Tuesday, July 15, 2008

Lalai, Leka, Alpa dan Lupa

Biasa dengar org masak nasi tp lupa tekan suis dan bila time nak makan nasi belum masak hanya beras2 yg berenang-renang dalam takungan air? Biasakan..

Tapi pernah tak korang dengar, orang masak nasi, dah lap periuk elok kemudian masukkan ke dalam peti ais. Seketika kemudian baru dia teringat dan kelam kabut kuarkan periuk tu. Kalau tak teringat? makan beras beku.

Cerita di bawah ini tidak berkenaan dgn cerita di atas.

Ya Allah, Subhanallah walhamdulillah wala illa ha illallah wallahuakbar. Maha suci Allah yg menjadikan sekalian alam, Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang. Hanya kepada-Mu lah aku memohon dan hanya pada-Mu lah aku berlindung.

Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana telah melindungi aku dari kelalaian dan kelekaan aku sendiri. Teramat2 bersyukur ya Allah kerana tiada apa2 yg berlaku semalam. Allahuakbar. Sesungguhnya aku terlalu cuai Ya Allah, terlalu lalai dan leka Ya Allah. Dan Engkaulah yg melindungi aku dr kelalaian dan kecuaian itu. Sujud syukur aku terhadapmu Ya Allah. Jadikanlah ini pengajaran buat aku ya Allah, supaya kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi.

Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku dari segala malapetaka dan bahaya, lindungilah aku dan keluargaku dari niat jahat, perbuatan aniaya dan hasad dengki baik dari sesama manusia, jin, syaitan, iblis mahupun sesama makhluk. Lindungilah aku dari kelalaian dan kecuaian sendiri. Ajarkanlah aku apa yg aku tidak tahu dan ingatkanlah aku apa yg aku lupa. Jadikanlah aku seorang yg lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluargaku, agamaku dan mereka2 yg berada di sekelilingku.

Amin ya rabbal alamin.

Allahuakbar. Subhanallah..

2 komen:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

huhu~~
canE la bole jadi gtu..
xpa2..bljr dr kesilapan

husz_nie said...

hehehe... tu la kalau leka, lalai, alpa dan lupa

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons