Wednesday, February 14, 2007

Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu

Dah lama tak baca novel...tiba2 ari tu nampak novel Cinta Sang Ratu dari Ramlee Awang Murshid....wah..sambungan Bagaikan Puteri..menarik ni..bila dha beli..aku tak dpt berhenti membaca.....setelah dah lama tka baca novel...akhirnya ada jugak satu yg betul2 mampu membawa aku terbang merentasi dimensi alam nyata...



Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Harga : RM 19.90
Halaman :560



Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.


Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Segera dapatkannya dan diucapkan Selama Membaca!

Tajuk: Cinta Sang Ratu
Halaman: 572
Harga: RM19.90

______________________________

Komen aku mengenai kedua-dua novel

Bagaikan Puteri memang digarap dgn baik sekali.....sesuatu yg tercapai oleh akal fikiran yg mana Haryani yang koma telah dibawa rohnya merentasi masa kembali ke zaman dulu dan bertemu dgn sorang lelaki yg benar2 gagah dan cukup syarat sebagai lelaki idaman...

perkara ini mungkin mustahil bagai akal logik..namun kuasa Allah...siapa yg tahu...

cuma sedikit kesal bila penulis memuatkan cerita mengenai Hang Tuah dan Gusti Ratna Dumiloh?...iaitu watak dari PGL versi Tiara Jacqueline yg mana sebenarnya tidak mengikuti sejarah asal Puteri Gunung Ledang..

walau bagaimana pun..saya masih memberi 4 bintang out of 5 kepada novel Bagaikan Puteri ini..kerana ia memang menarik.

Manakala bagi novel Cinta Sang Ratu pula yang merupakan sambungan kepada Bagaikan Puteri lebih mengisahkan apa yg terjadi kepada Laksamana Sunan selepas permergian Haryani..mengisahkan betapa agungnya cinta Saifuddin (Sunan) dan sang ratu, Ratna...sehingga kerana cintalah telah mengubah Ratna dari wanita kejam, bengis, mungkar dan jahil kepada seorang muslimah yg beriman...Allahuakbar...

sedikit cerita juga mengenai Dani yg dilanda tsunami di Acheh...kisah di manggala...namun kisah menggala agak mencacatkan cerita...bukan kerana kisah menggala tak menarik..tp sedikit mencelarukan dgn apa yg terjadi pada kurun Laksamana Sunan kerana kedua2nya menarik...

Saya harap Ramlee, saudara penulis dapat menulis sebuah novel mengisahkan semata2 mengenai kisah Manggala ini..dari mana asalnya..kenapa mereka ini berupaya menjadi serigala dan apakah sumpahannya...saya nantikan drpd penulis....kalau ada..pasti akan saya beli..

dan juga sedikit kecacatan pada novel ini.....penulis memuatkan mengenai Novel, tak ingat tajuknya dan juga filem iaitu Cinta...yg ditayangkan dlm 2 tahun selepas Tsunami...yg sudah menimbulkan agak tidak logik kepada jalan cerita sedangkan novel ini adalah sambungan kepada novel yg sebelumnya dimana Tsunami melanda seluruh rantauan asia pada masa itu...jadi harap perkara2 kecil begini dpt lebih ditelitikan..

walau bagaimana pun..overall...novel ini memang menarik....juga saya beri 4 bintang...

syabas kepada penulis....saudara Ramlee Awang Murshid.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons