Monday, March 10, 2008

Kepenatan

Aku hari ini yg masih mengantuk, drive slow je ke opis. Mata kuyu kepala tersengguk sengguk. Walau pun sekarang dah pukul 12.03pm, tp aku masih terasa mengantuk. Walau dah 10 cawan kopi aku telan (kopi free bos hidang) tp aku masih mengantuk. Namun aku cuba jugak layan kerenah pelanggan sebaik mungkin.

Air yg bertiup terlalu sejuk mcm biasa, langsung tak membantu sebaliknya membuai aku utk semakin lena. Walaupun call masuk bertubi, namun aku masih mengantuk dan tersengguk. Nasi lemak juga membantu ke arah lebih tersengguk (juga nasi lemak free tajaan bos.. adat biasa di hari isnin, sekurang-kurangnya dah jimat belanja utk brunch). Allahuakbar, bagaimanalah haru aku hilangkan perasaan mengantuk ini.

Kenapa aku begitu letih dan mengantuk ini? Yg aku tahu, seharian dr petang Jumaat membawa ke pukul 2 pagi, kemudian bersambung pula selepas sarapan pagi hingga ke waktu maghrib sabtu keesokkannya, aku leka mengecat rumah di kala warga malaysia yg lain keluar mengundi (aku tak daftar pengundi so aku tak mengundi). Pada malamnya pula, berkumpul sekalian anggota keluarga di hadapan TV mendengar pengumuman keputusan PRU12. Sesekali takbir bergema, sorakan kegembiraan riuh rendah di tgh rumah. Tgn aku pula sibuk menonyoh tgn nyah yg masuk angin, diikuti pula kaki yong yg bengkak. Sehingga ke pukul 1 pagi baru aku pergi melelapkan mata dek tak terthn lagi menahan mengantuk sementara adik beradik aku yg lain meneruskan melihat tv sehingga tak tahu ke pukul brape. Semalam pula keluar mencari peti ais, huhu.. duit lagi. Ingat nak beli yg kecil saja tah mcm mana terbeli yg agak besar jugak maka terpaksala ot lebih byk lepas ini. Harap2 masih ade duit utk hulur pada Umi. Lepas tu pergi makan piza pula dan hampir 11 baru lah aku melelapkan mata dan pagi ini pula pukul 4 sudah terpaksa bgn. Jam yg mula di kunci pada jam 4.15 makin lama makin di ubah sehingga ke 4.45 pagi. Kedingin air pagi juga tidak mampu membunuh rasa mengantuk aku.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada-Mu Ya ALLAH, kerana telah memperkenankan doa hamba2 mu Ya Allah, dan lindungilah kami dr kezaliman.


Photobucket

Photobucket

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons