Saturday, May 31, 2008

Jalan2 Jumpa Adik Badik [5 - the end]

26 May 2008, Isnin...

Perjalanan Pulang.....

Dah tibalah masa utk berpisah. Masing2 bgn di awal pagi, sarapan bersama. Lepas tu bersiap2 utk balik. Abg Tapa balik ke Shah Alam, Yong ke Lunas, Abah & Umi ke Semanggol dan aku ke Seberang Jaya.. tp aku tumpang kete Yong.. nanti Yong dropkan le kat umah..hehehe.

Acara bersalaman-salaman dan berpelukkan pun bermulalah. Nak gelak pun ada.. sayu pun ada bila tgk Nyah salam Umi lepas tu dua2 meleleh air mata.. kekeke.. Tp yela, lepas ni entah bila le boleh jumpa. Tunggu raya, raya bulan baper ek?

Dah salam2, pakat amik gambar ramai2 satu famili depan umah Nyah. Tp guna kamera Chor. So tak dapat la aku nak tepek kat sini. Tunggu Chor bg gambar dulu le.

3 buah kereta kami bergerak keluar dr selatan tanahair. Masa nak kuar ke highway, jalan jam. Keta Chor ngn Abg Tapa selamat masuk highway, tp keta Abah yg dipandu Zainal terlepas simpang masuk highway. Walau ada next jln ke highway dkt Skudai, tp sbb dah lama tak dtg Johor dgn jalan dah berubah, takut sesat lebih jauh lak lagi, Abah suruh Zainal patah balik. Masa patah balik sangkut jam le pulak lagi.

So, kitorang pakat janji jumpa dekat restoran jejantas Ayer Keroh. Yg sampai dulu di situ kete Chor, pastu Abg Tapa. Sejam lebih lepas tu baru Abah sampai. Lepas Abah sampai baru kitorang bukak bekalan yg Nyah bekalkan (nasi berlaukkan telur bungkus ngn kupang yg tak abis makan smalam.. kekeke). Yong pulak beli ayam KFC tambah. Bila perut dah lapar, makan apa pun sedap. Nak2 pula bila makan beramai2. Mcm berkelah pulak kami bentang tikar kat tepi pondok rehat kat kawasan rehat Ayer Keroh tu..hahaha.

Selepas semayang Zohor (dijamakkan dgn Asar) barulah kitorang bergerak balik. Kat sini bersalaman dgn Abg Tapa dan Kak Ani pula. Sebab kitorang berpisah ngn Abg tapa satu famili kat sini. Abg Tapa akan menuju ke Shah Alam, kami 2 buah kereta lagi pulak menuju je utara tanahair.

Dah beberapa jam berjalan, kitorang singgah di hentian Tapah. Kedai yg dituju ialah Dunkin Donuts...hahaha.. Zainal dah mengidam nak makan Turkey Toast sandwich dr masa perjalanan pergi Johor lagi dah. Selesai makan, teruskan perjalanan le.

Kitorang sampai di Semanggol (rumah Abah) lbh kurang pukul 8pm. Singgah mandi, makan dan semayang dulu. Actually Yong nak teruskan perjalan ke utara tanpa singgah Semanggol, tp aku tinggal kunci ngn laptop kat kg.. so terpaksa gak la singgah.. hehe.. soriii... Lepas makan baru aku ngn Yong sefamili bergerak ke utara.

Sampai kat umah aku kul 10pm lebih. Lepas drop aku, Yong teruskan perjalanan ke Lunas. Pukul 11pm lebih rasanya baru diorang sampai umah.

Tamatlah kisah jalan2 jumpa adik badik. Seronoknya rasa dpt berjumpa adik beradik, satu famili meriah2 mcm gini. Pada yg dah pergi pulak, sentiasa segar ingatan di hati. Walau penat, tp apalah sgt dgn kegembiraan kami satu famili. Byk lagi kisah dlm perjalan ini, tp tak semua dpt dimuatkan dlm ni. Cume ringkasan sahaja.

Oh ye.. hajat nak jumpa Mimi, kwn aku di UTM, tak kesampaian, dah ramai2.. aku kena ikut majoriti nak ke mana. Lgpun bkn aku yg drive. Nak pinjam kete Nyah pun.. kekeke.. aku buta jalan.. hahahaha

Glosari..

hahaha.. incase korang keliru..

Yong : kakak sulung aku
Chor : hubby Yong
Nyah : kakak nombor dua aku
Abg Farid : hubby Nyah
Abg Tapa : abang aku (no.3)
Kak Ani : wife abg aku
Abg Asan : arwah abg aku (no.4)
Zainal : adik bongsu aku
Aliah, Haikal, Amri : anak2 yong
Azam, Saiful : anak2 nyah
Munshi, Bilal, Qamariah : anak2 abg tapa

Selingan...

Gambar ni di snap masa dlm perjalanan ke Johor... kat hentian mana tah. Haikal mengamuk, mamai bgn tido agaknya. Umi dia takde bwk kak yong ngn adik dia gi toilet. Dah pujuk2 tak mahu, aku snap le gambar dia. Skali lg mengamuk da.. haha.. nasib la.. ko dpt Atih kuat mengusik.

Pedang samurai yg aku beli di Ayer Keroh.. pedang kayu je.. hehehehehe

dari kiri : Aliah, Haikal, Amri

dari kiri : Azam, Saiful

dari kiri : Munshi, Bilal, Qamariah

nak tgk lebih jelas.. klik pada gambar.

Si Polan : eh.. anak org tu comel la..
Aku : anak2 sedara aku comel lagi
Si Polan : eh.. anak org tu keletahnya (aktif)...
Aku : anak sedara aku keletah lagi..
Si Polan : anak orang tu bijak nya...
Aku : anak sedara aku bijak lagi
Si polan : (hangin) asik2 anak sedara dia je..
Aku : dah tu.. anak sedara aku.. yg ko sebut tu tah anak sapa aku tak tahu..

muahahahahahaha

1 komen:

athirah jamil said...

celoteh ko mmg panjang la sampai juling mate ak.. tapi ak njoy .. ko jangan lupa follow ak taw.. mcm ak follow kau .. assalammualaikum..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons