Hari ni Malaysia cuti sebab ganti besday Agung yg diselebret pada 7/6 yg lepas. Australia pulak cuti selebret Queen besday..
So aku cuti le ni? Tak... aku kerja..huhuhu.
aku : "is it D for delta miss?"
miss d : no.. D for dog."
aku : (ohh.. baru ku tahu.. d for delta ngn d for dog tak sama... huhuhuhu...)
Macam ni la setiap hari aku melayan kerenah customer. Ni baru org kata, sikit je. Ya, aku sedar aku dibayar utk buat kerja ni, tp aku juga manusia biasa. Huhuhu... tu yg termerungut jugak tu.
Well, semalam aku keja, ari ni pun aku keja. Semalam dr 7.30pg ke 3.30ptg. Ari ni lak 4 jam je, 6pg - 10pg. Semalam dan ari ni ada citer yg aku takkan lupa, paling kurang selama sebulan.
CERITA SEMALAM...
Semalam aku bangun pukul 4.30pg, siap2 pegi keja. Aku sampai opis kul 6.30pg, aiseh.. lambat setengah jam dah ni. Aku pun kelam kabut login. Skali aku pandang keliling, tgk2 aku sorang je kat situ. Aku tgk balik kalendar. Baru sedar, ari ni Ahad, aku masuk keje kul 7.30pg. Ari Isnin yg sepatutnya kul 6pg...huhuhu. Means aku dah sampai 1 jam awal. Aiseh. Apa kena la ngn aku ni.
Aku logout balik. Aku pun turun bawah, pegi surau. Tido sampai kul 7.20pg, baru aku naik atas balik...huhuhu. Sesia je bangun awal.
CERITA ARI NI...
Walaupun ari ni AU public holiday, tp para Aussie ni tak pergi bercuti, instead diorang keep calling in to our call centre. Oh gosh. Semua gara2 hari ni last day offer 25% discount utk purchase company punya product...huhu. Apalagi, call pun spike la. Email pun melambak gila.
Ari ni pulak, mulanya aku ingat kerja cam biasa, 7 to 5. Tp maybe sbb team manager budget ari ni PH so tak byk call, diorang pecahkan jadi 3 shift. Setiap shift 4 jam, dan 4-5 org utk setiap shift. Tak tahu la nak cut cost OT ke apa ke. Tp ini le balanya, customer keep calling in, org tak cukup nak handle. Sudahnya call spike, and drop.
Pagi tu jugak, bos (team manager) aku, mintak aku sambung OT sampai kul 3 ptg. Ush, mana boleh. Aku dah plan utk ari ni. Aku nak gi dentist, gusi ni dok ngilu. Badan pun tak brapa sihat. Semalam tak lena lagi, ngn bising kat ekspo belakang tu, anjing lak menyalak sepanjang malam. Huhu.. so aku betul ingat kul 10 nanti lepas gi dentist nak balik tido je. Ye la, amik peluang masa cuti ni la, nak wat pape yg patut.
Kul 10 lebih sket, aku cabut. On the way balik, aku nak SMS fina,
"MAK TIRI suh ot sampai kul 3. tak pasai a."
yg mana sms tu tak abis ayat pun sebenarnya.. aku nak tambah lagi..
"aku nak demam rasa ni. nak gi dentist pun ye... kalau bgtahu awal2 lain citer la.. ko kena extra OT ke??"..
tp malang mmg tiada berbau hatta bau taik kambing skali pun, aku tertekan button send, dan bila dah send baru aku pasan yg sms tu sebenarnya aku tujukan pada bos aku tu... dan aku menggelar dia MAK TIRI!!!!!!..
Aaaa....aaa...aaa... mampus aku... mampus.. mati la... mati la. Camne leh silap send... huhu.. makin teruk penyakit aku ni. Parah.. parah. Stupid.. stupid.. idiot begedek. Lately aku ni dah le pelupa tahap gaban, suka tul wat mende2 cuai, careless mcm ni. Huhuhuhuhu. Abis la... mati la aku esok... sure kena goreng punya.
Aku bukan la nak mengata dia, yg panggil dia mak tiri. Tp sejak aku masuk team tu dia sendiri yg bgtahu budak2 panggil dia mak tiri...huhuhu. Ah lantakla.. malas nak pikir.. abih tinggi tak sambung kontrak je....huhuhu. Tp aku tak rasa dia sezalim itu..huhuhu.
Aku ngadu kat Nyah. Nyah kata lantakla, toksah pikir sangat. Lgpun aku dah de send satu lg sms say sori..huhuhu. Pastu ngadu sama aku demam. Sampai umah mmg bdn aku panas je. Tp kaki sejuk.
Nyah balas :
"Cian adeq pompuan 'kecik' nyah ni demam. Dah amik ubat ke? Ada sesetengah org tu dia makin kerap demam bila badan makin besar"
Huhuhu, dalam kesian tu sempat gak kenakan saiz badan aku yg besar ni...huwaaaaaaaa.
Tp at least, petang td ada gak sedikit sinar utk ari ni. Aku dpt call dr CompuMed, panggil interview utk Customer Service Executive ari jumaat ni. Well.. inila kehidupan, takkan mendung selamanya. Tp aku nak gi survey dulu tgk kompeni tu sbelum interview. Takut kena tipu. Erm... nak kena cari org lak tukar shift Jumaat ni.
UPDATED :
Dan tadi bila dgr sore saiful anuar... hehe.. wat aku rasa happy sket... dgn coolfever bertempek di kepala....huhuh
Saiful : nak cakap ngn Atih..
Nyah : ni anak atih nak cakap ni..
Saiful : ello atih... atih dah makan??..
Atih : dah.. saiful dah makan??
Saiful : dah
Atih : rindu atih ke??
Saiful : haah....
hehehe...
0 komen:
Post a Comment