Wednesday, May 12, 2010

CINTA SUFI - Kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri..



Sebuah lagi hasil karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid, keluaran Alaf21. Cinta Sufi merupakan kesinambungan kepada Trilogi Bagaikan Puteri :

1) Bagaikan Puteri
2) Cinta Sang Ratu
3) Hijab Sang Pencinta

Namun novel Cinta Sufi ditulis tanpa kehadiran dua watak utama selain watak Laksamana Sunan dari trilogi Bagaikan Puteri iaitu Haryati dan Dani. Menurut RAM, Cinta Sufi merupakan edisi baru bagi trilogi Bagaikan Puteri ini. Oleh itu hanya watak utama Laksaman Sunan sahaja yang diketengahkan pada kali ini.

Sedikit sipnopsis untuk Cinta Sufi :

Cinta Sufi yang berlatar belakang zaman penaklukan Portugis terhadap Melaka di tahun 1511 mengisahkan mengenai Laksaman Sunan yang kehilangan kekuatannya sekembalinya dari pengembaran ke masa depan. Laksaman Sunan kini lebih lemah dari orang biasa dan sudah tidak mampu bertempur lagi. Namun begitu ketakwannya kepada Yang Esa masih lagi tinggi. Laksamna Sunan juga terjebak dengan peperangan melawan Portugis dan juga Taghut.

Turut dimuatkan di dalam novel ini ialah kisah cinta tiga segi antara Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.

Catalina merupakan balu bangsawan Portugis memulakan pengembaraan ke Hulu Melaka atas saranan Maryam yang ditemuinya hanya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tetapi Catalina mestilah mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk menemani perjalannya itu dan lelaki bertanduk dua yang dimaksudkan Maryam ialah Laksamana Sunan. Laksamana Sunan yang ditemui pengsan di tepi pantai dijadikan hamba sahaya oleh Catalina. Oleh kerana percaya perjalanan ini adalah untuk mencari Iman dan Takwa, Laksamana Sunan bersetuju untuk menemani Maryam. Catalina pula akhirnya jatuh hati kepada kemuliaan budi pekerti Laksamana Sunan.

Luna pula merupakan Srikandi dari Bangsa Polip (bangsa polip pernah ditampilkan dalam Cinta Sang Ratu). Dalam diam Luna sebenarnya telah lama mencintai Saifuddin semenjak kali pertama dia mengenali Saifuddin sebelum Saifudin dikenali sebagai Laksamana Sunan lagi. Namun Luna sedar bahawa cintanya adalah cinta terhalang memandangkan Saifuddin dan Luna berlainan bangsa. Saifuddin dari bangsa Manusia manakala Luna pula adalah dari bangsa Polip yang telah hidup ribuan tahun lamanya.

Perjalanan ke Hulu Melaka ini mengalamai banyak rintangan dan halangan, antaranya rintangan dari Taghut dan Puteri Kober Gandring yang telah menjelma menjadi pontianak dan juga halangan dari pihak Portugis yang mengiringi Catalina namun akhirnya berpaling tadah terhadap Catalina akibat nafsu tamak dan cemburu
yang menguasai diri.

Turut dimuatkan watak Hang Tuah dan Hang Lekiu yang telah difiksyenkan.




Membaca novel ini, pasti pembaca akan tertanya-tanya 1 persoalan utama selain dair persoalan yang RAM sendiri timbulkan dalam catatannya di blog RAMFC iaitu, siapakah yang berjaya meraih cinta Laksamana Sunan, LUNA atau CATALINA? Semuanya akan terjawab dalam Cinta Sufi.

Aku memang rekomenkan kepada ramai untuk membaca Cinta Sufi. Tapi bacalah sekadar bahan bacaan dan penitip semangat kerana novel ini merupakan novel fiksyen, tidak begitu menyamai sejarah dan bukanlah pula buku berbentuk keagamaan walau nilai2 agama diselitkan. Hendak belajar mengenai Islam, carilah guru supaya tidak tersesat haluan.

Bagi peminat-peminat novel Harry Potter, kalau rasa hendak baca novel pengembaran fiksyen, tak rugi baca Cinta Sufi.. inilah pengembaraan orang melayu. Kalau belum baca yang trilogi tu, baca dulu baru baca yang ni. Siapa kata novel melayu tak menarik, sama ada dia belum baca novel ni atau dia memang tak pandang langsung novel melayu.. wallahuaklam.

Aku sendiri cuma ambil masa 2 hari, beli hari Sabtu malam, Ahad baru start baca, Selasa pagi dah habis baca. Tak rasa rugi duit membeli dan rugi masa membaca. Aku bagi 4 bintang dari 5.

Tapi antara banyak2 kisah cinta Laksaman Sunan, aku lagi suka kisah cinta Laksamana Sunan dengan Ratu Sulaman.. cinta yang ikhlas kerana Allah. Saifuddin ikhlas terima Ratna kerana Allah, Ratna juga ikhlas terima Saifuddin kerana Allah dan cinta mereka mekar setelah berkahwin.. itulah cinta sejati.


p/s : menunggu sambungan Mantera Hitam dari Serunai Fakir.. tak kunjung2 tiba lagi dipasaran.. takkan ceritanya tergantung begitu sahaja.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons