Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu…..

Catatan pada 11 May 2008, Ahad.



Seumur hidupku, aku tak pernah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada umi. Mungkin sambutan ini tiada dlm tradisi keluarga kami. Tidak tahulah di masa2 akan datang. Aku tak tahu pun bilakah tarikhnya Hari Ibu ini. Yg aku tahu pada bulan ini org2 kecoh2 meluahkan sayang mereka kepada ibu masing2. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari aku menyayangi ibu aku. Malah semalam, selesai menonton drama ‘Demi Masa’, ketika terpapar iklan Selamat Hari Ibu, umi bertanya, “oh, ini yg diorang dok heboh2kan hari mama tu kan.” … selamba je aku cakap.. “ hah.. ye lah tu. Tp brape hb tak tahu le. Alah.. nak hargai ibu bkn pada hari ibu, setiap masa kena hargai ibu, Hari2 hari ibu… orang sayanggggggggggggggg umiiiiiii…” sambil memeluk umi.

Tidak mengucapkan selamat hari ibu tidaklah pula bermaksud kita tidak menyayanginya. Bahkan kalau setiap tahun mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu, mama/umi/ibu/ mak/mummy’ dan memberikan hadiah, tp perangai kita menjeruk hati ibu tidak berguna juga. Bercakap pasal perangai, ye… aku sedar aku jua bukanlah anak yg baik. Aku sendiri ada masanya melawan cakap umi, berbalah cakap, merampus marah. Adakalanya perbuatan aku merisaukan umi, kata2ku mengguris hati umi, malah membuatkan umi menitiskan airmata. Tp demi Allah, kasih dan sayang ku terhadap umi tiada nilainya. Tak dpt aku bygkan hidup ini tanpa insan yg ku panggil Umi.

Semalam seharian tv menjamu mata penonton dgn cerita2 keibuan. Cerita ‘Baghban’ bermain di layer tv pada petangnya. Kisah mengenai anak2 yg diberi sepenuh kasih sayang oleh kedua org tuanya, segala kemahuan cuba diturutkan, namun apabila ibu bapa mereka memerlukan mereka, keduanya diperlakukan seperti tidak berharga sahaja oleh anak2 mereka.

Pada malamnya dijamu pula dgn drama ‘Demi Masa’, kisah seorang anak yg tidak tahu menyayangi dan menghormati ibunya yg tlh byk berkorban utk dirinya. Anak yg malu dgn keadaan ibunya yg tidak mempunyai sebelah mata. Malu utk mengaku itu ibunya. Tanpa dia sedari, dialah sebenarnya yg tidak mempunyai sebelah mata. Namun hati seorang ibu yg tidak mahu anaknya menempuh kesulitan telah merelakan sebelah matanya diambil utk memberi kesempurnaan fizikal kepada anaknya. Ya, kisah yg selalu aku baca dlm email, kini tlh di gubah ke layar tv. Cukup menyentuh hati.

Walau mcm mana pun rupa ibu kita, itu tetap ibu kita, jgnlah malu utk mengaku bahawa itu ibuku. Jgnlah aku tergolong di dlm golongan sebegitu nanti. Harapnya, walau mcm mana pun keadaan Umi, aku akan bgn dgn mendabik dada, tanpa segan dan silu, tanpa malu mengaku, itu umi aku.

Mungkin pada zaman ini telah menjadi halwa telinga kita dgn cerita2 mengenai org buang anak, gugurkan anak, dera anak, lacurkan anak. Ibu apakah mereka ini? Tidak.. padaku mereka bukan ibu. Ya, mereka telah melahirkan manusia yg lain. Namun mereka bukan ibu. Seorang ibu tidak akan, tidak sekali2 akan membuang anaknya.
Kenapa tiada Hari Anak? Hari dimana ibu bapa pula melahirkan rasa saying kepada anak2 mereka? Hehehe.. tak perlulah. Seorang ibu, seorang ayah, sehingga ke akhir hayatnya akan menyayangi anak2 mereka. Tak perlu pengucapan, perbuatan mereka menggambarkan kasih saying mereka. Malah, percayalah, walaupun mereka telah tiada, kasih sayang mereka akan tetap subur.

Sedangkan ibu kucing pun pandai menyayangi anaknya. Teringat aku pada si Selasih, kucing peliharaanku. Ditakdirkan pada suatu hari dia melahirkan anak, tp anaknya mati sebaik dilahirkan. Sayu saja aku melihat pandangan matanya terhadap anak yg sudah terkulai itu. Aku pun ambillah anaknya di bungkus dan di tanam. Perbuatan aku itu terlihat pula kepada si Selasih. Sudahnya, sepanjang hari si Selasih menyondol dan menggigit kaki ku, serta berderam marah kepada ku. Sepanjang hari dia mengekori aku. Sehingga aku dah tak tahan digigitnya, aku pun masuk menyorok dan mengunci diri di dalam bilik. Umi dgn adikku tertawa gelihati melihat perbuatan Selasih yg seakan2 marah kepadaku kerana menanam anaknya. Aku sangka dgn mengurung diriku, akan beransurlah si Selasih dr aku. Tp tidak, dia terus melanggar-langgarkan badannya ke pintu bilikku. Apabila dia penat mungkin, ketukkannya berhenti. Aku yg ingin keluar dr bilik bertanya kepada Umi sudah pergikah dia dr bilikku. Namun sebaik saja dia mendengar suaraku, dia melanggarkan lagi bdnnya ke pintu bilikku sambil berderam marah. Sehinggalah Umi mengambilnya, mendukung dan menciumnya sambil memujuk mengatakan yg anak dia tlh mati. Kemudian Umi suruh aku pula memujuknya. Barulah dia tidak marahkan aku lagi. Walau perbuatannya itu agak lucu dan membuatkan kami tertawa, tp terasa juga di hati kami. Itulah kasih ibu.

“Tgk, kucing pun tahu sayangkan anak. Marah dia kat hang sbb ingat hang buang anak dia. Emak manalah yg tak sayangkan anak”

Erm, bercakap panjang bagaikan aku anak yg baik, yg pandai menghargai seorang ibu. Tidak, aku bukan anak yg baik. Malah berbanding adik beradik yg lain, akulah yg paling kerap sakitkan hati umi. Aku akan cuba jadi anak yg baik, walaupun mungkin cubaan aku akan terus menjadi cubaan.

Cuma satu doaku Ya Allah, walaupun aku bukanlah anak yg terbaik buat Umi, jgnlah engkau jadikan aku anak yg jahat. Jgnlah engkau jadikan aku anak derhaka. Walau sejahat manapun aku, senakal mana pun aku, jgnlah sehingga kejahatan aku, dan kenakalan aku memalukan Umi dan Abah. Dan jgnlah sampai aku berbuat jahat kepada kedua2nya. Aminnnnnnnnnnnnn

Ye, aku kalau sudah berceloteh, cukup panjang lebar. Jadi, biarlah catatan ini berakhir di sini buat hari ini.

Di kesempatan ini aku ucapan,

SELAMAT HARI IBU

Buat UMI, YONG, NYAH dan KAK ANI. Juga utk semua ibu2 yg menyayangi anak mereka sepenuh hati mereka.


0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons