Monday, March 31, 2008

Pindah Rumah Baru


Hari Jumaat malam Sabtu kelmarin, nyah satu family dah selamat tidur di rumah baru. Alhamdulillah.. bagus lah. Dpt merasa duduk di rumah sendiri. Aku tumpang seronok utk nyah. Tp sorry la, sekiranya adik mu ini tidak membalas mesej mu itu kerana org kuning ku sudah kehabisan kredit..hahaha.

Nantilah, kalau ada kesempatan, ada masa terluang, ada duit yg boleh dibelanjakan, insyallah nanti sampai sana utk menjenguk rumah baru nyah. Johor tu nak pergi tgk, kalau naik kete pun 8 jam baru sampai, kalau naik kapal terbang sekejapppppppp aje tp duit ku pula tiada..hahaha

Tuesday, March 25, 2008

Aku Telah Di Tag : APA ADA DLM BEG?


Setelah setahun lebih aku menceburi bidang penulisan blog, inilah pertama kalinya aku kena tag. Siapakah dia yg telah mengtag aku? Tidak lain dan tidak bukan ialah si Jejerz Mania (sbb dia baru menang JL Blogger mania, so dia mania la.. hahaha). Mula2 kena tag ni, terkebil2 juga aku, amende le menatang alah tag ni? Yg aku tahu 'service tag' dan juga 'smart tag', atau kalau org naik kapal terbang akan ada tag nama utk diikat pada bag. Jadi terpaksalah aku menjelajah ke blog jejerz, dan barulah ku tahu apa itu tag game utk blogger...oh... kena jawab soalan. Tiadalah pula aku tahu siapa yg memulakan permainan tag ni, kalau aku tahu siapa mahu juga aku hadiahkan sijil penghargaan kepada dia kerana tlh membuatkan aku terpaksa menyelongkar khazanah2 dlm beg aku semata2 utk menjawab 'tag' ini..huhu.

Soalan 'tag' ialah APA ADA DLM HANDBAG? Ohhh.. tp aku jrg bawak handbag, kecuali kalau aku terpaksa berpakaian ala2 ayu gitu, kirenye jadi feminin la. Yg selalu aku usung ke sana kemari ialah beg sandang ala2 mat despatch itu. Lebih kurang mcm gambar yg di bawah ini le rupanye.



Jadi aku ubah sikit le soalan menjadi APA ADA DLM BAG... boleh ye jejerz ye.

Ok, jom lihat apa ada dlm beg aku. Ada pun, beg aku ini mempunyai 6 poket/bahagian kesemuanya.

BHGN 1 : poket atas depan

- kosong je, sebab dah koyak pun bahagian ni tak terjahit-jahit lagi

BHGN 2 : poket depan bag

- resit carrefour
- handsfree handphone
- plaster luka
- Vit C
- ubat gastrik
- ubat migrain
- ubat demam

BHGN 3 : poket tengah

- h/phone
- beg duit (yg sudah koyak rabak itu)
- duit stiling
- 2 btg pen
- digicam (kadang2 ada, kadang2 tiada)

BHGN 4 : poket kecil dlm poket tgh

- kunci spare kete (incase tertinggal kunci di dlm kereta)
- kunci almari ofis
- 2 usb pendrive
- SD Card
- card reader/writer

BHGN 5 : poket belakang

- ada ehem-ehem (utk kecemasan)
- tapak kasut yg dah lekang

BHGN 6 : poket kecil utk letak h/phone

- minyak angin cap 2 singa

Mari tgk apa ada dlm beg duit aku yg sudah pun koyak rabak lagi berselotep itu. Nak beli beg duit baru pun bahagian dlmnya elok lagi, hanya bahagian luar sahaja yg telah koyak. Alasan nak jimat duit ini.

Dalam beg duit ada :
- IC berwarna biru (aku warganegara ya)
- lesen memandu
- kad kumpulan darah (AB +, aku penderma yg kedekut)
- kad2 ATM (automatic teller machine ya)
- kad smile esso
- kad tesco club
- kad mesra petronas
- kad coffee bean
- duit RM50.50
- slip MC & resit klinik ( utk claim ni)
- kupon McD
- resit repair kereta
- resit isi minyak di petronas
- resit beli buku (kakak aku nak utk tax)
- slip2 ATM
- kad nama sape tah

Sekian, itulah sahaja khazanah2 di dlm bag aku. Sekarang ini, sampailah giliran aku meng'tag' org lain pula. Orang2 yg bertuah itu ialah :-

2 wakil wanita :
1. Nenet Inazlina
2. gadezfarez

2 wakil lelaki :
1. Neo
2. Squall

Maka anda sekalian, silalah jawab 'tag' dr aku ya, APA ADA DALAM BEG / HANDBAG.

Saturday, March 22, 2008

Sebelum Cahaya - Letto

Sedap juga lagu ni... Wujudkah cahaya buatku.. ecewahh



Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kan membelaimu cinta

Wednesday, March 12, 2008

Kisah Stokin



Aku ada seekor kucing dekat kampung, namanya Stokin. Comel tp nakal. Kalau tidur mesti terlentang tak ubah mcm datuknya si Indra. Cuma tak pandai makan durian saja. Kenapa dia dipanggil stokin, sbb keempat-empat btg kakinya seolah2 memakai stokin berwarna putih. Dialah si Stokin, anak kepada Seri Dewi @ Hendra dan cucu kepada Indra Shah Putra(atuk dia) dan Ratna Sari (nenek dia)- bapanya siapa tiadalah pula aku tahu maka kunamakan dia si POLAN sahaja. Hebatkan nama atuk dan nenek dia, tp nama dia pulak hanyalah STOKIN. Tp aku bukanlah nak bercerita pasal si Stokin ini. Tapi kisah STOKIN.

Seorang gadis yg biasa mendengar kisah org memakai stokin berlainan warna, sebelah lain yg sebelah lagi lain pulak, hanya akan gelak apabila mendengarnya. Tapi bila kisah ini terjadi pada diri sendiri, maka gelaklah dia berseorangan di dlm keretanya.

Al kisah, si gadis yg separa mata, berjalan sambil mata terpejam, keletihan menolong kakaknya berpindah dan juga keletihan berulang alik ke 'superbangkit' gara2 sebiji televisyen, ternampak ketulan2 stokin yg telah di'ketulkan' oleh ibunya atau kakaknya semalam. Tanpa byk cerita dia pun mengambil stokin tersebut se awal jam 5.25 pagi dan bergegas ke tempat kerja. Sesampai di ofis, ketika hdk menyarungkan stokin tersebut barulah dia perasaan, sebelah stokin berbelang merah, sebelah lagi berbelang biru. Walau coraknya sama, namun warna belangnya berlainan, malah warna stokinnya juga berlainan, sebelah berwarna biru, manakala sebelah lagi berwarna kelabu.

Kalaulah kelihatan kepada org lain, sudah pastilah si gadis ini akan digelakkan. Kerana tiada pilihan lain dia pun memakailah jua stokin itu sambil melabuhkan kaki jeansnya spy bila dia duduk seluarnya tdk akan terangkat yg mana akan membolehkan org melihat stokinnya. Alahai. Marahkah dia pada si tukang lipat? tidak, dia berterima kasih, sepatutnya die melipat sendiri. Sudah nasib... alahai.

Monday, March 10, 2008

Kepenatan

Aku hari ini yg masih mengantuk, drive slow je ke opis. Mata kuyu kepala tersengguk sengguk. Walau pun sekarang dah pukul 12.03pm, tp aku masih terasa mengantuk. Walau dah 10 cawan kopi aku telan (kopi free bos hidang) tp aku masih mengantuk. Namun aku cuba jugak layan kerenah pelanggan sebaik mungkin.

Air yg bertiup terlalu sejuk mcm biasa, langsung tak membantu sebaliknya membuai aku utk semakin lena. Walaupun call masuk bertubi, namun aku masih mengantuk dan tersengguk. Nasi lemak juga membantu ke arah lebih tersengguk (juga nasi lemak free tajaan bos.. adat biasa di hari isnin, sekurang-kurangnya dah jimat belanja utk brunch). Allahuakbar, bagaimanalah haru aku hilangkan perasaan mengantuk ini.

Kenapa aku begitu letih dan mengantuk ini? Yg aku tahu, seharian dr petang Jumaat membawa ke pukul 2 pagi, kemudian bersambung pula selepas sarapan pagi hingga ke waktu maghrib sabtu keesokkannya, aku leka mengecat rumah di kala warga malaysia yg lain keluar mengundi (aku tak daftar pengundi so aku tak mengundi). Pada malamnya pula, berkumpul sekalian anggota keluarga di hadapan TV mendengar pengumuman keputusan PRU12. Sesekali takbir bergema, sorakan kegembiraan riuh rendah di tgh rumah. Tgn aku pula sibuk menonyoh tgn nyah yg masuk angin, diikuti pula kaki yong yg bengkak. Sehingga ke pukul 1 pagi baru aku pergi melelapkan mata dek tak terthn lagi menahan mengantuk sementara adik beradik aku yg lain meneruskan melihat tv sehingga tak tahu ke pukul brape. Semalam pula keluar mencari peti ais, huhu.. duit lagi. Ingat nak beli yg kecil saja tah mcm mana terbeli yg agak besar jugak maka terpaksala ot lebih byk lepas ini. Harap2 masih ade duit utk hulur pada Umi. Lepas tu pergi makan piza pula dan hampir 11 baru lah aku melelapkan mata dan pagi ini pula pukul 4 sudah terpaksa bgn. Jam yg mula di kunci pada jam 4.15 makin lama makin di ubah sehingga ke 4.45 pagi. Kedingin air pagi juga tidak mampu membunuh rasa mengantuk aku.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada-Mu Ya ALLAH, kerana telah memperkenankan doa hamba2 mu Ya Allah, dan lindungilah kami dr kezaliman.


Photobucket

Photobucket

Thursday, March 06, 2008

Lagi Kerja Gatal Tangan

ekekeke.. tp yg ni actually ade full version.. cume aku tak mo siarkan full version tu sblum tamat pertandingan... kekekeke...

Wednesday, March 05, 2008

Gatal Tangan

kerja aku yg tgh gatal tgn.. kekekekeke

Teringat...

teringat.... ke seseorang.. or bleh kata byk org..

tingat pd dia...
dia yg dulu selalu take care pada aku...
tak biarkan org buli aku kat sekolah...
yg menghantar bekal nasi utk bekalan aku kat sekolah agama...
dia yg suka gosok kepala aku bila aku nangis...
die yg kendong aku balik sekolah bile aku tak larat nak jalan...
tp skang....

teringat kat dia...
dia yg suka bercerita kisah org2 dulu pada aku
dia yg tak pernah marah..
sehabis marah dia akan panggil aku budak bertuah
dia yg sentiasa syukur dgn apa yg dia ada..
dia yg selalu buatkan pekasam kegemaran aku....
tp skang...

teringat kat dia...
dia yg juga umpama guru
gemar bercerita pada cucu
dia yg suka main brickgames
tp skang

tingat kat dia...
kawan masa sekolah...
yg suka melatah...
pantang dicucuk pasti melatah
tp skang..

tingat kat dia..
yg pernah rapat ngn aku masa kat sekolah...
bergelak tawa bergurau senda bersama
tp skang..

tingat kat dia...
dia yg selalu tersenyum
dia yg susah payah masakkan gulai nangka kesukaan aku
tp skang...

tingat kat dia...
kalau time sunyi2 begini kat forum selalunya atleast ade dia
bergurau gelak ketawa kat forum
berpantun dan aku slalu kaco dia berpantun
tp skang...

hmm.. alfatihah utk kesemua mereka...

Tuesday, March 04, 2008

Tanganku Melecur

gambar hiasan sahaja

Semalam, masa tgh menggoreng awas2 utk buat nasi goreng, minyak panas dah terpercik ke tgn aku. Pedih juga le masa mula2 kena tu. Sekejap je bekas melecur tu dah mula menggelembung. Tidaklah melecur teruk. Tapi Pedihnya tetap terasa. Nak2 pula melecurnya di bahagaian pergelangan tgn. Jadi setiap kali membengkokkan tgn kulit yg meregang terasa pedih juga. Alhamdulillah, lepas sapu krim gamat hari ni nampaknya surut sikit.

Aku sebenarnya bukanlah nak bercerita pasal kesakitan aku, tp tetiba je aku teringat tgn umi yg melecur dulu. Lecuran yg sedikit tu pun aku dah terasa pedihnya. Tgn umi yg melecur keseluruhannya.. tentulah lebih pedih lagi, lebih sakit lagi. Tp ibu yg tidak mahu merisaukan anak-anaknya hanya diam saja tanpa memberitahu apa2. Mmg demam umi dibuatnya. Dan kalaulah aku berada kat sana masa tu tentu dah segera aku bawak ke hospital sebaik saja tgn umi terbakar. hmmm...

lagi skali tunjuk gambar tgn umi yg terbakar..keadaan selepas 3 hari

Monday, March 03, 2008

HAPPY BESDAY QAMARIAH..




Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg pertama buat Qamariah.. muahsss

Semoga di panjangkan umur, diberkati dan dirahmati Allah selalu, di murahkan rezeki, menjadi anak yg solehah, terpelihara dari segala kejahatan.

Dah setahun dah qamariah ni, dah pandai jalan pun. Genap setahun semalam, 2 Mac 2008. Semalam call nak ucap besday, tp qamariah tidur… hehehehe.. ini je gambar yg ade dlm simpanan atih.. huhuh

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons