Filem 'SETEM' arahan Khabir Bhatia, lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar, Aziz Sattar dan Bront Palare dah pun mengegarkan pawagam.
Ahad lepas Mimi ajak aku tengok wayang so zoom.. aku angkutsekali dengan dua orang anak sedara aku, si Azam ngn Saiful. Pergi tu main redah je, tak plan pun nak tengok citer apa. So sampai tengok, tengok cerita yg bersesuaian waktu tayangannya, kitorang amik keputusan tengok citer SETEM.
Siapa sangka pasal SETEM boleh dijadikan cerita? Kisah yang bermula dengan sekeping setem berakhir dengan persahabatan, apa itu kehidupan secara bersih dan juga kemurahan hati manusia. Kira cerita lengkap perisalah, kelakar, ada motif, ada pengajaran, menarik dan ada sesuatu yang hendak disampaikan. Sesuai untuk bersantai dan merilekskan minda, tapi tetap ada penyampaian di sebaliknya.
Dari mula cerita sampai la ke part last, aku gelak aje. Gelak sepuas hati pulak tu. Budak kecik yang dua orang tu pun sakan je gelak. Kira berbaloi la gi tengok citer ni kat wayang. Memang rasa release je tensen dgn gelak ketawa. Thumbs up untuk filem setem. Recommended for watching.
Dari sekeping setem, puncanya hanya sekeping setem, berlakulah kejadian tembak menembak, kejar mengejar, terjalinnya perhubungan. Semuanya kerana sekeping setem bernilai 4 juta yang menjadi rebutan Geng Yatim, Geng Tose, Geng Piranha dan Geng Bakso, maka timbullah semua huru hara ni. hehehe.
Ini sipnopsis yang aku amik dari blog Jomsss Layansss.
Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.
Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.
Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.
Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?
Apa lagi?? pergilah tengok SETEM.
0 komen:
Post a Comment