Sunday, June 07, 2009

Back to Johor



Dulu, 5 tahun aku bersekolah rendah di Johor. Kemudian bila abah pencen kami sekeluarga balik duduk Perak. Pastu bila aku masuk universiti, aku dpt tawaran kat UTM. Balik ke Johor lagi, lebih kurang 4 thn juga aku di Johor.

Dan hari ni, aku datang semula ke Johor, bekerja pula di Johor. Abang Farid ckp ada jawatan helper dekat tempat kerja dia. Sementelah aku dah takde kerja, aku terima je. Ke Johor pun Johor lah walaupun sebenarnya aku kalau boleh tak mahu kerja jauh2 memandangkan keadaan kesihatan umi & abah sekarang ni. Tapi dr takde apa, at least masuk gak duit. Lagipun untuk sementara aje. Skadar beberapa bulan.

Nyah kata carila terus kerja tetap kat sini. Isk, kalau boleh aku nak kerja belah2 Penang atau Taiping je. Kalau dpt Taiping lg bagus, kos hidup rendah. Tp itulah, takde rezki kat sana. Tp aku tetap nak jugak cari kerja belah2 sana.

Buat masa sekarang ni aku menumpang di rumah Nyah. So terpaksalah biasakan diri. Kat rumah aku ada bilik aku sendiri, kat sini kena pandai2lah.. huhu.. aku dah rindu kat bilik aku yg penuh ngn komik.. ekekeke. Aku harap, habis kerja kat sini aku dpt tawaran kerja belah utara.

Dah lama tak naik bas, letih dan lenguh dibuatnya. Habis sakit2 sengal2 badan. Walaupun dulu aku selalu ulang alik Perak - Johor masa belajar dulu, tp bila dah 6 thn tak naik bas, naik balik mmg terasa lenguh sungguh. Kalau dulu aku naik bas je terus lena, kali ni tidur2 ayam ajela. huhu.. terasa mcm dah tua lak... huhu.

Hope esok, kat opis semua berjalan lancar. Aku pun tak tahu kerja nya mcm mana.

3 komen:

shahliza94 said...

welkam welkam.....semoga bertemu jodoh ngan orang johor pastu leh menetap terus kat sini....

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Huu~
takpe la kak utk sementara..
but who knows kan pas keje termelekat le plak kat sana..

Anonymous said...

kat area mana di johor tu.. tem?

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons