Dipetik dari Metro Online, disiarkan disini untuk renungan bersama. Sekiranya ada yang berbeza pendapat, maka sama-lah kita berbincang mengenainya. Dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat anda disini.SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna...