Sunday, June 29, 2008

Terkelendat...

Aduila, kaki aku sakit.. huhuhu.. Belek2 tgn.. patut a pedih, luka rupanye..huhuhu. Ni apa citer sampai jadi mcm ni ha? Ni sume gara2 kucing sapa tu tah. Masuk mengacau dlm rumah aku... dan membuat onar di dalam umah aku. Tak suka tau, si Ciki ngn si Stripe dulu bela baik je.. huhuhu..

Citernya mcm ni... aku duk susun baju kat atas. Sambil dok baca One Piece online (tak abis2 ngn one piece.. kekekeke).. Pastu tiba2 je aku dgr bunyi branggggg kat bawah. Bunyi lesung batu jatuh atas lantai dan bergolek-golek. Ah sudah, ni mesti kerja si belang ni la...huhu.. takde lain dah. Aku tindan tudung saji tu ngn batu lesung pun dia leh jatuhkan batu lesung tu pulak. Aku bkn de lemari lauk nak simpan lauk. Nak buh peti ais kang aku nak mkn mlm sejuk gedi lak...huhu. Aku simpan dlm oven pun pandailak dia bukak tutup oven tu..huhuhu. Ape lagi, kelam kabut le aku turun bawah. Dlm otak dah dok bayang, abih le pinggan aku pecah, abih la jubin retak lesung batu jatuh.. huhuhu. Membara je rasa.

Dari atas tangga aku dah nampak si belang tu berlari mencari jalan keluar. Aku pun ape lagi, aku terjun terus je ke bawah tu, aku terus kejar dia. Aku ligan, aku hambat, aku kejor (kejor yob kejor.. kejor kejor lagi.. eh.. ni lagu bola... huhuhu), dr bawah naik ke atas, dari atas turun balik ke bawah, aku kejor dia.... tak peduli dah. Sambil tu, kaki aku hayun ke dia, kedebak kena tangga, aduila.. tak duli, sambung kejar. Sampai le dia lari ke tingkap nak kuar dr umah tu. Aku hayun penumbuk kat dia, tp kena jeriji tingkap lak, adui. Aku tangkap kaki dia, dia gigit tgn aku, aku tampaq pala dia.. aku pukul montot dia. Dia terjun dr tingkap lari balik naik atas. Aku kejar balik naik atas, jgn main2 bila aku dah naik syeh.. walau aku pakai kain batik je.. ligan tetap ligan (mujur tak melondeh.. ekekeke).

Sampai atas, dia terjun lak kebawah dr palang tangga, aku sinsing kain batik aku, laju je aku berlari ke bawah sambil tgn tu capai kain lap kaki libas kat dia. huhu.. Penat kome baca? Teman yg mengejornye ni lagila penat. Sampai la dia lari balik ke tingkap, aku tangkap sebelah tgn dia, tergantung dia kat grill tingkap tu, aku penat dah. Berombak dada aku bernapas, berenti dulu aku pun sambil tgn tak lepas pegang dia. Tarik napas dulu. Ropenye dia pun penat sama, berdengus2 je ngn dada tu berombak tingi rendah, tinggi rendah. Sama2 la kami berenti tarik napas. Dia pandang aku, aku pandang dia.. mulut dok tercungap amik napas hap hap.. huh. Rasa mcm lawak le pulak. Mcm citer katun tang part bila yg kena kejor ngn yg mengejor berenti rehat sama2 sbb penat pastu sambung kejor mengejor balik.

Rasa nak balun je dia mula, tp pastu tak sampai ati lak. Aku tepuk pale dia je, padan muka, suka betul curi lauk aku. Lepas tu aku lepas je la dia. Aku pegi dapur, mujur le pinggan tak jatuh berderai. Lesung batu mmg dah bergolek atas lantai. Mujur juga jubin tak pecah ke retak ke.. to berlekuk sket..huhuhu.. (syhhh jgn bgtahu abah..huhuhu). Aku angkat lesung batu simpan. Aku masukkan lauk dlm oven, aku pusing oven tu bg menghadap dinding. Harap2 dia tak pandai le pulak nak pusing oven tu, bukak curik lauk. huhuhu.

Takleh jadi, kena cari papan gak tutup tingkap tu. huhu.. adei. mencungap aku naik atas balik. Lobam kaki ngn tgn aku dlm usaha nak menyepak ngn menumbuk dia. Bila last2 dpt tangkap pun, tak sampai hati lak nak balun... huhu..

Adoi.. sapa nak tlg buh ubat ni..huhuhu

2 komen:

~n0n0i~ said...

aikk..dera tucen agi..
hahaha..
berdebar2 lak noi baca..aiseh..
tucen tu jaat le.. babap je..bagus3x
haha..

husz_nie said...

huhuhu.. mane de dera.
dia yg jaat mencurik...huhuhu

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons