Sunday, May 18, 2008

7 dalam 1

Catatan pada Sabtu, 17 May, malam

1. Tahniah Cik Lan
Hari jumaat lepas Cik Lan sekeluarga menerima khabar gembira di atas kelahiran putera sulung mereka. TAHNIAH. Setelah 3 puteri berturut2 akhirnya Cik Lan dpt juga putera. Nama? Entah.. tak pergi tgk pun lagi. Maybe blk dr Johor nanti boleh singgah.

2. Thanks Kak Chu
Aku mengadu pada Kak Chu @ Dasyu psl cabut gigi. Ye la, org tgh sakit, nak manja2 le tu. Tak sangka Kak Chu betul2 amik berat. Kak Chu pesan hati2 ngn gusi yg masih berlubang tu, jgn sampai makanan masuk dlm tu. Kalau bernanah nanti kot kena buang gusi… huhu.. tak mo..

“ Camne keadaan gigi tempe? Dh ok?”
“Hati2 dgn gusi blubang tu, pastikan xde sisa mknan yg melekat, nanti lg teruk gusi.”

Thanks Kak Chu…. Muahssss.. sayang dia.

3. Uteh
Masuk ni dah 2 minggu Uteh duduk ngn aku. Uteh jumpa aku kat Esso dan mengikut aku balik. Ada gak teman, tp yg rimasnya Uteh ni suka ek ok ek ok ek ok.. lemas aku di buatnya. Agaknya mmg jenis keturunan siam ni suka mengek ngok kot. Sari dulu pun mcm ni juga.

4. Mimpi
Malam semalam aku mimpi gigi atas tercabut. Aku bgtahu Umi, “Allah” kata umi. Biasanya mimpi gigi atas patah ni ada org yg nak pergi. Ulk.. tak mahu. Aku tak sanggup kehilangan lagi…

Argh.. mimpi mainan tido. Maybe sbb aku baru cabut gigi jadi aku termimpi2 gigi tercabut lagi.

5. Umi ngn Abah datang
Mlm semalam Umi ngn abah tido kat rumah aku, lepas abah habis mengajar sbb mlm ni abah nak mengajar di sini lagi. At least mlm tu aku berteman jugak dirumah. Tak la terasa sunyi sgt. Tp tilam tak cukup, Umi Cuma dpt tidur atas alas kain tebal je.. huhu.. mujur di sini tak sejuk waktu mlm mcm kat kg. Sori umi.. huhu

6. Godek Blog
Ke rumah Yong, guna tenet, aku menggodek blog. Aku dah buang blog My Own Tv, sbb downloading lembab and tak de pekdah pun. Yg kekal cuma blog ni, irama jiwa, seribu makna ngn jurnal jlbm. Seribu makna pun aku dah buang page 1. Ingat nak pindahkan seribu makna ke akaun utama. Tp tak reti so biarlah dia duduk dgn akaun jurnal JLBM. Jurnal JLBM itu pun nanti kalau aku rasa tak berpekdah nanti2 aku buang juga.

Punya menggodek mencari template utk Seribu Makna, last2 aku guna template blogger je. Tp aku ubah2 warnanya. Tp aku rasa mcm buruk je. Huhuhuhu. Nak tgk masuk sini >> Seribu Makna

7. Gila orkid tul
Beli sepasu lg orkid. Beli pasu kosong 2. Beli stand letak pasu 1. Beli dawai 2. Tadi petang menyusun pasu le jawabnya. Dan juga membetulkan pokok2 orkid. Hehehe.. suka2, orkid aku dah bertambah.

Tak mo citer byk, nanti nak citer dlm satu entry khas pasal orkid. Dah lama tak citer pasal orkid. Lepas penat menyusun orkid, siram pokok di depan dan belakang. Buh baja lagi, rehat kejap dan mandi.

Segarnya mandi lepas berpeluh tu. Guna lak shower scrub strawberry.. ermm.. best best.. bdn wangi je bau strawberry.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons