Friday, January 26, 2007

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram bg setiap tahun.
Dan pada tahun ini 10 Muharram adalah bersamaan 29 Jan 2007.

Adalah disunatkan berpuasa pada hari ini.....
______________________________________

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain...

Thursday, January 25, 2007

CINTA SANG CICAK

dpt dari email....interesting...tp tempe tak sure betul ke tidak...tp kalau betul..subhanallah......maha suci allah yg menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi alam.....hanya dgn izin allah baru semua ini dpt berlaku...

kisah yg sungguh menarik..dan beginilah kisahnya...

_________________________________

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, January 24, 2007

BESDAY HAIKAL

ha...terlambat sket publish.....sbb pendrive rosak...hahaha..ni pun gune alternative storage ni...

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, January 23, 2007

AKU DAH BOSAN

aku dah bosan
penat dgn kerenah pelanggan
kdg2 rasa mcm nak pengsan

aku dah bosan
dah tak larat nak melayan
baik ragam pelanggan
mahupun pengurusan

aku dah bosan
kerja bermati matian
backlog aku habiskan
CSAT aku kejarkan
namun taraf perjawatan
tetap kontrak tak ditetapkan

aku dah bosan
argghhh..aku nekad nak lepaskan
biar gaji tinggi ikut kelulusan
namun bidangnya tak sama dengan
di universiti dulu apa yg aku belajarkan

Monday, January 22, 2007

Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…


Nyayian : Adibah Noor

________________________

Alfatihah utk Allahyarham Hassan Shazali

Friday, January 19, 2007

AWAL MUHARAM

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1428H

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua.

____________________________________

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Tahun Merawat Malaysia

CINTA?

ekeke...jgn salah faham no..aku bukan tgh bercinta...cume reply puisi org je...tah..tibe2 je ade ilham nak berpuisi..so inilah hasilnya..

not nice...but still my own idea..

____________________________________

cinta itu indah sekiranya kita bahagia..
cinta itu racun sekiranya kita kecewa..
namun...itulah cinta....
penuh suka dan duka...
yg menjadikannya unik..

ingatlah teman..
cinta bukan hanya sekadar utk kekasih
cinta juga lahir
buat sahabat..buat keluarga..
buat harta...agama maruah dan bangsa..

walau tanpa cinta seorang kekasih..
kita masih ada cinta dr keluarga dan teman
jgnlah engkau pudarkan hidupmu
hanya kerana kehilangan cintamu

ingatlah teman...
cinta pada bunga..bunga akan layu
cinta pada manusia..manusia akan mati
cintalah pada ALLAH..kerana ia kekal abadi.

aku jua hidup tanpa cinta
dari dia yg bergelar kekasih
sudah 25 tahun ku hidup
masih belum ada cinta yg menjengah
namun ku tetap bahagia...
kerana...aku sentiasa mendapat
kecintaan dariNYA yang hakiki

Thursday, January 18, 2007

Tak faham papan tanda?

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Tuesday, January 09, 2007

YOO RIN & CHUN HYANG?????

Bila nyah call hari raya tu..bgtahu jumpe dvd cetak rompak my girl ngn sassy girl chun hyang….harga setiap satu citer cume RM15…due dah RM30..aku cukup sonok….aku suh beli due2….lepas tu mule tak sabar nak tunggu nyah balik dr johor….adei..



ini le rupenye..kualiti gambar ok le…banding ngn yg ori..tp belakang citer ia2 tulis ada malay subtitle le, english le, thai le…tp hampeh..cume ade English subtitle yg sekadar asal boleh paham je..huhuhu…

tp dgn harga RM15 ..bolehlah….cume..aku rase kurang puas hati….insyallah…tunggu ade duit sket..dlm sebulan dua lagi..aku tetap akan beli CD yg ori..bukan pe..puas hati utk dijadikan collection..aku kdg2 tak kisah pasal duit..asal cukup utk membayarnya dan janji puas hati…lgpun tunggu sebulan due lagi insyallah harga die murah sket..skang ni beli mmg tgh mahal…yg ini lak..leh jual2 kat sapa2 yg nak…



ini lak sassy girl chun hyang…huhuhu..paling tak puas hati..walau RM15 rase membazir…konon ade malay n English sub..tp ampeh..subtitle bhs cine je…huhuhu..kualiti gamba sama cam MY GIRL..tp takde sub..camne aku nak paham..dah le cd satu je asik ulang mende yg sama..alahai….mmg tak puas hati..

mungkin jugak sbb tak reti godek....

dgn rase tak puas hati ni..yg ni mmg ada harapan dlm sebulan dua lg aku akan beli yg ori….kalo org kata rugi pun..aku kata asal aku puas hati..asal dlm lingkungan 1 rat…aku rase ok je..

Thursday, January 04, 2007

HARI RAYA KORBAN @ AIDIL ADHA

Pada 31 Disember 2006 bersamaan 10 Zulhijjah 1427 H merupakan hari kebesaran bg seluruh umat Islam. Pada hari ini lah kita semua menyambut Aidil Adha, bg memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ismail a.s dan juga ayahanda Rasulullah S.A.W.

Kalau nak cerita pasal sejarah ni..pjg…so straight to the point..pd ari ni famili aku juga tak ketinggalan menyempurnakan ibadah korban. Hehe..tp Yong ngn Chor le yg membeli lembu tu..khas utk korban ngn akikah Haikal & Amri.


Jom tgk rupe lembu yg nak disembelih tu…gambar sehari sebelum korban..





jom tgk proses semasa sembelih pulak



masa korban…lembu tlh sedia ditumbangkan utk disembelih


abah sembelih lembu..rupe abah terlindung…takbir berkumandang


berikut ialah upacara melapah daging lembu







kepala lembu?……ngeri le pulak


Ini le bahagian2 lembu utk kami..setelah dibidak bidak…..dan…ini tugas utk aku ngn yong pula menyiang daging lembu buang lemak2…huhuhu..penat…seharian suntuk..sedar2 dah kul 6ptg….lebih 6 otg..baru selesai keja2 menyiang

sesetengah dr daging2 ni..dah selamat dijadikan santapan…ade yg dibakar..ade yg dibuat rending..dan ade yg dijadikan sup…ermm sedapppppppppppp...semua dah selamat dlm perut


jantung lembu


hati lembu






inilah kisah raya korban dlm hidupku....

Wednesday, January 03, 2007

HAPPY NEW YEAR 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2007...



thn 2007 menjelang tiba..dha bertambah usia aku setahun...selamat tinggla 2006 bersama kenangan2 yg indah..

tp heran a...bile new year je mesti org celebrate...kenapa awal muharam muslimin muslimat semua tak sambut sangat?..padehal kalendar islam universal..lebih baik dr kalendar masihi...

erm..inilah manusia...selalu lupe pada akarnya..

yes..ini posting pertama aku utk thn nie...

byk video aku nak post kat sini..tp takleh bukak lak photobukit..adei..menci..

takpe...bile dah ok..aku upload ke sini..byk video best2 nie...

esok..insyallah..aku tempek gambo2 masa raya korban ari tu...

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons