Thursday, July 31, 2008

Tikus Oh Tikus..

Catatan pada, Rabu 30/7, 10.15mlm.


Masuk ni dah 2 ekor tikur terperagnkap dlm sangkar tu. Lega sket rasa hati bila penceroboh2 ni dah tertangkap. Tp timbul masalah lain pulak. Macam mana nak uruskan tikus2 ni ek? Nak bunuh? Camne nak bunuh? Kalau nak buang.. nak buang ke mana? Tak ke nanti dia balik ke rumah ni atau kacau umah org lain. Ish.. kacau kacau.

Aku tanya Umi, cara yg betul kata Umi skali bunuh biar dia trus mati supaya tak seksa. Ketuk je bg mati kata Umi. Tp macam mana? Kalau aku bukak kurungan tu, nanti terlepas pulak.. tah lagi teruk dia balas dendam. Tak sanggup aku nak bersihkan sisa kumbahan dia hari2. Takkan pulak aku nak ketuk dgn sangkar2 tu skali.. lingkup la perangkap tu. Bukan murah harga perangkap tu pun, RM7 tu aku beli tuh. Lepas makan tghari ngn malam. Satu lagi cara kata Umi, org ajar, siram dgn air panas, sure dia mati. Ish.. kejam sangat le pulak cara ni. Kalau kita pun kena air panas sikit mau mengelejat, ini pulak nak siram air panas ke satu badan dia. Ish.. tak boleh.. tak boleh.. kejam sangat tu. Bukan le aku tak pernah bunuh tikus. Pernah. Aku pernah tangkap tikus dgn tgn pastu katuk terus ngn bata.. innalillah dah tikus tu. Tp tu bunuh terus. Kali ni rasa tak sampai ati lak. Sebab dia dah terperangkap dlm tu, nak bunuh pun mata dia dok kelik pok kelik pok je pandang aku.. ish.. tak sanggup lak rasa.

Yg first terperangkap tu pun, 3 hari dia duduk dlm perangkap tu. Pastu mati, tak pasti le pulak punca kematian, mungkin sbb keracunan dek umpan yg aku buh dah disembur aerosol, atau maybe mati kebosanan, atau demam sbb aku simbah dia ngn air paip. Dah dia bau busuk.. aku bg la dia mandi.

Yg sekor ni pun, dr hari selasa tu, masuk ni dah 2 hari dia dlm perangkap. Nak bunuh tak sampai ati.. so aku biarkan jela dia kat tgh laman tu dok dlm perangkap. Tp ade ke org dah tangkap tikus, pastu org tu pi bg makan lak kat tikus tu? Huhuhu… ye le, aku kesian tgk tikus tu, mata dok kelik pok je pandang aku, mesti dia lapor dah 2 hari dlm tu. Aku pun kalo lapar pedih perut tak tahan. Aku bg la dia makan.. pastu sbb bau busuk aku siram dia ngn air… dia minum le plak air paip tu.. huhuhuhu… tp sosej tu dah sembur ngn aerosol.. so aku ni kategori kejam gak ke?... huhuhuhuh

7 komen:

~n0n0i~ said...

sian tikus kan..dia pon nak idop gak..huhu...

husz_nie said...

itulah... tp dia buat jahat kat akak dulu.. penat tau ari2 mop lantai buang sisa kumbahan dia..

dlm Islam boleh bunuh dua.. sbb haiwan perosak.. huhuhu

kimi's said...

cuba akak lepaskn kt mana2 tmpt yg jauhhhhhhhhhhhhhh.....dari umah..
jgn le bunuh...huhuhu...
cian le...huk3..

husz_nie said...

loh sampai huk2 dak ni.. lagi teruk...

Islam kata leh bunuh.. tu haiwan perosak...

apa kata kimi amik bela.. dah kesian sgt... ekekeke

kimi's said...

knp lak akim kena bela???
xmau la...kang mama marah....
klu da kata leh bunuh...
bubuh le racun ke...tembak je ke...huhuhu.... jgn le simpan2....



adehh....kesiannn...huhuhu...

husz_nie said...

tak duli.. akim kena bela gak.. sbb dia tak bg2 lagi software yg akak mintak.. ahak..ahak..

bak mai alamat umah akim... akak nak poskan ke akim.. hahahaha

shira said...

esh . baru2 ni pon saye ade perangkap tikus jugak .
tapi jangan la sampai bunuh dia
mmg la dlm islam bole bunuh sbb
dia haiwan perosak ,
tp sbg manusia , tak de belas kasihan ke kita ?
lepaskan dia jauh2 ..
dia bukan merosakkan manusia ,
dia just rosakkan harta benda kan ..
lepaskan kat semak ke ape ke ,
tp bukan membunuh .
kesian dia ..
esh , x sggup la gitu kalau nak bunuh..
dia x sempat bertaubat lg tuh HAHA

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons