Hari Sabtu minggu lepas, 8 Ogos, Aku dan Nyah sekeluarga pergi ke Festival Orkid yang diadakan di Danga Bay, JB. Biasalah, kami kan penggemar orkid, surelah pergi punya. Di perkarangan Danga Bay tu banyaklah gerai2 menjual orkid. Macam-macam jenis orkid ada, dari pelbagai warna, dari yg sebesar-besar orkid sampailah ke yang sekecil-kecil orkid. Nak yg dandrobium? cattleya? spider? butterfly? suma ada. Harga pun berpatutan, sampai rambang mata la Nyah nak membeli orkid untuk menambahkan koleksi sedia ada. Aku lak, mujur aku duduk dgn Nyah sekarang, kalau aku duk sorang2 ada rumah macam masa duk Penang, sahih aku pun dah memborong sakan. Hai, apalah cerita orkid2 aku skang yg Yong tolong bela tu.. huhuhu.
Aku pasti penggemar orkid semua memang tak lepaskan peluang ni. Aku tengok sorang2 pakat borong sakan. Sampai penuh tangan kiri kanan. Pergh, orang yg minat orkid memang boleh giler tengok sume2 jenis orkid2 tu dan bolah menyebabkan kepokaian duit.. hahaha. Tak kurang jugak yang bawak kamera canggih2 giler semata-mata nak amik gambar orkid2 yang cantik tu. Aku sendiri pun sibuk snap sana sini, tapi guna kamera koman aku tu je la. Aku sendiri geram je tengok, nak beli tak dok rumah sendiri. huhuhu. Takpelah, dpt snap gambar pun jadi la.. hehehe.
Kalau tak minat orkid, bunga-bunga lain pun ada jugak.
Ini antara rare species orchid. Pergh.. sure lama giler dia bela sampai besar macam tu dan mengeluarkan bunga yang banyak. Kagum seh.
Selain dari gerai-gerai jual orkid, dalam dewan kat Danga Bay tu ada pameran orkid dan bonsai. Orkid2 yang dipamerkan ialah orkid2 yang dipertandingkan. Pergh, memang cantik2. Pastu ada pertandingan landskap menghias orkid pulak, macam2 hiasan menggunakan orkid ada. Leka jugak le duduk dalam dewan tu tengok hiasan-hiasan orkid tu. Anak-anak sedara aku ngn atih dia sekali, hahaha, tak lepaskan peluang bergambar sakan dalam tu.
Aku amik satu je gambar bonsai.. tak minat bonsai.. hehehe.
Antara pameran hiasan bertemakan orkid.. er betul ke ni.. hahaha.
bergambar jangan tak bergambar...
Actually ada banyak lagi gambar bunga2 orkid yang aku ambik, tapi aku malas nak upload sume sini. Nanti bila aku lapang, aku upload gambar close-up bunga2 orkid tu kat blog lagi satu, Seribu Makna.
Lepas belek orkid, gi makan kat Old Famosa Kopitiam. Servis cepat, makanan okey not bad.. so aku bagi compliment kat restoran ni. Pastu masa aku basuh tangan, aku kagum tgk pekerja dia boleh bentang sejadah kat satu sudut restoran tu, aku rasa tempat tu mmg dijaga untuk elok, dan terus tunaikan solat maghrib. Alhamdulillah, ini bukti kalau nak tu, semayang kat mana-mana pun boleh. Lepas makan merayau-rayau kat gerai2 jual barang, aku beli menatang solar yang gedik2 tu.. ekekeke.. yang aku beli tu bentuk stich tergedik-gedik.. hehehe. Tak sabar nak balik Perak nak letak menatang gedik-gedik tu kat kereta aku. Lepas tu apa lagi, balik la.. tak reti2 nak balik?
1 komen:
Thks..Bro.Kerana memberi comment yg positif ttg F&B di OLD FAMOSA KOPITIAM..I adalah salah seorg staff management Festive Street Mall Danga Bay..Marketing Executive.Adrina 0167917303
Post a Comment