Wednesday, March 12, 2008

Kisah Stokin



Aku ada seekor kucing dekat kampung, namanya Stokin. Comel tp nakal. Kalau tidur mesti terlentang tak ubah mcm datuknya si Indra. Cuma tak pandai makan durian saja. Kenapa dia dipanggil stokin, sbb keempat-empat btg kakinya seolah2 memakai stokin berwarna putih. Dialah si Stokin, anak kepada Seri Dewi @ Hendra dan cucu kepada Indra Shah Putra(atuk dia) dan Ratna Sari (nenek dia)- bapanya siapa tiadalah pula aku tahu maka kunamakan dia si POLAN sahaja. Hebatkan nama atuk dan nenek dia, tp nama dia pulak hanyalah STOKIN. Tp aku bukanlah nak bercerita pasal si Stokin ini. Tapi kisah STOKIN.

Seorang gadis yg biasa mendengar kisah org memakai stokin berlainan warna, sebelah lain yg sebelah lagi lain pulak, hanya akan gelak apabila mendengarnya. Tapi bila kisah ini terjadi pada diri sendiri, maka gelaklah dia berseorangan di dlm keretanya.

Al kisah, si gadis yg separa mata, berjalan sambil mata terpejam, keletihan menolong kakaknya berpindah dan juga keletihan berulang alik ke 'superbangkit' gara2 sebiji televisyen, ternampak ketulan2 stokin yg telah di'ketulkan' oleh ibunya atau kakaknya semalam. Tanpa byk cerita dia pun mengambil stokin tersebut se awal jam 5.25 pagi dan bergegas ke tempat kerja. Sesampai di ofis, ketika hdk menyarungkan stokin tersebut barulah dia perasaan, sebelah stokin berbelang merah, sebelah lagi berbelang biru. Walau coraknya sama, namun warna belangnya berlainan, malah warna stokinnya juga berlainan, sebelah berwarna biru, manakala sebelah lagi berwarna kelabu.

Kalaulah kelihatan kepada org lain, sudah pastilah si gadis ini akan digelakkan. Kerana tiada pilihan lain dia pun memakailah jua stokin itu sambil melabuhkan kaki jeansnya spy bila dia duduk seluarnya tdk akan terangkat yg mana akan membolehkan org melihat stokinnya. Alahai. Marahkah dia pada si tukang lipat? tidak, dia berterima kasih, sepatutnya die melipat sendiri. Sudah nasib... alahai.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons