Saturday, February 06, 2010

Seorang Teman Pernah Berkata....

Sepuluh tahun yang lalu, seorang teman pernah berkata, "apa gunanya telefon kalau tidak digunakan..." -- ini bukan iklan Telekom, aku dah tak kerja dengan Telekom dah. Kata-kata ni sebenarnya bukanlah diucapkan secara direct, tapi ditulis pada kad ucapan selamat hari raya.

Dulu, lepas SPM, aku tak rajin nak hubungi kawan-kawan sekolah. Aku banyak menyepikan diri di rumah je, buat part time jual jambu. Untung jual jambu tu boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan dekat universiti. Ada tak ada pun, cumalah menghantar kad ucapan selamat hari raya. Aku pun tak tahu kenapa aku menyepikan diri, mungkin sebab aku tak tahu apa yang hendak disembangkan.

Bila aku dah melangkah ke universiti pun aku masih jarang-jarang hubungi kawan masa sekolah. Ada le kot seorang dua je yang aku hubungi. Aku pun tak ingat dah.

Sampai satu hari tu (masa baru 2 minggu di sem 1), tiba-tiba aje aku teringat nak hubungi kawan aku yg telah menitipkan kata-kata tu pada aku. Sayangnya, aku tak dapat bercakap dengan dia, aku diberitahu oleh adik dia yang dia tengah sakit. Nak bercakap telefon pun tak mampu. Di kejauhan hanya doa yang mampu aku titipkan, semoga sahabat aku tu cepat semoga.

Pernah juga aku telefon semula selepas tu, tapi kesihatan dia masih tidak ditahap yang bagus.

Sehingga satu hari tu, aku telefon Umi kat kampung, umi bagitahu, "kawan hang dah meninggal minggu lepas. Adik dia telefon ke rumah bagitahu. Umi tunggu hang telefon le baru boleh nak bagitahu". Yela, masa tu aku mana ada handphone. Public phone ajela yang ada. Dekat public tu jugalah air mata aku mengalir. Public Phone L04 tu le dengar suara tangisan aku.

Selepas tamatkan perbualan dengan Umi, aku terus masuk bilik, tak bertegur dengan siapa-siapa. Roomate aku tanya pun aku diam aje. Masuk bawah meja study, aku duduk termenung. Dah penat duduk bawah meja, aku panjat keluar tingkap bilik (bilik aku tingkat 2) dan duduk dekat koridor tingkap. Er... koridor ke ruang kecil tepi tingkap takde pagar takde apa. Duduk dengan kaki berjuntai ke bawah, menyandar ke dinding, mata pandang langit. Roomate aku ikut melepak sekali. Mungkin sebab dia tahu aku tengah sedih dan dia cuba temankan aku. Mujur juga dah agak lewat malam, jadi, walaupun blok asrama kami berdepan dengan cafe dan dewan tak ada org yg perasaan kami melepak kat luar tingkap tu yelah, dah tak ada org lalu lalang. Dan mujur juga warden yg rumah dia depan tu je tak keluar menjenguk. Kalau tidak sure satu blok boleh dengar warden menjerit dekat kami. Yelah, duduk berjuntai kaki di tingkat dua di tempat yg langsung takde safety.. kalau jatuh macam mana? Bila rasa dah relaks, baru aku panjat tingkap masuk balik dlm bilik dan tidur.

Masa tu boleh dikatakan tempat favorite aku dengan roomate duduk lepak melayan perasaan memanglah kat bawah meja dengan tepi tingkap tu. Itu sebabnya kadang-kadang bila kawan-kawan masuk bilik takde orang, pintu bilik tak kunci tapi orang takde. Panggil-panggil pun tak ada yang menyahut, saja malas nak menyahut, kalau tidak nanti orang tahu pulak port lepak kami.

Kenapa tiba-tiba aje aku bercerita pasal ni? Sebab kata-kata tu masih aku teringat-ingat sampai sekarang. Tipu aku cakap kalau aku kata takde rasa kesal sbb dah lama dia sakit baru aku tahu dia sakit.. tipu aku cakap kalau aku kata aku tak rasa kesal yang aku dpt tahu kawan aku dah meninggal seminggu lepas dia meninggal... tapi itu dah takdir dan aku redha menerimanya.

Sejak peristiwa tulah, aku cuba jadi lebih concern pasal kawan-kawan aku. Kadang-kadang sampai mungkin juga boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Tapi aku tetap aku, masih seorang yang senang leka dan lalai. Kadang-kadang tak concern juga.

Pada semua sahabat-sahabat, kalau rasa aku terlalu menyibuk pasal korang, aku minta maaf. Aku cuma termenyibuk atas rasa concern aku. Kalau rasa aku selalu mengacau dengan panggilan telefon dan sms, harap maafkan aku. Semua tu cuma sebab "Aku Sayang Korang". Pada kawan-kawan yang mungkin aku tak seconcern itu dgn korang, tak sms, tak telefon, bukan bermakna aku lupakan korang... tp macam aku cakap, aku masih aku yg kadang-kadang leka, lalai dan alpa... tapi aku tetap ingat korang.. kalau tak ingat tolong ingatkan. Pada yang dah lama aku tak hubungi, jangan segan2 nak hubungi aku, insyallah aku bukan penyombong..

Moral of the story, di zaman yang serba canggih ni, kita ada phone, handphone, boleh email, sms dan segala bentuk komunikasi, maka gunakanlah sebaiknya.. jangan sampai kita menyesal kerana hubungan yang terputus. --- ye ye oo je aku.. aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan...

Sepanjang hampir 29 tahun aku hidup, aku dah lalui banyak kehilangan, dari seorang abang, datuk, nenek, saudara mara, kawan-kawan sehinggalah ke haiwan peliharaan.. haiwan peliharaan pun masuk?? wei jangan wei.. masa kucing2 aku ngn kura-kura aku mati aku nangis gak wei.. uhuk uhuk... Jadi, hargailah semua yang ada dengan kita sekarang sebelum kita kehilangan...



Al-fatihah buat Arwah Ima yang telah mengingatkan aku, pentingnya komunikasi sementara kita masih mampu untuk berkomunikasi. Al-Fatihah juga buat Arwah Fizah, Arwah Shidi, Arwah Yam, Arwah Mek Na dan juga semua sahabat yang terlebih dahulu menemui-NYA yang mana mungkin aku tak tahu pasal khabar berita ni. Semua korang semua tenang dan aman di sana.

A BIG THANKS to Yana, satu-satunya roomate aku yg kepala dia sama weng macam aku malah mungkin lebih lagi dia punya weng dari aku :siol:, kerana sudi temankan aku melayan perasaan malam tu.. thanx beb...

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons