Thursday, June 25, 2009

Hanya Dia Tahu



Sinopsis :
ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.


Harga : RM 18.00
Halaman :452
Keluaran : Alaf21



Aku amik masa satu hari je baca novel ni. Komen aku simple je, citer ni menarik untuk dibaca. Karya Aleeya Aneesa makin lama makin ada kemajuan. Satu yang aku suka bila baca novel Aleeya, dia selalu selitkan kisah kekeluargaan selain cinta dlm novel dia. Kira novel dia cukup perisa bukan kisah percintaan semata-mata. Untuk novel kali ni, Aleeya turut selitkan kisah keakraban dua sahabat baik. Macam mana seorang sahabat sanggup berkorban utk sahabat yg lain walau jiwa sendiri terluka. Mungkin bila baca kita rasa, logik ke?? ada ke kisah cinta/sahabat mcm ni?? macam tak logik je.. but hey.. this is life, sometime impossible thing can be possible in our life. Only God Know.. Hanya DIA tahu.

Karya yang satu ni juga cukup pandai membuai emosi aku. Mengempang aku menahan marah dekat Zain (watak hero yang kerek). Sampaikan sambil baca mulut aku sambil marah2 dekat Zain, rasa tu olahnya kalau Zain tu wujud depan mata memang kena penumbuk dengan aku dah. Simpati dekat Nasuhah membuak-buak, lagi2 yg part Mama ngn Mak dia pun lebih percayakan Zain dari dia. Isk.. masa ni memang aku geram gila2 dengan Zain, jantan yang tak paham bahasa orang tak nak kat dia.

Bacalah, tak rugi baca. Aku tak tahulah pada orang lain, tp bg aku, THUMBS UP.

Sunday, June 07, 2009

Back to Johor



Dulu, 5 tahun aku bersekolah rendah di Johor. Kemudian bila abah pencen kami sekeluarga balik duduk Perak. Pastu bila aku masuk universiti, aku dpt tawaran kat UTM. Balik ke Johor lagi, lebih kurang 4 thn juga aku di Johor.

Dan hari ni, aku datang semula ke Johor, bekerja pula di Johor. Abang Farid ckp ada jawatan helper dekat tempat kerja dia. Sementelah aku dah takde kerja, aku terima je. Ke Johor pun Johor lah walaupun sebenarnya aku kalau boleh tak mahu kerja jauh2 memandangkan keadaan kesihatan umi & abah sekarang ni. Tapi dr takde apa, at least masuk gak duit. Lagipun untuk sementara aje. Skadar beberapa bulan.

Nyah kata carila terus kerja tetap kat sini. Isk, kalau boleh aku nak kerja belah2 Penang atau Taiping je. Kalau dpt Taiping lg bagus, kos hidup rendah. Tp itulah, takde rezki kat sana. Tp aku tetap nak jugak cari kerja belah2 sana.

Buat masa sekarang ni aku menumpang di rumah Nyah. So terpaksalah biasakan diri. Kat rumah aku ada bilik aku sendiri, kat sini kena pandai2lah.. huhu.. aku dah rindu kat bilik aku yg penuh ngn komik.. ekekeke. Aku harap, habis kerja kat sini aku dpt tawaran kerja belah utara.

Dah lama tak naik bas, letih dan lenguh dibuatnya. Habis sakit2 sengal2 badan. Walaupun dulu aku selalu ulang alik Perak - Johor masa belajar dulu, tp bila dah 6 thn tak naik bas, naik balik mmg terasa lenguh sungguh. Kalau dulu aku naik bas je terus lena, kali ni tidur2 ayam ajela. huhu.. terasa mcm dah tua lak... huhu.

Hope esok, kat opis semua berjalan lancar. Aku pun tak tahu kerja nya mcm mana.

Friday, June 05, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran : Abah & Aliah.



Tokwan dgn cucu sulung sambut Ulangtahun Kelahiran serentak hari ini. Tokwan genap 62 tahun, cucu sulung pula genap umur 9 tahun.


“Allah selamatkan kamu…
Allah selamatkan kamu…
Allah selamatkan Abah & Aliah…
Allah selamatkan kamu…”


Untuk Abah :
Semoga diberi kesihatan yang baik. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, abah senang anak abah ni pun tumpang senang.. kekeke. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T. Semoga dijauhkan dari hasad dengki, khianat & aniaya baik sesama manusia, jin, syaitan, iblis mahupun sesama makhluk.


Untuk Aliah :
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yg solehah, yg berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Semoga menjadi bijak pandai. Semoga sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.


Aminnnnnnn....


Monday, June 01, 2009

Banner baru


Disebabkan aku nak tukar2 theme malas nak copy paste balik widget2 kat tepi tu, so aku main tukar2 banner je.. hehe. Ini first trial guna banner format gif. Apa beza?? korang perati le sendiri.. kalau orang tak komplen lambat donlod blog ni, leh aku gunakan lg format gif di masa2 akan datang.

hak yg ni takle gerak2.. nak tgk hak gerak2 punya version peratikanlah banner yg kat atas tu.

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons