Wednesday, December 29, 2010

Antara keperluan... dan kehendak....

Kelmarin saja gi merayap-rayap dengan akak aku. Singgah satu kedai handphone ni, saja le aku membelek-belek handphone yang ada. Dah jadi mcm tabiat lak aku, hujung bulan gi kedai handphone, belek2 handphone.. handphone yg mahal-mahal lak tu, murah2 aku tak nak... ahahaha.. tanya apa function le apa la, tapi tak beli pun.. saja suka belek je.. ekekeke.

Tapi dalam dok belek-belek tu, berkenan le jugak dengan Nokia X6. Mantop gitu. Ada 3G, ada Wifi, kamera 5MP, built in memory 8GB/16GB (takde memory card)... design pun canggih a. Harga dia?? Harga dia RM839 je. JE!!.. Kalau ikut hati, memang nak sambar je, tp sebulan le tak isi minyak kete, gi opis jalan kaki, pastu puasa... ahahaha.

cantik kan??

Memandangkan aku pun dah ada handphone, so benda tu cuma jatuh tahap kehendak je, bukannya keperluan. Minat tu tinggal minat je la. Ekekeke. Begitulah lumrah kita, kalau dalam membeli barang ni, kena pandai bezakan yang benda tu keperluan atau kehendak. Utamakan keperluan, bukan kehendak sebab biasanya kehendak ni cuma mengikut nafsu je. Walau pun kalau ianya menjadi keperluan sekali pun, kena gak ikut budget kita, kalau tidak diri sendiri yang parah. Kadang-kadang tu bukan tak de duit, duit tu ada, tp ada benda lain juga yang menjadi keperluan. Jadi kesimpulannya, janganlah berbelanja mengikut nafsu. Kalau tak diri sendiri yang lesu.

Apa la yang ko membebel ni?? ahaha

Nak-nak pulak bulan lepas aku baru je sambar lappy baru. huhu. Kalau tak mungkin ada can jugak aku beli handphone tu.. ahahaha.

Bercerita pasal lappy ni, ha.. ni pun satu hal jugak. Ni dah masuk isu cuai lak. Bak kata omputih, careless mistake. Alkisahnya, lappy aku yang Compaq tu, dah sodaqallahul azim... dah jahanam le tu.

ha yang ni la.. eh.. bukan ni tp rupe dia mcm ni la..

Apa rosaknya? Papan Ibu dia rosak... ala, motherboard le tu. Aku dah riki-riki kat service center utk Compaq, motherboard saja, belum campur upah installation, harganya ialah RM1000++. Jadi, adapun dari menukar motherboard baru adalah lebih baik sekiranya membeli lappy baru. Kebetulan warranty dengan Compaq sendiri dah habis, setahun je Compaq bg warranty. Disebabkan itu jugaklah aku mematikan.. potong la.. aku punya line broadband. Dari bayar2 RM68 bulan2 tapi takle guna.. huhu.

Tapi... tapi.. yang betulnya, aku ada beli warranty tambahan dengan kedai yang jual lappy tu, SEC. 3 tahun lak tu, means kalau ada kerosakan, kedai tu yang akan tanggung kos repair. Cumanya... yang menjadi kekecewaan, bila aku cari resit beli lappy tu tak jumpa.. uhuhu. Jenuh aku punggah barang2 aku kat kampung, kat rumah Perai, tapi tak jumpa. Kecuaian aku la tu tak ingat aku simpan kat mana.

Masa dok kemas barang kat rumah Perai pun nak pindah, sambil kemas sambil aku belek2 mencari resit tu, tetap gak tak jumpa. Aku tanya kedai, kena ada resit tu juga baru aku leh claim warranty. Ah.. kacau tul. Dah la tambahan 300 gak utk warranty tu.

Last2, dah malas nak pikir banyak, dengan nak wat design pun payah, nak proses gambar2 aku dr format RAW ke JPEG pun payah, nak update blog pun payah, nak terus sambung CCK pun jd terbantut (alasan), nak main game pun payah... ahahah... jadi aku ikut Abg Farid gi Danga City Mall bulan lepas, terus sambar lappy baru. Canggih tu, processor I3 lagi. Canggih bagi aku la. Tapi idakle teman beli cash, tak cukup kaye lagi teman ni, teman hutang, bayor bulan2.

macam nile rupenya... cantik tak?? ekekeke..

Baru-baru ni, awal bulan 12, aku balik kampung, mengemas-ngemas rak buku aku, terjumpa pulak resit beli lappy Compaq. Elok je terlipat dalam sampul loan belajar aku.. terselit celah2 album setem aku. Ceh.. apekah.. sesudah aku mencari yg baru, baru berjumpa denganmu.. kau kijam.. kijam...

Jawabnya, bagi lappy Compaq tu kat adik aku, suruh dia bawak gi repair. Kalau boleh, gunalah kat dia. Dia dah bawak pun, mmg boleh repair under warranty.. huhu.. Nak wat camne.. kira okla jugakkan.. sekurang-kurangnya dpt lappy baru.. ahaha.

Jadi, kesimpulannya, jgn cuai. Benda2 yang penting sepatutnya simpan elok2 setempat, bukan main selit merata.. huhu. Kalau tak, tak jadilah seperti senario di atas. Ni pun termasuk dlm keperluan dan kehendak gak ni, cuma ianya menjadi keperluan sebab kecuaian... huhu.

p/s : brape banyak tapi da aku guna dlm entry ni...

Friday, December 17, 2010

Melawat tempat-tempat bersejarah di Perak.

Baru-baru ni aku dan family aku berkesempatan melawat ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah dekat Perak. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat menelusuri khazanah bersejarah bumi Perak.

Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang, Muzium Taiping, Pusat Pembiakan Penyu di Segari, Teluk Batik, Lumut, Muzium Sejarah Pasir Salak dan Kapal Korek Bijih di Tanjung Tualang. Agak kecewa juga bila tak sempat ke Menara Condong Teluk Intan dengan Kellies Castle sebab kesuntukan masa.
Kat bawah ni serba sikit penerangan untuk dua tiga tempat je yang mana aku sempat snap gambar.


Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.



Dekat sebelah mana kedudukan kota ni sebenarnya aku tak berapa pasti, ekeke, almaklumlah.. orang buta arah. Yang pasti kota ni di daerah Larut Matang & Selama.

Alhamdulillah, kota ni masih dijaga dengan baik sehingga hari ini. Tahniah dan syabas kepada pihak yang bertanggungjawab memelihara kota ni dengan baik. Khazanah Negara memang wajar dipelihara..

Kota ni pada asalnya merupakan kediaman Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, kemudiannya pada zaman pemerintahan British, tempat ni juga dah dijadikan mahkamah unuk perbicaraan ke atas Dato Maharaja Lela dan yang lelain-lelainnya di atas tuduhan membunuh Residen Perak pertama J.W.W Birch. Termasuklah Ngah Ibrahim sendiri bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang ke kepulauan Seychelles. Juga telah dijadikan penjara untuk menahan orang-orang yang menentang pemerintahan British pada masa itu.

Masa zaman pendudukan jepun pulak, kota ni telah dijadikan markas Jepun. Potong Kapara…. Malah, kesan kapal terbang jepun terhempas dekat kota ni pun leh nampak lagi. Inilah sedikit sebanyak sejarah kota ni yg aku ingat hasil dari pembacaan aku semasa melawat kota ni.

Tak rugi luangkan masa bawa family melawat kota ni. Dalam bangunan utama kota ni korang dapat baca sejarah pasal Perang Larut yang berlaku antara puak Ghee Hin dan Haisan, sejarah pasal Orang Kaya Ngah Ibrahim ni sendiri dan keturunannya, pasal Dato Sagor, Dato Maharajalela, Si Pandak Endut (pembunuh Birch), Sultan Abdullah dan beberapa pembesar lain yg terlibat dalam pembunuhan Birch. Juga di pamerkan peralatan-peralatan melombong, perkakas-perkasas orang British dan askar Jepun. Di tingkat atas bangunan ni pula diorang letak replika.. erm.. or maybe arrangement untuk suasana masa perbicaraan ke atas kes pembunuhan Birch.

Di sebelah bangunan ni pulak, letaknya kubur Orang Kaya Ngah Ibrahim yang mana jenazah Allahyarham telah dipindahkan dari Singapura (allahyarham dimakamkan di Singapura setelah mangkat kerana di buang negeri oleh British) pd tahun 2006 kalau tak salah dan dimakamkan semula di Matang. Al-fatihah buat Allahyarham Orang Kaya Ngah Ibrahim.



Sapa kata orang melayu tak hebat, tengok je pada pertukangan kota Ngah Ibrahim ni, batu granit dipahat dijadikan alas tiang rumah.. hebat..



Muzium Sejarah Pasir Salak.


Pasir Salak, tempat berlakunya peristiwa pembunuhan J.W.W Birch. Ok, dekat sini ada dua bangunan muzium, Terowong Sejarah Pasir Salak dengan Muzium Menteri-Menteri Besar Perak. Terowong Sejarah Pasir Salak menceritakan sejarah-sejarah negeri perak dan juga serba sedikit peristiwa bersejarah di Malaysia. Muzium Menteri Besar pulak menempatkan koleksi2 peribadi dan menceritakan salasilah Menteri-Menteri Besar Perak dari yang pertama sehinggalah yang terkini.

Kawasan ni juga cantik pemandangannya. Cuma sayang, terdapat beberapa rumah lama yang ada dalam kawasan muzium ni bagaikan dah tak dijaga dengan baik. Dibiarkan bersawang dan reput. Harapnya, pihak kerajaan negeri Perak boleh bantu memelihara kawasan ni sebab ni peninggalan sejarah kepada generasi akan datang. Nak masuk ada bayaran, kalau tak silap aku RM5 seorang bg dewasa.

Dalam ni ada miniature peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum merdeka dan bergelar Malaysia. Juga ada galeri keris yang menceritakan tentang sejarah keris, pertukangan keris dan jenis-jenis keris.







Kapal Korek Bijih Timah

Besarnya kapal korek ni menyamai bangunan 4-5 tingkat…


Satu lagi antara tempat menarik yang sempat kitorang pergi, ialah ke Tanjung Tualang, melihat kapal korek bijih timah. Selalu tengok kapal korek ni dalam gambar aje, bila tengok dari dekat, barulah tahu berapa besarnya kapal ni.

Kapal yang dalam gambar kat atas tu dipanggil D5, ada yang lagi besar dipanggil D7. Last kapal ni beroperasi pada tahun 1992. Syabas le kepada syarikat bijih timah ni kerana mengekalkan dan memulihara kapal ni dilokasi asalnya sebagai bahan sejarah kepada orang. Oh ye, ada entrance fee tp aku tak ingat berapa kena. Cuma bahagian bawah kapal sahaja yang dibenarkan masuk. Bahagian atas tak boleh naik dikhuatiri membahayakan keselamatan. Almaklumlah, kapal lama.

Selepas korang habis melawat, mebelek-belek kapal ni, korang boleh ke bangunan kecil yg dibina berdekatan untuk melihat video penerangan macam mana kapal ni beroperasi. Juga dalam bangunan tu ada dipamerkan peralatan melombong, peralatan dlm kapal, jenis2 bijih, gambar2 perlombongan bijih, jongkong bijih yang seberat 40kg, peta perlombongan dan macam2 lagi yang berkaitan perlombongan bijih.


Ejaan jawi dulu??? Salah eja??? Alamak.. dilarang masuk dah jadi ‘DILARANG MASAK’… ekekeke


Teknologi dulu, tak pakai pateri semua pakai apa tu.. bolt??

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons