Saturday, April 23, 2011

SEBUT PASAL DURIAN...

Sekarang ni merata tepi jalan orang dok jual durian. Teringin gak nak makan, tapi dalam keadaan aku dok batuk dan selsema tak habis2 ni, maka aku tangguhkan le dulu niat suci lagi murni seumpama minyak masak aku tu. Kang kot tak pasal2 tak baik2 batuk aku. Pelik juga ek, asal musim buah je mesti dalam masa yang sama musim demam, batuk dan selsema melanda. Adakah itu kebetulan ataupun suratan? eceh.. macam lagu lak.

Gambar lama... durian bergayutan di dusun Yong.


Tapi kalau kat belah-belah johor ni, yang jual tepi jalan tu biasanya durian siam (peram sampai masak) ataupun durian apa tu.. D24. Kurang le sikit kesedapannya. Durian ni yang paling sedap durian kampung. Nak sedap lagi, hak yang baru-baru luruh (jatuh le) dari atas pokok tu. Ha.. yang tu la hak yang paling sedap sekali. Dia punya gas pun powerrrrr….

Sebut pasal durian kampung, masa dok kat kampung, tak beli pun tak pe durian ni. Ada je hamba Allah yang baik hati hantar durian ke rumah. Dapat le jugak dalam 4-5 biji. Kalau dah sorang bagi sebiji dua, 3-4 orang.. eh, 6-8 biji jugak le no. Itulah namanya rezeki. Bila kita kongsi rezeki kita dengan orang lain, Insyallah, Allah tambahkan rezeki kita.

Kalau rasa tak puas makan, gi je beli kat pekan. Berlonggok durian kampung di pasaran. Biasanya Umi akan beli dalam sebakul dua. Tu dia, banyaknya.. ekeke.. separuh wat makan, separuh wat lempuk, dan yang tak berapa nak elok leh wat tempoyak. Wat kuah durian sedap gak makan ngn pulut ke cicah ngn roti ke, lepas tu sua-sua sikit kat jiran sebelah menyebelah. Adatlah tu kan, duduk berjiran, kat kampung lak tu, berkongsi apa yang ada memang dah jadi kebiasaan.

gambar-gambar pinjam dari internet


Kuah durian ni aku memang tak berapa gemar, tapi kalau orang sua tu makan jugak le. Bukan le kata tak makan langsung. Yang sedap ni, lempuk. Favourite aku le ni. Lempuk ni lebih kurang macam dodol gak, tapi bahan asasnya durian, rasanya.. rasa durian le, SEDAPPPPPP… hingga menjilat jari. Ada jugak yang panggil lempuk ni DODOL DURIAN, tapi macam kurang tepat gak, sebab dia tak liat-liat macam dodol, struktur macam sama tapi berbeza. Entahlah camne nak eksepelin (explain le), kalau Korang dah makan, korang tau le. Ha, satu lagi yang sedap bertemakan durian ni, donut DUREN-DUREN oleh Big Apple Donut.. haha.. harga dia pun sedap.

Tempoyak pun favourite aku gak. Makan nasi berulam cicah pulak dengan sambal tempoyak. Aduh… masyukkkk. Cara buat tempoyak ni senang je, lecek-lecek je isi durian tu ngn garam, pastu peram dalam balang. Dok usya yang Umi aku buat, macam tu lah. Uih, dengan orang Perak memang femes giler le tempoyak ni. Orang Perak tak makan tempoyak, maksudnya tak cukup pior Peraknya .. (ekekeke.. yo yo o je aku). Sambal tempoyak ni nak buat dia ada dua cara, sama ada korang gaul je tempoyak ni dengan sambal belacan, atau korang masak tempoyak ni dengan ikan bilis dan cabai burung (cili padi le.. org Perak panggil cabai burung) yang dah di tumbuk lumat, tambah le garam gula skit, pastu masak sampai kaler jadi warna hijau dan kepekatan mengikut suka ati kome. Gu kedua-dua sambal ni yang paling besh ialah daun ulam raja. Kalau makan nasi dengan sambal tempoyak, cicah ulam raja, ada lak ikan keli goreng, pergh.. mak mentua lalu belakang pun tak sedor. Ialah, nak sedor camne, mak mentua pun aku takde.. ahaha.

Tempoyak ni buat pulak masak gulai tempoyak… uiiiiihhhhhh.. Ya Allah… sedapnya. Tak kira le gulai tempoyak tauge ke (yg tauge besar2 tu) atau gulai tempoyak ikan (ikan apatah umi selalu guna, lupa lak). Kompom makan nasi kuah banjir aku. Hirup kuah habis-habisan… meleleh lak air liur. Kalau Johor glamer Asam Pedas (jenis tumis), Perak glamer dengan gulai tempoyak. Ha.. sedap tu. Balik cuti nak suh Umi masak a.

Tapi pada akulah kan, yang paling sedap durian ni, lepas dikopek, makan fresh-fresh gitu je, seulas demi seulas, tak yah buat masak apa2 dah. Pergh, memang besh.. bukan lagi jilat jari, habis bibir dengna biji-biji durian tu sekali kome mengjilat. Bak kata tagline iklan roti Gardenia, ‘sungguh enak dimakan begitu saja’.

Ingat lagi dulu, masa form 4 ( ke form 5??), aku ngn kawan sekelas, Miza, Aida, Riha, Jun, Fairus, (er.. sapa lagi ek?) pergi berkelah kat dusun durian bapak Arwah Ima (al-fatihah). Memang sakan duk pulun durian. Dengar je bunyi durian jatuh, kalut masing2 pi jenguk. Duduk dekat dusun, dengan beranginnya, dapat le durian baru luruh, tangan tu best je mengopek durian, laju je suap durian ke mulut lepas seulas, seulas lagi. Pastu balik rumah, berkipas sakan. Masa makan tak ingat dunia. Petua orang-orang tua, kalau nak hilangkan panas durian, lepas makan durian, tuang air dalam kulit durian, pastu minum air tu. Insyallah mujarab untuk mengurangkan panas badan. Tapi awas, sial minum kut belah tak berduri ek, yang belah putih tu. Pi minum kot belah berduri ka, kang rabak bibior (bibir le) kome, tanggung sendiri.

Sebut pasal dusun durian, sejak Yong ngn Chor beli dusun durian, puas jugak le makan durian. Rasa aku penah tulis dah pasal dusun durian Yong kat blog ni. So, sila le rujuk balik posting2 aku yg lama ek. Cuma sejak peristiwa tu, dicium dek en kapak, aku dah agak fobia sket nak gi dusun Yong tu. Sejak lepas tu memang sampai sekarang aku tak pernah lagi dah jejak kaki kat situ. Tunggulah dulu bila fobia aku hilang nanti.

Cakap pasal durian jugak, kompom aku tingat kat Indra. Sapa lak Indra ni? Indra ni antara kucing peliharaan aku yang paling sayang kat aku. Ahaha, camne aku tau dia sayang kat aku? Ok, korang ada adik tak? Masa adik korang kecik2, kalau korang riba adik korang, tiba-tiba korang rasa riba korang dibasahi dengan air panas.. korang tentunya akan jeritttt…

“Makkkkkkk…. Adik kencinggggggg… Ish, bertuah punya budak, kencing atas orang.”

Mak korang biasanya (kalau mak aku dulu memang jawab macam ni).. “tu tandanya adik sayang dekat abang/kakak tu..”

Jadi korang yang masa tu pun masih dalam lingkungan umur kanak-kanak dalam rasa nak marah kat adik korang tu terus tak jadi marah, kalau ada niat nak melepuk adik tu pun kira niat tu terpadam le. Dalam hati korang mesti ‘wah.. adik sayang aku… sayang adik juga’. Tu kiranya taktik orang tua le supaya abang/kakak tadi tak marah kat adik dia. Yela, adik kecik kan, mana tau apa, kang naya je kena lepuk kat korang. Tapi kalau jenis yang tak makan saman tu, dia peduli apa, melalak adik tu kena lepuk sepam dua.. lepas tu dia pulak melalak dpt hadiah rotan/talipinggang dari mak dia. Padan muka.

ni bukan Indra, yang ni cict dia.. Datuk Seri Panglima Garang, tapi rupa ngn kaler Indra lebih kurang macam ginilah..


Berbalik pada soal kucing aku tadi, ha, camna aku tau dia sayang aku sebab ni la, dia kencing kat aku. Jadi kalau berdasarkan kata-kata orang tua, maknanya dia sayang kat aku le tu. 3 kali lak tu dia pernah kencing kat aku, maksudnya memang sayang gila-gila la dia kat aku. Dan sebagai balasan atas kasih sayang dia terhadap aku, putih tapak kaki dia berlari dari hujung dapur sampai ke depan rumah akibat kena ligan (kejor le tu) dengan aku sambil mengusung rotan.

“tak guna punya kucing, aku dok bagi manja bagi makan hang pancut kat aku…”
Yela, aku bukan di zaman kanak-kanak lagi dah masa tu nak termakan kata pujuk rayu orang tua-tua dulu. Apatah lagi itu kucinggggg…. Bukan adik akuuuu… adik aku pun cuba kalau dia kencing kat aku mau kena tajang…. Dan kucing tu walau aku sayang sampai tidur sekatil ngn aku pun, kalau kencing kat aku tu dah kira kategori kurang asemmmmm.

Tapi dia bukan kencing yang biasa tu. Pernah tengok kucing jantan pancut tanda kawasan? Maka perkataan yang kebih tepat ialah dia pancut kat aku. Dan dia pulak bukanlah pancut tak tentu pasal. Ada waktunya dan ketikanya yang dia akan pancut kat aku. Iaitu pada masa aku mengusap dan memanjakan si Ujang (kucing lain yang kitorang bela masa tu, dan Indra memang langsung takle ngam dgn Ujang) maka dia dengan muka selambanya akan datang gesel-gesel kat kaki aku lantas mengangkat ekornya dan srettttt… kaki aku dah kena pancut. Jadi dia sebenarnya cuba menandakan aku dengan pancutan dia sekaligus memberi amaran kepada Ujang bahawa, “yang ni tuan aku, aku tak suka hang manja-manja dengan dia. Aku ja yang leh manja-manja dengan dia.”

Kali pertama dia pancut memang aku tak perasan, kena la pulas tinger dia sebagai balasan aku terhadap hadiah yang diberi dia kepada aku. Bila dah masuk kali ketiga, asal aku pegang Ujang je dia pancut aku, asal aku pegang Ujang je dia pancut kat aku, mau aku tak perasan. (Perasan ek, maksudnya dalam konteks ni sedar sesuatu keadaan bukan perasan yang .. eii perasan tu..). Maka berkatalah aku kepada Indra, “Wei kucing, aku ni tuan hang, maksudnya hang tu yang aku punya, bukannya aku ni hang yang punya nak tanda-tanda aku.. hampeh.”

Ok, ok, berbalik kepada pasal apa aku akan teringat kat Indra bila cerita pasal durian, (rasanya macam aku dah pernah cerita kat posting2 sebelum ni, dalam posting yang sama aku cerita pasal dusun yong - Musim Deghoyan - 2008), Indra adalah seekor kucing yang sangat suka makan durian. Kucing makan durian? Betul… tak tipu. Punya sukanya Indra dengan durian, pantang nampak ada durian dalam rumah, dia tak mau makan mende lain selagi tak dapat makan durian. Dia akan duduk tepi durian tu tepuk-tepuk durian tu atau pun runtun kaki abah minta kopekkan durian. 8 – 10 ulas durian dia leh makan sekor-sekor dia je. Licin dijilatnya sampai tinggal biji je. Lepas makan durian, dia masuk tidur kat atas lantai bilik air. Untuk menyejukkan badan. Indra ni, kalau ada ikan ngn ayam atas meja, dia nak ayam.. ikan tak mau, kalau ada sup kambing ngn ayam atas meja, dia nak sup kambing.. ayam tak pandang dah, kalau ada durian dalam rumah… ikan, ayam ngn sup kambing pun dah tak pandang dah.. durian juga dia mau. Pergh.. dasat… Antara banyak2 kucing aku bela, dia sekor je la yang suka makan durian.

Pergh, panjang lak celoteh aku. Ni la bila dah lama tak menceloteh, sesekali menceloteh dah macam orang gila meroyan. Kalo korang rajin, baca le…

Saturday, April 09, 2011

Rakamkan setiap detik.....



Selesai sudah proses menukarkan gambar2 yang di snap awal bulan aritu dari format RAW ke format JPEG. Masukkan ke powerpoint dan jadikan slide show pun sudah. So skang tinggal nak emailkan ke semua adik beradik aku je.

Biasalah, kalau dah dok jauh2, email le senang nak berkongsi gambar.

Bila tengok balik gambar2 yang diambil, boleh senyum sorang2 aku. Sorang2 punya gaya bila bergambar, terutamanya anak2 sedara aku. Hehehehe. Inilah untungnya zaman sekarang ada kamera. Leh gak amik2 gambar buat kenangan. Rasa-rasa rindu kang, leh belek2 balik gambar lama. Boleh tersengeh, tersenyum, tergelak sorang-sorang korang kalau belek2 balik gambar2 lama ni.. (lama dalam konteks ni maksudnya yelah, gambar2 yg dah lepas le, bukan gambar lama @ zaman dolu2.)

Kalau dulu, kamera pakai filem, dah abis segulung filem, baru bawak gi ke kedai cuci. Lepas tu dah cuci, susun lawo2 masuk dalam album. Nanti bila2 boring, punggah le album2 tu belek2 gambar.

Skang ni dah cangih dah, pakai kamera digital, lepas snap leh terus view kat screen kamera. Lepas tu upload ke komputer, lepas tu suka ati dema le nak print ke, nak save dlm disc je ke. Bila time nak membelek balik gambar2 tu, takyah dah dok terselak-selak album gambar, klik je tetikus kat komputer kome tu.. senang.

Untungnya ada gambar ni, kita leh rakamkan semua saat yang kita nak, gembira ke, sedih ke, suka dan duka. Nak-nak lagi kalau korang ada sedara-mara atau sahabat yang dah pergi terlebih dulu dari korang, dengan membelek balik gambar2 ni akan sentiasa membuatkan ingatan korang pada diorang segar. Mungkin orangnya dah takde, tapi at least kenangan tu masih ada.

Bila korang duduk jauh2 dari famili, gambar le yang akan mengubat rindu korang pada orang2 tersayang2. Bila dah habis belajar, masing2 bawak haluan sendiri, gambarlah yang akan mengingatkan korang pada kenangan zaman persekolahan, pada kawan2.

Kalau zaman sebelum kamera dicipta, orang siap lukis gambar lagi untuk menggambarkan sesuatu suasana, untuk mengabadikan wajah seseorang. Semata-mata nakkan kenangan tu terus segar kat ingatan. Sekarang dah tak payah susah lagi dah. Tekan butang je untuk rakamkan semua tu. Jangan kata gambar, video pun boleh dirakam.

Mungkin sebab tu le membuatkan aku berhobi .. dei apa bahasa ko guna ni berhobi??.. ambik gambar. Sebab, selain gambar2 tu dpt ingatkan aku kepada kenangan, tempat, apa je yang menarik yang pernah aku jumpa, aku juga dpt kongsi dengan orang lain, apa yang aku lihat dari kaca mata aku.

Jadi, rakamkanlah setiap saat indah korang dengan famili ke, kawan2 ke, apa sajalah, dan hargailah setiap masa yang korang ada....

Sesuatu peristiwa memang tak boleh berulang, sebab tu, rakamkanlah ianya...

sekian.. merapu dari aku..

p/s : nanti minggu depan aku share gambar2 aku pergi Aquaria.. hehehe..

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons