Friday, November 13, 2009

Sebatang LOBAK, Sebiji TELUR dan Secawan KOPI

Aku dapat kisah ini dari email, ingin aku kongsikan bersama disini. Kerana aku rasakan kisah ini menarik dan ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.





Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

:hilo:

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan dia memasukkan serbuk kopi di periuk yang terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh ayahnya.

:puteh_10:

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan memasukkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Si anak merasa lobak tersebut dan mendapati ianya sangat enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Kemudian, ayahnya memintanya untuk minum kopi. Dia tersenyum ketika menghirup kopi dengan aromanya yang menyegarkan.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

:argh:

Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah mengalami proses yang sama, iaitu direbus, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah, cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi telah mengubah tekstur dan rasa air tersebut.

"Kamu pula dari golongan yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kamu menghadapi kesukaran dan kesulitan, bagaimanakah kamu menghadapinya? Apakah kamu akan menjadi seperti lobak, telur atau kopi?"


Bagaimana dengan anda?

Adakah anda seperti sebatang lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, adakah anda seperti sebiji telur, yang berhati lembut, dengan jiwa yang dinamis, namun setelah menempuhi segala jenis kesukaran berubah menjadi seorang yang keras hatinya dan kaku walaupun luarannya tiada perbezaan.

Atau, adakah anda seperti serbuk kopi? Yang mampu merubah air panas menjadi sesuatu yang enak dan menyegarkan apabila diminum. Walau mengharungi pelbagai kesukaran, anda dapat mengubah situasi itu menjadikan ia kepada sesuatu yang bagus.



:puteh_21::puteh_22:

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons