Monday, March 22, 2010

Jibam - Kisah Yang Unik



Penulis : Ujang
Terbitan : CESB
Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut, bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun, dia tetap tabah!




Baru-baru ni dekat Kosmo ada keluar ulasan pasal novel Jibam ni membuatkan aku teringat balik jalan cerita Jibam ni. Suatu kisah yang menyayat hati. Kalau korang baca novel ni dan tak terasa pape, aku tak tahu la korang masih ada hati atau tidak.

Novel Jibam ni aku baca masa sekolah rendah, sama ada waktu aku darjah 5 atau darjah 6 aku tak ingat. Yong yang beli. Aku baca sekali je novel ni, lepas tu aku tak sanggup ulang baca dah untuk kali ke dua. Bukan sebab novel ni tak best, tapi sebab kali pertama baca, menitik-nitik air mata aku. Kali kedua nak ulang baca, pegang je aku dah rasa tak sanggup nak menangis.

Novel Jibam boleh aku katakan kisah realiti kehidupan masyarakat. Apa yg tertulis dalam Jibam bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku di dunia sebenar, malah dalam zaman yang dah moden ini pun masih ramai yang berkelakuan macam Tok Ngah Sudin, Usin Singai dan Fakir serta masih ramai yang memandang rendah pada orang macam Jibam. Bagi yang beragama Islam, anak-anak seperti Jibam, sudah tentu tempatnya di sana kelak, bukan seperti kita, masih berusaha untuk masuk ke syurga-Nya.

Pada yang rasa nove melayu tak menarik, aku cadangkan korang baca novel Jibam ni, lepas tu buat penilaian semula.

Jibam, atau nama sebenarnya Ashraf, merupakan seorang kanak-kanak yang unik setelah mengalami demam panas (kalau tak silap aku, lama dah baca citer ni). Namun begitu, Jibam mempunyai kelebihan untuk mengubat penyakit yg diwarisi daripada bapanya, Suman. Novel Jibam adalah berkisar kepada kehidupan Jibam dan masyarakt di sekeliling Jibam. Novel ini membongkar kisah pengkhianatan, kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Selain dari Jibam, novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak ini.

Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yang baik. Tidak memperdulikan kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tidak membela nasib adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dengan anak Tok Ngah Sudin dan harta-harta peninggalan Suman.

Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.

Novel ini juga mengisahkan bagaimana Jibam akhirnya membongkar rahsia pembunuhan ayahnya. Siapakah pembunuh yang tak berhati perut itu? Bagaimanakah nasib Jibam? Semuanya terungkap dalam novel ni.

Walaupun dah lama aku baca novel ni, tp aku masih boleh ingat lagi jalan cerita novel ni. Cerita dia macam melekat kat hati. Ingat-ingat lupa aku, lagu yg dinyanyi oleh anak-anak kampung yang diubah suai dari lagu pontianak nyanyian Ahamd Daud kalau tak silap aku, yang dinyanyikan untuk mengejek Jibam:



"Anak suman.... Jibam, jibam
Dengarlah lagu...
Kunyanyikan, hanya untukmu...
Gemuk pendek.. tembam tembam..
mata bulat "


** erm.. lebih kurang macam ni la.

Dan aku tak leh lupa part Jibam ubatkan anak kawan Suman (Wok kot dia panggil org tua tu) yang terkena sengatan tebuan tanah. Kalau korang baca pun mesti korang rasa kelakar, dia ubatkan budak tu guna kulit kuaci kemudian dilibasnya budak tu dengan getah tiub basikal. Apa lagi, marah le si Wok tu bila anak dia kena sebat, mencicit lari si Jibam. Tapi dengan izin Allah, sembuh anak si Wok tu.

Ada yang kategorikan novel ni sebagai humor, sebab watak Jibam itu yang bodoh-bodoh lantaran keadaan diri dia yg unik. Tapi pada aku kisah ni sarat dengan pengajaran. Syabas kepada Ujang, kerana dengan novel ni, dia dapat membawa pembaca menyelami kehidupan kanak-kanak seperti Jibam, merasai suasana kampung dan membongkar kisah kematian.

Kalau tak silap aku, saudara Ujang ada menyambung cerita Jibam ni dalam bentuk komik di majalah Gila-Gila tapi tak sempat habis. Kalau Ujang sambung balik cerita ni, aku pasti akan baca.

Ni cover baru Jibam. Cantik. Aku rasa macam aku nak cari, beli untuk koleksi aku sendiri. Dan aku nak cuba baca balik Jibam, agak2 nangis lagi tak aku baca citer ni.


p/s : banyak lak aku berceloteh, macam dpt royalti je utk menulis.. kekeke.. tp citer ni mmg best. Ada unsur kerohanian. Kalau rasa aku merapu dalam entry ni, maafkanlah aku.

10 komen:

RHEA@ezany's said...

assalamualaikum tempe..
terima kasih atas info tentang novel ni..
rhea da dapat ptg tadi..
ezany belikan online..
:)

Anonymous said...

DOwnload free

http://syoknyadownload.blogspot.com/2010/07/novel-jibam.html

Anonymous said...

ada jual lagi ker? nyesal tak beli dulu..ada jual kat RnR dulu..ada yg dpt tolong? terima kasih

Anonymous said...

saya ade membacanya...best

Unknown said...

Bagaimana nak dapatkan novel jibam? Kat brunei dah tak de lagi..mohon bantuan anda

Anonymous said...

in shaa allah Jibam the movie akan sampai ke Brunei

paklah and me said...

Kalau ada sesiapa yg nak jual novel jibam yang terpakai boleh hubungi saya. saya nak beli.TK

Unknown said...

akhirnyer novel ni akan difilemkan. saya pun baca novel ni time sekolah . mcm2 rasa ada bila baca novel ni. sedih sudah pastinyer kelakar dan rasa suspens juga tak kurang. anntara part laing kelakar bagi saya bila jibam cat reban ayam anak2 ayam sampai basikal warna biru hehehe. paling suspens bila jibam asyik ckp ayah dia yg bagi pisau lipat kepunyaan ayah dia dulu sedangkan ayah dia dh lama hilang. paling sedih of coz bila jibam selalu kena buli dgn tok ngah dan abang sendiri. novel ni mmg terbaik berulang kali baca pun tetap blh nangis

Anonymous said...

novel ni boleh beli dimana?

Unknown said...

Beli kat mn online tuu?

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons