Tuesday, March 25, 2008

Aku Telah Di Tag : APA ADA DLM BEG?


Setelah setahun lebih aku menceburi bidang penulisan blog, inilah pertama kalinya aku kena tag. Siapakah dia yg telah mengtag aku? Tidak lain dan tidak bukan ialah si Jejerz Mania (sbb dia baru menang JL Blogger mania, so dia mania la.. hahaha). Mula2 kena tag ni, terkebil2 juga aku, amende le menatang alah tag ni? Yg aku tahu 'service tag' dan juga 'smart tag', atau kalau org naik kapal terbang akan ada tag nama utk diikat pada bag. Jadi terpaksalah aku menjelajah ke blog jejerz, dan barulah ku tahu apa itu tag game utk blogger...oh... kena jawab soalan. Tiadalah pula aku tahu siapa yg memulakan permainan tag ni, kalau aku tahu siapa mahu juga aku hadiahkan sijil penghargaan kepada dia kerana tlh membuatkan aku terpaksa menyelongkar khazanah2 dlm beg aku semata2 utk menjawab 'tag' ini..huhu.

Soalan 'tag' ialah APA ADA DLM HANDBAG? Ohhh.. tp aku jrg bawak handbag, kecuali kalau aku terpaksa berpakaian ala2 ayu gitu, kirenye jadi feminin la. Yg selalu aku usung ke sana kemari ialah beg sandang ala2 mat despatch itu. Lebih kurang mcm gambar yg di bawah ini le rupanye.



Jadi aku ubah sikit le soalan menjadi APA ADA DLM BAG... boleh ye jejerz ye.

Ok, jom lihat apa ada dlm beg aku. Ada pun, beg aku ini mempunyai 6 poket/bahagian kesemuanya.

BHGN 1 : poket atas depan

- kosong je, sebab dah koyak pun bahagian ni tak terjahit-jahit lagi

BHGN 2 : poket depan bag

- resit carrefour
- handsfree handphone
- plaster luka
- Vit C
- ubat gastrik
- ubat migrain
- ubat demam

BHGN 3 : poket tengah

- h/phone
- beg duit (yg sudah koyak rabak itu)
- duit stiling
- 2 btg pen
- digicam (kadang2 ada, kadang2 tiada)

BHGN 4 : poket kecil dlm poket tgh

- kunci spare kete (incase tertinggal kunci di dlm kereta)
- kunci almari ofis
- 2 usb pendrive
- SD Card
- card reader/writer

BHGN 5 : poket belakang

- ada ehem-ehem (utk kecemasan)
- tapak kasut yg dah lekang

BHGN 6 : poket kecil utk letak h/phone

- minyak angin cap 2 singa

Mari tgk apa ada dlm beg duit aku yg sudah pun koyak rabak lagi berselotep itu. Nak beli beg duit baru pun bahagian dlmnya elok lagi, hanya bahagian luar sahaja yg telah koyak. Alasan nak jimat duit ini.

Dalam beg duit ada :
- IC berwarna biru (aku warganegara ya)
- lesen memandu
- kad kumpulan darah (AB +, aku penderma yg kedekut)
- kad2 ATM (automatic teller machine ya)
- kad smile esso
- kad tesco club
- kad mesra petronas
- kad coffee bean
- duit RM50.50
- slip MC & resit klinik ( utk claim ni)
- kupon McD
- resit repair kereta
- resit isi minyak di petronas
- resit beli buku (kakak aku nak utk tax)
- slip2 ATM
- kad nama sape tah

Sekian, itulah sahaja khazanah2 di dlm bag aku. Sekarang ini, sampailah giliran aku meng'tag' org lain pula. Orang2 yg bertuah itu ialah :-

2 wakil wanita :
1. Nenet Inazlina
2. gadezfarez

2 wakil lelaki :
1. Neo
2. Squall

Maka anda sekalian, silalah jawab 'tag' dr aku ya, APA ADA DALAM BEG / HANDBAG.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons