Friday, March 19, 2010

Aduh duh duh duh....

Sekadar gambar hiasan...

Setelah dah berbulan sejak aku sedar aku memerlukan spek mata yang baru, sbb power dah tambah, sejak dah berbulan kerap sakit kepala sebelah kiri, gara-gara power yg sebelah kiri yang naik banyak, akhirnya, hari Sabtu yg lepas, 13 Mar 2010 (setelah aku dpt gaji.. huhu) aku pergilah buat spek baru. Spek yg aku dok pakai tu pun buat masa tahun 2007 aritu -- Spek Baruuuu. Tahun lepas lagi dah patut tukar kanta tp tak tertukar-tukar dek kerana ehem.. ehem.. poket kosong le, apa lagi.

Satu yg buat aku menyampah ke kedai spek, orang kat kedai tu mesti sibuk nak promote bingkai spek, promote lak yang tak berjenis, yang bukan minat aku, tah pape. Biarlah aku pilih dengan tenang mana yang aku minat, ini tak, sibuk je nak promote pastu sibuk tanya aku minat jenis macam mana. Duk diam-diam tak boleh ke, ni tak, bising je macam langau.

Pilih punya pilih, aku berkenan yang frameless. Dah lama sangat tingin nak pakai frameless dan kali ni aku rasa aku dah cukup tua dewasa utk pakai frameless, aku yakin aku mampu jaga. Jadi tak pikir banyak aku sambarla. Hari Sabtu tu jugak siap tapi hari Ahad baru aku amik.

Namun malangnya, baru hari ke empat aku pakai spek tu, yakni hari Rabu yg lepas, 17 Mar 2010, spek aku telah terbelah dua cerminnya di sebelah kiri. Oh.. tidak... 2 rat lebih terbang dalam sekelip mata.. tidakkkkk.... Apa sudah jadi?... huhu.. anak sedara aku nak bergurau, tp dia tak sedar dia dah tepis spek aku sampai jatuh.. huhu.. Tak salah dia.

Salah aku, aku tak amik iktibar dari kisah spek yg aku belikan utk Umi (boleh baca entry Spek Baru - 2007 tu). Salah aku, aku ingat aku takde anak lagi boleh le pakai frameless spek, tp aku lupa, aku sebenarnya ada 11 org anak.. huhuu...

Nak wat spek baru? Uhuk.. tunggulah bulan depan.. laptop rosak pun tak repair lagi.. uhuhu... Jadi sekarang, bersabarlah pakai spek lama ye, pening, minyak cap kapak ada... uhuhu..

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons