Thursday, February 25, 2010

Eh.. budak ke ni???

Last week, bos aku bagi cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Tak mohon pun, tapi dah dibagi, cuti aje lah ek.. umpama kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Terima kasih lah Mr. James ek sebab bagi saya bercuti sakan.

Dah cuti lama, aku pun apa lagi, balik kampung la. Melampiaskan rindu yang tidak bertepi yang bergelora umpama ombak menghempas pantai terhadap keluarga di kampung. uh.. bahasa.. cam getik lak bunyinya..ekeke.

Hari senayan, aku ke rumah Yong di Kulim. Melepaskan rindu kat anak-anak buah aku yang empat orang tu. Geram je tengok Laila, lincah betul. Pipi dia tembam macam dok kulum gulu-gula aje. Rasa nak cubit.

Manakala anak buah aku yang sulung tu, yang baru darjah empat tu, sempat menghadiahkan satu soalan cepu emas berserta ugutan dekat aku. Bunyinya macam ni; "Atih ni bila nak kawen? Kalau Atih tak kawen-kawen gak, nanti Aliah carikan untuk atih baru tahu.. carilah budak darjah 3 ke darjah 6 ke.. padan muka atih"

Erk.. mak aih, ni budak ke apa ni? Ada ke dia potpet kat aku suruh aku kawen cepat. Siap ugut nak carikan jodoh. Sejak bila lak anak buah aku bukak agensi cari jodoh ni? Sapo ngajor? Mana belajor? Budak darjah 3 darjah 6 lak tu nak dikenenkan ngn aku.. dei, apa kelas. Kalau abang kepada budak darjah tiga ke enam ke yg hensem ngan macho macam Fahrin Ahmad takpe gak. Isk isk isk... tulah, banyak tengok tv.. pengaruh televisyen betul. Selalu tengok citer korea.. macam nilah jadinya. atih dia pun tengok citer korea gak... uh uh..

Jadi, moral kepada cerita ini, jauhkanlah anak-anak anda dari pengaruh televisyen..

Sebuah surau di hujung desa...

Melangkah masuk ke dalam surau, tengok-tengok, ramainyalah umat bergelimpangan melayari bahtera mimpi kat dalam surau. Ceruk sana ada org tidur, ceruk sini ada org tidur, ceruk situ ada org tidur, sampai kat ceruk sinun pun ada org tidur. Ish, ish, habis tu? Aku nak sembahyang kat mana? Ada ruang untuk berdiri je ni.

Aku pun terus pi dekat salah sorang yg sedang nyenyak melayari mimpi, kebetulan dia berbaring mengiring menghadap kiblat, aku pun angkat tangan dan niat; sahaja aku sembahyang jenazah.....

Habis sembahyang, aku baca Yasin pulak. Mendayu-dayu, berlagu-lagu umpama qariah terkenal. Habis bacaan Yasin, aku tengok balik kat org depan.. wah makin nyenyak tidurnya. Aku pun terus bacakan talkin, 'Ma Robbuka?'

Tak dan habis soal minah tu terus bangun lagak macam orang tgh mimpi kena kejar ngn pontianak dan terus bangun merempuh dinding surau. Habisla lopong dinding surau tu jadinya. Ni sapa nak ganti ni? Kot ye pun nak lari, sembahyang le dulu, takkan tidur je kat surau ni?


Sebenarnya cerita di atas ni rekaan imaginasi aku je semata-mata. Memang masa aku masuk ke surau nak tunaikan solat, surau dipenuhi dengan orang-orang yang menunaikan hajat untuk tidur. Nak melangkah pun perlu berhati-hati takut terpijak orang. Jadi, aku bukak lampu, dan hentakkan sikit kaki aku ke lantai surau supaya yg tidur ni pakat terjaga. Boleh juga sama-sama sembahyang, ye idak? Alhamdulillah, sorang-sorang pakat sedar dan adalah ruang untuk aku sembahyang.

Jadi, moral kepada cerita aku ni, kalau iyepun nak tidur kat surau, pada-padalah. Masuk waktu sembahyang bangunlah. Surau ni pejabat sediakan khas untuk staf yang beragama Islam menunaikan solat. Janganlah disalah gunakan. Bukan aku tak pernah tidur dekat surau, sekali sekala tu ada jugak. Bila dah terlampu penat time rehat tu, atau aku rasa tak berapa sihat, pening kepala. Tapi kalau hari-hari kerja tidur kat surau muskil jugak. Dan janganlah sampai kita tidur tu mengganggu orang nak beribadat. Sedangkan tujuan surau tu diadakan untuk beribadat. Pastu takkanlah tidur aje kat surau tu, bawak-bawaklah sembahyang.

Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah... amin.

Sunday, February 07, 2010

Berkhatan Beramai-ramai....

Sebenarnya ni cerita dah basi... tahun lepas punya cerita, tapi baru hari ni dimuat turunkan ke blog. Pada 19 Disember 2009, seramai 6 orang anak buah aku dari yg berumur 8 tahun hingga yg berumur 4 tahun dan 4 orang anak jiran sekampung telah selamat dikhatankan. Bersempena dengan majlis khatan ni yg bertempat di rumah Abah, Semanggol, adalah kenduri sikit diadakan, sebagai tanda kesyukuran.. Jadi, malas nak cerita banyak... kita tengok gambar sudah...

Peserta-peserta upacara khatan dipancutkan dengan air beramai-ramai oleh Pak Lang bertujuan untuk menyejukkan badan... habih lokoih satu badan...

Menggigil-gigil lepas kena pancut...

inilah... barisan kitaaaa... yg sediaaa... untuk dikhatan...

kat dalam rumah lak, kaum ibu dok siapkan lauk kenduri...

menjenguk sekejap ke dalam bilik penyembelihan.... peralatan telah disediakan...

wah.. banyaknya gunting...

tengoklah gelagat anak-anak sedara aku, sempat bermain-main, bergurau senda bagi menghilangkan debaran sementara menunggu giliran masing-masing.. masa ni si Bilal dah pun masuk ke bilik pembedahan as first candidate.. Bravo Bilal Bravo...

Peserta termuda, berumur 4 tahun (ketika ini), Hafizul Amri berdebar-debar menunggu giliran...

wajah-wajah cuak menanti giliran...

eh... si Mar pun nak interprem jugak???

dah selesai... maka kenalah digantung... berlonggok depan TV... dah macam wad pesakit kecemasan je.. masa ni masing2 dapat layanan macam raja.. ekekeke.. nak apa cakap je..

Lepas 2-3 hari, dah ok dah.. dah leh main game dah..

bergambar beramai-ramai sebelum balik ke rumah masing-masing.. 1,2,3,4,5... eh mana seorang lagi??? Si Laila pulak yg interprem....

Inilah anak2 sedara aku yg berani.. hehehe.. dari kiri, Azammudin (8), Saiful (7), Amri (4), Haikal (6), Bilal (5) dan Munshi (7)....

Saturday, February 06, 2010

Seorang Teman Pernah Berkata....

Sepuluh tahun yang lalu, seorang teman pernah berkata, "apa gunanya telefon kalau tidak digunakan..." -- ini bukan iklan Telekom, aku dah tak kerja dengan Telekom dah. Kata-kata ni sebenarnya bukanlah diucapkan secara direct, tapi ditulis pada kad ucapan selamat hari raya.

Dulu, lepas SPM, aku tak rajin nak hubungi kawan-kawan sekolah. Aku banyak menyepikan diri di rumah je, buat part time jual jambu. Untung jual jambu tu boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan dekat universiti. Ada tak ada pun, cumalah menghantar kad ucapan selamat hari raya. Aku pun tak tahu kenapa aku menyepikan diri, mungkin sebab aku tak tahu apa yang hendak disembangkan.

Bila aku dah melangkah ke universiti pun aku masih jarang-jarang hubungi kawan masa sekolah. Ada le kot seorang dua je yang aku hubungi. Aku pun tak ingat dah.

Sampai satu hari tu (masa baru 2 minggu di sem 1), tiba-tiba aje aku teringat nak hubungi kawan aku yg telah menitipkan kata-kata tu pada aku. Sayangnya, aku tak dapat bercakap dengan dia, aku diberitahu oleh adik dia yang dia tengah sakit. Nak bercakap telefon pun tak mampu. Di kejauhan hanya doa yang mampu aku titipkan, semoga sahabat aku tu cepat semoga.

Pernah juga aku telefon semula selepas tu, tapi kesihatan dia masih tidak ditahap yang bagus.

Sehingga satu hari tu, aku telefon Umi kat kampung, umi bagitahu, "kawan hang dah meninggal minggu lepas. Adik dia telefon ke rumah bagitahu. Umi tunggu hang telefon le baru boleh nak bagitahu". Yela, masa tu aku mana ada handphone. Public phone ajela yang ada. Dekat public tu jugalah air mata aku mengalir. Public Phone L04 tu le dengar suara tangisan aku.

Selepas tamatkan perbualan dengan Umi, aku terus masuk bilik, tak bertegur dengan siapa-siapa. Roomate aku tanya pun aku diam aje. Masuk bawah meja study, aku duduk termenung. Dah penat duduk bawah meja, aku panjat keluar tingkap bilik (bilik aku tingkat 2) dan duduk dekat koridor tingkap. Er... koridor ke ruang kecil tepi tingkap takde pagar takde apa. Duduk dengan kaki berjuntai ke bawah, menyandar ke dinding, mata pandang langit. Roomate aku ikut melepak sekali. Mungkin sebab dia tahu aku tengah sedih dan dia cuba temankan aku. Mujur juga dah agak lewat malam, jadi, walaupun blok asrama kami berdepan dengan cafe dan dewan tak ada org yg perasaan kami melepak kat luar tingkap tu yelah, dah tak ada org lalu lalang. Dan mujur juga warden yg rumah dia depan tu je tak keluar menjenguk. Kalau tidak sure satu blok boleh dengar warden menjerit dekat kami. Yelah, duduk berjuntai kaki di tingkat dua di tempat yg langsung takde safety.. kalau jatuh macam mana? Bila rasa dah relaks, baru aku panjat tingkap masuk balik dlm bilik dan tidur.

Masa tu boleh dikatakan tempat favorite aku dengan roomate duduk lepak melayan perasaan memanglah kat bawah meja dengan tepi tingkap tu. Itu sebabnya kadang-kadang bila kawan-kawan masuk bilik takde orang, pintu bilik tak kunci tapi orang takde. Panggil-panggil pun tak ada yang menyahut, saja malas nak menyahut, kalau tidak nanti orang tahu pulak port lepak kami.

Kenapa tiba-tiba aje aku bercerita pasal ni? Sebab kata-kata tu masih aku teringat-ingat sampai sekarang. Tipu aku cakap kalau aku kata takde rasa kesal sbb dah lama dia sakit baru aku tahu dia sakit.. tipu aku cakap kalau aku kata aku tak rasa kesal yang aku dpt tahu kawan aku dah meninggal seminggu lepas dia meninggal... tapi itu dah takdir dan aku redha menerimanya.

Sejak peristiwa tulah, aku cuba jadi lebih concern pasal kawan-kawan aku. Kadang-kadang sampai mungkin juga boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Tapi aku tetap aku, masih seorang yang senang leka dan lalai. Kadang-kadang tak concern juga.

Pada semua sahabat-sahabat, kalau rasa aku terlalu menyibuk pasal korang, aku minta maaf. Aku cuma termenyibuk atas rasa concern aku. Kalau rasa aku selalu mengacau dengan panggilan telefon dan sms, harap maafkan aku. Semua tu cuma sebab "Aku Sayang Korang". Pada kawan-kawan yang mungkin aku tak seconcern itu dgn korang, tak sms, tak telefon, bukan bermakna aku lupakan korang... tp macam aku cakap, aku masih aku yg kadang-kadang leka, lalai dan alpa... tapi aku tetap ingat korang.. kalau tak ingat tolong ingatkan. Pada yang dah lama aku tak hubungi, jangan segan2 nak hubungi aku, insyallah aku bukan penyombong..

Moral of the story, di zaman yang serba canggih ni, kita ada phone, handphone, boleh email, sms dan segala bentuk komunikasi, maka gunakanlah sebaiknya.. jangan sampai kita menyesal kerana hubungan yang terputus. --- ye ye oo je aku.. aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan...

Sepanjang hampir 29 tahun aku hidup, aku dah lalui banyak kehilangan, dari seorang abang, datuk, nenek, saudara mara, kawan-kawan sehinggalah ke haiwan peliharaan.. haiwan peliharaan pun masuk?? wei jangan wei.. masa kucing2 aku ngn kura-kura aku mati aku nangis gak wei.. uhuk uhuk... Jadi, hargailah semua yang ada dengan kita sekarang sebelum kita kehilangan...



Al-fatihah buat Arwah Ima yang telah mengingatkan aku, pentingnya komunikasi sementara kita masih mampu untuk berkomunikasi. Al-Fatihah juga buat Arwah Fizah, Arwah Shidi, Arwah Yam, Arwah Mek Na dan juga semua sahabat yang terlebih dahulu menemui-NYA yang mana mungkin aku tak tahu pasal khabar berita ni. Semua korang semua tenang dan aman di sana.

A BIG THANKS to Yana, satu-satunya roomate aku yg kepala dia sama weng macam aku malah mungkin lebih lagi dia punya weng dari aku :siol:, kerana sudi temankan aku melayan perasaan malam tu.. thanx beb...

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons