Saturday, February 17, 2007

Alhamdulillah



Akhirnya....aku dah pun selamat melancarkan blog gambar aku pada hari ini....blog ini akan memuatkan semua gambar yg aku rase menarik yg aku tangkap menggunakan kamera aku....atau kamera org lain asalkan gambar tu aku yg amik..kikikiki...


korang semua dijemput melawat photoblog aku...
Photobucket - Video and Image Hosting


silalah beri komen ape2 yg patut......
dan
Photobucket - Video and Image Hosting
masih akan ku teruskan...kekekeke.....

Friday, February 16, 2007

Mushaf

Inilah kata yg menjadi mushaf Laksamana Sunan dlm Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu

BAGAIKAN PUTERI...
Photobucket - Video and Image Hosting

CINTA SANG RATU
Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, February 14, 2007

Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu

Dah lama tak baca novel...tiba2 ari tu nampak novel Cinta Sang Ratu dari Ramlee Awang Murshid....wah..sambungan Bagaikan Puteri..menarik ni..bila dha beli..aku tak dpt berhenti membaca.....setelah dah lama tka baca novel...akhirnya ada jugak satu yg betul2 mampu membawa aku terbang merentasi dimensi alam nyata...



Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Harga : RM 19.90
Halaman :560



Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.


Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Segera dapatkannya dan diucapkan Selama Membaca!

Tajuk: Cinta Sang Ratu
Halaman: 572
Harga: RM19.90

______________________________

Komen aku mengenai kedua-dua novel

Bagaikan Puteri memang digarap dgn baik sekali.....sesuatu yg tercapai oleh akal fikiran yg mana Haryani yang koma telah dibawa rohnya merentasi masa kembali ke zaman dulu dan bertemu dgn sorang lelaki yg benar2 gagah dan cukup syarat sebagai lelaki idaman...

perkara ini mungkin mustahil bagai akal logik..namun kuasa Allah...siapa yg tahu...

cuma sedikit kesal bila penulis memuatkan cerita mengenai Hang Tuah dan Gusti Ratna Dumiloh?...iaitu watak dari PGL versi Tiara Jacqueline yg mana sebenarnya tidak mengikuti sejarah asal Puteri Gunung Ledang..

walau bagaimana pun..saya masih memberi 4 bintang out of 5 kepada novel Bagaikan Puteri ini..kerana ia memang menarik.

Manakala bagi novel Cinta Sang Ratu pula yang merupakan sambungan kepada Bagaikan Puteri lebih mengisahkan apa yg terjadi kepada Laksamana Sunan selepas permergian Haryani..mengisahkan betapa agungnya cinta Saifuddin (Sunan) dan sang ratu, Ratna...sehingga kerana cintalah telah mengubah Ratna dari wanita kejam, bengis, mungkar dan jahil kepada seorang muslimah yg beriman...Allahuakbar...

sedikit cerita juga mengenai Dani yg dilanda tsunami di Acheh...kisah di manggala...namun kisah menggala agak mencacatkan cerita...bukan kerana kisah menggala tak menarik..tp sedikit mencelarukan dgn apa yg terjadi pada kurun Laksamana Sunan kerana kedua2nya menarik...

Saya harap Ramlee, saudara penulis dapat menulis sebuah novel mengisahkan semata2 mengenai kisah Manggala ini..dari mana asalnya..kenapa mereka ini berupaya menjadi serigala dan apakah sumpahannya...saya nantikan drpd penulis....kalau ada..pasti akan saya beli..

dan juga sedikit kecacatan pada novel ini.....penulis memuatkan mengenai Novel, tak ingat tajuknya dan juga filem iaitu Cinta...yg ditayangkan dlm 2 tahun selepas Tsunami...yg sudah menimbulkan agak tidak logik kepada jalan cerita sedangkan novel ini adalah sambungan kepada novel yg sebelumnya dimana Tsunami melanda seluruh rantauan asia pada masa itu...jadi harap perkara2 kecil begini dpt lebih ditelitikan..

walau bagaimana pun..overall...novel ini memang menarik....juga saya beri 4 bintang...

syabas kepada penulis....saudara Ramlee Awang Murshid.

Friday, February 09, 2007

ADA YG BOLEH DIMAAFKAN ADA YG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN

Maaf...bukan sekadar perkataan...

Mmg patut beri maaf pada yg meminta maaf...tapi tak semua kesalahan ada maaf.

Mmg dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan.....tp ada masanya kita perlu berkeras....

Macam kes yg terbaru ni.....pasal artis berambut jagung....terlepas cakap...kalau dia seorang yg tidak tahu pasal Islam..jahil..mungkin boleh dimaafkan..kerana kejahilannya dan dia sudah memohon maaf....

Tp..hamba Allah ni adalah seorang yg dididik dgn Islam dari lahirnya...jadi rasanya perlu ke ..wajar ke keterlanjurannya tu...

Tak wajar....kalau cara aku berfikir keras.....mugnkin diorang tak pernah dgr lagi kisah Saidina Umar memancung seorang hamba Allah yg mempersendakan kata2 nabi.

Adakah Saidina Umar berkelakuan tidak wajar?

Jadi kalau macam tu..sapa2 saja yg menghina junjungan besar kita dan ahli keluarganya...wajar dimaafkan begitu sahaja?...

Kenapa aku tidak ingin memaafkannya...sebab dia adalah seorang yg dididik dgn Islam..patut lebih berhati-hati..tp tidak...

Well...pandangan masing2 adalah berbeza....

Kekerasan juga perlu kadangkala bg org2 mcm ni...

Kiamat dah dekat

Sabda Rasulullah SAW:

1) "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".

--- Hadis Riwayat Ibnu Majjah

2) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"

--- Hadis riwayat Thabrani

3) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"

--- Hadis Riwayat Bukhari

4) Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

--- Hadis riwayat Ahmad

5) Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
--- dah jadi dah....dpt kat kroni je..

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
--- pun dah ada berlaku...org skang tak pegang amanah

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
--- byk dah la ni..

5. Anak derhaka terhadap ibunya
--- anak derhaka?..bersepah...

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
--- ini pun bersepah la ni..

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
--- ade dah....tak susah nak cari..

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
--- pun dah jadi

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
--- ada dah

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
--- hmm...dah ada dah..

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
--- heh...ni selamba je bg org muda yg bergelar islam skang ni..islam pada nama je..

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
--- kempen batik...tp guna kain sutera....adei...so dah ada la....

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
--- yg ini toksah cakap...sampai makan artis, tido artis, mandi artis ...

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
--- merata2..ada apa2 majlis je..tak sah tanpa muzik....

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
--- yg ini pun dah ada...lagi dasat...yg dihina tu isteri junjungan besar Nabi Muhammad SAW lagi..org ramai kat situ buat ape?...tak pulak gi naik pentas bg penampar sekali kat org tua tak sedar diri tu....kalu aku dah lame pompuan tu kena terajang...ini tidak..siap bersorak bertepuk tgn lagi....

Thursday, February 08, 2007

Kawan Di Akhir Zaman Ini



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.


milik: masmerah

_______________________________

sapa punya puisis aku tak tahu...tp aku suka...

Tuesday, February 06, 2007

Rentetan Perjalanan

Perjalanan pergi ke Shah Alam

Jumaat, 2 Februari 2007.

Mcm biasa…bgn pagi…mandi sembahyang..lepas tu terus kemas beg….ari ni aku cuti..

Bab kemas beg ni pun satu hal..dr dulu sampai sekarang…aku ni tak pandai2 nak kemas beg…slalu tak tahu nak agak berapa byk baju yg akan digunakan….tp aku slalu pegang pade teori….biar bwk lebih baju..jgn terkurang…hehehehe

Perjalan ke Shah Alam amik masa lebih kurang 5 jam…pukul 4 lebih baru aku sampai Shah Alam…

Allah..penatnya….dah lama lak tu tak naik bas jalan jauh…nak pulak skang aku driving sendiri..terasa sungguh keletihan naik bas..mcm mana le agaknya nyah dok ualng alik penang – johor…tp dulu masa aku belajar pun…ulang alik perak johor gak….tak le penat sgt rasa..saje badan dah makin mengada2..kekekeke…

Sampai rumah abg tapa..takleh rehat lagi..ni..si hero dua org ni, munshi ngn bilal ajak aku main..sorang mari goyang aku belah kanan..sorang mari goyang belah kiri….badan lak sedap..huh..ngn atih2 dia sekali terterap….muahahahaha


munshi & bilal


Pertemuan..

Sabtu, 3 Februari 2007.

Macam yg dijanjikan…lepas Zohor aku keluar dgn Winz…..teruja rasa nak jumpa kawan baik aku yg dah berapa tahun tak jumpa…Eleh…makin kering aku tgk minah ni..huhuhu…aku gak makin tembam..ape2 pun..aku happy sgt dpt jumpe Winz balik….kawan bergaduh, suka dan duka…hehehehehe…

Destinasi pertama terus ke KLCC….sebab aku dah janji nak jumpe akak Wild kat sana….sampai KLCC terus makan kat Burger King…sambil sembang pasal diri masing2….

Sampai waktunye yg aku janjikan nak jumpa akak Wild…berdebar2 lak rasenya….kalah debaran masa Lia blind datekan aku ngn si Yan….(ulk..harap2 tiada seorang pun adik beradik aku yg baca catatan ni..kalo idak mampus aku kena gelak…)

Akhirnya..berjumpa jugak aku ngn akak Wild…kekeke..seronoknya rasa…seperti biasa..walaupun pertemuan pertama..aku salam dan cium tgn dia…sbb itu yg biasa aku lakukan bila bersalam ngn org yg aku lebih tua dan aku anggap mcm kakak sendiri..akak Wild pun sama baya ngn Nyah ape..

Kitorang bertiga pergi minum air kat food court…turn aku pulak belanja….kalaupun akak Wild ngn Winz tak suruh pun banjer ...aku mmg ade niat nak belanja diorang…

Lepas minum2..sesi interview akak Wild ngn Winz..kekekeke….sambil Winz membocorkan serba sedikit….(eh..byk)…rahsia aku kat akak Wild..huhu..nak kena Winz nie,….snap gambar 2-3 keping…lepas tu terus bergerak ke ape name tempat tu..Curve….ekekeke..nampak sgt pel geografi…

Sampai kat Curve…akak Wild lak banjer makan cake kat secret recipe..aku cume order marble cheese cake ngn plain water..rupe2nye…palin water le yg paling susah nak dibuat kat situ…lepas ice lemon tea ngn kek2 kami sampai…..baru le plain water sampai..isk..isk…patut le..kene tadah kat bukit..masukkan dlm bekas..baru leh kuar kilang..pastu baru htr ke kami…kekekekeke..

Lepas tu..aku kalo nampak Popular ape lagi..membuak2 le nak pegi..bukan ape..nak tambahkan koleksi komik aku…tp frust bile tgk yg dicari takde…aleh2..akak Wild belikan novel tuk aku ngn Winz…hmm..adei..asik org byrkan je utk aku….takpe..noc\vel tu aku jaga2 elok..jgn harap le org lain nak sentuh..kekekekek…skang pun dah abis satu cerita aku baca…lajunye…

Lepas akak Wild balik..aku merayau2 lagi sekejap ngn Winz..tp takleh lame..abg tapa dah call…suh jgn balik lambat sgt…adei….sebelum balik..wWinz belikan aku..amende tah..rupe nya titik air…comel..utk gantung dlm kete..tp rasenye aku yg penakut tido skali ngn patung2 ni mungkin akn simpan bende tu dlm bilik je..sbb aku rase syg kalo warnanya pudar bile gantung dlm kete…kete aku lak jemur tgh panas slalu…

Ni le rupenye hadiah2 yg aku dpt dr Winz ngn akak Wild…..terharu sey....


hadiah dr Winz


hadiah dr akak Wild

Nanti kalo Winz ngn akak Wild dtg ke Penang lak..aku lak akan bg hadiah kat diorang..


Nak Balik dah..

Ahad, 4 Februari 2007

Nak balik dah..sebelum balik..aku kuar gi makan dulu ngn Winz..kali ni aku lak banjer die….makan kat Pizza Hut…

Tp lepas tu…die lak belikan barang lagi utk aku..mentos le, archie comic le…ngn tu..yg dlm kotak kat gambo mule tadi..lip balm….adei…aku cdg nak byr utk die..skali die belikan utk aku skali..adei..

Sebelum balik..aku hulur kat munshi ngn bilal sorang sepuluh ketui….kak ani kata byk sgt…tp pade aku sikit je…lgpun abg tapa tak amik pun duit harga tiket…aku nak byr balik..tp abg tak nak amik…

Munshi ckp ape tau…apsal bg satu je..bg le byk sket..adei..kekekeke..jwb aku..doa atih dpt keje gaji byk..leh bg slalu….kikiki…

Perjalanan balik lg amik masa yg lama…sbb dreba ni byk singgah merata ngn bawak slow je…dari 2.30 ptg membawa ke 8 malam…hmm..bape jam ek..aku pel math…kekekekeke…

Penatnya……

Thursday, February 01, 2007

Berhenti Berharap - Sheila On 7



aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat

kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

aku pulang, tanpa dendam
kuterima kekalahanku
aku pulang,tanpa dendam
kusalutkan kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan kau derita
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita

rebahkan tangguhmu lepaskan
perlahan kau akan mengerti semua



****lagu ni suram..same cam suram hati aku...

Friday, January 26, 2007

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram bg setiap tahun.
Dan pada tahun ini 10 Muharram adalah bersamaan 29 Jan 2007.

Adalah disunatkan berpuasa pada hari ini.....
______________________________________

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain...

Thursday, January 25, 2007

CINTA SANG CICAK

dpt dari email....interesting...tp tempe tak sure betul ke tidak...tp kalau betul..subhanallah......maha suci allah yg menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi alam.....hanya dgn izin allah baru semua ini dpt berlaku...

kisah yg sungguh menarik..dan beginilah kisahnya...

_________________________________

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons