
Bila tanya dengan pakcik google 'Apa itu MARAH?' maka akan dapat banyak jawapan yang mana antaranya, pasti korang akan dapat jawapan bahawa marah itu adalah gangguan emosila, marah itu berpunca dari ego la, marah itu penyakit jiwa la dan bermacam-macam lagi yang merujuk kepada ganguan emosi.Kemudiannya pada satu hari korang berhadapan dengan sahabat yg tengah dilanda amarah, maka dengan secara berhemahnya dan penuh bersopan santun korang pun menggunakan semua ilmu yang korang warisi dari Pakcik google, dan juga yang korang dengar dari ceramah-ceramah agama dengan tujuan yang cukup baik untuk menyabarkan sahabat yang tengah marah tadi, maka berkatalah korang;"Salam sahabat, marah itu adalah berpunca dari ego yakni sombong kerana merasakan tinggi...