat dan keberanian yg tinggi, kepada saudara2 se Islamku, yg sedang di tindas di sana. Semoga kemenangan berpihak kepada mereka...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, June 17, 2008

Adab-Adab Berchatting Dalam Islam

Sesungguhnya chatting (berborak melalui internet), hukumnya sama dengan berbual dan berbicara biasa iaitu harus. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan yang lengkap melalui Al-Quran yang diturunkan dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam berchatting, seharusnya kita menyedari, bahawa segala percakapan (VC) atau tulisan kita (PM/Personal Mesagge), tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga MalaikatNya Raqib dan Atid.

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir.”
(QS. Qaaf: 1)

Sepatutnya kita selalu menuturkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang mukmin supaya memilih untuk berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak berfaedah.

Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
(Fushshilat: 33)

Perbualan dan perbincangan selalu di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.
Allah berfirman yang ertinya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia".
(An-Nisa: 114).

Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang membawa kepada kufur, kotor, celupar, kasar, kesat, lucah dan seumpama dengannya sehingga berdosa kerananya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Ada hamba yang mengucap satu kalimat tanpa ia berfikir baik-buruknya kalimat itu, menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka, yang lebih jauh daripada antara timur dan barat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

“…Dan sesungguhnya ada orang yang mengucapkan satu kalimat yang membuat murka Allah, yang tanpa ia sangka akan sampai sedemikian rupa, kemudian Allah mencatat dalam kemurkaanNya sampai hari ia bertemu dengan-Nya.”
(HR. Malik)

Rasululah s.a.w. bersabda;
"Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini ber puasa."
- Sahih Bukhari

Terkadang berchatting dan berborak menyebabkan kita leka dan lupa waktu atau ketagihan. Ada di kalangan isteri yang sampai bercerai dengan suaminya kerana berchatting berjam-jam setiap hari. Ada pula pekerja yang akhirnya pekerjaannya jadi tidak sempurna kerana ketagihan chatting. Tidak kurang juga berlaku keruntuhan rumah tangga kerana maksiat siber ini. Sesuatu yang harus dan halal pada asalnya sekiranya disalahgunakan sehingga melalaikan dan mebinasakan diri dan orang lain akan jadi haram juga.

Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana hal itu akan membuat hati menjadi keras. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah Ta’ala adalah orang yang berhati keras.”
(HR. Tarmidzi)

Jika perbualan chatting tersebut bukan untuk menuntut ilmu atau bukan untuk medapatkan perkara yang bermanfaat, tapi hanya berborak-borak kosong yang tidak berguna, sebaik-baiknya kita tinggalkan demikian itu.

Rasulullah menyatakan:
"Termasuk kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna".
HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Sebaiknya dalam dunia chatting, kita meninggalkan perdebatan yang tidak menghasilkan faedah

Rasulullah bersabda:
"Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda".
(HR. Abu Daud dan dihukum hasan oleh Al-Albani).

Janganlah kita mengumpat, mengadu domba, atau mengolok-olok sesetengah kelompok ketika chatting.

Allah berfirman yang ertinya:
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain".
(Al-Hujurat: 12).

Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) , dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) .
(Al-Hujurat: 11).

Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrimnya ada batasnya. Janganlah seorang lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja, maka hilanglah rasa malu, dan menyebabkan boleh terjerumus ke arah zina.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“'Tidaklah laki-laki dan perempuan berkhalwat (berdua-duaan) kecuali yang ketiganya adalah syaitan”.
(Hr Tarmidzi)

Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, juga jangan mendekati zina dengan menuturkan kata-kata yang manja, rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.

FirmanNya :,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(QS 15:32)

Apatah lagi jika chatting itu kemudian dipanjangkan dengan temu janji dan bersentuhan serta ikhtilat yang tidak syarie.

Rasul SAW bersabda yang ertinya:
“Sekiranya ditusukkan jarum besi ke kepala salah seorang di antara kamu, itu lebih baik dari pada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”.
(HR At-Thabroni dan Baihaqi dari Mi’qol bin Yasaar)

Firman Allah yang ertinya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudungnya kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
(Qs 24 : 31).

sabda Nabi:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya... (dan beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan keburukan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti bonggol unta mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga, sesungguhnya bau surga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian."
(HR. Muslim).

Ketika kita berchatting, mungkin kita tidak tahu siapakan rakan chatting kita. Kadang-kadang saja seorang lelaki menyamar sebagai wanita atau sebaliknya, atau orang yang jahat berlagak seperti orang bijak. Di AS, ada lelaki yang membunuh wanita teman chatting-nya setelah melakukan temu janji di luar. Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan siapa yang kita chatting.

Walaupun begitu ada juga artis-artis Hollywood diislamkan melalui dunia chatting. Berdasarkan bukti yang ada seorang artis wanita tanahair juga kembali jinak dengan agama sehingga meninggalkan dunia disco, nyanyian, lakonan dan dedah aurat dan solat yang tidak cukup selepas berchating dengan seorang arkitek islam yang menyamar sebagai office boy. Begitu juga dengan seorang mullaf dan seorang chatters eropah yang kembali ke pangkuan Ilahi dalam keadaan mengerti dan mengenal agama islam hasil dari didikan seorang chatter. Dan ada juga seorang lelaki Texas yang masuk islam, kerana chatting berbincang tentang Islam. Dia bertanya, ketika pengeboman NYWTC terjadi, apakah umat Islam yang melakukannya? Itu begitu simpati, kerana banyak wanita dan anak-anak yang jadi korban. Ketika dijelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, melarang umatnya memerangi umat yang berdamai/bersahabat dengan umat Islam, hanya berperang untuk bela diri, dan segera berdamai ketika musuh meminta damai, serta konsep Ketuhanan Islam, akhirnya dia masuk Islam.

Jadi chatting boleh jadi halal dan boleh juga jadi haram, ianya bergantung cara kita menggunanya. Dengan panduan di atas, semoga kita sentuasa berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan, senantiasa dalam landasan beribadah dan mengingati Allah SWT.

Dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-NYA dan untuk menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber bagi tujuan mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Letaklah Al Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri. Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu.


ADAB-ADAB KETIKA BERCHATTING DI ROOM

Adab-adab dalam berchatting, tidak lepas lari dari hukum syariat yang telah Allah wahyukan. Jika di dunia realiti kita mampu menjadikan kehidupan harian ibadah, maka di dunia siber juga kita mampu meraih pahala dan beribadah. Begitu juga jika di dunia realiti manusia boleh beroleh dosa, maka di dunia chatting dan siber juga mampu menjadikan kita makhluk terkutuk yang terus-terusan bergelumang dosa.

Untuk itu fahamilah tuntutan untuk kita menjadikan dunia siber dan chatting sebagai ibadah:
  1. Niat mesti betul dan lurus hanya kerana Allah. Demi mendaulatkan syariat Allah. Bukannya untuk mencari populariti duniawi dan minta manusia menghormati kita atau bukan untuk kepentingan duniawi yang lain atau untuk kepentingan nafsu.
  2. Perlaksanaan selaras dengan syariat, tidak bercampur antara yang halal dan yang haram.
  3. Tidak meninggalkan ibadah yang asas.
  4. Perkara yang hendak dilakukan ( berchatting ) diharuskan syarak
  5. Natijah yang terhasil dari berchatting memberi keuntungan kepada syiar Islam dan bukannya menjurus ke arah maksiat.

Kelima-lima garis panduan tersebut diperincikan seperti huraian di bawah bagi memperjelaskan lagi aktiviti yang sebenarnya mampu dilakukan di dunia siber yang luas. Jika dunia siber musuh Islam boleh bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, hendaknya dunia siber Islamic pun begitu juga. Jika dunia siber musuh Islam saling bertolong bantu dalam menyebarkan kefasadan, hendaknya dunia siber Islamic akan lebih pantas dan tertonjol dalam merobah wajah dunia zulumat maksiat kepada dunia nur keimanan.

Dunia siber juga bagaikan dunia realityi Bahkan adakalanya dunia siber lebih berkuasa dari dunia realiti. Maka tidak mustahil ramai yang mampu menjadi jutawan internet. Tidak kurang juga musuh Islam menggunakan internet untuk menyesatkan umat Islam. Maka tanggungjawab kepada para pelayar internet muslim bagi membendung kerosakan umat dek bahang kesesatan yang dibawa oleh musuh Islam.

Andainya dunia realiti mempunyai pemimpin yang membuat dasar Negara. Dunia siber juga mempunyai moderator yang membuat dasar dunia sibernya ( chat room ). Cuma bezanya di dunia siber Islam, dasarnya telah pun ada iaitu terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah, diterjemahkan oleh para Imam mujtahidin dan diberi contoh dengan qias. Para moderator hanya perlu supervise dunia sibernya dan ahli-ahlinya agar perlaksanaannya menepati syariat Islam dan bukannya mencemari dan menyesatkan umat.

Andainya dunia realiti mempunyai tenaga kerja am yang menuruti kata-kata pemimpin dalam mencapai matlamat kemajuan negara. Dunia siber Islam juga mempunyai para grandmaster yang membantu moderator memikirkan uslub terbaik dalam mendidik ahli chatting untuk mentaati perintah Allah. Maka lahirlah program-program tazkirah dan fardhu ain yang tersusun bagi mempermudahkan ahli-ahli menimba dan memahami ilmu untuk diamalkan. Dan di masa yang sama juga para grandmaster memikirkan corak system pertahanan dalam menangani musuh-musuh Islam yang cuba membuat provokasi dan menyesatkan umat.


Andainya dunia realiti mempunyai rakyat jelata yang perlukan pimpinan Sang Pemimpin. Dunia siber Islam juga mempunyai ahli chatting yang perlu dibimbing, dipimpin dan diajak untuk berjuang menegakkan syariat Allah SWT.

----------------------------------------------------------------

Sumber : Teratak Ilmu

Actually ada panjang lagi, siap peranan member ngn admin/moderator. Tp aku tak paste sini. Sbb aku rasa depend gak on forum/chatting room jenis apa owner bukak. Tp yg lelain tu mmg aku setuju. Kehidupan cyber dan sebenarnya tiada bezanya. Tak dpt dipisahkan dan haruslah bergantung pada lujnah2 Islam.

Jadi, jagalah adab dan pertuturan di dunia siber sebagaimana anda di dunia nyata. Tiada maknanya percakapan anda mengatakan di siber anda nakal.. di nyata anda baik. Kalau begitulah ceritanya bermaksud anda adalah seorang penipu.

Rasulullah S.A.W pernah berkata :
"Berkatalah benar walaupun ianya pahit"

Teringat kata2 seseorang (actually 4-5 org.. kalau org tu baca.. insaflah ye). ni dunia siber je. Bukan betul pun. Pesalah gurau2 lucah ni.

Erm.. tak salah.. tempah tiket je.. one way tiket... sendiri mau ingat le ke mana ye..

Friday, August 24, 2007

Ustaz Mat Saman Kati

** tokwan dalam kenangan... Al-Fatihah

Ulama tasawuf yang terkenal

(1922-1995)




Oleh: Zabidin Haji Ismail


ILMU tasawuf dikenali juga sebagai ilmu sufi atau sufism yang tidak terasing atau diasingkan dengan ilmu tauhid (usuluddin) dan ilmu fiqh (fekah). Justeru, pengamal ilmu tasawuf perlu mempelajari ilmu tauhid terlebih dahulu kerana ilmu itu amat berguna untuk membahas dan mengkaji persoalan-persoalan berhubung dengan iktikad mengenai zat dan keesaan Allah s.w.t serta sifat-sifat yang wajib bagiNya

Ilmu ini juga berkait rapat dengan amalan hati. Tasawuf berfungsi membentuk akhlak luhur seperti ikhlas, khusyuk, tawaduk, tawakal dan redha. Keluhuran akhlak itu mampu mentarbiah dalaman diri menjadi insan yang berkedudukan muraqabah, mujahadah dan zuhud yang tergolong dalam sifat mahmudah bagi mengikis sifat mazmumah yang dikeji oleh syarak seperti syarru ta’am (pelahap), syarrul kalam (banyak bercakap), ghadab (marah), hasad (dengki), bakhil (kedekut), habbul jah (kasihkan pangkat/kedudukan), habud dunia (kasihkan dunia), takbur (bongkak), ajub (merasakan diri sempurna) dan riya (memperlihatkan ibadah/amalan kepada orang lain)

Mukmin dan mukminat yang bertaraf zuhud, muraqabah dan mujahadah adalah insan yang sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, faham akan wujud dan keesaanNya, maka syurga Allah s.w.t dijanjikan untuk mereka di akhirat nanti.

Demikian intisari ilmu tasawuf yang ditulis Ustaz Mat Saman Kati dalam bukunya berjudul Ilmu Tasawuf (Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd: 1997). Ustaz Mat Saman Kati seorang pendakwah dan guru agama yang terkenal. Semasa hayatnya, Allahyarham banyak berdakwah di seluruh negara, Brunei Darul Salam dan Indonesia. Platform dakwahnya tidak hanya tertumpu di masjid, surau tetapi melebar di media elektronik seperti radio dan televisyen khususnya RTM.

Topik dakwahnya banyak berkisar ibadat tasawuf yang menurut beliau telah diamalkan oleh para rasul semenjak Nabi Adam a.s lagi sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Ibadat tasawuf dilakukan secara khalwat (bersunyi atau menyendiri). Ia juga dikenali sebagai Suluk atau Tarekat – kedua-dua perkataan itu bermaksud jalan kepada Yang Maha Esa iaitu cara pengabdian serta wirid dengan menyebut dan memuji, berserah dan bersyukur kepada Yang Maha Pencipta alam ini.

Nama sebenar Allahyarham ialah Haji Mohd. Saman bin Mohammad tetapi nama itu seakan-akan lenyap apabila murid-muridnya atau masyarakat tempatan mengenali beliau sebagai Ustaz Mat Saman Kati sahaja. Nama gelaran tersohor ini secara tidak semena-mena terbit pada sekitar tahun 1960-an sewaktu beliau menjadi mudir Sekolah Agama Nurul Kamaliah di sebuah pekan kecil bernama Kati berdekatan dengan Bandar Diraja, Kuala Kangsar, Perak.

Ustaz Mat Saman Kati dilahirkan pada 15 September 1922 di Kampung Relau Berdiri, Batu Kurau, Taiping. Beliau mula menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Sungai Akar, Batu Kurau sehingga darjah lima. Kemudian, beliau diterima menjadi guru pelatih di sekolah berkenaan. Namun, jawatan tersebut sempat disandang selama tiga bulan, sebaliknya beliau memilih haluan baru untuk terus menimba ilmu agama.

Selanjutnya, Ustaz Mat Saman Kati bersekolah di Madrasah Mariah (kini SMA Idrisiah, Kuala Kangsar yang ketika itu mudirnya ialah Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama terkemuka di Tanah Melayu. Tetapi, beliau cuma belajar selama setahun kerana dikatakan tidak berupaya menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang kebanyakannya berlagak seperti anak-anak raja dan orang kaya. Sebaik sahaja berhenti sekolah, Ustaz Mat Saman Kati terus pulang ke kampung tetapi tidak lama kemudiannya, beliau menyambung pelajaran di Madrasah Rushidah, Kampung Jelai, Batu Kurau. Di madrasah ini, Ustaz Mat Saman Kati belajar selama enam tahun (1936-1942) dengan mempelajari ilmu pidato (pengucapan awam), mantik dan mendalami ilmu tasawuf yang kemudiannya merangsang beliau mengamalkan ilmu tarekat Naqsyabandiyah.

Setelah tamat pengajian di Madrasah Rushidah, beliau tidak merantau ke mana-mana sebaliknya belajar bersendirian dan mengajar sambilandi kampungnya di samping bekerja sebagai petani mengerjakan sawah dan bercucuk tanam. Selama tiga tahun beliau melakukan kegiatan tersebut sebelum berpindah ke Sungai Siput Utara pada tahun 1945.

Nasibnya agak baik, di Sungai Siput, Ustaz Mat Saman Kati ditawarkan mengajar di Sekolah Agama Rakyat, Batu Satu, Jalan Lasah. Sewaktu mengajar di sini, beliau melebarkan bakatnya sebagai guru dan pendakwah. Apabila sekolah tersebut diambilalih dan dikendalikan oleh kerajaan, Ustaz Mat Saman Kati sekali gus diserap menjadi guru kerajaan. Tugas utamanya mengajar membaca Al-Quran, fardhu ain dan lain-lain.

Sesungguhnya Ustaz Mat Saman Kati bercita-cita tinggi. Hajatnya untuk menjadi seorang ulama besar seperti Haji Agus Salim dan Imam Bonjol di Sumatera, Indonesia atau setaraf dengan Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Tahir Jalaludin. Lantaran itu, beliau membulatkan tekad untuk menimba ilmu Islam sebanyak mungkin. Maka, berangkatlah beliau dengan kapal laut ke Makkah pada tahun 1950.

Di Kota Suci Makkah, Ustaz Mat Saman Kati melanjutkan pelajaran di Madrasah Darul Ulum. Di situ, beliau mendalami ilmu tafsir Al-Quran, hadis, sejarah Islam, bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan Agama Islam. Semasa di Makkah, beliau sempat juga menerima ajaran daripada mujahid-mujahid Islam yang berjuang menentang penjajah seperti Mohamad Abduh (Mesir) dan Jamaluddin Al-Afghani (Pakistan).

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1952, Ustaz Mat Saman Kati dilantik sebagai mudir Madrasah Nurul Kamaliah, Kati, Kuala Kangsar. Sewaktu di Kati, masyarakat tempatan mula memberi perhatian terhadap syarahannya yang bernas. Masyarakat tertarik kerana cara penyampaian syarahannya yang lantang, terus-terang dan diselang-selikan dengan unsur-unsur kelakar. Menurut beberapa orang muridnya, Allahyarham seorang yang bijak berkelakar, menyindir dan mengecam secara halus dalam setiap syarahan agama dengan tujuan menyeru ke arah kebaikan. Sikapnya yang lekas mesra, ramah serta mempamerkan kematangan berfikir ketika mengupas persoalan agama yang dikemukakan kepadanya, menyebabkan Allahyarham disanjung oleh masyarakat. Faktor inilah yang melenyapkan nama asal beliau sebaliknya timbul pula gelaran Ustaz Mat Saman Kati yang kian hari semakin tersohor.

Namun, resam orang Melayu, pantang melihat kejayaan orang, maka timbullah angkara durjana fitnah memfitnah. Ustaz Mat Saman Kati tidak dapat menepis angkara ini. Beliau difitnah oleh segelintir masyarakat tempatan lantas beliau tidak lagi betah untuk meneruskan kerjayanya sebagai guru agama di Kati. Beliau tegar meninggalkan pekan kecil Kati yang telah memberikannya sebuah nama besar.

Tetapi, perpisahan dengan Kati tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembangkan syiar Islam di tanah airnya sendiri. Beliau bertekad melangsungkan perjuangan yang belum langsai. Tekadnya telah diberkati Allah s.w.t. Kegiatan dakwahnya yang sebelum ini hanya tertumpu di Kati kini melebar ke seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan terutama kawasan di sebelah utara Semenanjung. Tambahan pula, tugas suci itu mendapat dorongan dan dukungan Jabatan Agama Islam Perak.

Pada tahun 1964, Allahyarham digelar sebagai Tuan Guru Mat Saman Kati berikutan Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah melantik beliau menjadi guru agama khas di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Jawatan itu disandangnya sehingga tahun 1970. Kemudian, beliau terpilih pula sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Jawatan lantikan Sultan Perak ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Allahyarham seorang ulama yang rapat dengan istana Perak. Misalnya, dengan perkenan Sultan Perak, Ustaz Mat Saman Kati dilantik menjadi Ahli Dewan Negara Perak (Majlis Penasihat kepada Sultan Perak) mulai tahun 1978 hingga 1980. Pada 1 April 1986, Allahyarham dilantik menjadi Orang Besar 16 bergelar Toh Paduka Indera yang bertanggungjawab sebagai penasihat Sultan Perak mengenai Agama Islam.

Di samping berdakwah, Ustaz Mat Saman Kati giat mengarang kitab dan buku. Antara kitab yang dihasilkan ialah Masailatul Tauhid (seluk-beluk ilmu tauhid), Utusan Ibadat (ilmu amal ibadat mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah), Ajaran Tasawuf dan Tarekat (ilmu sufi), Al-Ruddun Ala Ahlil Bidaah, Masalah Agama Dari Segi Ibadah, Attariq Ilahi, Addulai-Lu Maarifah, Panduan Individu dan Ghayatul Maksud dan Ilmu Tasawuf serta sebuah buku bercorak memoir; Lawatan Ke Mesir.

Melalui karyanya, kita dapat mengutip pandangan beliau terhadap Islam yang wajar difikirkan bersama demi kepentingan ummah. Kata Allahyarham, ‘Percayalah, dengan terhapusnya ilmu tasawuf maka dengan mudah pula mereka menghapuskan ilmu tauhid. Kalau kedua-duanya telah musnah maka mudahlah mereka menarik umat Islam menjadi satu angkatan yang mementingkan kebendaan dan membelakangkan kerohanian dan keimanan kepada Allah Taala. Percayalah, apabila umat Islam telah terpesong kepada mementingkan kebendaan semata-mata, maka pada saat itulah mereka mulai roboh dan hancur maruah dan iman mereka kepada Allah Taala. Dan apabila iman kepada Allah Taala telah luntur dan taqwa telah tiada, maka mudahlah mereka dijerumuskan oleh golongan yang menjadi musuh agama Islam ke dalam kancah kekufuran yang berpegang kepada falsafah komunisme, sosialisme, kapitalisme dan zionisme. Apabila umat Islam telah terkorban dalam keruntuhan seperti itu, maka akan berlakulah perpecahan bahkan permusuhan antara umat Islam yang mementingkan kebendaan dengan umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam yang meliputi ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf’ (Ilmu Tasawuf, 1997: viii). Begitulah pandangan ulama tasawuf ini yang sangat mencintai agama Islam dan berharap bangsanya tidak hanyut ditelan arus perdana globalisasi.

Ustaz Mat Saman Kati sempat merasai jasanya dihargai setelah dianugerahkan darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato’ dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) serta dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 1409H/1988M oleh Kerajaan Perak sebelum berhijrah ke alam baqa pada Selasa 2 Mei 1995 bersamaan 2 Zulhijjah 1415H di Kamunting, Taiping. Al-Fatihah buat Tuan Guru.

-----------------------------

Rujukan: Mat Saman Kati dan Mokhtar Petah 1997. Ilmu Tasawuf. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd. *Mohamad Hashim 1987. Haji Mohd Saman Kati: Tokoh Maal Hijrah 1409 dlm Berita Perak, Jan/Feb. hlm. 5 *Jabatan Agama Islam Perak 1983. Sejarah Perak Dalam Kebangkitan Ulamak (Kertas Kerja). Zabidin Haji Ismail 1993. Kebangkitan Ulama Di Perak dlm Al Islam, April hlm. 56-57.

*** sebenarnya artikel ni ada fakta yg perlu diperbetulkan.. tp aku tak paham ape abah tulis kat atas kertas yg aku bg tu.. ekekeke...

Wednesday, June 20, 2007

Kalimah Allah di kepala budak




sila klik pade gambar utk baca...

Friday, February 09, 2007

Kiamat dah dekat

Sabda Rasulullah SAW:

1) "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".

--- Hadis Riwayat Ibnu Majjah

2) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"

--- Hadis riwayat Thabrani

3) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"

--- Hadis Riwayat Bukhari

4) Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

--- Hadis riwayat Ahmad

5) Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
--- dah jadi dah....dpt kat kroni je..

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
--- pun dah ada berlaku...org skang tak pegang amanah

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
--- byk dah la ni..

5. Anak derhaka terhadap ibunya
--- anak derhaka?..bersepah...

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
--- ini pun bersepah la ni..

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
--- ade dah....tak susah nak cari..

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
--- pun dah jadi

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
--- ada dah

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
--- hmm...dah ada dah..

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
--- heh...ni selamba je bg org muda yg bergelar islam skang ni..islam pada nama je..

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
--- kempen batik...tp guna kain sutera....adei...so dah ada la....

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
--- yg ini toksah cakap...sampai makan artis, tido artis, mandi artis ...

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
--- merata2..ada apa2 majlis je..tak sah tanpa muzik....

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
--- yg ini pun dah ada...lagi dasat...yg dihina tu isteri junjungan besar Nabi Muhammad SAW lagi..org ramai kat situ buat ape?...tak pulak gi naik pentas bg penampar sekali kat org tua tak sedar diri tu....kalu aku dah lame pompuan tu kena terajang...ini tidak..siap bersorak bertepuk tgn lagi....

Friday, January 26, 2007

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram bg setiap tahun.
Dan pada tahun ini 10 Muharram adalah bersamaan 29 Jan 2007.

Adalah disunatkan berpuasa pada hari ini.....
______________________________________

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain...

Friday, January 19, 2007

AWAL MUHARAM

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1428H

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua.

____________________________________

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, December 23, 2006

KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN
SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT
DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN
BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA
BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA
ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU
TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN
ALLAH YG MAHA PENY AYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISK AN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT
PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN
BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN
BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU
TADI''.KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA
ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG
DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH!BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA
UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG
TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN
KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Friday, December 08, 2006

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.

Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.

Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat ....

Tuesday, November 21, 2006

Permainan Utk Direnungkan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka serulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu".

"Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika".

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya guru kepada murid-muridnya.

"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita"

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH KWN2 SEMUA..

Thursday, October 19, 2006

Selawat Nabi

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat juru pati dengan izin Allah disampaikan ke kuburku. Maka malaikat itu berkata, 'Hai Muhammad! Polan bin Polan, umatmu telah membaca selawat untuk engkau'. Kata Nabi SAW, 'Sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya, 'telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari beliau (Nabi SAW)'. Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan berkata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya Polan bin Polan telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, 'Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat'. Kemudian Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap huruf pada selawat itu akan satu malaikat yang mempunyai 360 kepala, tiap-tiap kepala mempunyai 360 wajah / muka, dan tiap-tiap wajah terdapat 360 mulut dan tiap-tiap mulut terdapat 360 lidah
guna berbicara dan memuji Allah dengan 360 macam, dan pahala kesemuanya itu dicatat untuk orang yang membaca selawat kepada Nabi SAW sampai hari
kiamat'.

Wednesday, October 18, 2006

SAY NO!! TO LEGO




masih nak beli LEGO?..fikirkanlah...kalau agama mereka dihina..pasti mereka marah..namun mereka sewenang2nya menghina rasuk kita...dasar syaitan...kalau lah aku ada kuasa utk menghukum mereka ini..namun..aku hanya mampu memulaukan mereka....sekiranya masih hidup Saidina Umar..pasti mereka ini tlh pun dipancung

Mari ramai2...kita pulaukan LEGO..biar diorang mampus

Saturday, October 14, 2006

Astaghfirullah al azim

Astaghfirullah...macam2 cara org kafir lakukan utk mengkafirkan anak2 islam..jadi..muslimin muslimat semua..berhati2 lah..agar tidak terpedaya.
Walau bagaimanapun..jgnlah kita berburuk sangka kepada semua..cuma perlu berhati2 agar tidak terpedaya...

Ini ape yg aku dpt daripada email. Wallahualam
___________________________________________________

Assalamualaikum wbt...

Semalam sahabat aku bercerita,semasa beliau mengambil anaknya pulang dari sekolah rendah di sini..anak-anaknya telah menunjukkan sebatang pensil mekanikal yg baru dibelinya di luar kawasan sekolah..alangkah terkejutnya beliau kerana rupabentuk pensil mekanikal tersebut adalah berbentuk ukiran salib kristian..!! !

Difahamkan juga anak-anak beliau telah membelinya dari seorang penjual aiskrim yang dipercayai bukan orang tempatan dgn harga sbtg 50 sen sahaja..!!!

Untuk itu saya menyeru kpd semua yg beragama islam khususnya ibubapa kpd anak2 yg bersekolah agar sama2lah kita periksa, pantau dan bertanya selalu tentang apa yg telah diperbuat dan dipelajarinya semasa di sekolah.... Kita kena ingat...Nabi ada berpesan bahawa anak2 kecil adalah seumpama kain putih..terpulanglah bagaimana hendak kita mencoraknya samada yahudi, nasrani atau majusi .......

wassalam

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons