Dalam berchatting, seharusnya kita menyedari, bahawa segala percakapan (VC) atau tulisan kita (PM/Personal Mesagge), tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga MalaikatNya Raqib dan Atid.
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir.”
Sepatutnya kita selalu menuturkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang mukmin supaya memilih untuk berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak berfaedah.
Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.”
Firman Allah Taala :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
Perbualan dan perbincangan selalu di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia".
Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang membawa kepada kufur, kotor, celupar, kasar, kesat, lucah dan seumpama dengannya sehingga berdosa kerananya.
Rasulullah SAW bersabda :
“Ada hamba yang mengucap satu kalimat tanpa ia berfikir baik-buruknya kalimat itu, menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka, yang lebih jauh daripada antara timur dan barat.”
“…Dan sesungguhnya ada orang yang mengucapkan satu kalimat yang membuat murka Allah, yang tanpa ia sangka akan sampai sedemikian rupa, kemudian Allah mencatat dalam kemurkaanNya sampai hari ia bertemu dengan-Nya.”
Rasululah s.a.w. bersabda;
"Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini ber puasa."
Terkadang berchatting dan berborak menyebabkan kita leka dan lupa waktu atau ketagihan. Ada di kalangan isteri yang sampai bercerai dengan suaminya kerana berchatting berjam-jam setiap hari. Ada pula pekerja yang akhirnya pekerjaannya jadi tidak sempurna kerana ketagihan chatting. Tidak kurang juga berlaku keruntuhan rumah tangga kerana maksiat siber ini. Sesuatu yang harus dan halal pada asalnya sekiranya disalahgunakan sehingga melalaikan dan mebinasakan diri dan orang lain akan jadi haram juga.
Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana hal itu akan membuat hati menjadi keras. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah Ta’ala adalah orang yang berhati keras.”
Jika perbualan chatting tersebut bukan untuk menuntut ilmu atau bukan untuk medapatkan perkara yang bermanfaat, tapi hanya berborak-borak kosong yang tidak berguna, sebaik-baiknya kita tinggalkan demikian itu.
Rasulullah menyatakan:
"Termasuk kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna".
Sebaiknya dalam dunia chatting, kita meninggalkan perdebatan yang tidak menghasilkan faedah
Rasulullah bersabda:
"Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda".
Janganlah kita mengumpat, mengadu domba, atau mengolok-olok sesetengah kelompok ketika chatting.
Allah berfirman yang ertinya:
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain".
Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) , dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) .
Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrimnya ada batasnya. Janganlah seorang lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja, maka hilanglah rasa malu, dan menyebabkan boleh terjerumus ke arah zina.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“'Tidaklah laki-laki dan perempuan berkhalwat (berdua-duaan) kecuali yang ketiganya adalah syaitan”.
Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, juga jangan mendekati zina dengan menuturkan kata-kata yang manja, rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.
FirmanNya :,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Apatah lagi jika chatting itu kemudian dipanjangkan dengan temu janji dan bersentuhan serta ikhtilat yang tidak syarie.
Rasul SAW bersabda yang ertinya:
“Sekiranya ditusukkan jarum besi ke kepala salah seorang di antara kamu, itu lebih baik dari pada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”.
Firman Allah yang ertinya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudungnya kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
sabda Nabi:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya... (dan beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan keburukan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti bonggol unta mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga, sesungguhnya bau surga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian."
Ketika kita berchatting, mungkin kita tidak tahu siapakan rakan chatting kita. Kadang-kadang saja seorang lelaki menyamar sebagai wanita atau sebaliknya, atau orang yang jahat berlagak seperti orang bijak. Di AS, ada lelaki yang membunuh wanita teman chatting-nya setelah melakukan temu janji di luar. Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan siapa yang kita chatting.
Walaupun begitu ada juga artis-artis Hollywood diislamkan melalui dunia chatting. Berdasarkan bukti yang ada seorang artis wanita tanahair juga kembali jinak dengan agama sehingga meninggalkan dunia disco, nyanyian, lakonan dan dedah aurat dan solat yang tidak cukup selepas berchating dengan seorang arkitek islam yang menyamar sebagai office boy. Begitu juga dengan seorang mullaf dan seorang chatters eropah yang kembali ke pangkuan Ilahi dalam keadaan mengerti dan mengenal agama islam hasil dari didikan seorang chatter. Dan ada juga seorang lelaki Texas yang masuk islam, kerana chatting berbincang tentang Islam. Dia bertanya, ketika pengeboman NYWTC terjadi, apakah umat Islam yang melakukannya? Itu begitu simpati, kerana banyak wanita dan anak-anak yang jadi korban. Ketika dijelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, melarang umatnya memerangi umat yang berdamai/bersahabat dengan umat Islam, hanya berperang untuk bela diri, dan segera berdamai ketika musuh meminta damai, serta konsep Ketuhanan Islam, akhirnya dia masuk Islam.
Jadi chatting boleh jadi halal dan boleh juga jadi haram, ianya bergantung cara kita menggunanya. Dengan panduan di atas, semoga kita sentuasa berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan, senantiasa dalam landasan beribadah dan mengingati Allah SWT.
Dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-NYA dan untuk menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber bagi tujuan mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Letaklah Al Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri. Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu.
ADAB-ADAB KETIKA BERCHATTING DI ROOM
Adab-adab dalam berchatting, tidak lepas lari dari hukum syariat yang telah Allah wahyukan. Jika di dunia realiti kita mampu menjadikan kehidupan harian ibadah, maka di dunia siber juga kita mampu meraih pahala dan beribadah. Begitu juga jika di dunia realiti manusia boleh beroleh dosa, maka di dunia chatting dan siber juga mampu menjadikan kita makhluk terkutuk yang terus-terusan bergelumang dosa.
Untuk itu fahamilah tuntutan untuk kita menjadikan dunia siber dan chatting sebagai ibadah:
- Niat mesti betul dan lurus hanya kerana Allah. Demi mendaulatkan syariat Allah. Bukannya untuk mencari populariti duniawi dan minta manusia menghormati kita atau bukan untuk kepentingan duniawi yang lain atau untuk kepentingan nafsu.
- Perlaksanaan selaras dengan syariat, tidak bercampur antara yang halal dan yang haram.
- Tidak meninggalkan ibadah yang asas.
- Perkara yang hendak dilakukan ( berchatting ) diharuskan syarak
- Natijah yang terhasil dari berchatting memberi keuntungan kepada syiar Islam dan bukannya menjurus ke arah maksiat.
Kelima-lima garis panduan tersebut diperincikan seperti huraian di bawah bagi memperjelaskan lagi aktiviti yang sebenarnya mampu dilakukan di dunia siber yang luas. Jika dunia siber musuh Islam boleh bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, hendaknya dunia siber Islamic pun begitu juga. Jika dunia siber musuh Islam saling bertolong bantu dalam menyebarkan kefasadan, hendaknya dunia siber Islamic akan lebih pantas dan tertonjol dalam merobah wajah dunia zulumat maksiat kepada dunia nur keimanan.
Dunia siber juga bagaikan dunia realityi Bahkan adakalanya dunia siber lebih berkuasa dari dunia realiti. Maka tidak mustahil ramai yang mampu menjadi jutawan internet. Tidak kurang juga musuh Islam menggunakan internet untuk menyesatkan umat Islam. Maka tanggungjawab kepada para pelayar internet muslim bagi membendung kerosakan umat dek bahang kesesatan yang dibawa oleh musuh Islam.
Andainya dunia realiti mempunyai pemimpin yang membuat dasar Negara. Dunia siber juga mempunyai moderator yang membuat dasar dunia sibernya ( chat room ). Cuma bezanya di dunia siber Islam, dasarnya telah pun ada iaitu terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah, diterjemahkan oleh para Imam mujtahidin dan diberi contoh dengan qias. Para moderator hanya perlu supervise dunia sibernya dan ahli-ahlinya agar perlaksanaannya menepati syariat Islam dan bukannya mencemari dan menyesatkan umat.
Andainya dunia realiti mempunyai tenaga kerja am yang menuruti kata-kata pemimpin dalam mencapai matlamat kemajuan negara. Dunia siber Islam juga mempunyai para grandmaster yang membantu moderator memikirkan uslub terbaik dalam mendidik ahli chatting untuk mentaati perintah Allah. Maka lahirlah program-program tazkirah dan fardhu ain yang tersusun bagi mempermudahkan ahli-ahli menimba dan memahami ilmu untuk diamalkan. Dan di masa yang sama juga para grandmaster memikirkan corak system pertahanan dalam menangani musuh-musuh Islam yang cuba membuat provokasi dan menyesatkan umat.
Andainya dunia realiti mempunyai rakyat jelata yang perlukan pimpinan Sang Pemimpin. Dunia siber Islam juga mempunyai ahli chatting yang perlu dibimbing, dipimpin dan diajak untuk berjuang menegakkan syariat Allah SWT.
----------------------------------------------------------------
Sumber : Teratak Ilmu
Jadi, jagalah adab dan pertuturan di dunia siber sebagaimana anda di dunia nyata. Tiada maknanya percakapan anda mengatakan di siber anda nakal.. di nyata anda baik. Kalau begitulah ceritanya bermaksud anda adalah seorang penipu.
Rasulullah S.A.W pernah berkata :
"Berkatalah benar walaupun ianya pahit"
Teringat kata2 seseorang (actually 4-5 org.. kalau org tu baca.. insaflah ye). ni dunia siber je. Bukan betul pun. Pesalah gurau2 lucah ni.
Erm.. tak salah.. tempah tiket je.. one way tiket... sendiri mau ingat le ke mana ye..
1 komen:
Assalamualaikum... terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini... izin copy paste ...
Post a Comment