Melangkah masuk ke dalam surau, tengok-tengok, ramainyalah umat bergelimpangan melayari bahtera mimpi kat dalam surau. Ceruk sana ada org tidur, ceruk sini ada org tidur, ceruk situ ada org tidur, sampai kat ceruk sinun pun ada org tidur. Ish, ish, habis tu? Aku nak sembahyang kat mana? Ada ruang untuk berdiri je ni.
Aku pun terus pi dekat salah sorang yg sedang nyenyak melayari mimpi, kebetulan dia berbaring mengiring menghadap kiblat, aku pun angkat tangan dan niat; sahaja aku sembahyang jenazah.....
Habis sembahyang, aku baca Yasin pulak. Mendayu-dayu, berlagu-lagu umpama qariah terkenal. Habis bacaan Yasin, aku tengok balik kat org depan.. wah makin nyenyak tidurnya. Aku pun terus bacakan talkin, 'Ma Robbuka?'
Tak dan habis soal minah tu terus bangun lagak macam orang tgh mimpi kena kejar ngn pontianak dan terus bangun merempuh dinding surau. Habisla lopong dinding surau tu jadinya. Ni sapa nak ganti ni? Kot ye pun nak lari, sembahyang le dulu, takkan tidur je kat surau ni?
Sebenarnya cerita di atas ni rekaan imaginasi aku je semata-mata. Memang masa aku masuk ke surau nak tunaikan solat, surau dipenuhi dengan orang-orang yang menunaikan hajat untuk tidur. Nak melangkah pun perlu berhati-hati takut terpijak orang. Jadi, aku bukak lampu, dan hentakkan sikit kaki aku ke lantai surau supaya yg tidur ni pakat terjaga. Boleh juga sama-sama sembahyang, ye idak? Alhamdulillah, sorang-sorang pakat sedar dan adalah ruang untuk aku sembahyang.
Jadi, moral kepada cerita aku ni, kalau iyepun nak tidur kat surau, pada-padalah. Masuk waktu sembahyang bangunlah. Surau ni pejabat sediakan khas untuk staf yang beragama Islam menunaikan solat. Janganlah disalah gunakan. Bukan aku tak pernah tidur dekat surau, sekali sekala tu ada jugak. Bila dah terlampu penat time rehat tu, atau aku rasa tak berapa sihat, pening kepala. Tapi kalau hari-hari kerja tidur kat surau muskil jugak. Dan janganlah sampai kita tidur tu mengganggu orang nak beribadat. Sedangkan tujuan surau tu diadakan untuk beribadat. Pastu takkanlah tidur aje kat surau tu, bawak-bawaklah sembahyang.
Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah... amin.
0 komen:
Post a Comment