Sunday, June 01, 2008

Sabtu & Ahad


Reward for myself..

semalam gaji masuk. tingin lak nak makan kek. dah sebulan penat kerja ape salahnya reward diri sendiri dgn cake. pi secret recipe.. beli choc mud cake dgn newyork cheese cake. makan sikit, sesuap dua, simpan msk peti ais. pg td pun, mkn sesuap dua je. kalo ada azam ngn saiful bleh tlg habiskan.. argh.. td aliah, haikal dan amri dtg lupa pulak nak bg. takpelah.. esok boleh makan lagi.


Narnia : Prince Caspian..

best jugak Narnia 2 ni ek... menarik.. yg first mcm childish sket.. yg second ni lebih menarik lagi.. interesting. Tunggu DVD clear, sambar yg clear pulak.. kekeke..

Pergi Kenduri..

td pegi kenduri dgn Umi & Abah. Dtg seorang makcik, Umi ckp ni Tok Lang, mak makcik Pah. Kemudian Umi bgtahu aku ni anak dia pada Tok Lang... Tok Lang tanya..

"Brape orang dah anak?"

aaaaaaaa???? #%#%*W%(%&$W%*&*... tensen...

kalo tanya dah kawen ke belum tu boleh thn lagi... nasib baik la org tua. aku tahu la aku gemuk...huhuhuhu

Nak...

Di tempat kenduri, kepala Amri terhantuk dekat kerusi. Menangislah ape lagi. Bila Umi dia pujuk.. katanya "Atih buat".... ah sudah. Atih jugak yg kena.. Dipujuk2 suruh diam tak mahu.

Atih : amik gambar nak?
Amri : huhuhuhu.. tak mahu
Atih : duit nak?
Amri : NAKKKKK.. terus sengih....

alahai... terpaksa la Atih kuarkan 3 ringgit.. hahahaha.. bg Amri, Haikal dgn Aliah pun mahu juga.

Segan...

Gadis itu duduk hendak makan. Tiba2 dtg seorang pakcik yg rasanya lebih tua dr ayah dia menghulurkan air basuh tgn. Bukan hulur utk di ambil oleh gadis itu, sebaliknya menghulur dan menuangkan air basuh tgn utk gadis itu. Segan jadinya gadis itu, kerana dia lebih muda. Sangkanya, mungkin itu cara pakcik itu melayan tetamu, seketika kemudian dia tersedar, oh.. ayahnya.. ya.. dia ke kenduri dgn ayahnya. Kerana hormatkan ayahnya lah pakcik itu melayan dia dan ahli keluarganya yg lain begitu. Kalau dia pergi bersendirian pasti tdk akn diterima layanan sebegitu.

Huh... habislah gadis tu.. tak boleh nak loqlaq2 di Penang.. dulu di Johor pun begitu juga.. hahaha.. ramai sgt org yg kenal ayahnya. Tp syukur Alhamdulillah.. sekurang2nya gadis itu terpelihara dr aktiviti tidak sihat....hahahah.

Petani berjaya...

Aku sekarang tlh menjadi seorang petani berjaya. Pulang kerja saja pasti ku menjenguk kebunku. Pagi tadi pun sepagi aku di kebunku. Di kebunku ada pokok jagung, tomato, ubi kentang dan juga tembikai. Baru sebentar td aku mengutip tomato dan dijual. Ayam2 ku pula bertelur setiap pagi. 5 ekor kesemuanya.

Tetapi ulat menjadi musuh utamaku. Kalau tidak dibuang pokok akan layu dibuatnya. Mujurlah ada penyembur anti ulat. Dapatlah tanaman2 ku diselamatkan. Hasil dr bercucuk tanam dan jualan telur ayam, aku kini sudah mempunyai $127 640. Tak percaya? Nah lihat sendiri kebunku...


Hai.. kan bagus kalau betul ada kebun yg sesubur ini. Dan alangkah bagusnya kalau duit tu duit betul... hahahaha... Rasullullah S.A.W bersabda, tak baik berkalau sedemikian.. hehehehe....

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons