Wednesday, December 09, 2009

Kau Pergi Jua….



Harap maklum, tajuk entry adalah tiada kena mengena dengan kandungan entry. Tajuk diletak berdasarkan tajuk lagu yg didengar oleh penulis semasa menulis entry ini.. kui kui kui..


Sedar tak sedar dah tiga tahun usia blog aku semenjak 2006 yang lepas. Sepertimana dua tahun yang sebelum ini, tahun ini sekali lagi aku terlupakan hari ulangtahun kewujudan blog ini iaitu pada 12 Oktober 2009 yang lepas dan hanya menyedari selepas dua bulan.. uhuk uhuk uhuk.. (adakah ini tanda ingatan yang lemah?). Mujurlah blog ni tak pandai merajuk.. fuh. Jadi kali ni, untuk memastikan yang aku tidak akan lupa lagi pada tarikh kewujudan blog ini, aku dah pun set reminder pada handphone aku. Hopefully tahun depan aku akan wish ‘Happy Birthday’ (erk.. dilahirkan ke blog ni.. ah.. tibai aje) on the date itself.. (aiseh.. dah bercampur ayat aku, kalau pencinta bahasa melayu baca ini pasti blog aku sudah dicop dengan ROJAK..)

Dalam tahun ni, aku perasan aku banyak mengabaikan blog aku. Kurang entry-entry baru adalah buktinya. Dan macam yang pernah aku katakan dalam entry aku yg sebelum ni, ‘Blog Aku Bersawang’ puncanya ialah terlalu banyak berkebun (uhuk..uhuk) dan memasak (kui.. kui..kui..). Tapi itu bukanlah bermakna blog ini aku lupakan. First thing yg akan aku buat bila connect ke internet pastilah membuka blog ni terlebih dahulu.

Tiada apa yang istimewa pasal blog aku, except dari bebelan dan meroyan aku yg tiada hujungnya. Malah aku pernah ditegur di shoutbox blog aku utk lebih mengilmiahkan blog aku dari asik bercerita pasal personal life aku.. erk?? Well, aku tidak mengharap untuk capai apa-apa pun sewaktu buat blog ini. Blog ni just blog personal aku, coretan dalamnya just peristiwa2 yg berlaku disekitar aku.. kenapa aku rakamkan disini ialah supaya segar diingatan aku.. dan aku bukanlah bodoh sangat utk meletakkan something yg terlalu personal disini. So, teguran itu aku abaikan.

Tak seperti blogger lain yang beria-ia mahukan rating blog yg tinggi, mahupun artikel2 yg berkualiti utk dipaparkan, mahupun blog jadi famous, aku pula sebaliknya. Ada ke, tak ada ke orang yg membaca blog aku, aku akan tetap menulis disini. ‘Aku menulis… bukan kerna nama…’ (ecewah..). Yelah, what is the point of writing when no one read it… tapi itulah aku. Lagipun siapalah nak baca kisah2 membosankan aku ni. Membaca bebelan2 dan meroyan aku ni.. aku just berblogging untuk kesukaan aku sendiri.

Actually blog ni dah jadi penghubung aku dengan adik beradik aku yg jauh dan kawan-kawan untuk terus mengetahui pasal perkembangan aku. So, sapa kata blog ni tak de guna.. ekekeke.
Harapan aku cuma satu, blog ni akan terus berupdate sampai akhir hayat aku. Seronok kadangkala membaca balik catatan2 aku di sini. Aku adalah peminat nombor satu blog aku. Tidak ingin blog ini jadi seperti tajuk entry, janganlah dikau pergi…

Monday, November 30, 2009

Projek Amal Jomlayan - Mari Menderma Beg Sekolah

INI ADALAH TOPIK MELEKAT :P
** Topik terbaru akan berada di bawah topik ini **





Assalamualaikum...

Apabila matinya seseorang anak Adam, maka terputuslah semua hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, iaitu :

1. Amal ibadatnya
2. Sedekah jariahnya
3. Doa anak-anak yang soleh/solehah.


Melihat kepada anak-anak yatim, terasa sayu di hati. Apatah lagi jika mereka ini dari golongan yang susah. Kecil-kecil lagi sudah terpaksa hidup berdikari. Mengharap belas ihsan daripada yang sudi. Seperti anak-anak lain, mereka juga ingin kehidupan yang normal, ingin bermain dengan gembira, ingin menyayangi dan disayangi dan mereka juga bercita-cita tinggi ingi ke sekolah untuk menimba ilmu.

Sehubungan itu, kami di forum Jomlayan.com telah melancarkan tabung kutipan derma bagi menyumbangkan beg sekolah kepada anak-anak yatim dan miskin dari rumah tunas harapan daerah Kuala Selangor. Harapan kami ialah supaya anak-anak ini dapat menyambut tahun baru persekolahan bagi sesi 2010 dengan beg baru sumbangan kita semua. Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban mereka dalam menyediakan peralatan sekolah dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Tabung kutipan ini dilancarkan bermula dari 1 November 2009 sehingga 30 November 2009. Anggaran kos bagi sebuah beg ialah RM30, anda bebas untuk menderma sebarang jumlah mengikut kemampuan anda.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada :

Nama : Nazaruddin Sharif
Akaun No. : 162115923164 - Maybank

Sila emailkan notifikasi sumbangan anda ke alamat email dibawah untuk membantu kami menyimpan rekod derma anda.

jomlayanderma@gmail.com


Terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas anda.

:sorry:


Untuk maklumatg lanjut mengenai program derma ini, sila layari Jomlayan.com.

Friday, November 27, 2009

Happy Besday MUNSHI!!


ni anak atih yg paling besar ni.. ekeke.. :p

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yg soleh yg taat dan patuh kepada orang tua, anak yg berbakti kepada keluarga, agama bangsa dan negara. Semoga menjadi orang alim macam moyang, macam atuk, macam tokwan. Semoga menjadi cendekiawan. Semoga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkati Allah selalu. Muahss.


:puteh_2:

Thursday, November 19, 2009

Happy Besday UMI!!


Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 57 umi.

Semoga Umi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk beramal ibadat. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan melimpahkan berkat pada Umi. Semoga Umi sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan dan malapetaka. Semoga dimurahkan rezeki buat Umi. Semoga Umi sentiasa bahagia disamping kami semua.

You are the best mum.. love u always.


:okay:

Monday, November 16, 2009

Happy Besday LAILA!!



pejam celik.. pejam celik dah setahun dah anak atih ni.. :)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang solehah yang taat dan berbakti kepada orang tua, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga menjadi cendekiawan. Semoga sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu. Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Muahss..


:puteh_12:

Friday, November 13, 2009

Sebatang LOBAK, Sebiji TELUR dan Secawan KOPI

Aku dapat kisah ini dari email, ingin aku kongsikan bersama disini. Kerana aku rasakan kisah ini menarik dan ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.





Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

:hilo:

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan dia memasukkan serbuk kopi di periuk yang terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh ayahnya.

:puteh_10:

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan memasukkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Si anak merasa lobak tersebut dan mendapati ianya sangat enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Kemudian, ayahnya memintanya untuk minum kopi. Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aromanya yang menyegarkan.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

:argh:

Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah mengalami proses yang sama, iaitu direbus, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah, cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi telah mengubah tekstur dan rasa air tersebut.

"Kamu pula dari golongan yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kamu menghadapi kesukaran dan kesulitan, bagaimanakah kamu menghadapinya? Apakah kamu akan menjadi seperti lobak, telur atau kopi?"


Bagaimana dengan anda?

Adakah anda seperti sebatang lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, adakah anda seperti sebiji telur, yang berhati lembut, dengan jiwa yang dinamis, namun setelah menempuhi segala jenis kesukaran berubah menjadi seorang yang keras hatinya dan kaku walaupun luarannya tiada perbezaan.

Atau, adakah anda seperti serbuk kopi? Yang mampu merubah air panas menjadi sesuatu yang enak dan menyegarkan apabila diminum. Walau mengharungi pelbagai kesukaran, anda dapat mengubah situasi itu menjadikan ia kepada sesuatu yang bagus.



:puteh_21::puteh_22:

Tuesday, November 03, 2009

Selamat Hari Lahir YONG!!



Happy Birthday My Dearest Sis.

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati serta dirahmati Allah selalu. Semoga dilindungi Allah dari segala kejahatan dan malapetaka. Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang... amin..


:puppyeyes:

Monday, November 02, 2009

HAPPY 28th BIRTHDAY TO ME!!

Dia memang nakal, kadang-kadang dia degil sangat, tak mahu dengar kata, melawan cakap, tapi ada masanya dia sangat-sangat baik. Itulah sedara lelaki sulung aku, Muhammad Azamuddin. Dan hari ni, dia buat aku tersenyum lebar, bila aku buka laptop aku, atas keyboard, ada sekeping kad ucapan selamat hari jadi buatan tangan. Kad tu mungkin tak secantik kad buatan kilang, kad tu mungkin tak colourful, walau ada kesalahan ejaan tapi kad tu amat istimewa buat aku. Terima kasih sayang.. Atih pun sayang sangat dekat Azam.



:puteh_2:

Terima kasih buat Nyah yang belikan kek birthday, tapi sayangnya Saiful dah bocorkan rahsia.. ahak ahak.

Saiful : Atih jangan bukak peti ais, atih tak boleh tgk kek atih, nanti baru atih boleh tgk..

Hahahahaha… poloskan fikiran kanak-kanak. So, bila Nyah padamkan lampu, aku dah expect apa yg akan datang.. hahaha.

:devilishgrin:



Dah 28 tahun dah rupanya aku. Alahai, dah tua. Hik hik hik. Means Cuma tinggal 2 tahun je lagi utk aku enjoy hidup 20an. Lepas tu aku dah cecah 30an.

Terima kasih untuk Umi, Abah, Zainal, Yong, Aliah n Winz yang wish birthday even dari kejauhan. Terima kasih juga buat semua sahabat yang tak lupa untuk mengucapkan selamat dan mendoakan aku di hari ni.

Friday, October 23, 2009

Sambutan CCK..


Ini cerita kita...
Cerita tentang kau dan aku..
Cerita tentang hati dan perasaan..
Inilah 'Cerita Cinta Kita'..


:puteh_23:

Masa mula-mula aku tulis ni, aku tak rasa pun yang cerita ni akan dpt sambutan. Setiap posting yang tersiar tak pernah ada komen. Tapi aku teruskan juga menulis. Memang cerita asal dari cerita bersambung di Forum Jomlayan, aku olah semula cerita ni sebab aku suka dengan idea cerita. Aku rasa macam dah banyak juga yang aku olah untuk menyedapkan cerita (sedap pada aku la) berbanding cerita asal yang lintang pukang. Nak buat macam mana, bila dah banyak kepala, orang ni tulis macam ni, orang ni pulak tulis macam ni, memang le pening jadinya.. haha. So, basically, idea cerita yang aku ambil, tapi jalan cerita dah digarap sesuka hati aku. Aku pun tak tahu le nak sebut siapa yang punya original cerita.. haha.

Memang ingatkan takde sambutan dah cerita ni, tapi statistik tunjuk yang blog tu dah ada seramai 952 orang pengunjung sejak diterbitkan. Juga ada komen-komen yang bertanya sambungan cerita ni, bila aku nak siarkan, cepat siarkan sambungan. Alhamdulillah, walau sikit ada jugak sambutan. Cuma aku pulak sekarang yang kekacauan idea sedikit, hahaha. Nak menyusun idea aku ke bentuk bahasa tu yang kacau. Walau macam mana pun, aku akan teruskan jugak cerita ni sampai habis. Pesan Umi, jangan buat kerja sekerat jalan. Ada peminat ke, tak ada ke, ada sambutan ke tak, aku akan tetap habiskan cerita ni dalam versi aku sendiri, dan untuk tidak menghampakan orang2 yang membaca cerita ni. Aja aja fighting.

Yang selalu aku dpt komen dari kawan2 aku, "sukalah dgn watak papa Zaim tu, siot je menggatal".. hahaha. Tunggu, akan ada lagi adegan gatal oleh papa si Zaim.

Ok.. adios dulu, mintak2 ari Sabtu ni idea aku mencurah-curah untuk sambung bab 4, 'Cerita Cinta Kita'. Bagi yang belum baca, teringin nak baca boleh layari 'Coretan Ilham'. Sila baca dari cover novel. Selepas baca, jgn lupa tinggalkan komen ye, supaya aku boleh improve apa yang patut.

:okay:

Buat pembaca-pembaca 'Cerita Cinta Kita', terima kasih atas sokongan anda semua.



:sorry:

Sunday, October 18, 2009

Sushi??

gambar ihsan internet


Lately ni aku ada kegemaran baru. Makan SUSHI!!!. Padahal dulu aku cukup tak berkenan nak makan sushi walau kawan-kaan selalu ajak. Satu je dlm mindset aku, sushi itu mentah. Yela, Jepun kan suka yang mentah, fresh kata diorang. Kalau rancangan masakan jepun pun selalu tunjuk mentah punya bahan. Pengalaman abah sendiri makan sushi telur ikan, mentah juga, jawabnya luah balik. Hehehe.

Tapi satu hari tu, lalu kat Tesco yang bahagian makanan tu, nampak ada sushi. Aku pegi le usha. Rupa-rupanya sushi bukan setakat ada yang mentah je, tapi ada gak yg dah dimasak, macam unagi sushi, tuna mayo sushi, california roll, inari sushi. Atas rasa ingin tahu apa yang sedapnya sushi ni, aku ambil kanikama sushi (ketam.. eh, betul ke?).

Sekali rasa, eh, sedap gak. Lepas tu beli lagi. Sampai skang, setiap kali gi Tesco, mesti aku beli sushi. Hehe. Tapi aku tak makan le yang mentah-mentah tu. Setiap kali beli aku cuma amik california roll (telur,ketam,timun, telur ikan kecik yg mampu aku telan & mayonaise), tamago(telur), unagi(belut), inari(tofu), kanikama(ketam), salmon mayo, futomaki(lbh krg mcm california roll tp takde mayonaise) - cam yeye je betul aku sebut sume nama ni.. hahaha.. entah2 salah eja. Bukan aku sorang aje pulak tu, anak sedara aku yg berdua tu, azam ngn saiful pun pasti mintak sushi setiap kali gi Tesco.

Carrefour punya sushi pun boleh tahan sedapnya. Aku suka Unagi Sushi dia. Tapi setakat ni, sekadar sushi Tesco tu je la aku makan, simple sushi. Tak pernah lagi ke restoran sushi, takut tak tertelan. Sebab sure yg ori jepun nya resipi diorang pakai. Macam yang Tesco ngn Carrefour ni aku risik2 kat tenet, sekadar simple sushi je diorang buat.

Aku siap google resipi buat sushi lagi tu. Yang simple sushi.. hahaha. Yela, mana tahu nanti-nanti kot berkesempatan nak buat. Tengok macam senang je. Hehe.

Harap2 kalau aku dapat kerja kat Penang balik nanti, Carrefour kat Seberang Jaya tu ada la sushi. Lepas tu aku kena belajar jalan gi Tesco yang dekat situ.. haha sebab aku tak tahu jalan. Ni semata-mata sebab nak makan sushi.. ngeh ngeh ngeh. Kalau tak, hai.. kempunanlah aku. Huhu.

Aiseh, entry kali ni citer pasal sushi lak. Bosan je orang baca.. hahaha. Tapi suka ati aku le kan nak citer apa pun. :p. So, ada sapa2 nak belanja aku makan SUSHI?? kekeke.


:puteh_23:



gambar ihsan internet



MARI MENGENALI SUSHI..


Kanikama Sushi - Ketam


Inari Sushi - Tofu



California Roll



Salmon Mayo Sushi


Tamago a.ka. Omelet Sushi - Telur


Unagi Sushi - Belut


*** Gambar semuanya ihsan internet ***


:puteh_13:

Monday, October 12, 2009

Senandung Malam

First time aku dengar lagu ni aku dah suka. Irama dia yang mendayu-dayu rasa syahdu je. Rasa terbua-buai je dengar lagu ni. Buat masa ni aku boleh dengar lagu ni ulang-ulang kali tanpa jemu. So, jom enjoy dengar lagu ni.



Senandung Malam

Ohh Duhai Malam
Dengarkanlah rintihanku
Oh Dingin malam sayu sayu kedengaran
Sayu....

aku.........
mendendangkan lagu untukmu
Oh Senandung malam hari
aku terfikirkan lagi
harum....
Senandung malam aku
terkenangkan kamu di sisi

oh angin malam
bawakan pulang
khabar berita yang tenang
oh angin malam
bawakan pulang
rinduku padamu sayang

Dah la tu kan dah ku kata dah ku kirim berita
ku kan bagus ku rindumu keroncong perut yang kosong
isi sebelum bertembung berhubung sebelum melopong
ikut ronggeng cun cak bernada lenggang lengguk oh sayang adinda

Senada irama seluruh lautan segenap pelusuk
menusuk hingga ke hatinya pasti serasi
senandung lenggoknya keroncong
sampaikan salamku ya angin malam di hari yang dingin
hasrat di hati yang ingin terbang tinggi tangan berpimpin

Bayang malam tanpamu
senandung angin berlagu
begitulah jua aku
yang lemas kelam tanpamu
dan nafasmu bagai azimat tun nakhoda
ketika badai gelora
rempuh ribut kan ku kayuh berkat namamu berlabuh

oh a a adinda bawa wa wa lah sabar
pejam jam jam celik tiba rindu
ja ja jangan tiba rindu
ra ra rasa ini tidak dak dak berganti
kekanda kan menanti

dirasuk bayang puaka yang kau sayang
terang bulan..
dah muncul rindu bayang yang dicari
yang dipuja selalu bermain di khayalanmu
kan ku jelma setiap waktu

oh angin malam
bawakan pulang
khabar berita yang tenang
oh angin malam
bawakan pulang
rinduku padamu sayang
oh angin malammmm

Wednesday, October 07, 2009

Menimba Ikan Keli di Aidilfitri..

Pada hari raya ke-4 yang lalu, hari Rabu bersamaan, 25 september 2009, famili aku buat aktiviti menimba ikan keli di kolam jagaan adik aku. Ni kira hajat adik aku le, nak wat ikan bakar makan ramai2 satu famili sekali dgn adik beradik abah aku. Jadi, pagi2 rabu tu Pak Ak (salah seorang jiran kat kampung) datang bawak pam air dia untuk pam air keluar dari kolam ikan dan disalurkan ke parit berdekatan. Bila air dah habis dipam barulah aktiviti menimba ikan dapat dilakukan. Geram je aku tengok diorang menimba, rasa mcm nak terjun join skali, tp apakan daya aku terpaksa masak rendang dinding bila chef utama, Yong, mengalami masalah kesihatan.. ekekeke.

Yeah... kolam sudah kering.. apalagi.. jom gagau ikan keli.. pengalaman first abg tapa, chor n zainal menimba ikan.

Pak Ak yang dah professional menangkap ikan keli, tak macam abang tapa, chor ngn zainal yg terkial-kial.. ngeh ngeh ngeh.

Zainal meminjamkan betisnya (model betis) untuk membandingkan saiz ikan keli. Ni baru besar betis.. yang besar peha pun ada.


inilah sebahagian hasil tangkapan.. besar-besar tu.. berat sekor2 ialah antara 1kg hingga 2kg.. jumlah semuanya ialah 27 ekor..

ikan keli yg dah dimandikan.. baru nampak handsome sikit..

ikan keli sedia utk disiang.. berat sekor2 cecah 2kg.. punya besar sampai 2 ekor je dah penuh satu raga... beso-beso ikannya.. macam tuan yg belanya jugak.. kui kui kui..

ikan puyu pun ada jugak.. :p.. ni separuh dari hasil tangkapan ni.. separuh lg dah siang..

tuan ikan keli bergambar bersama keli-keli yg bakal dipanggang..

umi pun nak jugak bergambar.. kekeke.. bukan senang nak bergambar dgn ikan keli besar2 mcm ni.. hehehehe..


Nak bersiang semua ikan2 ni amik masa dari lepas Zohor, selepas selesai menimba le, membawak sehingga ke malam dlm 9 ke 10 lebih.. bernyamuk le aku di luar dgn Umi dan Wulan mengerjakan ikan. Esoknya barulah ikan2 keli ni selamat dipanggang. Walaupun cuma kami satu famili (adik-beradik aku je plus umi n abah) yg makan besar aritu, tapi alhamdulillah.. seronok bila berkumpul ramai2 ni.. hehehe.. Zainal siap sedekah ikan kat jiran2 lagi. Tapi aku pulak yang demam ari ni. Muntahlah apalah, langsung tak lalu nak makan. Huhuhu. Aku jamah sikit je, pastu langsung tak lalu nak makan dah. Isk, rugi rugi. Zainallllll.. lenkali kita panggang lagi ek.


:puteh_23:

Happy Besday Abang Tapa!!!!


Selamat menyambut ulangtahun ke 33. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurnia-NYA. Semoga tercapai apa-apa yang dihajatkan. Aminnn..



:puteh_2:

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons