Saturday, August 08, 2009

Kartun yang menyentuh hati..




Tadi channel Disney tayang balik kartun Brother Bear. Aku suka tengok kartun ni, bila2 tengok pun aku tetap rasakan kartun ni touching. Kisah seorang lelaki yang suka buat kerja terburu-buru.. dia tak sedar dialah yg membawa kepada kematian abang dia dan seekor beruang yg tak bersalah. Hingga akhirnya dia ditukarkan menjadi seekor beruang dan berjumpa dgn anak beruang yang mati tu, Koda. Pengembaraan dia dengan Koda sedikit sebanyak menyedarkan dia utk bersikap lebih bertanggungjawab dan erti kasih sayang. Akhirnya dia sanggup korbankan hidup dia sbg manusia dan stay as bear semata-mata sebab kasih dia pada Koda.

Aku tak tahu pada org lain, tp pada aku citer ni betul2 menyentuh perasaan. Mainly boleh dikatakan kisah dia pasal kasih sayang, kekeluargaan. Brother Bear 2 pun menarik gak pada aku.. still rasa touching. Kenai masih bertindak sbg big brother pada Koda, dia tak sanggup tinggalkan Koda keseorangan walaupun tu bermaksud dia terpaksa lepaskan perempuan yg dia cintai. Tapi, dia dpt juga kebahagiaan dia bila perempuan tu terlalu sayangkan dia dan juga Koda bila perempuan tu pun sanggup lepaskan hidup sbg manusia dan bertukar jadi beruang. Nice story.



Satu lagi kartun yg aku rasakan menyentuh hati, kartun Ice Age yang first. Seekor mammoth yg kuat merungut, seekor cerpelai yg selalu ditinggalkan, dan seekor saber tooth yg sebenarnya pemangsa tp akhirnya menjadi kawan baik. Misi asal sabertooth nak makan baby tu, akhirnya bertukar menjadi misi menyelamatkan baby tu bersama-sama dgn mammoth ngn cerpelai. Sekali lagi kasih sayang jd main point cerita.. pergh.. best.

tetiba cerit apasal kartun lak.. hahaha.. tapi besh kartun ni. Zaman skang org dah makin kurang nilai kasih sayang dan kemanusiaan, maybe patut diperbanyakkan lagi cerita2 mcm ni dr asik citer cinta.

1 komen:

ijad said...

minat kartun ya..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons