Saturday, May 31, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [5 - the end]

26 May 2008, Isnin...

Perjalanan Pulang.....

Dah tibalah masa utk berpisah. Masing2 bgn di awal pagi, sarapan bersama. Lepas tu bersiap2 utk balik. Abg Tapa balik ke Shah Alam, Yong ke Lunas, Abah & Umi ke Semanggol dan aku ke Seberang Jaya.. tp aku tumpang kete Yong.. nanti Yong dropkan le kat umah..hehehe.

Acara bersalaman-salaman dan berpelukkan pun bermulalah. Nak gelak pun ada.. sayu pun ada bila tgk Nyah salam Umi lepas tu dua2 meleleh air mata.. kekeke.. Tp yela, lepas ni entah bila le boleh jumpa. Tunggu raya, raya bulan baper ek?

Dah salam2, pakat amik gambar ramai2 satu famili depan umah Nyah. Tp guna kamera Chor. So tak dapat la aku nak tepek kat sini. Tunggu Chor bg gambar dulu le.

3 buah kereta kami bergerak keluar dr selatan tanahair. Masa nak kuar ke highway, jalan jam. Keta Chor ngn Abg Tapa selamat masuk highway, tp keta Abah yg dipandu Zainal terlepas simpang masuk highway. Walau ada next jln ke highway dkt Skudai, tp sbb dah lama tak dtg Johor dgn jalan dah berubah, takut sesat lebih jauh lak lagi, Abah suruh Zainal patah balik. Masa patah balik sangkut jam le pulak lagi.

So, kitorang pakat janji jumpa dekat restoran jejantas Ayer Keroh. Yg sampai dulu di situ kete Chor, pastu Abg Tapa. Sejam lebih lepas tu baru Abah sampai. Lepas Abah sampai baru kitorang bukak bekalan yg Nyah bekalkan (nasi berlaukkan telur bungkus ngn kupang yg tak abis makan smalam.. kekeke). Yong pulak beli ayam KFC tambah. Bila perut dah lapar, makan apa pun sedap. Nak2 pula bila makan beramai2. Mcm berkelah pulak kami bentang tikar kat tepi pondok rehat kat kawasan rehat Ayer Keroh tu..hahaha.

Selepas semayang Zohor (dijamakkan dgn Asar) barulah kitorang bergerak balik. Kat sini bersalaman dgn Abg Tapa dan Kak Ani pula. Sebab kitorang berpisah ngn Abg tapa satu famili kat sini. Abg Tapa akan menuju ke Shah Alam, kami 2 buah kereta lagi pulak menuju je utara tanahair.

Dah beberapa jam berjalan, kitorang singgah di hentian Tapah. Kedai yg dituju ialah Dunkin Donuts...hahaha.. Zainal dah mengidam nak makan Turkey Toast sandwich dr masa perjalanan pergi Johor lagi dah. Selesai makan, teruskan perjalanan le.

Kitorang sampai di Semanggol (rumah Abah) lbh kurang pukul 8pm. Singgah mandi, makan dan semayang dulu. Actually Yong nak teruskan perjalan ke utara tanpa singgah Semanggol, tp aku tinggal kunci ngn laptop kat kg.. so terpaksa gak la singgah.. hehe.. soriii... Lepas makan baru aku ngn Yong sefamili bergerak ke utara.

Sampai kat umah aku kul 10pm lebih. Lepas drop aku, Yong teruskan perjalanan ke Lunas. Pukul 11pm lebih rasanya baru diorang sampai umah.

Tamatlah kisah jalan2 jumpa adik badik. Seronoknya rasa dpt berjumpa adik beradik, satu famili meriah2 mcm gini. Pada yg dah pergi pulak, sentiasa segar ingatan di hati. Walau penat, tp apalah sgt dgn kegembiraan kami satu famili. Byk lagi kisah dlm perjalan ini, tp tak semua dpt dimuatkan dlm ni. Cume ringkasan sahaja.

Oh ye.. hajat nak jumpa Mimi, kwn aku di UTM, tak kesampaian, dah ramai2.. aku kena ikut majoriti nak ke mana. Lgpun bkn aku yg drive. Nak pinjam kete Nyah pun.. kekeke.. aku buta jalan.. hahahaha

Glosari..

hahaha.. incase korang keliru..

Yong : kakak sulung aku
Chor : hubby Yong
Nyah : kakak nombor dua aku
Abg Farid : hubby Nyah
Abg Tapa : abang aku (no.3)
Kak Ani : wife abg aku
Abg Asan : arwah abg aku (no.4)
Zainal : adik bongsu aku
Aliah, Haikal, Amri : anak2 yong
Azam, Saiful : anak2 nyah
Munshi, Bilal, Qamariah : anak2 abg tapa

Selingan...

Gambar ni di snap masa dlm perjalanan ke Johor... kat hentian mana tah. Haikal mengamuk, mamai bgn tido agaknya. Umi dia takde bwk kak yong ngn adik dia gi toilet. Dah pujuk2 tak mahu, aku snap le gambar dia. Skali lg mengamuk da.. haha.. nasib la.. ko dpt Atih kuat mengusik.

Pedang samurai yg aku beli di Ayer Keroh.. pedang kayu je.. hehehehehe

dari kiri : Aliah, Haikal, Amri

dari kiri : Azam, Saiful

dari kiri : Munshi, Bilal, Qamariah

nak tgk lebih jelas.. klik pada gambar.

Si Polan : eh.. anak org tu comel la..
Aku : anak2 sedara aku comel lagi
Si Polan : eh.. anak org tu keletahnya (aktif)...
Aku : anak sedara aku keletah lagi..
Si Polan : anak orang tu bijak nya...
Aku : anak sedara aku bijak lagi
Si polan : (hangin) asik2 anak sedara dia je..
Aku : dah tu.. anak sedara aku.. yg ko sebut tu tah anak sapa aku tak tahu..

muahahahahahaha

Jalan2 Jumpa Adik Badik [4]


Masih Lagi 25 May 2008, Ahad...

Sambutan BESDAY Saiful Anuar...

Sampai ke rumah tgk Pak Ndak dah de katg rumah Nyah. Kali ni dia bawak anak2 lelaki dia pulak. Humang aih.. tinggi lampai sume. Memandangkan Pak Ndak pun dah de kat sini. Nyah cadang nak wat majlis sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-6 si Saiful petang tu jugak. Actually, besdaynya esok, 26 May, tp sbb dah ada berkumpul ramai satu keluarga masa tu, so sambutan diawalkan sehari... hehehe.


HAPPY BESDAY SAIFUL
semoga menjadi anak yg soleh, dipanjangkan umur utk beramal, di murahkan rezeki, dikayakan dgn ilmu, baik budi pekertinya, dirahmati dan diberkati Allah selalu... muahsss kat dia.


tokwan ngn Aliah tumpang potong kek.. diorang nye besday coming soon.. 5 Jun.. ye. tokwan ngn cucu sulung sambut besday serentak...

Lepas acara potong kek, apelagi.. potong masuk pinggan le. Tp nampak gaya kali ni budak2 tak serbu kek... diorang serbu aiskrim.. kekek.. jenuhlah Mak depa (Nyah) melayan anak2 nak aiskrim.. tu tak termasuk yg bapak2 dan mak2 pun nak aiskrim jugak..hahaha.

Ke Bukit Layang-Layang..


Dah selesai parti, kena mengemas le. Pastu gi semayang asar.. dan bersiap2 ke Bukit Layang-Layang. Saja je nak beriadah dan berpeluh. Kali ni Zainal tak ikut, dia bawak umi gi Larkin, umah mak Mak Ndak. Abah pun tak ikut. Tak larat katanya. Nak duk rumah je.


Aku : Nyah, ni Bukit Layang2 ke bukit bangla/nepal? (kbtln ramai pula bangla dan nepal kat situ.. hahahah)
Nyah : ohh.. bukit layang2 ni kan ke bukit international...

hahahahaha

Masa sampai angin tak berapa kuat.. tp dan la Abg Tapa terbangkan layang2 sekejap. Habih sume anak2 pakat nak main layang2.. dr Aliah, Azam, Saiful, Munshi, Haikal, Bilal sampai le ke Amri nak main layang2. Tapi berlari menarik layang2 je yg lebih. Layang2 nya tak terbang jugak..haha.. Qamariah yg dlm dukungan Kak Ani pun melonjak2 je nak ikut berlari.

Gambar 1 : aksi Abg Tapa menaikkan layang2, di sebelahnya Saiful dan Haikal berkerjasama cuba menaikkan layang-layang.
Gambar 2 : Haikal menaikkan (hahahaha..) layang-layang
Gambar 3 : Azam dan Aliah masih mencuba naikkan layang2.. mujur tak langgar cameraman (Chor) tu
Gambar 4 : Amri pun nak main layang2...

Tgh dok main, skali angin berhenti bertiup.. jawapnya pakat tarik layang2 je la masing2... last2 bawak budak2 gi main kat tempat permainan tu.. apelagi.. seronok le anak2.

Gambar 1 : Saiful.. tersengih2 nak amik gambar
Gambar 2 : Amri tunggu giliran main gelongsor
Gambar 3 : Aliah tunjuk skill bergayut..
Gambar 4 : Si kecik Qamariah ni pun nak panjat jugak
Tak sempat amik gambar Bilal bergayut.. baru nak petik camera dia dah terjun..

Dah penat dan berpeluh2, Maghrib pun dah nak masuk.. balik la.. apa lagi.

Pot Luck di Snibung..


Malamnya.. pergi 'Pot Luck' dekat Snibung lak. Actually aku ajak gi makan tomyam, Nyah cadangkan gi Snibung.. (ade kenangan gak kat snibung ni..hehe). Nyah kata situ famous Nasi Lemak Berlauk, pastu leh makan mengadap laut.... So.. bergerak 3 buah kereta pulak kali ni... satu keluarga turun pegi makan.. hehehe.


Sampai sana, tak dpt duduk kat tempat menghadap laut pun.. dah penuh. Kali ni kena gabung 5 buah meja.. haha.. keluarga aku boleh thn besar gak. Boleh katakan acara makan besar la kali ni. Order mcm2, sate, tomyam, kupang, telur bungkus, nasi lemak, nasi paprik. Masing2 adik badik pakat sumbang duit.

Zainal : nah Yong (sambil hulur seringgit.. nak gurau le tu)
Yong : bak mai (dgn selamba je trus amik singgit tu)
Zainal : (dlm hati.. menyesal aku hulur... tidak ade gak singgit)

hahahahahaha.. takpe.. dah keje esok open table ye Zainal ye..

Perut sudah kenyang.. balik la apa lagi. Plan nak balik mlm tu, ditunda ke esok pagi dek keseronokan dpt berkumpul ramai2 yg bukan selalu ada.

Friday, May 30, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [3]


25 May 2008..

Jalan2 ke Danga Bay dan Angsana.....

Pagi tu dlm pukul 10am, kitorang bergerak 2 buah kete menuju ke bandar JB. Nyah ngn Abg Farid tak ikut sbb Umi ngn Abah tak pegi. Si Saiful ngn Azam je ngikut. Destinasi pertama kami menuju ke Danga Bay, berpandukan GPS Chor.


Sampai kat Danga Bay, panasnya. Kawasan lengang dan sunyi. Cuma ada sikit org je dok bersiar2 kat situ. Kedai2 pun byk tak bukak lagi. Ingat lagi... dulu sini laut.... dr jalan dah boleh nampak laut..skang dah ditambak2 jadi Danga Bay. MMg dah berubah dr masa aku tinggalkan Johor ni dulu.

Salah timing mari ni... kalau malam meriah le kot.. siang2 panas mcm ni takde pape le. Tp kalau dah meriah tu sure sesak. Lepas pusing2 tgk kawasan, snap sekeping dua gambar. Kitorang belah la. Cari tempat yg tak panas.

jgn cari rupa aku.. tiada di dalam gambar... kekekeke

Tujuan seterusnya, ke Angsana, nak merayap ke lain malas.. main belasah je mana dekat.. kekekeke. Ni pun tempat nostalgia aku gak ni... Masa belajar dulu, bosan2 lepak sini la... kekekekeke.. Angsana pun dah berubah. Aku tgk makin byk gerai. Tak macam masa dulu2, byk kedai.. nampak elegan sket.. skang dah byk gerai.

Naik ke tingkat atas sekali... budak2 nampak arcade, apa lagi. Nak main le jawabnya. Bg le depa main kete goyang tu sat. huhuhu... aku di rompak.... lepas tu sempat main tembak2 lak.. lg skali kena rompak.. bukan anak2 je.... adik aku pun sama... huhuhu.. dah puas main.. baru turun bawah carik makan.

baru pasan Bilal takde dlm gambar.

Masa makan ni pun lawak gak. Aku cadangkan makan mi rebus Hj. Wahid. Kan pemes mee rebus ni kat JB ni. Adik badik aku stuju, ke gerai tu la tujuan kami. Aku ngn Yong sampai tempat makan dulu ngn anak2. Cari port lepak, aku ngn Yong gabungkan meja sebab kitorang ramai. Tgh dok cantum meja ni la, org jual air mari nak amik order.

Brader jual air : nak minum air apa??
Munshi : saya nak air merah
Aliah : kak yong pun nak air merah gak
Saiful : nak air hijau
Azam : nak air merah gak
Haikal : haikal nak air hijau
Munshi : ok.. air merah 3.. air hijau 2...
Bilal : saya nak air biru.... (muahahahaha)
Brader jual air : (terdiam dgn muka yg blur)....

hahahahahahahaha...

Menu utama ari tu, yg dewasa pakat makan mee rebus, kecuali Zainal makan nasi ayam, yg anak2 pakat makan nasi ayam. Tak lupa juga pesan otak2. Masa mula2 duduk kat meja tu, pakcik dr gerai mee rebus tu dah hantar otak2 20 ketui. Siap tanya lg cukup ke 20 ni? Aku ngn Yong kata cukup dulu. Skali dah makan, huh.. sedap. Aku mmg dah tahu situ otak2 sedap.. tp takut yg lain tak kena selera lak. Tp sume pakat suka. Yela, slalu makan org jual yg beku tu. Ni yg fresh org baru buat dan bakar kat situ. 50sen satu pun berbaloi. Ari tu singgah kat Pagoh, otak2 situ pun tak sesedap ni.

20 ketui otak2 abis dlm sekelip mata. Kecoh le masing2.. baru rasa sket dah abeh? Order lagi 20 ketui. Habis gak lagi.. order lagi 20 ketui. Yong sampai sorok bawah pinggan la.. kekeke. Tukang perabis otak2 nombor satu, tu.. org Johor tu... si Azamuddin... hahaha... Lepas tu siap order bawak balik.. 50 ketui lak utk org2 yg ditinggalkan kat rumah (termasuk la utk yg dah makan kat Angsana.. kekekeke). Percaya tak? Kitorang abiskan RM60 utk otak2 semata-mata. ngeh ngeh ngeh.. punya balun mkn otak2 ni.

Abg Tapa : ni org Johor ni.. dia je dok makan ni.
Zainal : tah org Johor ni.. bg can la yg bukan org Johor ni nak makan
Azamuddin : hehehehehe...

Tapi boleh puji la si Azamuddin ni ari tu. Dia la selaku abang paling tua walau bukan paling besar.. paling besar Munshi (saiz badan.. kekeke) dah bantu jaga adik2 dr merayau tak tentu hala atau ikut tah sapa2.. heheh.. Baikla Azamuddin ni. Yg aku ngn Yong lak.. sentiasa je dok mengira.. cukup tak 8 orang... hahaha.

yg mulut comot lepas mkn mee rebus tu Haikal.. yg sebelah tu le org Johor yg plg byk sapu otak2... Azamuddin.



pembungkus otak2 je yg tinggal bersepah...

Lepas habis soru sapedum... apa lagi.. balik la.

Thursday, May 29, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [2]


24 May 2008..

Apa aktiviti hari ini?.

Hari ni bgn tido... sume bgn lambat... hahahaha.. penat. Lepas bgn tido pakat relak2 dulu. Sambil memikir kemanakah arah tujuan yg patut di tuju. Dalam pada tu aku sempat snap gambar rumah nyah.

cantik tak??

Bila jam dah menginjak ke pukul 10am, aku dah menggelisah. Apa citer.. takkan dah dtg jauh2 nak duduk umah je... huhuhu. Abah ngn Umi mmg kalau boleh nak rehat kat umah je... yelah.. org tua2 penagt jln jauh ni. Yong pun tgh mengandung. Penat lg le tu...huhu.. aku ngn Zainal je le menggeletak nak kuar merayau. Tapi tak tahu jalan...huhuhu. Aku? Dulu aku kuar merayau dkt JB ni ade driver... kekekeke.

Last2 Chor, Yong ngn Zainal kuar merayau mana tah dekat2, bawak anak2. Pastu Abah konon nak bawa Umi pusing2 sekitar situ. Aku pun ikut la... bawak keta Nyah.. baru pusing tak dan 10 minit.. patah balik. Sebabnya.. minyak tinggal sket... pastu hon nyah tu tak tahu nape... asal terentak sket die dok bunyi.. bygkan.. bila lalu line kuning tu.. dia dok terbunyi prennn prennnn pronnnn... huhuhu.

Lepas Zohor, kitorang kuar pegi Gelang Patah, umah parents Abg Farid. Hidangan istimewa, puding khas si Hawa buat.... thanks Awe... sedappppppp. Abah rancak le bersembang.. jumpa tok bisan. Tgh bersembang, Abg Tapa lak call, dia ckp dia on the way nak dtg Johor... kekekek.. tak puas ati le tu adik badik lain pakat berkumpul ramai. Tu yg sanggup mari Johor lps abis Hari Keluarga. kekekekeke

kamera aku penuh ngn gambar budak2 ni je. tgkle.. mcm2 aksi ade..


Singgah di UTM...


Lepas beransur dr gelang Patah, kitorang singgah UTM. Aku le yg beria-2ia ajak singgah UTM. Tp tak dpt singgah lama. Cadang hati nak pusing2 ronda2 dlm tu.. tp tak cukup masa tkt nanti Abg Tapa sampai tertunggu lak. So kat depan pintu guard tu pun jadila. Itupun skang dah ada 2 pintu guard.. kekekeke..

erm.. UTM ada byk kenangan aku kat sini. Dr masa aku sekolah rendah, as anak staf yg duduk dlm UTM.. kemudian aku masuk kembali ke UTM as student UTM pulak. Hai, tempat jatuh lagikan di kenang... dan disini tak terkira byk kalinya aku jatuh...hahahaha

si zainal kononnya nak bergambar sorang.. nak bg kat awek.. hahaha.. skali 'bini tumpang' ngn anak2 lak ikut masuk skali dlm gambar.. muahahaha... hancur...

Lepas dpt panggilan dr Abg Tapa yg dia dah sampai tol skudai.. kitorang terus bergerak pi jemput dia. Tunggu... satu hari nanti aku akan sampai situ lg utk lepaskan rindu dendamku..hahahah..


Malam tu....

Malam takde aktiviti ape sgt.. dah berkumpul abis semua ahli keluarga kitorang.. lagi riuhlah bersembang. Malam tu siap buat tahlil lagi.. sempena masuk rumah baru. Nyah masuk ari tu takde buat tahlil lagi.

Nyah : Abah tlg tgk sama, 'pagar' rumah ni ok tak?
Zainal : Pagar? Zainal tgk ok je.. cuba Chor lak tgk....
Nyah : cehhh

Habis tahlil, Parents Abg Farid lak dtg rumah. Pastu Pak Ndak pun mari dgn Mak Ndak, anak2 pompuan dia. Lagi bertambah riuhlah rumah. So teruskan kepada acara makan malam le.. kekekeke... Si Aliah lak, nangis2 sampai merah2 mata sbb nak tgk Akademi Fantasia... si Amudin lak (termasuk atih dia.. hahaha) dok usik tak bagi tgk. Sampaila Opah kena campur tgn..hahahaha

Abis mkn mlm.. dah kemas2 sume.. org lain dok sibuk sembang lagi... aku lak lari naik atas tgk citer Forbidden Kingdom... kekeke.. anak2 pun pakat ikut aku. Si Saiful mula le nyendeng mari baring atas aku.

Saiful : dah lama adik tak baring atas atih..

kekekekeke..

lepas tu.... lagi mau citer ka??

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

ermmm... tp dlm ramai2 tu masih ada sorang lagi yg takde... dah 16 thn.. erm.. sori.. mlm ni mlm jumaat.. lepas baca yasin sure tingat...

Al-Fatihah buat arwah Abg Asan.


Wednesday, May 28, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [1]

Dari hari Jumaat, 23 May, yg lepas aku dah mula bercuti sehinggalah ke hari Isnin, 26 May lepas. Campur Sabtu Ahad sume jadi 4 hari. Pergh... best tu. Pegi mana tu? Ya.. pegi jalan2 jumpa adik badik. Meh nak citer pasal aku punya cuti2 Malaysia...kekekeke.

Khamis, 22 May 2008..

Perjalanan ke Shah Alam.

Habis je kerja pukul 4pm (tukar shift dgn fina) aku trus cabut balik. Takde tunggu2 dah, sampai terlupa nak logout..hahahaha.. mujur Tim pasan. So makcik Mizan le yg kena tlg logout utk aku.. kekekeke.. mekasih.

Sampai umah aku baru nak kemaskan baju. Aku pun tak tahu apa aku angkut byk sgt sampai penuh beg... padehal bkn pakai sume baju pun. Pastu tinggalkan friskies utk uteh. Padan muka Uteh kena tinggal. Tp Kura dgn Kuri aku usung balik ke Semanggol. Kalo tinggal sian tak mkn, kat kg leh mintak tlg kak Ani (jiran) tlg jaga.

Lepas magrhib Yong dtg amik aku, trus bertolak blk semanggol. Dr semanggol, kitorang bertolak 2 buah kete (er... means bergerak la.. bknnya pakat dok tolak kete..huhuhu), mers ngn innova, kami bergerak lbh kurang dlm pukul 8pm lebih ke 9pm mcm tu la. Drivernya Zainal (adik aku) ngn Chor (abg ipar aku).

Dah lama berjalan, aku rasa aku terlelap dlm pukul 12am lebih aku dah terlelap. Aku mmg pantang, pantang kalau tak terlelap dlm kete bila berjalan jauh. Sampai kat umah Abg Tapa (abg aku) di Shah Alam lebih kurang pukul 2am menghampiri 3am... pukul 3 pagi... ekekekeke. Punggah2 barang naik ke rumah abg, sembang dulu.. (sempat sembang tu.. padahal mata masing2 dah kuyu layu je), barulah tido.

ZZZZZZZZZZZZZZZZZ


Jumaat, 23 May 2008..

Melawat Rumah Abg Tapa.

Pagi tu, lepas sarapan pagi, kitorang pergi tgk rumah abg tapa lak. Aik.. dah tido kat umah dia pegi umah mana lak?.. kekeke.. tu rumah utk kakitangan kerajaan selangor. Yg pegi lawat ni rumah yg abg tapa beli sendiri. Dr Shah Alam ke rumah abg tapa jauh jugak.... nun di Puncak Alam sana letaknya.

Haa... si munshi ponteng sekolah ari ni.. tak mau pegi skolah bila tgk tok wan, opah, ibu, ayah chor, atih, pakcu, kak yong, haikal ngn amri ade kat umah.. kekekeke.

Ana (maid Yong aku) : "eh... kak som.. munshi tak pegi sekolah ke?"

Bik Som (maid abg aku) : "entah...(tanya kat munshi lak) eh.. munshi tak mahu ke sekolah?"


sekolah ape?.. dah pukul 8am baru nak tanya... hapeda.. lemas perut aku tgk maid abg tapa ni...

Balik pada topik asal...

Alhamdulillah... abang tapa pun dah ada rumah sendiri. Seronok tgk. Maybe hujung thn ni baru pindah sana. Reka bentuk ngn design rumah tu lawa jugak. Ada 4 bilik. Eh.. ke 3 bilik? Pastu kalau nak tambah bilik lagipun tgk ada ruang lagi. Rumah tu pun end lot. Takde gambar. Tak sempat snap sbb bateri abis. Ada la abg tapa amik gambar ramai2 guna kamera dia.. nanti bila abg tapa dah email aku update kat sini.

antara gambar yg aku snap kat umah abg tapa

si munshi dan si bilal.. cuba teka brape umur budak berdua ni.. sapa betul aku sila amik jam besar kuala lumpur sbg hadiah...kekekeke

Eksiden di sepanjang perjalanan ke Johor.

Lepas semayang jumaat, kitorang pun bertolak ke umah Nyah... next destination, Bandar Seri Alam, Johor. Abg Tapa tak ikut sbb esoknya Kak Ani ada opis punya Hari Keluarga.

Dalam perjalan ke Johor ni, kitorang tersangkut dlm jem. Apa tidak jemnya, sepanjang2 perjalan ada eksiden. As usual (betui ke aku eja ni?).. aku mmg sah terlelap dlm kete, tp sempat terjaga di part eksiden.. kekekeke. Mula2 je ade 4 ke 5 biji kete berderet eksiedn.. huh.. hari hujan.. nak brek tak sempat le tu. Lepas tu ke depan sedikit ada 2 biji bas berlanggar. Ke depan lg sikit pulak, 3 biji kete pulak, Waja (kalau tak silap, Myvi dan Wira. Yg Myvi tu sampai terbalik dan kemek, waja remuk belakang, wira hancur bonet depan. fuh..

Lane sebelah sana pun ade eksiden jugak. Ade kete sodok kete depan, ade kete terbabas ke divider jalan, ada jugak yg langgar pokok tepi jalan sampai patah pokok tu timpa pulak kete dia abis remuk. Adei... maka dgn ini, berhati-hatilah di jalan raya. Ingat.. jalan raya bukan tempat berlumba. ekekekeke...

Singgah rehat kat perhentian Pagoh, isi perut sket, rehat sekejap. Kat kedai cenderama tu aku ternampak setem2 lama lak. Ape lagi, beli le. Aku beli setem ngn fridge magnet.

ni le setemnya.. gambar fridge magnet takde.. malas turun bwh amik gambar...

Dgn jam ape sumenye, dlm kul 8pm baru kitorang sampai umah Nyah. Sepanjang perjalanan, bila hari dah makin gelap, masin2 mula le cemuh, bila la nak sampai umah Nyah ni. Terasa jauh sgt perjalanan. Padehal dulu masa belajar aku duk ulang alik naik bas dr Johor ke Perak, Perak ke Johor takde rase pape pun...huhuhu.

Aku : " si azam ngn si saiful mesti dok tertanya-tanya, bila la opah ngn tokwan nak sampai ni.."

Yong : "bukan depa yg tertanya, kita ni yg dah tak sabar tertanya-tanya nak sampai bila"

Aku : "hahahahaha"

Dialog Aliah ngn opah dia...

Aliah : "bila kita nak sampai umak Mak (Nyah) ni? dr malam sampai ke siang.. skang dah malam balik.. tak sampai2 pun lagi"

wahahahahaha...

Sampai kat umah nyah, aku masuk2 je dlm umah, si saiful anuar terus lari peluk aku... atihhhhhh... kekekeke.. rindula tu. Masa kitorang duk skali, mmg saiful manja ngn aku.

Nyah : "mmg dia dah dok tanya dah, [saiful tanya mcm ni >> nanti opah ngn tokwan nak dtg sini ke ngn ibu (Yong) ngn abah (chor)? Atih dtg tak? ]"

hehehe

Lepas punggah2 barang masuk umah, masing2 pakat melawat kawasan.. kekeke. Cantik umah nyah. Seronok aku tengok. Alhamdulillah... aku tumpang gembira. Dah puas melawat kawasan, kitorang makan malam, sembang2, siap tempat tido.. pastu tido...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, May 22, 2008

Escapism...


Well, selama 4 hari ni aku akn bercuti. So maybe dlm 4 hari ni aku takkan update blog ni. Bg pengunjung2 setia (err.. ade pengunjung ke blog aku ni?.. kekeke)... jgnlah korang rindu pada aku ek... hahahahaha... See you all after 4 days.

And.... i have ole-ole for you all... sila-silalah jamu selera dgn chocolate ngn ice cream ni ek... silalah... jgn malu-malu... dak lemon ngn katak ijo sure suke tgk cekelat-cekelat ni.. hahahahaha..



Wednesday, May 21, 2008

Ketuk Dia....

abah aku pernah cakap, org tua2 dulu selalu cakap...

"kalau jumpa ular ngn ha nun dal wau, ketuk kasi mampus itu ha nun dal wau dulu"

semakin aku besar, aku mengakui kata2 tu. kat sini pun ada ramai ha nun dal wau yg aku rasa nak ketuk2 ja. tp tak boleh... kang ha nun dal ro fa buat piket lak.. .






but it doesn't mean that I will just let you all pijak my kepala. Boleh belah...

Pelupa Tahap Gaban

gambar ini hanyalah hiasan semata-mata, tiada kaitan dgn yg hidup mahupun yg tlh mati. kredit tu tuan punya gambar. sapa tah aku amik dr tenet. pinjam gambar no.

Huhuhu... aku tak tau la nak mampus ka nak apa ni. Semenjak dua menjak ni aku punya penyakit lupa makin teruk. Tapi nak kata pelupa gila pun tak juga. Nak kata semedang lupa tak juga. Kalau mende2 kecik tu dah biasa terlupa...huhuhu. Tp yg skang ni yg aku mudah lupa ni... lupa yg boleh buat aku jadi lawak ...huhuhu..

Contoh mcm pagi tadi, sebelum gi kerja aku singgah Esso nak isi minyak. Aku masuk dlm byr RM30, pastu aku kuar, dgn selambanya terus masuk dlm keter dan start enjin. Elok aku nak start gear, baru aku tingat.. "eh.. aku belum isi minyak lagi". Ya Allah... apa le pagi2 dah pelupa ni... mamai betui. Aku pun matikan enjin dan kuar keter balik, pastu isi minyak. Org2 pump sebelah menyebelah pun heran tgk gelagat aku...huhu. Alhamdulillah gak teringat. Kalau tak aku jalan terus je.. Rm30 rugi, kete berenti habis minyak tgh jln. Minyak dah E tu...huhuhuhu. Teruk kan penyakit lupa aku.

Ni mesti mamai tak cukup tido ni... mlm tadi aku jenuh berkeluh kesah baru leh tido. Dah la sebelum tu terkelendat sbb tersepak kaki katil, terjatuh betul2 atas tilam...huhuhu... mujur atas tilam. Hehehe.. wat alasan tak cukup tido lak.

Tp yg bestnya, aku dah ingat balik pwd clicks aku.. yes..yes.. yes..

So apa kena mengena ngn gambar kat atas tu?.. takde kena mengena.. saje nak jamu para pengunjung blog aku.... jemputlah jamu mata ek... kekekekeke

Tuesday, May 20, 2008

Beli Novel pulak


itu dia... aku yg kononnya berada di dalam mode jimat cermat sbb nak save duit nak gi jln2 cr mkn hujung minggu ni... tlh mula lupa daratan sebaik saja nampak novel ngn orkid...huhuhu.

Ari sabtu ari tu tibai beli orkid... lari dah budget.. ni ari ni bantai gi beli novel lak.. aduh... sampai 2 lak tu...huhhuhu... save mode ape lagu ni. duit gaji tinggal sikit dah ni.. kang kot tak cukup sampai hujung bulan...huhuhu...

minggu lepas aku baru abih baca citer 'Seribu Kali Sayang' dr Anis Ayuni. Tak berapa menarik sgt novel dia kali ni. Tapi oklah, takdela pula tak best langsung.. Cuma xfactor kurang. Citer kurang menyengat sket.



Ari ni aku beli novel 'Selagi Ada Dia - Aisya Sofea' ngn 'Ternyata Cinta - Damya Hanna'. Hopefully berbaloi la duit aku beli dua2 novel ni.huhuhu...



Aku pasan skang alaf 21 punya cover style.. nama penulis tu besar lg dr tajuk... banding dulu tajuk bsr lg dr nama penulis... tajuk kat atas nama kat bwh... tp skang nama kat atas... tajuk kat bawah... tp bg penulis2 baru or tak berapa terkenal masih ikut tajuk kat atas nama kat bawah.. nama kecik lg dr tajuk... ni dah mcm nak jual nama... bkn novel.. tau la.. penulis2 ni dah de peminat sendiri.. tp jgn le guna taktik nama penulis utk lariskan novel... belum tentu semua novel penulis tu best. haii... entahla...



inilah si uteh... comel tak?..... uteh tak bg jth brg dah... skang kalo dia nakal.. pegang je rotan.... tak jadi nakal dah.... kekekekekeke..... jeles tul dia org bermanja2 ngn blog. ada je mende yg dicuitnya spy org takle menaip...huhuhuhuhu... babap kang... nak???

Sunday, May 18, 2008

Kesian Uteh

Tadi aku rotan uteh. Geram sbb dia jatuhkan sebalang friskies. Habis tumpah atas lantai yg aku baru sapu ngn mop pagi tadi.. alahai.

Lepas rotan rasa kesian lak. Mesti dia lapar sbb dia degil tak mo makan nasi tu. Aku lak sbb nak ajar dia, aku biarkan je nasi tu dlm pinggan dia takmo bg friskies.

Lepas aku kemaskan balik friskies tu. Aku letak sket friskies utk dia. Sikit je. Kalao dia lapar lagi biar dia makan nasi tu.

Td aku turun bawah intai dia. Dia tgh makan friskies. erm.. sian dia aku rotan dia. Tp aku tak amik pujuk dia. Aku nak dia tahu tu salah. Jatuhkan balang friskies tu. Supaya dia tak muor.

Oklah... nak tido dulu. Esok nak keje awal.

Wahai Anggerik... cantik dan menarik...


Dah lama aku tak bercerita pasal orkid aku. Tu yg majuk tak berbunga kot…. Hehehe. Dari satu pasu orkid yg hanya berharga Rm6, kini aku dah ada 15 pasu orkid… ngeh ngeh. Nampaknya minat aku dah makin mendalam pada orkid. Bermula dr hanay suka2 amik gambar orkid sbb terpesona dgn kecantikannya, aku terus terpesona utk memilikinya. Melihat taman orkid Yong yg penuh dgn pelbagai sepsis orkid, buat aku tambah bersemangat bela orkid.

Nak tgk koleksi terbaru orkid aku? Inilah dia…









Yang warna pink tu koleksi yg terbaru sekali. Tapi sayang, masa angkat keluar dr kereta tak pasan tangkai bunga tu patah…. Huhu.. sedih rasa. Tp takpela. Nanti dia berbunga lagi. Ari tu yg first orkid aku tu mcm tu juga. Tgh lebat berbunga, skali tangkai dia patah. Tak tahula kena langgar kucing ke apa ke…huhu.. sayang betul. Masa tu bunga dia keluar merimbun lak tu.

Dr just ikut umi konon nak beli pasu, habis RM39 gak aku dek kerana orkid… huhu.. konon nak beli tempat letak pasu je, hasilnya, satu tempat letak pasu, 2 biji pasu kosong dan sepasu orkid pesen apa tah. Yong pun takde lagi orkid jenis tu. Dah beli sepasu tu, sampai dirumah Yong akhirnya dipecahkan menjadi 4 pasu. Sorang satu utk aku, Yong, Umi dan ada lebih sepasu lagi, ingat nak bagi nyah… err.. tp thn ke orkid tu di bawa berjalan jauh? Pastu Yong amik lak orkid lama dia, pecahkan lagi bhg 3 utk aku ngn umi dan dia sendiri.
Balik je dr rumah Yong semalam, petang tu apa lagi, terus mengerjakan taman orkid aku tule.. ceh.. taman konon…. Ekekeke. Mula2 aku susun pasu dlm stand pasu yg aku beli tu. Bolehla letak 4 pasu. Pastu aku letak pasu2 lain keliling dia. Pastu susun yg belah pagar pulak bg nampak kemas. Ada stengah aku tukar pasu, pastu aku ikat ngn dawai dan gantung. Dah selesai sume ape lagi, sembur ubat, tabor racun siput dan baja la. Huh… penat tp puas ati. Nanti bila ade duit lagi, nak beli stand pasu lagi.

Hehehehe… ni le rupa taman mini orkid aku… nampak le kemas sket.





7 dalam 1

Catatan pada Sabtu, 17 May, malam

1. Tahniah Cik Lan
Hari jumaat lepas Cik Lan sekeluarga menerima khabar gembira di atas kelahiran putera sulung mereka. TAHNIAH. Setelah 3 puteri berturut2 akhirnya Cik Lan dpt juga putera. Nama? Entah.. tak pergi tgk pun lagi. Maybe blk dr Johor nanti boleh singgah.

2. Thanks Kak Chu
Aku mengadu pada Kak Chu @ Dasyu psl cabut gigi. Ye la, org tgh sakit, nak manja2 le tu. Tak sangka Kak Chu betul2 amik berat. Kak Chu pesan hati2 ngn gusi yg masih berlubang tu, jgn sampai makanan masuk dlm tu. Kalau bernanah nanti kot kena buang gusi… huhu.. tak mo..

“ Camne keadaan gigi tempe? Dh ok?”
“Hati2 dgn gusi blubang tu, pastikan xde sisa mknan yg melekat, nanti lg teruk gusi.”

Thanks Kak Chu…. Muahssss.. sayang dia.

3. Uteh
Masuk ni dah 2 minggu Uteh duduk ngn aku. Uteh jumpa aku kat Esso dan mengikut aku balik. Ada gak teman, tp yg rimasnya Uteh ni suka ek ok ek ok ek ok.. lemas aku di buatnya. Agaknya mmg jenis keturunan siam ni suka mengek ngok kot. Sari dulu pun mcm ni juga.

4. Mimpi
Malam semalam aku mimpi gigi atas tercabut. Aku bgtahu Umi, “Allah” kata umi. Biasanya mimpi gigi atas patah ni ada org yg nak pergi. Ulk.. tak mahu. Aku tak sanggup kehilangan lagi…

Argh.. mimpi mainan tido. Maybe sbb aku baru cabut gigi jadi aku termimpi2 gigi tercabut lagi.

5. Umi ngn Abah datang
Mlm semalam Umi ngn abah tido kat rumah aku, lepas abah habis mengajar sbb mlm ni abah nak mengajar di sini lagi. At least mlm tu aku berteman jugak dirumah. Tak la terasa sunyi sgt. Tp tilam tak cukup, Umi Cuma dpt tidur atas alas kain tebal je.. huhu.. mujur di sini tak sejuk waktu mlm mcm kat kg. Sori umi.. huhu

6. Godek Blog
Ke rumah Yong, guna tenet, aku menggodek blog. Aku dah buang blog My Own Tv, sbb downloading lembab and tak de pekdah pun. Yg kekal cuma blog ni, irama jiwa, seribu makna ngn jurnal jlbm. Seribu makna pun aku dah buang page 1. Ingat nak pindahkan seribu makna ke akaun utama. Tp tak reti so biarlah dia duduk dgn akaun jurnal JLBM. Jurnal JLBM itu pun nanti kalau aku rasa tak berpekdah nanti2 aku buang juga.

Punya menggodek mencari template utk Seribu Makna, last2 aku guna template blogger je. Tp aku ubah2 warnanya. Tp aku rasa mcm buruk je. Huhuhuhu. Nak tgk masuk sini >> Seribu Makna

7. Gila orkid tul
Beli sepasu lg orkid. Beli pasu kosong 2. Beli stand letak pasu 1. Beli dawai 2. Tadi petang menyusun pasu le jawabnya. Dan juga membetulkan pokok2 orkid. Hehehe.. suka2, orkid aku dah bertambah.

Tak mo citer byk, nanti nak citer dlm satu entry khas pasal orkid. Dah lama tak citer pasal orkid. Lepas penat menyusun orkid, siram pokok di depan dan belakang. Buh baja lagi, rehat kejap dan mandi.

Segarnya mandi lepas berpeluh tu. Guna lak shower scrub strawberry.. ermm.. best best.. bdn wangi je bau strawberry.

Thursday, May 15, 2008

Show me the meaning of being lonely.......

"Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling, I need to walk with.............


Something is missing in my heart"


Tiba2 je malam ni aku rasa sunyi, sepi menghuni rumah ni. Biasanya tidak macam ni. Tp malam ni kenapa tah. Dgn hanya ditemani oleh seekor kucing, dan dua ekor kura2, aku merasakan kesunyian malam ini.

Atau.. mungkinkah hati ini yg sunyi? Argh.. hati ini telah lama sunyi dan tak kan mungkin ada pengisinya. Entahlah... kadangkala, aku jua tidak memahami hati ini. Apa kemahuannya, apa kehendaknya, apa keinginannya. Aku penat, aku lelah untuk cuba memahaminya. Lantas aku biarkannya diulit kesepian.

"carilah teman, takde la dok sorang2"

Alahai umi, nak cari kat mana? nak cari macam mana? Entahlah, bab teman ni mmg aku tak mahu sentuh. Hati ini belum terbuka lagi. Kenapa, biarlah aku seorang je yg tahu. Hai... malas nak pikir. Lagipun siapalah yang sudi

" I lie awake, I drive myself crazy
I drive myself crazy......................


I was such a fool"

Malam semakin menginjak berlalu, namun aku masih di ulit perasaan. Di temani irama lagu yg berkumandang. Aku terus tenggelam dalam lamunanku... ah.. mengapa harus aku sebegini? Persetankan perasaan ini. Biarkanlah aku damai di malam. Biarkanlah aku, sendiri.

Wednesday, May 14, 2008

Entry 18 SG

Entry ini penuh dgn keganasan. Bagi yg lemah semangat di larang membacanya.

DUMMMMMMMMMMM.... berdentum meja aku hempuk. BRANGGGGGGGGGGGG telefon pulak aku hempas ke lantai. Berderai telefon keter kebal (bak kata jejerz) tu menghempas ke lantai. Aku tak tahan lagi. Byk songeh betul. Kerja menyusahkan orang je. Macam $#%#(%#*&%^#(%(&*#%.

"You apa pasat suka hempuk2 meja ha? Tatak bagut a itu macam... bla..bla.. blaa.." dan tah hape2 lagilah si Nona Bue Keat (bkn nama sebenar) membebel kat aku.

"Lu diam, kalau tak muka lu wa hempuk kang.. lu mau ka".. sergah aku balik.

Nona terus terdiam dan terkencing di tempat duduknya melihat aku yg mengamuk mcm singa hilang anak.

Aku bgn dari tempat duduk aku... aku pergi ke si Jim Sen (bkn nama sebenar).. BERDENTAM... meja dia pulak aku hentak.

Jim Sen : Aphal ko hah? hentak2 meja org ni?

Aku : Ko diam... ko tau tak ko dah menyusahkan aku.. pastu kurang ajar pulak tu. Dasar tak guna... &*#&*^%*#^%#*(^#$&*#$&*(&*(**%&.

Belum sempat dia balas cakap aku.. aku tangkap tengkuk dia.. aku kilas2kan tengkuk dia. Tak cukup dgn tu, aku amik telefon atas meja dia, aku ketuk2kan kepala dia dgn telefon tu. Mengerang-ngerang dia cuba pertahankan diri. Tgn dia cuba tumbuk aku. Sepantas kilat aku capai tangan dia, aku pulaskan kebelakang sampai terkulai layu tgn dia. Patah ke apa ke aku tak tahu la.. mampus pi kat dia la.

Tak cukup dgn tu, aku julang badan dia... aku hempas2kan dia ke lantai. Amarah aku mmg dah tahap geram gila babas ni. Dah aku hempas, lembik dia terlentang kat lantai. Aku pijak2 pulak perut dia. Tak puas ati lagi, aku sepak2 pula badan dia. Sampai mengah2 aku dibuatnya menyepak dia. Takpe... janji aku puas hati.

Orang2 lain kat ofis tu mula panik tgk aksi ganas aku. Ada yg terjerit2 seolah olah kena histeria, ada yg terlolong2 mcm tarzan panggil katak, tak kurang jugak yg menelefon security guard lapor pasal kekecohan tu. Tp nak masuk campur tlg si Jim Sen tu diorang tak bani. Takut diorang lak kena karate karate ngn aku. Mana taknya.. baru nak tlg si Jim Sen tu.. aku dah baling diorang ngn kerusi, aku jeling sekor ngn gaya lembu naik minyak. Takut.. kecut perut masing2.

Si Jim Sen lak... terketar2 mintak ampun. Menyusun sepuluh jari dia sembah aku sambil sesekali merayu mintak tlg kat org ramai. Heh.. jgn harap la.. aku tak puas hati lagi ni... aku cekak lak rambut dia... aku lontar dia ke tingkap. Prung.. berderai kaca tingkap pecah. Si Jim Sen lak lembik kat tepi tingkap. Kacak duk cucuk muka dia.. merembes-rembes darah kuar dr luka dia.

Elok aku menapak nak belasah si Jim Sen tu lagi, pak guard pakat serbu aku ramai2 sambil pegang pistol. Bukan calang2 pistol tu, automatik gun Barreta. Yg pegang shotgun pun ada.

"Berhenti bergerak atau kami tembak"

Ceh.. ingat aku takut la tu. Aku tak peduli. Kalau dah mengamuk, akan ku amuk sampai ke titisan darah terakhir. Ini keturunan panglima ni tau. Darah panglima mengalir panas je dlm bdn ni.

Aku wat bodoh ngn wat dek je ngn amaran pak guard. Aku terus pergi belasah si Jim Sen tu. Pak guard pun pakat lepaskan tembakan kat aku.

Eyah.. eyah.. yah.. aku mengelak peluru pakguard tu selamba je ala2 cerita the matrix. Tercengang semua pak guard tu. Tak puas hati, diorang tembak aku pakai machinegun lak.

Tratttt tratttttt trattttt terrrrr terrrrrrrrrrrrrrrr...

Aku selamba je kutip setiap biji peluru yg dimuntahkan kat aku.. aku jentik pulak peluru tu sebiji sebiji ke arah pakguard tu sume.. abis kojol sume bila peluru tu tembus kepala diorang. Huh.. sharp shooter tu...

Tiba2...

Truttttttttt

Panggilan dr customer masuk.

Ceh.. aku berangan rupanya. Astaghfirullahal azim.. jauhnye lamunan aku. Ni gara2 bengang ngn si ca ya nun alif ni la.. dok geram tak sudah. huhuhuhu.... sabar je lah.

Selawat banyak2 ek. Tp kalau dpt wat sungguh2 kan ke best.. hahahahaha...

PART 3 - Dia Menjelma??


Di malam yg sunyi itu, Mizan sedang bergolek2 menonton TV dgn enaknya. Sambil mengunyah kerepek, Mizan menonton rancangan Sindarela kegemarannya. Jam sudah menunjukkan ke pukul 10 malam. Di dalam keheningan malam itu, sayup2 telinga Mizan menangkap suatu bunyi.....

♪Di malam yang sepi kau hadir menjelma
Memukau pandangan
Mungkinkah ini nyata
Di malam yang sepi keu hadir menjelma
Ku tersenyum lalu tergoda ♪


embekkkkkkkkkkkkk.... embekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

"Oh.. tidakk... tidak... bunyi itu lagi.. kenapa kau mesti mengganggu aku.. Pergiii.... Perrgiii..."

Serentak dgn itu lampu di rumah Mizan pun terpadam.

SAKSIKAN SAMBUNGANNYA NANTI

Catatan pengarang : haha.. mujur cikgu Rhea ingatkan utk sambung kisah ni.


Tuesday, May 13, 2008

AU ONE CMG Dinner

ari tu aku ada ckp aku gi dinner.. opis bayar.. kalau aku sendiri byr mau aku tak pergi.. satu hidangan je dah RM40. Sume2 aku makan mau dlm RM100 ngn air ngn dessert (betui ke aku eja utk pencuci mulut?) lagi. Nak cerita byk dah malas.

Share gambar je la..


video

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu…..

Catatan pada 11 May 2008, Ahad.


video

Seumur hidupku, aku tak pernah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada umi. Mungkin sambutan ini tiada dlm tradisi keluarga kami. Tidak tahulah di masa2 akan datang. Aku tak tahu pun bilakah tarikhnya Hari Ibu ini. Yg aku tahu pada bulan ini org2 kecoh2 meluahkan sayang mereka kepada ibu masing2. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari aku menyayangi ibu aku. Malah semalam, selesai menonton drama ‘Demi Masa’, ketika terpapar iklan Selamat Hari Ibu, umi bertanya, “oh, ini yg diorang dok heboh2kan hari mama tu kan.” … selamba je aku cakap.. “ hah.. ye lah tu. Tp brape hb tak tahu le. Alah.. nak hargai ibu bkn pada hari ibu, setiap masa kena hargai ibu, Hari2 hari ibu… orang sayanggggggggggggggg umiiiiiii…” sambil memeluk umi.

Tidak mengucapkan selamat hari ibu tidaklah pula bermaksud kita tidak menyayanginya. Bahkan kalau setiap tahun mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu, mama/umi/ibu/ mak/mummy’ dan memberikan hadiah, tp perangai kita menjeruk hati ibu tidak berguna juga. Bercakap pasal perangai, ye… aku sedar aku jua bukanlah anak yg baik. Aku sendiri ada masanya melawan cakap umi, berbalah cakap, merampus marah. Adakalanya perbuatan aku merisaukan umi, kata2ku mengguris hati umi, malah membuatkan umi menitiskan airmata. Tp demi Allah, kasih dan sayang ku terhadap umi tiada nilainya. Tak dpt aku bygkan hidup ini tanpa insan yg ku panggil Umi.

Semalam seharian tv menjamu mata penonton dgn cerita2 keibuan. Cerita ‘Baghban’ bermain di layer tv pada petangnya. Kisah mengenai anak2 yg diberi sepenuh kasih sayang oleh kedua org tuanya, segala kemahuan cuba diturutkan, namun apabila ibu bapa mereka memerlukan mereka, keduanya diperlakukan seperti tidak berharga sahaja oleh anak2 mereka.

Pada malamnya dijamu pula dgn drama ‘Demi Masa’, kisah seorang anak yg tidak tahu menyayangi dan menghormati ibunya yg tlh byk berkorban utk dirinya. Anak yg malu dgn keadaan ibunya yg tidak mempunyai sebelah mata. Malu utk mengaku itu ibunya. Tanpa dia sedari, dialah sebenarnya yg tidak mempunyai sebelah mata. Namun hati seorang ibu yg tidak mahu anaknya menempuh kesulitan telah merelakan sebelah matanya diambil utk memberi kesempurnaan fizikal kepada anaknya. Ya, kisah yg selalu aku baca dlm email, kini tlh di gubah ke layar tv. Cukup menyentuh hati.

Walau mcm mana pun rupa ibu kita, itu tetap ibu kita, jgnlah malu utk mengaku bahawa itu ibuku. Jgnlah aku tergolong di dlm golongan sebegitu nanti. Harapnya, walau mcm mana pun keadaan Umi, aku akan bgn dgn mendabik dada, tanpa segan dan silu, tanpa malu mengaku, itu umi aku.

Mungkin pada zaman ini telah menjadi halwa telinga kita dgn cerita2 mengenai org buang anak, gugurkan anak, dera anak, lacurkan anak. Ibu apakah mereka ini? Tidak.. padaku mereka bukan ibu. Ya, mereka telah melahirkan manusia yg lain. Namun mereka bukan ibu. Seorang ibu tidak akan, tidak sekali2 akan membuang anaknya.
Kenapa tiada Hari Anak? Hari dimana ibu bapa pula melahirkan rasa saying kepada anak2 mereka? Hehehe.. tak perlulah. Seorang ibu, seorang ayah, sehingga ke akhir hayatnya akan menyayangi anak2 mereka. Tak perlu pengucapan, perbuatan mereka menggambarkan kasih saying mereka. Malah, percayalah, walaupun mereka telah tiada, kasih sayang mereka akan tetap subur.

Sedangkan ibu kucing pun pandai menyayangi anaknya. Teringat aku pada si Selasih, kucing peliharaanku. Ditakdirkan pada suatu hari dia melahirkan anak, tp anaknya mati sebaik dilahirkan. Sayu saja aku melihat pandangan matanya terhadap anak yg sudah terkulai itu. Aku pun ambillah anaknya di bungkus dan di tanam. Perbuatan aku itu terlihat pula kepada si Selasih. Sudahnya, sepanjang hari si Selasih menyondol dan menggigit kaki ku, serta berderam marah kepada ku. Sepanjang hari dia mengekori aku. Sehingga aku dah tak tahan digigitnya, aku pun masuk menyorok dan mengunci diri di dalam bilik. Umi dgn adikku tertawa gelihati melihat perbuatan Selasih yg seakan2 marah kepadaku kerana menanam anaknya. Aku sangka dgn mengurung diriku, akan beransurlah si Selasih dr aku. Tp tidak, dia terus melanggar-langgarkan badannya ke pintu bilikku. Apabila dia penat mungkin, ketukkannya berhenti. Aku yg ingin keluar dr bilik bertanya kepada Umi sudah pergikah dia dr bilikku. Namun sebaik saja dia mendengar suaraku, dia melanggarkan lagi bdnnya ke pintu bilikku sambil berderam marah. Sehinggalah Umi mengambilnya, mendukung dan menciumnya sambil memujuk mengatakan yg anak dia tlh mati. Kemudian Umi suruh aku pula memujuknya. Barulah dia tidak marahkan aku lagi. Walau perbuatannya itu agak lucu dan membuatkan kami tertawa, tp terasa juga di hati kami. Itulah kasih ibu.

“Tgk, kucing pun tahu sayangkan anak. Marah dia kat hang sbb ingat hang buang anak dia. Emak manalah yg tak sayangkan anak”

Erm, bercakap panjang bagaikan aku anak yg baik, yg pandai menghargai seorang ibu. Tidak, aku bukan anak yg baik. Malah berbanding adik beradik yg lain, akulah yg paling kerap sakitkan hati umi. Aku akan cuba jadi anak yg baik, walaupun mungkin cubaan aku akan terus menjadi cubaan.

Cuma satu doaku Ya Allah, walaupun aku bukanlah anak yg terbaik buat Umi, jgnlah engkau jadikan aku anak yg jahat. Jgnlah engkau jadikan aku anak derhaka. Walau sejahat manapun aku, senakal mana pun aku, jgnlah sehingga kejahatan aku, dan kenakalan aku memalukan Umi dan Abah. Dan jgnlah sampai aku berbuat jahat kepada kedua2nya. Aminnnnnnnnnnnnn

Ye, aku kalau sudah berceloteh, cukup panjang lebar. Jadi, biarlah catatan ini berakhir di sini buat hari ini.

Di kesempatan ini aku ucapan,

SELAMAT HARI IBU

Buat UMI, YONG, NYAH dan KAK ANI. Juga utk semua ibu2 yg menyayangi anak mereka sepenuh hati mereka.


Sakit Gigi Tampal Koyok

Catatan pada Sabtu, 10 May 2008.

“Sakit gigi tampal koyok, sakit perut tampal koyok, sakit kepala tampal koyok.…..” inilah atr slh satu dialog yg aku dgr dr filem P.Ramlee yg mana memaparkan adegan seorang apek menjual ubat sambil mengetuk gong dan adegan itu disudahkan dgn apek tersebut mencabut gigi seorang budak dgn menggunakan playar.

Apa kena mengenanya dialog tersbut dgn aku? Hahaha.. tiada apa, cuma di kala menahan azab kesakitan gigi yg berdenyut-denyut ini aku teringatkan dialog tu. Alhamdulillah, kesakitan ini dah berkurangan sedikit semasa catatan ini dibuat.

Erm, apsal ayat aku mcm skema je ni. Tak best la. Kalau dlm entry lepas aku dah citer yg pipi aku dah pun membengkak dan doctor suruh dtg semula pada hari khamis utk cabut. Jadi hari khamis tu lepas kerja, aku trus pergi klinik gigi. Baring aje atas kerusi cabut gigi tu, doctor suntik ubat bius kat gusi aku. Masa dia suntik ubat bius pun dah terasa ngilunye bila jarum suntik menusuk ke dlm gusi aku sehingga terasa ke kepala kengiluannya. Urgh, pedih tul. Lepas dah kena bius, lidah aku mula terasa kebas, pastu gusi pun rasa kebas. Doktor pula biarkan je dulu ubat bius tu berkesan sebelum meneruskan upacara mencabut gigi… huhu… Dlm tempoh tu, pipi aku pun terasa makin mengebas sehingga rasa mcm pipi aku dah jadi belon. Lama juga le doctor tu biarkan aku baring mcm tu je atas kusi tu sementara menunggu ubat bius berkesan sepenuhnya, sampaikan aku dah rasa mengantuk menunggu, nak2 pula berada betul2 di bwh kipas…. Best je.

Tak lama slepas itu, upacara mencabut gigi pun bermula. Peralatan yg berderetan di atas troli sudah ckp mengecutkan perut… kekekekeke… Mula2 dr gunakan pencungkil satu tu utk goyahkan gigi aku. Nurse pula pegang kepala aku, mungkin takut aku meronta-ronta… huhu… aku bkn budak2 lagi. Goyang punya goyang, gigi aku tak tercabut juga. Doktor ambila pula satu alat pencabut, bentuk mcm playar je lbh kurang. Adoi… gigi aku kena kepit dan doctor goyangkan lagi utk mencabutnya. Masa ni, sakitnya toksah ckp. Sampai pedih2 gusi aku dibuatnya, terasa mcm urat aku kena tarik2, terkelip2 biji mata aku.. walau pun dah dibius. Sakit dan seksa sungguh mencabut geraham bongsu yg satu ini pada kali ni berbanding dgn kali lepas. Menangis?.. wei.. tolongla, tak main a nangis2. Ingat aku budak kecik ke apa?..

Kali ni pun gigi aku tak tercabut gak lagi. Doktor amik pulak pencabut yg mula tu, masukkan hujungnya ke celah lubang gigi aku, dan goyangkan lagi gigi aku utk mudahkan proses mencabut gigi. Terhoyeh-hoyeh je kepala aku dirasakan. Adoila…sakitnya… gigi tak tercabut jugak. Doktor amik pulak balik playar td, kepit lg gigi, dan goyang lagi…. Goyang punya goyang… alhamdulillah.. tercabut jugak akhirnya.. hadui ai.. degil sungguh dia nak kuar. Dah tercabut tu, doctor suruh aku kumur, pastu cepat2 kapas di tekapkan pada gusi aku yg dah berlubang berdiameter sbsr jari kelingking tu… huhu.

Darah punya byk keluar dr luka cabut gigi tu. Rupanya gigi aku tu punya la besar. Doktor pun ckp besar, susah dia nak cabut. Kebas tgn jugak dibuatnya. Dia le kata. Aku yg menanggung sakit ni lagi le terasa. Huhuhu… Darah terasa menyerbu ke kepala. Urat kepala, gusi dah rasa berdenyut. Aku cuba menahan kesakitan. Menunggu misi memberi ubat buatkan aku rasa masa berlalu betul2 lama. Kali ini, RM60 pula terbang dr domnpetku…. Alahai… Aku gagahkan diri aku drive sampai ke rumah.

Sampai2 kat rumah je, aku terus terbaring depan tv. Lembik dan tak mampu nak buat apa2 dah. Aku tgk henpon ada miscal dr yong. Aku call yong balik. Panggilan yg sekejap tu pun sudah cukup menambah denyutan di kepala. Entah pukul berapa aku terlena aku tak tahu. Aku sedar2 dah pukul 11 lebih. Perut pula terasa sebu masuk angin. Baru aku ingat, last aku makin sesuatu yg mengenyangkan Cuma pukul 10 lebih pagi tu. Aku pun bgn ke dapur, tp perut yg dah sebu buat aku tak lalu makan. Tp aku pun tak makan ubat lagi, aku rendam magi utk alas perut. Sebelum tu sempat muntah jugak le dulu sbb perut dah masuk angin. Lepas makan magi sikit, pastu makan ubat, aku tido balik.

Aku sedar semula pukul 5 pagi, waktu biasa yg aku bgn utk ke kerja. Tp kepala terasa berdenyut so aku amik keputusan utk MC. Surat MC pun dah siap doctor sediakan. Peduli apa aku walau pun semalamnya Ros dah htr memo spy semua org dtg kerja jumaat tu sbb ada 2 org dah pergi bercuti. Dan peduli apa aku kalau pd Isnin sebelumnya yg mana aku MC jugak hari tu sbb skt gigi ni, nyonya dah htr email ‘RED ALERT’ kononnya jumlah MC para CMG di tahap kritikal. Kepala lutut. Masing2 punya mc masih di tahap tidak melebihi thp MC separuh thn yg mmg termaktub dlm akta pekerja iaitu 14 hari setahun, 7 hari stengah thn. Dan sekarang dah pun bulan 5. Yg paling tinggi Cuma Mizan, itupun sbb dia kena throat infection. Hello, pleaselah, kalau org tak sakit tak amik MC. Sakit pun, korang gak penyebabnye, buat org stress je. Jadi, aku malas nak pedulikan red alert ke, blue alert ke, mampus pi kat laki mak tiri pak mentua hanglah. Kang aku pengsan kat opis bukan hang yg melengkeng tu mampu usung aku pi spital pun. Dgn gusi dan kepala aku yg dok berdenyut ni, perut lak dok sebu. Mana aku mampu nak thn dengungan yg terhasil dr headset tu. So baikla aku MC. .. uiks.. termelalut sampai lepas geram lak…hahahahaha…

Huh… tp mmg seksa cabut gigi kali ni. Padahal masa aku kecik2 dulu, gigi goyang je, cabut sendiri je. Tak payah pergi doctor pun. Takde masalah pun. Lepas tu bwk gigi lempar naik atas bumbung sekolah. Kononnya spy jd pandai. Tah petua sapala yg kami ikut kecik2 dulu…hahahaha… Tp kali ni yg aku nak cabut ni gigi geraham bongsu, uratnya bersambung dgn byk urat lain termasuk mata dan otak. So better le pergi pakar. Hari ini, gusi aku masih berdenyut, tp sakitnya dah berkurangan. Gusi aku juga masih berlubang tp dah mengecut sedikit. Ptg semalam aku gagahkan diri drive balik ke kg. Rindu rasanya bila dah lebih sebulan aku tak balik ke semanggol. Rindu pada umi, abah, stoking, mek dan juga nak tgk anak kecil mak itam. Hahaha.. maknya itam legam.. tetapi anaknya kuar kucing siam… bukan sbb bapanya kucing siam. Tp sbb ikut baka keturunan neneknya yg kucing siam.

Thursday, May 08, 2008

Blocked Lagi??

Terbaru yg di blog, tu... shoutbox aku yg kedua itu yg tlh di blog

. Atas alasan, chat. Hek eleh, chat apa aja yg boleh dekat situ? Aku tak tahu la apa yg company ni paranoia sgt sampai habis semua benda ni di blockednya. Nama syarikat cukup gah, tp line internet pun berkira.

Itu block, ini block. Sume2 block. Yg paling aku risau dia akan block blogger. Alahai, kena block kalu, mcm manolah aku nak update blog aku . Hai.. nak pasang internet kat rumah, duit pun tak cukup lagi. Lagipun kalau pasang internet pun, kalau dah seharian mengadap pc kat ofis, balik rumah nak rehat je. Tak lalu dah ngadap pc..huhu.

Dr blocked sana, block sini, lebih baik tutup internet terus. Buka intranet je kat staf (eh betul ke ni, yg ape.. inter ofis punye network je). Kan senang... huhu.. merayau merata tenet pun kerja jalan. Kalau tak merayau tenet aku tak jamin lagi kerja jalan. Sbb? sbb tensen woo wat kerja ni.. so kena cari sumthing utk release tensen. Tensen pasal ape... byk aspek.. kerja, sales, care management, cust (but cust is not the main reason). Aku kerja ape? operator telefon je . Kalau dah takle release tension nanti.. camne? huhu... jadi la macam ni >> .. telan kopi byk2 pun sure takleh tlg thn ngantuk bgn awal pagi, bosan tgk datin nb ...huhu..

Monday, May 05, 2008

TAG : Workspace


Sebenarnya dah agak lama dah Cikgu Rhea tag aku tp baru sekarang ni aku berkesempatan buat. Sorry la Rhea ek. Ini pun sapenye wireless network tah nb aku detect... belasah je.. hahaha. Tag kali suruh citer pasal workspace.. adei… mujur juga tak suh citer pasal outer space.

Ok, mcm ni rupenye workspace aku. Dlm satu cubicle ada 4 meja dan meja aku bersebelahan ngn meja bos… tp time aku nak berpoya2 di dunia tenet main selamba belasah je… ekekeke..



Ok.. lima perkara / benda / kawasan di sekitar cubicle or workspace aku ni

1. Phone


Oh.. ini penting ni.. mmg perlu ada.. wajib.. yela.. keje kat call center tp takde phone.. camne gamaknya tu ek.. tu tgk siap ade headset lg. Mmg tak guna ganggang dah. Headset tu akan melekat kat kepala dr pagi sampai ke petang.. unless aku break ngn gi toilet. Kekadang sampai bengang telinga sebelah kiri ni punya dok bercakap telepon.

2. PC


Ini pun perlu ni… kalo tak camne nak wat kerja. Dan beruang Koala di atas PC ialah peneman setia… ekekekeke. Kalau korang perasaan, kat monitor tu bahagian tab tu.. melambak2 browser aku bukak. Mmg la, sbb ada 3-4 sistem selain dr excel sheet ngn outlook yg aku kena bukak. Tu yg berderet je kat bawah tu.

3. Drawer


Drawer ni letaknya di bawah meja. Inilah tempat aku simpan beg aku, kertas2 rujukan, buku nota ngn stok makanan aku kat sini. Bila aku jauh dr meja mmg aku lock drawer ni. Kalau tak kang… alamatnya adalah benda yg hilang.

4. Note to stick

Bahan2 yg aku akan selalu rujuk aku stickkan ke sebelah sini. Jadi nak rujuk senang. Tak perlu dah tercari2….terselak2 dlm file. Kalau korang tgk yg tergantung gambar rusa tu, cokelat tu… dah setahun dah umur cekelat tu. Aku dpt masa krismas thn 2006. Ekekekeke…. Aku biar je dok gantung kat cubicle aku. Korang kalo teringin nak rasa ape rase bgtau le. Aku kirimkan ke korang.

5. Tempat Luahan Perasaan


Ya.. sebelah kiri meja aku ni, mmg aku khaskan tempat tuk aku release tension. Sebelum ni aku letak gambar2 bunga yg aku snap sendiri. Tp sejak 2 minggu kebelakangan ni, aku tukar, dah jadi tempat aku lekat hasil contengan aku. Kalau korang mai opis aku, berlambak2 kertas berconteng melekat kat situ…huhu. Asal tensen je, satu contengan…. Huhu..

Mai tgk close up antara contengan aku…. Kalau korang nak tgk gambar beso… klik ke gambo besar, klik ke gambar tu.


Ok… selesai dah citer pasal workspace aku. Betui tak ni Cikgu Rhea??

Skang ni aku nak tag sapa pulak ek… ha.. aku nak tag dak JEJERZ… balas dendam sebab dia tag aku sebelum ni. Kui kui kui.. so cik jejerz… sila lah buat tag ye.. jgn malu dan jgn segan…

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons