Monday, May 12, 2008

Sakit Gigi Tampal Koyok

Catatan pada Sabtu, 10 May 2008.

“Sakit gigi tampal koyok, sakit perut tampal koyok, sakit kepala tampal koyok.…..” inilah atr slh satu dialog yg aku dgr dr filem P.Ramlee yg mana memaparkan adegan seorang apek menjual ubat sambil mengetuk gong dan adegan itu disudahkan dgn apek tersebut mencabut gigi seorang budak dgn menggunakan playar.

Apa kena mengenanya dialog tersbut dgn aku? Hahaha.. tiada apa, cuma di kala menahan azab kesakitan gigi yg berdenyut-denyut ini aku teringatkan dialog tu. Alhamdulillah, kesakitan ini dah berkurangan sedikit semasa catatan ini dibuat.

Erm, apsal ayat aku mcm skema je ni. Tak best la. Kalau dlm entry lepas aku dah citer yg pipi aku dah pun membengkak dan doctor suruh dtg semula pada hari khamis utk cabut. Jadi hari khamis tu lepas kerja, aku trus pergi klinik gigi. Baring aje atas kerusi cabut gigi tu, doctor suntik ubat bius kat gusi aku. Masa dia suntik ubat bius pun dah terasa ngilunye bila jarum suntik menusuk ke dlm gusi aku sehingga terasa ke kepala kengiluannya. Urgh, pedih tul. Lepas dah kena bius, lidah aku mula terasa kebas, pastu gusi pun rasa kebas. Doktor pula biarkan je dulu ubat bius tu berkesan sebelum meneruskan upacara mencabut gigi… huhu… Dlm tempoh tu, pipi aku pun terasa makin mengebas sehingga rasa mcm pipi aku dah jadi belon. Lama juga le doctor tu biarkan aku baring mcm tu je atas kusi tu sementara menunggu ubat bius berkesan sepenuhnya, sampaikan aku dah rasa mengantuk menunggu, nak2 pula berada betul2 di bwh kipas…. Best je.

Tak lama slepas itu, upacara mencabut gigi pun bermula. Peralatan yg berderetan di atas troli sudah ckp mengecutkan perut… kekekekeke… Mula2 dr gunakan pencungkil satu tu utk goyahkan gigi aku. Nurse pula pegang kepala aku, mungkin takut aku meronta-ronta… huhu… aku bkn budak2 lagi. Goyang punya goyang, gigi aku tak tercabut juga. Doktor ambila pula satu alat pencabut, bentuk mcm playar je lbh kurang. Adoi… gigi aku kena kepit dan doctor goyangkan lagi utk mencabutnya. Masa ni, sakitnya toksah ckp. Sampai pedih2 gusi aku dibuatnya, terasa mcm urat aku kena tarik2, terkelip2 biji mata aku.. walau pun dah dibius. Sakit dan seksa sungguh mencabut geraham bongsu yg satu ini pada kali ni berbanding dgn kali lepas. Menangis?.. wei.. tolongla, tak main a nangis2. Ingat aku budak kecik ke apa?..

Kali ni pun gigi aku tak tercabut gak lagi. Doktor amik pulak pencabut yg mula tu, masukkan hujungnya ke celah lubang gigi aku, dan goyangkan lagi gigi aku utk mudahkan proses mencabut gigi. Terhoyeh-hoyeh je kepala aku dirasakan. Adoila…sakitnya… gigi tak tercabut jugak. Doktor amik pulak balik playar td, kepit lg gigi, dan goyang lagi…. Goyang punya goyang… alhamdulillah.. tercabut jugak akhirnya.. hadui ai.. degil sungguh dia nak kuar. Dah tercabut tu, doctor suruh aku kumur, pastu cepat2 kapas di tekapkan pada gusi aku yg dah berlubang berdiameter sbsr jari kelingking tu… huhu.

Darah punya byk keluar dr luka cabut gigi tu. Rupanya gigi aku tu punya la besar. Doktor pun ckp besar, susah dia nak cabut. Kebas tgn jugak dibuatnya. Dia le kata. Aku yg menanggung sakit ni lagi le terasa. Huhuhu… Darah terasa menyerbu ke kepala. Urat kepala, gusi dah rasa berdenyut. Aku cuba menahan kesakitan. Menunggu misi memberi ubat buatkan aku rasa masa berlalu betul2 lama. Kali ini, RM60 pula terbang dr domnpetku…. Alahai… Aku gagahkan diri aku drive sampai ke rumah.

Sampai2 kat rumah je, aku terus terbaring depan tv. Lembik dan tak mampu nak buat apa2 dah. Aku tgk henpon ada miscal dr yong. Aku call yong balik. Panggilan yg sekejap tu pun sudah cukup menambah denyutan di kepala. Entah pukul berapa aku terlena aku tak tahu. Aku sedar2 dah pukul 11 lebih. Perut pula terasa sebu masuk angin. Baru aku ingat, last aku makin sesuatu yg mengenyangkan Cuma pukul 10 lebih pagi tu. Aku pun bgn ke dapur, tp perut yg dah sebu buat aku tak lalu makan. Tp aku pun tak makan ubat lagi, aku rendam magi utk alas perut. Sebelum tu sempat muntah jugak le dulu sbb perut dah masuk angin. Lepas makan magi sikit, pastu makan ubat, aku tido balik.

Aku sedar semula pukul 5 pagi, waktu biasa yg aku bgn utk ke kerja. Tp kepala terasa berdenyut so aku amik keputusan utk MC. Surat MC pun dah siap doctor sediakan. Peduli apa aku walau pun semalamnya Ros dah htr memo spy semua org dtg kerja jumaat tu sbb ada 2 org dah pergi bercuti. Dan peduli apa aku kalau pd Isnin sebelumnya yg mana aku MC jugak hari tu sbb skt gigi ni, nyonya dah htr email ‘RED ALERT’ kononnya jumlah MC para CMG di tahap kritikal. Kepala lutut. Masing2 punya mc masih di tahap tidak melebihi thp MC separuh thn yg mmg termaktub dlm akta pekerja iaitu 14 hari setahun, 7 hari stengah thn. Dan sekarang dah pun bulan 5. Yg paling tinggi Cuma Mizan, itupun sbb dia kena throat infection. Hello, pleaselah, kalau org tak sakit tak amik MC. Sakit pun, korang gak penyebabnye, buat org stress je. Jadi, aku malas nak pedulikan red alert ke, blue alert ke, mampus pi kat laki mak tiri pak mentua hanglah. Kang aku pengsan kat opis bukan hang yg melengkeng tu mampu usung aku pi spital pun. Dgn gusi dan kepala aku yg dok berdenyut ni, perut lak dok sebu. Mana aku mampu nak thn dengungan yg terhasil dr headset tu. So baikla aku MC. .. uiks.. termelalut sampai lepas geram lak…hahahahaha…

Huh… tp mmg seksa cabut gigi kali ni. Padahal masa aku kecik2 dulu, gigi goyang je, cabut sendiri je. Tak payah pergi doctor pun. Takde masalah pun. Lepas tu bwk gigi lempar naik atas bumbung sekolah. Kononnya spy jd pandai. Tah petua sapala yg kami ikut kecik2 dulu…hahahaha… Tp kali ni yg aku nak cabut ni gigi geraham bongsu, uratnya bersambung dgn byk urat lain termasuk mata dan otak. So better le pergi pakar. Hari ini, gusi aku masih berdenyut, tp sakitnya dah berkurangan. Gusi aku juga masih berlubang tp dah mengecut sedikit. Ptg semalam aku gagahkan diri drive balik ke kg. Rindu rasanya bila dah lebih sebulan aku tak balik ke semanggol. Rindu pada umi, abah, stoking, mek dan juga nak tgk anak kecil mak itam. Hahaha.. maknya itam legam.. tetapi anaknya kuar kucing siam… bukan sbb bapanya kucing siam. Tp sbb ikut baka keturunan neneknya yg kucing siam.

1 komen:

~n0n0i~ said...

mmg le akak..
noi pon dlu cabut gg..adeh pnye la seksa.. doc cungkil2 cam ape je..sbb susah nk cabut katanya.
huwaa..
x phm ke dia..yg tangguh saket neh..adeh

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons