Sunday, July 27, 2008

Musim Deghoyan…

Ha.. itu dia lagu Mr Os, Durian Berbunga. Sapa2 lahir awal 80an atau sebelum tu, mesti pernah dgr lagu ni. Hehehe.. aku suka lagu.. bersahaja dan ada makna.

Dah brape lama dah aku nak tulis entry pasal durian ni, dari 2 minggu lepas rasanya tp tak tertulis-tulis pun. Semua sedia maklum sekarang ni musim durian. Time ni la byk kita tgk org jual durian berlonggok-longgok, tepi jalan la, pasar malam la, pasar tani la.. supermarket pun ada jual durian, siap kopek lagi.

Bagi aku, puas makan durian.. erm.. nak2 lak makan durian free. Itu yg lagi menambahkan kesedapan.. ekekeke. Eh.. tapi tak free jugak, duit minyak gi rumah yong.. duit tol lagi.. ekekeke. Kira tahun ni, bagi Yong mmg durian luruh la. Tanah dusun yg Yong ngn Chor beli tu mmg penuh dgn pokok durian. Bagi kami sekeluarga, inilah pengalaman pertama menjaga dusun durian.

Satu SMS yg aku terima dari Yong beberapa minggu lepas…. “mehla makan deghoyan”. Malam tu apelagi, zoom terus ke rumah Yong. Bagi Abg Tapa ngn Nyah yg jauh di tengah dan selatan tanah air.. dengar cerita ajele ye.. ekekekek. Bukan aku sorang je yg ke rumah Yong malam tu, tapi mentua dan adik ipar Yong pun kesana dari Kajang. Malam tu jugak Umi ngn Zainal pun datang. Bukanlah masing2 kebulur kan ke durian .. (kecuali aku.. mmg niat nak tibia durian… ekekekek), tapi nak berkongsi keseronokan durian berbuah kali pertama sejak beli.

Malam tu aku bukak 2 biji durian, makan berdua je dgn Haikal. Haikal suka betul makan durian. Amri tak nak.. sepatah kata “eiiii”. Lepas tu hangat la, dah la aku baru lepas makan teh herba. Aiseh.. silap gak la, tidak leh tibia byk lagi.. ekekekekeke.

Esoknya, walau kepala rasa berat, bahu rasa sengal.. (bantal tidur lembik sama.. huhuhu.. tak besh)… Aku ikut gak Chor ke dusun. Seronok rasanya mengutip durian.. sambil tebas apa2 yg patut. Umi pulak, biasala.. kita takut dia penat.. tp dia yg menebas lebih dr org muda.. hujan pun diredahnya. Walau penat plus sakit kepala… tp aku rasa seronok.. tgk pulak durian berlonggok2 dekat pokok… tu tak masuk mengait manggis, langsat, buah setaq… wah.. seronok…


Tu dia… geram tgk.. sori a.. kamera takleh nak zoom focus lebih dekat lagi..

Ni buah rambai… masa ni tak masak lagi..

Buah ni org kedah panggil buah Setaq.. org perak panggil buah remia.. bila mkn muka berkerut2.. yg muda rangup cicah kuah rojak… sedap..

tunggul kayu… saja interprem…

Dalam keghairahan aku amik gambar… tak dan nak focus amik elok2.. dan juga masih lum sempat amik gambar manggis ngn langsat… tittt.. titt.. amaran bateri dah low.. huhhuhu.. lupa lak nak caj.

Minggu seterusnya aku pergi lagi ke rumah Yong. Zainal dan Umi mmg bermalam kat sana la..2-3 membantu di dusun. Kali ni datang lagi dgn abah. Kebetulan minggu tu abah mengajar di Penang. Tapi kali ni aku tak ikut ke dusun.. Ahad tu aku kena kerja. So just tunggu di rumah je … utk menibai hasil.. hahahaha.

Durian.. durian.. durian.. sekilo 7 ringgit.. 7 ringgit…


Aku dgn Zainal dok mengusik berdua.. “jom kak Idar.. kita bawak pi jual.. Yong kuar rumah kita angkut la masuk keta”… “jom jom.. leh duk depan esso, tepi jalan tu jual.. sure laku”.. hehehehe.. Tapi kalau ada masa.. agak2nya mmg aku ajak Zainal menjual di tepi jalan. Duit jualan berbahagi la. Apa salahnya.. cari duit lebih.. tp kalau aku sorang… tak mahu la. Soal keselamatan yg aku fikirkan.

Minggu ni pula, Umi balik ke kg, sbb abah tak sihat walau Umi tingin ank menolong lg di dusun. Zainal pulak ke KL, kawan2 nak konvo katanya. Aku? Ahad ni mmg aku tak kerja, tp aku pun dah lama tak balik kampung, sementelah Umi nak balik, apa salahnya aku hantarkan.

Kata Yong melalui telefon, sampai kat dusun kali ni, ada kesan tayar motor masuk ke kebun. Apa lagi, kawasan dah cerah, durian pula mmg ada harga, mamat samun pun beroperasi la. Di dunia lepas la, org mcm ni bukan dibaca haram dan halal lagi. Tapi Allah itu maha adil, maha pemurah, minggu ni pun Yong dgn Chor tak balik dgn tgn kosong. Malah kata Yong, buah byk, tak larat mengutip.. dah la Yong tgh mengandung. Kereta rasa berat bila balik. Itulah kalau dah rezeki, yg di suruh org jual pun hasil lumayan juga.

Memang rezeki Yong murah, sbb tak pernah berkira dgn adik-adik. Adik2 mana yg tak pernah minta bantuan Yong. Tak pernah jugak dihampakan. Dgn umi dan abah pun Yong tak melawan, dgn suami hormat, dgn mentua pun hormat, tak melawan. Kami adik beradik pun doakan Yong murah rezeki.. yong senang.. kami pun senang… ekekeke.
Bila dah musim durian ni, tempoyak le pemes bg org perak. Makan ulam cicah sambal tempoyak. Pergh… sedap.. baik sambal belacan gaul tempoyak, ataupun sambal tempoyak masak. Huh.. sehingga menjilat jari. Aku sampai kampung, mmg dah mintak Umi masak sambal tempoyak dah.. sure selera makan minggu ni.

Lagi satu yg pemes musim durian, LEMPUK. Boleh dikatakan dodol yg dibuat dgn durian. Dan lempuk buatan Umi le yg paling sedap. Cukup lemak, cukup manis, duriannya pun terasa.. perghhh… memang best. Tapi kesian Umi, penat2 kacau lempuk, tertinggal pulak lempuk tu kat umah aku. Tak dpt la abah merasa lempuk. Takpe Umi, org simpankan utk umi.. bukan larat org makan byk2 sorang2.. hehehe..

Musim durian ni juga buat aku teringat kenangan pi serbu dusun durian bapak Arwah Ima. Hehehehe… makan durian fresh yg baru jatuh dr pokok tu. Hmm.. Al-Fatihah utk Arwah Ima. Juga buat aku tingat pada Indra, kucing aku yg cukup suka makan durian. Kalau ada durian dirumah, dia akan mengiau tak benti2 sampai ada org kopekkan durian utk dia. Masa ni, nasi pun tak mahu makan, ayam goreng dan sup kambing kegemaran dia pun dia tak pandang.. hehehehe. Selagi tak dapat, selagi tulah ditepuknya durian tu, atau runtun kaki abah mintak durian. Bila dah dapat… 10 ulas durian seekor dia pun habis disebatnya.. licin pulak tu dia jilat.. lepas tu tido dlm bilik air.. panas agaknya.. hehehehe.. bukan senang nak cari kucing suka makan durian..

Wah.. panjangnya aku celoteh.. ok.. cau dulu.. lenkali citer lagi..

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons